Rabu, 10 Ogos 2011
Cerita Tentang Lenggong, Perak
* Rumah Limas, Rumah Pusaka di Kampung Gelok, Lenggong.
Tadi siang sekitar jam 3 petang, gua dengan member sekerja gua gi solat Zuhur di Masjid Lama Kampung Gelok, Lenggong. Kenapa gua pilih masjid ini untuk tunaikan kewajipan solat?. Sebabnya masjid ini gua ada rasa lain sikit. Roh masjidnya aku rasa dia sentiasa hidup. Dan yang menghidupkannya sudah tentulah para jemaahnya. Masa gua datang singgah, gua tengok ada dua orang pak cik tua dok sibuk menggaji Quran. Meskipun binaan masjidnya tidaklah segah mana, tetapi amalan yang tercetus dalam ruang masjid tersebut membuatkan gua rasa nyaman dan tenang sekali. Lebih-lebih lagi dalam keadaan bulan puasa ini. Masa gua dok solat, mata gua ternampak lah seekor burung tekukur yang sedang dok bertenggek atas wayar elektrik dalam masjid tersebut. Gua jadi tak khusyuk tengok perlakuan burung tersebut. Burung itu selamba jer dok bertenggek atas wayar tue sambil siap main hayun2 kan badan kat wayar tue. Macam main buaian lah plk. Selain itu, masjid tue memang tak rasa panas pun ditambah pula dengan air kolah nya yang sejuk dan nyaman. Maklumlah air dari bukit. Lepas solat, gua ambil kesempatan nak rehat dan sambil baring (sebenarnya nak tuang kerja). Dalam gua tengah dok baring2 tue, pak cik yang menggaji Quran tue sapa gua ngn member gua. Dia tanya lah asal-usul kami semua. Kemudiannya aku tanya tentang sejarah komunis kat kampung ni suatu ketika dahulu. Pak cik tu pun jawablah : "Komunis dengan orang kampung tak ada masalah pun. Kami tak pernah bersengketa pun. Diorang tak ada pun cari pasal dengan kami. Malah, kami jugalah yang bagi diorang makan sebab kesian tengok diorang kurus-kurus. Jadi Pak Cik tak faham sebab apa orang kata komunis kejam dan ganas."
Selain itu gua tanya pulak pasal bendang padi kat Lenggong nie. Pak cik itu pun jawab: " Sekarang nie Lenggong dah tak ada sawah dah. Dulu kat Kampung Gelok nie banyak sawah. Kira sawah nie macam pendapatan tambahan lah selain menoreh getah. Sekarang nie dah tak ada dah."
Bendang sawah kat sini lebih kurang macam dalam cerita novel Ranjau Sepanjang Jalan itulah. Sebab bendang diorang bukan guna tanah pamah tapi guna tanah bukit dan berdekatan dengan bukit. Macam kat Sik, Kedah lah. Bukan macam kat Pendang. Jadi dalau nak faham tentang pandang darat penanaman bendang sawah kat sini, boleh lah baca novel Ranjau Sepanjang Jalan itu.
Lagi satu yang buat gua suka kat Lenggong ni ialah pemandangan persekitarannya tenang sekali. Di kelilingi bukit-bukit. Jauh daripada pemodenan. Bahkan agak jaranglah nak jumpa anak-anak dara yang pakai hot n seksi kat sini. Nak jumpa anak dara berkeliaran pun susah gak. Kira kawasan Lenggong nie masih lagi terpeliharalah dan tak tercemar lagi. Tak lah macam kampung gua. Kampung gua pun gua rasa macam tak syok jer dan tak rasa dah macam suasana kampung. Bahkan agak sukar nak jumpa rumas limas, rumah pusaka kat kawasan kampung gua tue. Kat Lenggong ni, masih lagi boleh tengok rumah limas, rumah pusaka. Jenis rumah bentuk lama yang mana tiang-tiang rumahnya tinggi-tinggi selain bahan binaannya terdiri daripada kayu beserta bentuk atap yang unik dan penuh ukiran.
Setakat ini jelah yang gua boleh kongsi tentang kehidupan dan corak budaya masyarakat kat Lenggong nie. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah datang lepak2 kat sini sambil belajar tentang sejarah kawasan di sini yang mana usianya agak lama sekali iaitu sekitar 1.83 juta tahun dahulu berdasarkan penemuaan kapak genggam yang terlekat pada tahi bintang yang telah dijumpai di Bukit Bunuh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan