Ahad, 7 Ogos 2011

Ramadhan gua kali ini

Ramadhan Al-Mubarak sudah pun menjengah hari yang ke-7. Saat Ramadhan kali ini seperti juga Ramadhan setahun yang lalu dimana gua menikmatinya di tapak kerja lapangan. Bezanya, tahun lalu gua berada di Johor untuk bersembang-sembang dengan Orang Asal Negeri Johor yang terdiri daripada dua komuniti yang berbeza corak adaptasinya iaitu satunya di darat yang lebih dikenal sebagai "forest dwellers" dan yang satu lagi beradaptasi dengan persekitaran laut dengan dikenal sebagai "aquatic populations" atau juga "sea-peoples". Bagi masyarakat yang di darat, nama suku kaumnya dikenali sebagai "Orang Jakun" yang mana merupakan cucu-cicit kepada lagenda Badang yang terkenal itu dalam teks Sulalatus-Salatin. Manakala yang di laut itu pula, nama sukunya adalah 'Orang Duano' atau juga lebih dikenal sebagai "Orang Kuala" oleh masyarakat Melayu setempat. Bagi masyarakat Orang Kanaq pula, mereka ini dari segi sejarahnya merupakan komuniti yang beradaptasi dengan kelautan, namun setelah dibawa berhijrah ke Johor dari Pulau Sekanak oleh Sultan Ibrahim, atas sebab-sebab tertentu, masyarakat ini kemudiannya teradaptasi dengan kehidupan yang berorentasikan darat di mana lebih bergantung kepada kawasan hutan untuk survival kehidupan mereka sehingga dapat dilihat pada masa kini bahawa komuniti ini agak janggal dan kurang mahir dengan dunia kelautan.

Ok...cukup untuk cerita tentang Ramadhan tahun lepas. Sekarang tentang Ramadhan tahun ini plk. Diam tak diam, rupa-rupanya sudah setahun lebih gua terlibat dengan kerja-kerja mendalami dan menyelami lubuk hati masyarakat Orang Asal ini...Dari 18 pecahan suku kaum Orang Asal yang terdapat di Malaysia ini, menurut pemerhatian gua, hampir kesemuanya mempunyai sekeping hati yang mudah tersinggung dan tersentuh. Andai tersinggung, mereka ini akan merajuk serta seterusnya membawa diri jauh dari kawasan penempatan mereka dengan mulutnya bersumpah "Mati hidup balik pun, kami takkan jejak ke tanah itu lagi". Itulah antara ciri sosial yang dapat gua pelajari daripada komuniti ini yang mana lebih mementingkan "dignity" atau maruah diri.




*Geng-geng Etno gua


Tahun ni gua dah tak berdialog dengan Orang Asal tetapi gua bermonolog dengan lukisan Orang Asal yang pernah nenek moyang mereka sisipkan di dinding-dinding gua suatu ketika dahulu. Lokasi gua kali ini adalah di Lenggong yakni sebuah daerah kecil di negeri Perak yang sangat terkenal dengan jumpaan rangka masyarakat pra-sejarah yang lebih dikenali dengan nama 'Perak-Man' itu. Kerja gua adalah cuba untuk memahami makna dibalik motif lukisan tersebut. Dari apa yang gua tengok, kebanyakan lukisan mereka itu mempunyai maknanya yang tersendiri. Bukan hanya sekadar lukisan kosong. Sesuatu benda pelik yang mereka pandang dan perhati, akan mereka nukilkan di dinding-dinding gua dengan menggunakan arang. Misalnya seperti lukisan berupa kereta dan basikal. Objek-objek ini sememangnya merupakan suatu yang asing pada mereka pada era tahun 50-an dahulu. Mungkin kerana kepelikan objek itu dan rasa hairan mereka, maka objek-objek itu dilukis.




* Contoh lukisan




Tapi sayangnya, kebanyakan lukisan itu sudah pun dicemari dengan tangan-tangan kotor yang tak bertanggungjawab. Lukisan-lukisan itu kebanyakannya sudah hampir hilang terpadam kerana diconteng, ditoreh dan digores selain disebabkan aktiviti kuari batu marmar. Bahkan dinding-dinding gua itu kini pun sudah tercemar dan ternoda dengan pelbagai macam rupa tulisan dan lukisan yang langsung tiada seninya sehingga mencacatkan dan menghodohkan nilai dan ciri asal semulajadi gua tersebut. Jadi diharapkan kesedaran dapat dipupuk dan diserap di dalam setiap hati sanubari masyarakat kita agar dapat memelihara khazanah warisan negara kita.


"Saving the past for the future".

Tiada ulasan: