Pagi Selasa, aku bersiap-siap untuk menghadiri seminar. Aku tak turun bersarapan bersama guruku. Seperti biasa, jika ada satu urusan penting yang masih belum beres dan lancar, aku jadi tak keruan. Lebih-lebih lagi, sehingga ke waktu pagi itu pun, aku masih lagi tak tahu jadual pembentangan aku bila.
Aku langsung terus ke dewan seminar. Mendaftar diri dan bertanyakan tentang jadual pembentangan aku. Urusetia memberikan tentatif program. Ah, aku pembentangan aku sesi jam 1330, hari tersebut. Aku mengharapkan agar sesi aku adalah keesokkan harinya. Makanya aku terpaksa redha dan pasrah. Hanya
itulah kata yang selayaknya untuk berhadapan dengan situasi semacam ini.
Di dewan utama seminar, aku bertemu dengan delegasi dari UKM yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Dzuliskandar Ramli bersama pasukannya yang terdiri daripada Helmi, Syafiq, Dr. Adnan dan beberapa orang perempuan lain yang tidak ketahui namanya. Selama 2 hari di sana, kami berjalan dan makan bersama-sama dengan delegasi dari UKM bersama dengan seorang pensyarah dari University of Singapore yang bernama DR. Shah Alam.
Seminar yang aku sertai kali ini adalah berjudul "7th International Seminar on Ecology, Human Habitat and Environmental Change in the Malay World". Seminar ini adalah anjuran bersama antara Universiti Islam Riau dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis bermula sekitar jam 09.30. Majlis dimulai dengan bacaan doa. Kemudian ucapan daripada pihak Universiti Islam Riau, Indonesia. Seterusnya adalah ucap tama oleh 4 orang tokoh akademik iaitu dimulai dengan Prof. Amri Marzali dari University of Indonesia, kemudiannya Dr. Shah Alam dari University of Singapore, Prof Madya Dr. Dzuliskandar Ramli (tak sangka cepat betul Dr Dzuliskandar naik jadi Prof. Madya) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan terakhir adalah Dr Erdi dari Universiti Tanjung Pura, Pontianak, Indonesia.
Pembentangan ucaptama oleh Prof Amri Marzali dr Indonesia, Dr Shah Alam dri Singapura, Prof Madaya Zul dr Malaysia (kredit pic rakan pembentang dari UKM)
Ucap tama yang dibentangkan oleh Prof Amri Marzali dan Dr. Shah Alam ada sedikit sebanyak berhubung-kait dengan kajian aku. Prof Amri Marzali membentangkan berkenaan kajian etnografi tentang Orang Petalangan yang tinggal di daerah Pelalawan dalam Provinsi Riau. Beliau juga turut menyentuh sekilas lalu tentang masyarakat Orang Duano yang terdapat di Riau. Manakala Dr. Shah Alam pula ada menyentuh dalam pembentangannya tentang kerajaan Melayu lama iaitu Srivijaya dan Melaka yang mana turut menyentuh tentang bentuk hubungan antara pihak pemerintah dengan yang diperintah.
Ucaptama yang dipersembahkan oleh Prof Madya Dr. Dzuliskandar pula sedikit menyinggung perasaan aku dan guruku. Aku malas nak ulas banyak2. Hal ini adalah berkenaan dengan perbezaan dan percanggahakan pendapat. Isi ucaptamanya adalah hampir sama dengan kandungan yang pernah dipersembahkan oleh Prof Emeritus Dato Dr Nik Hassan Shuhaimi sewaktu aku membentangkan kertas kerja di seminar UKM, 2 tahun yang lalu. Isinya sedikit sebanyak tidak bersetuju dengan beberapa penemuaan yang telah didedahkan oleh pihak arkeologi dari USM terutamanya berkenaan penemuaan kapak genggam yang berusia sekitar 1.83 juta dahulu di Bukit Bunuh, Lenggong. Aku sekali-sekala melihat riak wajah guruku. Ada sedikit riak masam terpapar di wajahnya mendengarkan ucapan tersebut. Manakala rakan-rakan2 aku dari UKM yang duduk bersebelahan dengan aku pula, hanya memandang aku dan tersenyum. Sebagai respon, aku hanya
membalas dengan senyuman kecil. Kami yang lapis2 baru ini mengerti tentang perbezaan pendapat antara 2 institusi yang memperjuangkan arkeologi di Malaysia. Kami yang muda2 ini hanya membiarkan perkara itu berlangsung tanpa perlu diulas sesama kami. Hal ini kerana, masing-masing punya cara, punya pandangan dan punya prinsip dalam memperjuangkan sesuatu perkara meski pada dasar perjuangan yang sama. Yang berbeza mungkin dari sudut method dan intrepretasi. Suatu perkara yang aku cuba belajar dari pertelingkahan ini adalah , belajar untuk meskipun tidak dapat menerima, tetapi cukup untuk menghormati pandangan dan prinsip orang lain. Bukankah kepelbagaian itu suatu yang berwarna-warni. Dan berwarna-warni itu bukankah suatu yang mengindahkan.
Tapi ada satu perkara yang aku tertarik dengan Prof Madya Dr. Dzuliskandar Ramli. Pembentang sebelum beliau membentangkan kajian mereka dalam bahasa Inggeris lantaran seminar ini adalah bertaraf antarabangsa. Namun, dengan selambanya Prof Madya Dr. Dzuliskandar membentangkan kajiannya dalam bahasa Melayu. Permulaan ucapan beliau dimulai dengan kata-kata ini ;" Bahasa dan bangsa adalah jati diri manusia. Hang Tuah dikatakan fasih dalam 12 bahasa. Tetapi bila beliau mengutus surat kepada pemimpin dunia, Hang Tuah menulis surat dalam bahasa Melayu (tulisan jawi). Dahulu bahasa Melayu zaman Srivijaya dan Melaka merupakan bahasa pengantara..sebagai bahasa lingua franca. Jadi saya akan menggunakan bahasa Melayu dalam ucapan saya."
Tokoh2 sarjana dari 3 buah negara serumpun. (Indonesia ~ abg sulung~, malaysia ~ adik tengah ~, singapura ~ adik bungsu~) (Kredit pic; rakan pembentang dari UKM)
Selesai majlis ucaptama dari 4 tokoh sarjana ini, maka kami dihidangkan dengan makanan tengahari. Dari segi menu makanan yang agak menarik adalah menu gulai ikan baung. Aku sehingga setakat ini masih lagi tak berselera nak makan mengenangkan sesi pembentangan aku belum berakhir. Selagi tak selesai
pembentangan aku, maka selagi itulah aku tak sedap hati dan jiwa jadi tak keruan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan