Isnin, 5 September 2011

Seri Aidilfitri Yang Kian Hilang

Syawal tahun ini (1432 Hijrah) menandakan bahawa sudah 25 kali gua menyambut Aidilfitri dalam sepanjang gua bernafas di dalam muka bumi Allah yang indah ini. Dan dalam tempoh itu, 16 kali gua dapat menyambut kemeriahan aidilfitri bersama arwah nyayi gua (datuk gua). Kini sudah 9 tahun arwah nyayi gua pergi meninggalkan dunia ini menuju ke alam yang kekal abadi. Alangkah baiknya kalau nyayi gua punya umur yang panjang dan masih hidup ketika ini. Kalau nyayi gua masih, pasti aidilfitri gua rasa meriah dan begitu menyeronokkan. Tak seperti sekarang ini, dimana kebanyakan orang "lebih gemar mengambil jalan mudah" untuk meraikan aililfitri dengan alasan zaman sudah berubah dan semuanya memerlukan masa yang cepat dan pantas.

Apa yang gua maksudkan dengan "gemar menjalan mudah" adalah kebanyakan persiapan aidilfitri biasanya sudah lagi tidak menitik-beratkan soal-soal yang bersangkut-paut dengan amalan budaya dan adat tradisi turun-temurun nenek moyang. Alasan yang klise yang lazimnya dilontarkan adalah berbunyi "adat dan tradisi untuk sudah ketinggalan zaman..sudah kolot...konservertif sifatnya...melecehkan...menyusahkan...". Maka dengan sebab itulah, sepertimana yang dapat kita lihat pada masa kini, contohnya dalam hal berkenaan persiapan aidilfitri, perjalanannya sudah lagi tidak dilaksanakan berdasarkan amalan datuk nenek moyang kita dahulu. Jujurnya gua katakan bahawa gua sangat merindui suasana menangkap ayam kampung, menganyam daun kelapa untuk dijadikan kelongsong ketupat, mencari buluh untuk dijadikan meriam dan panjut (pelita) dan juga suasana gotong-royong dalam menyiapkan persiapan aidilfitri yang melibatkan aktiviti menyembelih ayam, memasang langsir, menyapu daun-daun pokok yang luruh, mengacau dodol dan lain-lain lagi. Namun sayangnya, semua suasana itu sudah pun luput sedikit demi sedikit ditelan arus kemodenan zaman.

Kalau dulu, arwah nyayi gua sangat menitik-beratkan soal ini semua. Dia cukup pantang kalau kelonsong ketupat itu dibeli dari kedai, cukup marah kalau masak rendang guna ayam daging yang dibeli di pasar, cukup bengang kalau anak-anak dan cucu-cucu dia tak bergotong-royong dalam menyiapkan persiapan aidilfitri..Yang pasti, dari pemerhatian mata gua, satu adat dan tradisi yang telah ditinggalkan dalam keluarga gua adalah adat bersalaman pada pagi raya. Gua bukanlah bermaksud yang pada pagi raya, gua dan keluaraga tidak bersalaman sebagai suatu tanda memohon maaf. Tetapi yang gua kesalkan adalah, cara dan pengisiannya sudah tidak seserius dan bermakna seperti dahulu yakni sepertimana yang pernah dipersembahkan sewaktu hayatnya arwah nyayi gua.

Kalau dulu, orang yang paling tua misalnya arwah nyayi gua akan duduk di kerusi. Kemudiannya, anak-anak dan cucu-cucu akan beratur untuk bersalaman dan
memohon keampunan dan restu daripada arwah nyayi gua. Amalan ini akan dimulai oleh anak yang paling tua umurnya kemudian barulah diikuti oleh anak-anaknya yang lain mengikut pangkat umur masing-masing. Sewaktu upacara bersalaman itu berlangsung, si anak akan duduk di lantai dengan cara bersimpuh atau juga seperti keadaan duduk antara dua sujud. Dengan bersalam dan memegang tangan orang tua sambil menundukkan kepala, maka si anak akan mendengar kata-kata nasihat dan pesanan daripada orang tua tersebut. Lazimnya, anak yang sulung akan menerima kata-kata nasihat dalam jangka masa yang agak panjang lantaran status dirinya sebagai anak sulung yang sudah sepastinyalah mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar ke atas keluaraga dan adik-adiknya. Setelah kata-kata nasihat itu selesai diucapkan, maka orang tua itu akan mencium dahi anaknya manakala anak-anak pula akan mencium tangan orang tua tersebut. Kemudian, anak-anak yang berikutnya pula menjalani amalan seumpama ini. Dan apa yang gua ingat, masa arwah nyayi gua hidup dulu, arwah nyayi gua akan berbicara dalam bahasa jawa sewaktu melakukan amalan ini. Tetapi sayangnya, amalan ini dilihat sudah semakin luput dan pupus. Yang tinggal hanyalah kenangan yang hanya mampu disimpan senyap dan sepi dalam kotak memori ini.....




* Gambar Keluarga Al-Marhum Haji Hussain pada pagi raya Aidilfitri masa zaman gua kecik-kecik dulu...

Baris depan dari kiri : Azahari, Azwan, Hadi, Farul
Baris tengah dari kiri : Azril, Cik Joe, Arwah Cik Mat, Gua
Baris belakang dari kiri : Mak Ngah bersama Helmi, Mak Long, Atikah, Arwah Nyayi gua (Haji Hussain Hj Yusof), Cik Na, Mak Gua, Pak Ngah, Bapak gua...


p/s Al-Fatihah buat Al-Marhum Haji Hussain b. Haji Yussof dan Al-Marhum Ahmad Solehin b. Haji Hussain...Aku sangat-sangat merindui kalian berdua dan seringkali teringatkan bingkisan kata-kata dan cebisan perbuatan kalian sejak akhir-akhir ini. Jujur...Aku belum puas hidup bersama kalian berdua.. Kuharapkan semoga kita dapat dipertemukan kembali di kehidupan sana kelak...Amin...


Sabtu, 20 Ogos 2011

Bukak Posa



Alhamdullilah...Selama gua kat Lenggong nie, adalah dalam dua kali disemawa (dipelawa) untuk menikmati juadah berbuka puasa. Yang pertama kali, gua makan bukak posa kat umah Abang Zaki...Banyak betul menu dia...Menn hoon sup, ikan pekasam, keli goreng, lemak labu, ayam rendang, sambal tempoyak dan udang masak pedas....Memang seap gila...Tadi pula, Cik Rusli jemput aku gi kenduri tahlih arwah mak dia kat masjid kampung dia (Kampung Geluk)...Gua ingat, lepas tahlil dan azan mangrib, boleh lah gua sambar nasi dengan lauk kerabu pucuk paku-perut kerbau, kacang pedas, gulai lemak terung dengan ayam goreng...Gua dah pun siap2 ceduk nasi kat pinggan...Semua orang dok tengok pelik kat aku...Pak cik yang dok sebelah aku tu nak cakap something kat aku...Tapi aku tak faham, sebab dia bisu...Rupa-rupanya, kena makan kurma ngn kuih jer dulu...Pas solat mahgrib, bru makan nasi....Haahhahah...Cik Rusli pun tak tegur aku...Dia dok buat diam...Memang saja nak pekena aku...Pas pak cik meja sebelah sound aku...Baru aku sedar...Dan Cik Rusli dengan gembiranya ketawakaaku...Hahahaha...Hampehnya Cik Rusli...Dok pekena kan aku yer...

Sabtu, 13 Ogos 2011

Lagu Tema Aku dan Si Dia

Alhamdullilah kerna pagi ini gua dapat bersahur. Tak seperti sebelum2 nie yang mana gua dan kawan-kawan gua asyik terlajak untuk bersahur. Terima kasih jugak gua ucapkan kepada si dia yang seringkali mengejutkan gua untuk bangun sahur...Thankz ya mama....

Sepanjang gua mengenali dan menjalani perhubungan dengan si dia, terdapat beberapa buah lagu yang merupakan tema dalam perhubungan kami yang mana tema lagu tersebut adalah berdasarkan kepada suasana dan kondisi perasaan dalam perhubungan kami sama ada indah, curiga,rindu, prasangka, benci, kasih, menyampah, sayang, putus harapan, bengang, hiba, suka, cinta, cemburu dan bermacam lagi lah.

Ini antara nama lagu bersama tukang nyanyinya.....

1. Warkah oleh Bau

2. When You're Gone oleh Avril Lavigne

3. Dear God oleh Avenged Sevenfold

4. 150 Juta Kali oleh Fynn Jamal

5. Selepas Kau Pergi oleh Laluna

6. Kepadamu Kekasih oleh M. Nasir

7. Srikandi Cintaku oleh Bloodshed

8. Somebody Told Me oleh The Killers

9. Malam oleh Plague of Happiness

10. Polaroid oleh Oh Chentaku

11. Cinta Pantai Merdeka oleh Jinbara

12. Sentuhan Listrikmu oleh M. Nasir

13. Menghitung Hari oleh Krisdayanti

14. I'll Kill Her oleh Soko

15. I'm Yours oleh Jason Mraz

dan yang terkini adalah Aishiteru oleh Zivillia....


p/s Ayat-ayat Quran dan kata-kata ibu gua jugak merupakan penyelamat dan pemulih semangat dalam hidup gua agar gua tak jadi gila.....

Khamis, 11 Ogos 2011

Suku Air Banjir




* Temubual bersama Tatak Hassan


Hari ini gua tak pergi bertapa dalam gua. Tapi gua pergi berguru ke kawasan bukit. Pergi berguru dengan "Tatak Hassan" (Pak Cik Hassan). Sebenarnya gua kena temankan seorang pelajar PhD dari Universiti Australia yang sedang buat kajian tentang gua-gua yang terdapat di daerah Lenggong ni. Budak itu nak tahu tentang hubungkait gua dengan masyarakat Orang Asal dari suku kaum Lanoh yang terdapat di Lenggong nie. Berdasaran temubual yang dijalankan, dari segi sejarahnya, masyarakat Orang Lanoh ini pada sekitar era sebelum merdeka dahulu tinggal secara pindah rendah terutamanya di kawasan tempat yang bernama "sumpitan". Gua juga merupakan salah satu kawasan yang dijadikan tempat penginapan dan persinggahan mereka. Namun begitu, gua ini bukanlah tempat penempatan kekal atau tetap mereka. Ia lebih berfungsi sebagai tempat berteduh untuk sementara waktu bagi setiap kali mereka keluar dari penempatan utama mereka atas tujuan tertentu. Lazimnya, masyarakat ini yang mana turut dikenali dengan panggilan orang Semang oleh ahli etnografi barat, menjadikan gua sebagai tempat berteduh apabila mereka keluar memburu dan mencari hasil hutan. Masyarakat ini akan berteduh sekitar 7-14 hari bagi setiap kali menjalankan aktiviti ini. Bahkan menurut cerita mereka, terdapat juga dalam kalangan mereka yang lahir di dalam gua tersebut. Antara gua-gua persinggahan mereka adalah seperti Gua Badak, Gua Kajang, Gua Harimau dan Gua Teluk Kelawar. Sewaktu berteduh di gua-gua inilah, mereka melukis sesuatu yang dianggap unik dan menarik di dinding gua-gua dengan menggunakan arang. Namun kini, perbuatan berteduh di gua sudah tidak dijalankan lebih-lebih lagi setelah pihak kerajaan menempatkan masyarakat ini di kawasan penempatan semula di kawasan yang diberi nama Kampung Air Bah. Aktiviti pemburuan (bedil aii) juga turut jarang dilakukan. Budaya sara hidup yang dilihat masih berjalan sehingga kini adalah aktiviti penanaman padi bukit dan mencari hasil hutan untuk tujuan pemakanan dan dijual kepada pihak orang tengah.






* Binaan ini dikenali sebagai "balai sewang". Balai ini berfungsi sebagai pusat perhimpunan untuk majlis tertentu terutamanya untuk aktiviti tarian sewang yakni sejenis tarian masyarakat Negrito yang mana tarian ini mempunyai jenis-jenisnya tertentu seperti sewang perubatan, sewang kematian dan sewang keramaian. Balai sewang ini diperbuat daripada kayu hutan sebagai asas binaannya iaitu sebagai tiang dan alang rumah. Manakala lantainya pula diperbuat daripada buluh-buluh yang mempunyai ruas yang panjang seperti buluh teming dan buluh suwoor yang dibelah-belah. Dindingnya pula daripada batang pokok bertam yang dianyam dengan mengenakan sesuatu corak tertentu yang mana corak tersebut dikenali sebagai "kelarai". Terdapat beberapa jenis kelarai. Yang paling popular adalah kelarai yang berbentuk "diamond". Namun begitu, anyaman kelarai ini bukanlah merupakan budaya asal masyarakat orang Lanoh secara khususnya dan Negrito umumnya. Hal ini kerana, seni bina dan kemahiran seni masyarakat Negrito biasanya tidak mempunyai corak dan lebih bersifat "plain" sahaja. Kewujduan corak ini dalam seni bina dan kemahiran seni mereka adalah kesan pertembungan dan hubungan mereka dengan masyarakat hutan dari kelompok masyarakat Senoi terutamanya masyarakat suku kaum Temiar yang memang sudah maklum terkenal dengan sifat seni halusnya itu. Atapnya pula lazimnya diperbuat daripada daun-daun pokok yang panjang-panjang saiznya misalnya seperti daun cacoh (alik cacoh), daun melanjang (alik hareng), daun bertam (alik layes), daun langkap (alik langkap) dan daun korr (alik korr). Atap ini lebih dikenali dengan nama "atap cacoh".

Rabu, 10 Ogos 2011

Cerita Tentang Lenggong, Perak



* Rumah Limas, Rumah Pusaka di Kampung Gelok, Lenggong.


Tadi siang sekitar jam 3 petang, gua dengan member sekerja gua gi solat Zuhur di Masjid Lama Kampung Gelok, Lenggong. Kenapa gua pilih masjid ini untuk tunaikan kewajipan solat?. Sebabnya masjid ini gua ada rasa lain sikit. Roh masjidnya aku rasa dia sentiasa hidup. Dan yang menghidupkannya sudah tentulah para jemaahnya. Masa gua datang singgah, gua tengok ada dua orang pak cik tua dok sibuk menggaji Quran. Meskipun binaan masjidnya tidaklah segah mana, tetapi amalan yang tercetus dalam ruang masjid tersebut membuatkan gua rasa nyaman dan tenang sekali. Lebih-lebih lagi dalam keadaan bulan puasa ini. Masa gua dok solat, mata gua ternampak lah seekor burung tekukur yang sedang dok bertenggek atas wayar elektrik dalam masjid tersebut. Gua jadi tak khusyuk tengok perlakuan burung tersebut. Burung itu selamba jer dok bertenggek atas wayar tue sambil siap main hayun2 kan badan kat wayar tue. Macam main buaian lah plk. Selain itu, masjid tue memang tak rasa panas pun ditambah pula dengan air kolah nya yang sejuk dan nyaman. Maklumlah air dari bukit. Lepas solat, gua ambil kesempatan nak rehat dan sambil baring (sebenarnya nak tuang kerja). Dalam gua tengah dok baring2 tue, pak cik yang menggaji Quran tue sapa gua ngn member gua. Dia tanya lah asal-usul kami semua. Kemudiannya aku tanya tentang sejarah komunis kat kampung ni suatu ketika dahulu. Pak cik tu pun jawablah : "Komunis dengan orang kampung tak ada masalah pun. Kami tak pernah bersengketa pun. Diorang tak ada pun cari pasal dengan kami. Malah, kami jugalah yang bagi diorang makan sebab kesian tengok diorang kurus-kurus. Jadi Pak Cik tak faham sebab apa orang kata komunis kejam dan ganas."

Selain itu gua tanya pulak pasal bendang padi kat Lenggong nie. Pak cik itu pun jawab: " Sekarang nie Lenggong dah tak ada sawah dah. Dulu kat Kampung Gelok nie banyak sawah. Kira sawah nie macam pendapatan tambahan lah selain menoreh getah. Sekarang nie dah tak ada dah."

Bendang sawah kat sini lebih kurang macam dalam cerita novel Ranjau Sepanjang Jalan itulah. Sebab bendang diorang bukan guna tanah pamah tapi guna tanah bukit dan berdekatan dengan bukit. Macam kat Sik, Kedah lah. Bukan macam kat Pendang. Jadi dalau nak faham tentang pandang darat penanaman bendang sawah kat sini, boleh lah baca novel Ranjau Sepanjang Jalan itu.

Lagi satu yang buat gua suka kat Lenggong ni ialah pemandangan persekitarannya tenang sekali. Di kelilingi bukit-bukit. Jauh daripada pemodenan. Bahkan agak jaranglah nak jumpa anak-anak dara yang pakai hot n seksi kat sini. Nak jumpa anak dara berkeliaran pun susah gak. Kira kawasan Lenggong nie masih lagi terpeliharalah dan tak tercemar lagi. Tak lah macam kampung gua. Kampung gua pun gua rasa macam tak syok jer dan tak rasa dah macam suasana kampung. Bahkan agak sukar nak jumpa rumas limas, rumah pusaka kat kawasan kampung gua tue. Kat Lenggong ni, masih lagi boleh tengok rumah limas, rumah pusaka. Jenis rumah bentuk lama yang mana tiang-tiang rumahnya tinggi-tinggi selain bahan binaannya terdiri daripada kayu beserta bentuk atap yang unik dan penuh ukiran.

Setakat ini jelah yang gua boleh kongsi tentang kehidupan dan corak budaya masyarakat kat Lenggong nie. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah datang lepak2 kat sini sambil belajar tentang sejarah kawasan di sini yang mana usianya agak lama sekali iaitu sekitar 1.83 juta tahun dahulu berdasarkan penemuaan kapak genggam yang terlekat pada tahi bintang yang telah dijumpai di Bukit Bunuh.

Isnin, 8 Ogos 2011

Ranjau Sepanjang Jalan

Masa gua dok lepak makan angin kat Lenggong nie, gua sempat lah jugak habiskan membaca sebuah novel yang dikarang oleh sasterawan negara Shanon Ahmad. Judulnya "Ranjau Sepanjang Jalan". Awal penceritaan dimulakan dengan frasa ayat "mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan Allah Azzawajalla". Ya, suatu frasa ayat yang menurut gua sangat unik dan bermakna meskipun kalau dibaca sekali lalu ianya tidaklah lebih daripada sekeping ayat yang bukanlah sukar sangat untuk difahami. Namun pada gua, ayat ini sememangnya memberikan suatu kesan yang mendalam kepada hati gua lebih-lebih lagi apabila gua secara tetiba sahaja dalam keadaan spontan bertafakur tentang sejauhmana hubungan gua dengan Tuhan Allah gua.




* Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shanon Ahmad



Berbalik kepada "Ranjau Sepanjang Jalan". Kisahnya berkisarkan kepada perit jerih, penat lelah kehidupan sebuah keluarga pesawah yang mengambil Kampung Banggul Derdap sebagai latar tempatnya. Keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri bernama Lahuma dan Jeha yang terpaksa berjuang demi survival kehidupan mereka dan anak beranak mereka yang tujuh orang semuanya. Dengan menggunakan kudrat manusia tanpa bantuan sebarang mesin traktor canggih, Lahuma sekeluarga mengerjakan tanah yang luasnya 14 relung itu untuk ditanam padi. Dari menebas hutan menerung dan rumput landak sehinggalah padi menjadi beras dan kemudiannya nasi yang akhirnya bertukar tidaklah lebih hanya dipandang sebagai najis, semua perbuatan itu dilakukan Lahuma sekeluarga sejak dari dahulu lagi. Memang begitulah ragamnya hidup bangsa pesawah. Sudah menjadi pekerjaan tradisi turun-temurun. Belum pun sempat, hutan menerung habis ditebas, si isteri, Jeha sudah pun tertimpa malapetaka terkena geruh ular tedung. Kemudian, apabila semangaat si Jeha kembali pulih, si suami, Lahuma pula tercucuk onak nibung yang kemudiannya membawa kepada suatu penyeksaan yang begitu menyakitkan kepada fizikalnya sehingga membawa kepada kematian.


Kematian Lahuma juga barangkali suatu bencana kepada keluarga itu. Hanya Lahuma sahaja lelaki dalam keluarga itu yang punya kudrat kuat untuk mengusahakan padi di tanah 14 relung itu. Lahuma sudah bertahun-tahun lamanya memongkah dunia sawah. Lahuma cukup mengerti mainan dunia sawah. Cukup faham jenis dugaannya. Banjir, kemarau, ketam, tikus, lintah gajah, ular tedung, burung tiak, hutan menerung dan rumput landak yang merupakan malapetaka yang sangat ditakuti tapi tiada pernah mengalah melawannya selagi mampu. Kini Lahuma sudah pergi, tinggallah Jeha menghadapi musim membuat petak, menanam padi dan musim-musim seterusnya bersama anak-anak betinanya itu. Ternyata Jeha belum cukup kuat mental dan moralnya untuk menghadapi segala macam dugaan dan ujian membuat sawah tanpa Lahuma. Sudahnya, Jeha hilang akal kerana tiada termampu menunaikan amanah peninggalan arwah suaminya. Mana taknya, bukan mudah melawan ketam yang beribu banyaknya, banjir yang membawa segala macam sampah dn balak yang memusnahkan batang-batang padi, bahkan kemudiannya serangan tiak yang datang dalam banyak gerombolan menelan padi-padi itu. Mujur Sanah dan beradiknya yang lain tidak hilang akal macam maknya. Sanah dan adik-adiknya itu - Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah itulah yang akhirnya menyambung perjuangan mak dan bapak mereka agar padi-padi di sawah itu dapat diangkut naik ke jelapang.

Meskipun padi tahun itu kurang hasilnya, namun keluarga malang itu tidak pula memaki-maki Allah Azzawajalla kerana menurunkan bala yang bertali arus kepada mereka. Bala dan segala macam yang berlaku diterima dengan hati terbuka bahkan segalanya itu dijadikan tekad dan semangat untuk terus menanam padi di masa depan sekiranya roh masih bersemadi di dalam jasad mereka.


Betullah kata guru gua,: "Orang yang buat padi merupakan bangsa yang rajin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi".




* Poster filem Ranjau Sepanjang Jalan arahan Jamil Sulong



"Ranjau Sepanjang Jalan" yang merupakan antara karya besar Prof. Emeritus Datok Haji Shanon Ahmad tahun 1966 juga merupakan novel yang pernah diadaptasi kepada bentuk filem yang diberi judul "Rice People" yang mana cerita tersebut telah diarahkan oleh pengarah filem dari Kemboja iaitu Rithy Panh pada tahun 1994. Filem "Rice People" ini juga telah memenangi anugerah "Best Foreign Language Film" di pentas Festival Filem Cannes 1994 yang mana turut merupakan anugerah pertama yang diterima industi filem Kemboja di peringkat antarabangsa. Bahkan, sebelum itu lagi iaitu tahun 1983, novel ini sebenarnya telah diadaptasi ke dalam filem dibawah arahan anak tempatan sendiri iaitu Dato Haji Jamil Sulong dengan menggunakan judul filem yang sama dengan judul novel asal. Filem ini juga turut membuahkan hasil apabila berjaya memenangi sejumlah penganugerahan dalam Festival Filem Malaysia ke-4 pada tahun 1983. Dalam FestivalMalaysia tersebut, filem Ranjau Sepanjang Jalan ini telah memenangi anugerah dalam ketagori Filem Terbaik, Lakonlayar Terbaik, Jurukamera Terbaik dan Pengarah Seni Terbaik.




* Poster filem "Rice People" arahan Rithy Panh



p/s : masa gua berbuka puasa makan nasi, serius gua macam nak nangis sebab asyik teringatkan kisah Lahuma, Jeha dan sawah padinya....

Ahad, 7 Ogos 2011

Ramadhan gua kali ini

Ramadhan Al-Mubarak sudah pun menjengah hari yang ke-7. Saat Ramadhan kali ini seperti juga Ramadhan setahun yang lalu dimana gua menikmatinya di tapak kerja lapangan. Bezanya, tahun lalu gua berada di Johor untuk bersembang-sembang dengan Orang Asal Negeri Johor yang terdiri daripada dua komuniti yang berbeza corak adaptasinya iaitu satunya di darat yang lebih dikenal sebagai "forest dwellers" dan yang satu lagi beradaptasi dengan persekitaran laut dengan dikenal sebagai "aquatic populations" atau juga "sea-peoples". Bagi masyarakat yang di darat, nama suku kaumnya dikenali sebagai "Orang Jakun" yang mana merupakan cucu-cicit kepada lagenda Badang yang terkenal itu dalam teks Sulalatus-Salatin. Manakala yang di laut itu pula, nama sukunya adalah 'Orang Duano' atau juga lebih dikenal sebagai "Orang Kuala" oleh masyarakat Melayu setempat. Bagi masyarakat Orang Kanaq pula, mereka ini dari segi sejarahnya merupakan komuniti yang beradaptasi dengan kelautan, namun setelah dibawa berhijrah ke Johor dari Pulau Sekanak oleh Sultan Ibrahim, atas sebab-sebab tertentu, masyarakat ini kemudiannya teradaptasi dengan kehidupan yang berorentasikan darat di mana lebih bergantung kepada kawasan hutan untuk survival kehidupan mereka sehingga dapat dilihat pada masa kini bahawa komuniti ini agak janggal dan kurang mahir dengan dunia kelautan.

Ok...cukup untuk cerita tentang Ramadhan tahun lepas. Sekarang tentang Ramadhan tahun ini plk. Diam tak diam, rupa-rupanya sudah setahun lebih gua terlibat dengan kerja-kerja mendalami dan menyelami lubuk hati masyarakat Orang Asal ini...Dari 18 pecahan suku kaum Orang Asal yang terdapat di Malaysia ini, menurut pemerhatian gua, hampir kesemuanya mempunyai sekeping hati yang mudah tersinggung dan tersentuh. Andai tersinggung, mereka ini akan merajuk serta seterusnya membawa diri jauh dari kawasan penempatan mereka dengan mulutnya bersumpah "Mati hidup balik pun, kami takkan jejak ke tanah itu lagi". Itulah antara ciri sosial yang dapat gua pelajari daripada komuniti ini yang mana lebih mementingkan "dignity" atau maruah diri.




*Geng-geng Etno gua


Tahun ni gua dah tak berdialog dengan Orang Asal tetapi gua bermonolog dengan lukisan Orang Asal yang pernah nenek moyang mereka sisipkan di dinding-dinding gua suatu ketika dahulu. Lokasi gua kali ini adalah di Lenggong yakni sebuah daerah kecil di negeri Perak yang sangat terkenal dengan jumpaan rangka masyarakat pra-sejarah yang lebih dikenali dengan nama 'Perak-Man' itu. Kerja gua adalah cuba untuk memahami makna dibalik motif lukisan tersebut. Dari apa yang gua tengok, kebanyakan lukisan mereka itu mempunyai maknanya yang tersendiri. Bukan hanya sekadar lukisan kosong. Sesuatu benda pelik yang mereka pandang dan perhati, akan mereka nukilkan di dinding-dinding gua dengan menggunakan arang. Misalnya seperti lukisan berupa kereta dan basikal. Objek-objek ini sememangnya merupakan suatu yang asing pada mereka pada era tahun 50-an dahulu. Mungkin kerana kepelikan objek itu dan rasa hairan mereka, maka objek-objek itu dilukis.




* Contoh lukisan




Tapi sayangnya, kebanyakan lukisan itu sudah pun dicemari dengan tangan-tangan kotor yang tak bertanggungjawab. Lukisan-lukisan itu kebanyakannya sudah hampir hilang terpadam kerana diconteng, ditoreh dan digores selain disebabkan aktiviti kuari batu marmar. Bahkan dinding-dinding gua itu kini pun sudah tercemar dan ternoda dengan pelbagai macam rupa tulisan dan lukisan yang langsung tiada seninya sehingga mencacatkan dan menghodohkan nilai dan ciri asal semulajadi gua tersebut. Jadi diharapkan kesedaran dapat dipupuk dan diserap di dalam setiap hati sanubari masyarakat kita agar dapat memelihara khazanah warisan negara kita.


"Saving the past for the future".

Rabu, 13 Julai 2011

"Andai namamu yang tercatat di loh mahfuz ku"

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu...
Kerana kelak kita akan satu...
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, nanti aku hanyut di lembah dosa....
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap tempat tinggalku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah tempat teduh & sandaranku yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi peneman hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang dipilih Allah sebagai imamku…
Ku memohonmu akan keredhaan mu ....
Sungguhnya Ridhamu wahai peneman hidupku
adalah Ridha Ilahi Rabbi...
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Surgaku..


dipetik dari nuruliman...

Doaku ...

Ya ALLAH..
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya ALLAH....
ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya ALLAH....
yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya ALLAH,...
yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segalanya dipermudahkan...
aminnnn ya Rabbal alamin...
berilah hambaMu ini kekuatan...

Isnin, 4 Julai 2011

ade ape ngan cinta???

Orang bijak pernah berkata "alangkah malangnya hidup seseorang jika tak pernah merasakan kehangatan cinta"


Cinta adalah hal tak akan pernah habis untuk dibicarakan. Cinta adalah anugerah Tuhan yang paling agung yang diberikannya kepada manusia agar manusia merasakannya.

Cinta adalah sebuah misteri dalam hidup manusia. Ketika hatimu merasakan rindu untuk bertemu. Ketika tawa dan kepedihan orang yang kamu cintai alami membuatmu turut merasakannya. Ketika
kamu merasa dialah orang yang dapat membahagiakanmu. Begitulah cinta...

Tapi cinta tak selamanya demikian.
Ketika kamu memberikan kesempatan kepadanya untuk memilih jalan yang terbaik buatnya. Ketika kamu harus menangis melepaskan dia. Itu jugalah cinta...

Cinta itu hampir sama dengan hidup.
Cinta tak selamanya bahagia, cinta juga bererti kamu harus rela membiarkan orang yang kamu cintai berpaling demi kebahagiaanya yang mungkin bererti penderitaanmu.

Itulah cinta. Cinta yang dapat
membuatmu tertawa dan cinta pulalah yang bisa membuatmu menangis. Tapi cinta tetaplah anugerah terindah Tuhan dan akan tetap menjadi misteri dalam hidup dan cerita yang tak akan pernah habis



source: islamic_thinker86 , 7 Nov 2008

saya sedih...

saya nak share dengan kamu...nk bersama kamu...tapi waktu nie...saya nangis...saya sedih...saya harap kan kamu...

Ahad, 3 Julai 2011

Selepas Kau Pergi

Selepas kau pergi,

tinggallah disini kusendiri
Ku merasakan sesuatu,
yang t’lah hilang di dalam hidupku

Dalam lubuk hatimu,
ku yakin kau pun sebenarnya tak
inginkan lepas dariku,
tahukah kau kini ku terluka

Bantu aku, membencimu,
ku terlalu, mencintaimu,
dirimu begitu,
berarti untukku..

Kau telah mencinta,
dan dicintai kekasihmu,
ini tak adil bagiku,
hilanglah damba tinggallah hampa

Lupakan ku, dalam tidurmu,
yang pernah, mencintaimu
kau memang tercipta,
bukanlah untukku

Terima Kasih Allah

Terima Kasih Allah...
Alhamdullilah....

Rabu, 29 Jun 2011

forgive me... ya Allah...

sujudku pada Mu
tuhan yg maha satu
redhaMu kuharapkn
keampunanMu kopohonkn

pabila aku lalai dgn dunia
pabila aku sombong dgn nikmatNya
pabila diberi...aku lupa
pabila diambil...aku hampa
disini aku hamba yg hina
hilangnya erti bersyukur
tumbuhlah sifat takabur

mlm sunyi mnyapa hati
titis embun mngalir sepi
sujudku pada yg Ilahi
air mata membasahi pipi
aku mncari....
dengarlah rintihanku ya Allah...
tangis derita ku ya Rabb...


selamatkan jiwa ini ya Allah...
tuntunlah hati ini ya Allah...
hanya Engkau yg mengetahui
apa yg tersirat dihati ini....
apa yg terbuku dihati ini....

dingin malam mngetarkn jiwa
pada insan yg takut pada yg maha Esa
tuhan yg maha agung lg maha kuasa
selama diriku bernyawa
nafas dihabiskn dgn dosa
sedikit shj masa utkNya

selemah2 manusia adalah aku
kerana aku terjatuh ke gawang nafsu
sehina2 manusia adalah aku
kerana aku lupa akan penciptaku

aku tundukkan hati
pada amalan yg pasti
pada mlm yg lebih baik dr yg seribunya
ku hambarkn sujud padaNya
aku mncari......


Ya Allah yg maha Esa
berikanlah aku masa
utk hapuskn dosa
kesempatan meraih pahala
penawar hati yg lara
penyembuh luka

aku mncari....
hanya satu yg kucari....
keampunanMu yg maha pemurah
lagi maha pengasihani...
FORGIVE ME ALLAH......:-(

Ahad, 26 Jun 2011

Aduh...

Puas tido haini... 12 jam ckup...mmg malas betul aku nie...bukan apa, penat semalam tak habis lagi, jadik driver, baby siter, tukang masak...macam2 la...haini bagunpun lewat, nasib mak tak membebel...hehe..tapi sbbkn bijak, pandai amek hati...mak pun ok..hehe...mana taknya, terus masuk dapur...masak sambal sotong ngan ikan masak asam...

psstt: awak makan apa haini? makan tempe ngan kentang ag ker???hehehe

Jumaat, 24 Jun 2011

Jun Yang Penat

Bulan Jun yang begitu memenatkan...Dalam tempoh itu adalah dalam 5 hari aku tak balik rumah...Kena tekan kerja lebih masa sampai pagi...Sabar je lah...Dah nasib badan...Nak buat macam mana...Tapi bila dengar cerita bos aku waktu dia muda-muda dulu, aku rasa, dia dikerjakan oleh bos dia lagi teruk...Dia dulu kena buat eskavasi kat dalam hutan selama dua tahun tanpa boleh balik umah....Peh lama lagi....Suatu jer ayat yang aku suka dengar dari mulut dia dan dia seringkali ulang-ulang kalau kami bersembang....

" Saya mempunyai sejarah perjalanan hidup yang begitu panjang"...."Saya orang yang bermula dari bawah".....

Khamis, 23 Jun 2011

150 juta kali

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Rabu, 22 Jun 2011

Nasi goreng abah...

tengah2 dok syok tengok tibi...perut nie mintak di isi lak...terus mulut nie bersuara... "mak megi kat dapuq ada x?"...mak kata ada...adeh malas lak plak nk bnagun p buat...anak bertuah sungguh..penyegan org kedah kata.... tetiba abah yang baru sudah cuci keta malam2 masuk ja...terus tnya aku, nak makan nasi goreng ke nak makan roti ngn sardin?... dengan pantas terus jawab, nak nasi goreng... maklumlah.. malas...hehehe....

tapi, bukan nk kata la..abah masak memang sedap...hehhe.. bukan ayat bodek...makaceh abah....


....sedapnyer...


psst: kalau boleh nak suami yang pandai masak...hehehe...alahai tetiba rindu tomyam kat tepi jalan kat penang tue...awak taw kn???


Malam

Malam ini ku nyanyikan,
Sebuah lagu lama yang terbuku dalam nistaku,
Hilang daya, hilang mata,
Inginku luahkan segalanya,
Agar engkau sadar semalam,
Aku, hanya meminta-minta,
Secebis harapan menanti masa hadapan,
Oh, oh, oh…

Malam ini tak terhenti,
Tiada nafas lagi,
Melunaskan segala janjiku,
Aku pinta kau berserah,
Moga penghujung cita-cita kita tak terdampar semalam
Aku tiada nafas lagi pikul beban ini,
Yang kerap jatuh lari,
Oh, oh, oh…

Malam ini tak terhenti,
Tiada nafas lagi,
Melunaskan segala janjiku,
Aku pinta kau berserah,
Moga penghujung cita-cita kita tak terdampar semalam,
Aku tiada nafas lagi pikul beban ini,
Yang kerap jatuh lari,
Oh, oh, oh,
Aku tiada nafas lagi pikul beban ini,
Yang kerap jatuh lari,
Oh, oh, oh…

Selasa, 21 Jun 2011

Cela

Haini...tetiba ja rasa nak buka laptop lama...Setelah sekian lama x di buka...fuhh...berhabuk...cian kau laptop... diabaikan...Belek sana belek sini...macam2 'khazanah' dalam nie...sayang Ooo...macam-macam ada...especially segala kenangan manis la...hurm...rindu semua tue... Belek punya belek last-last jumpa folder nie...semua yg si dia suka...antaranya


BONEKA___ CELA

Rabak mataku Pena menari-nari

Tinta berdarah kata membara-bara

Masanya ku bernafas Kini terakhir kali

Puas sudah ku sesak Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur kini berdiri

Kau bermain api Kini ku bakari

Dulu menunduk Kini ku celik

Kau bermain api

Engkau mahu sempurna

Engaku jadi sempurna

Biar aku bahagia dengan celaku

Engkau mahu malaikat turun dari kayangan

Biar aku bahagia dengan celaku

Mengapa tidak engkau cermin sahaja

Dirimu yang Sempurna mempersona

Ku bahagia dengan cela

Mengapa engkau tidak bercinta sahaja dengan

Dirimu yang Sempurna mempersona

Ku bahagia dengan cela

Siapa yang mampu Mencapai mahumu

Bila mana kau juga seorang manusia

Siapa yang mampu Mencapai mahumu

Bila mana kau juga seorang manusia


psst: awak ingat lagi lagu nie??? hehehe