Rabu, 13 Ogos 2014

Pembedahan ACL Lutut




Lutut. Bulan Mei 2014 aku ada buat pembedahan lutut.  Pembedahan acl. Sebabnya ligamen aku putus.

Awal November 2013, aku jatuh masa main futsal. 2 hari aku tak boleh berjalan dengan sempurna. Minggu depannya aku cuba main futsal. Tapi tak boleh.

Aku rujuk kes nie di hospital USM. Doktor sarankan aku jalani fisioterapi dengan alasan mungkin ligamen aku hanya koyak.

Lepas sekitar 3 bulan fisioterapi, aku cuba main bola kembali, kesakitan lutut tetap berlaku.

Aku tak puas hati dan rujuk ke Hospital Pulau Pinang. Doktor kata aku kena buat pembedahan acl. Nama doktor tue Miss Gooi. Dia bagi kos harga dan minta aku tentukan tarikh. Kosnya RM 5030. Setelah berbincang dengan keluarga, maka tarikh yang aku pilih adalah 9 Mei.

Sebelum buat pembedahan, kena buat MRI. Scan lutut aku. Kena masuk dalam sebuah mesin. Duduk dalam tue sekitar 45 minit.  Kalau ada apa2 yang tak kena atau berasa takut, kena tekan satu butang agar pegawai yang bertanggungjawab akan segera keluarkan kita dari mesin tue.  Nak masuk mesin tue, kena tanggal baju, seluar, sepender. Hanya pakai baju kain berwarna hijau yang disediakan. 

Bila disorongkan masuk ke dalam mesin tue, keadaan sekeliling di mesin itu berwarna putih yang menyilau. Seolah-olahnya kau berada di dunia asing. Dan kau sendirian. Dikelilingi mata-mata yang menjeling kau.Tapi mata-mata itu tidak dapat kau lihat. Mata-mata itu Hanya menunggu saat yang tepat untuk menerkam.

Bila mesin itu diaktifkan, bunyi berdengung-dengung dapat kau dengar. Hanya bunyi tue dan mata-mata yang tak terlihat berada dalam fikiran.


Aku cuba untuk tidak tidur.  Kerna takut mata-mata tidak terlihat itu mempunyai peluang untuk menerkam aku dibalik kesilauan cahaya-cahaya putih yang menyelubungi sekeliling aku.  Tapi aku tak berjaya. Tewas. Dan akhirnya tertidur. Sedar-sedar, pegawai wanita India mengejutkan aku dan mengatakan ujian MRI sudah pun selesai.

Minggu depannya aku buat pembedahan. Aku minta Udin hantar ke hospital. Hari Khamis aku masuk wad. Aku kena pakai baju kain berwarna hijau. Bacaan tekanan darah aku diambil. Darah aku pun diambil. Mereka menyuntik di tangan kiri untuk mengambil sampel darah.

Bermula lepas maghrib, aku kena puasa untuk pembedahan esok paginya. Sebelum tue datang doktor bius.  Tanya pada aku sama ada nak bius penuh atau bius separuh.  Aku jawab nak bius penuh.  Lepas tue dia tanya, ada merokok tak. Aku cakap aku perokok aktif.  Selantas itu pun dia mnejeling dan mencemik dengan hamburan kata-kata :" dah lah isap rokok, nak bius penuh pulak". Aku hanya redha dengan hamburan kata-kata pedas tapi benar dan bermakna.


Aku duduk sebelah katil dengan seorang uncle Cina. Kakinya punya tumor.  Tumor yang semakin besar keadaan fiziknya. Kami bersembang. Disebabkan usia tuanya, aku hanya bertindak sebagai pendengar dan pemberi soalan. Uncle Cina tua itu sebagai pencakap dan penjawab soalan. Aku bertanyakan tentang masa-masa mudanya, tentang suasana Penang zaman mudanya. Kebanyakan soalan aku adalah berkisar tentang masam silam. Aku memang suka bertanyakan soalan-soalan berversi semacam itu.

Uncle Cina tua itu pula, jenis yang suka bersembang. Makanya setiap soalan aku dijawab dengan penuh kesungguhan.

Uncle Cina Tua itu seorang lelaki malang. Kehilangan isteri. Sebatang kara. Kini dia hanya cuma mahu menghabiskan sisa hidupnya tanpa mahu menyusahkan orang lain. Dia ke hospital sendirian. Menaiki motor dengan keadaan kaki bertumor yang kalau dilihat seperti mahu meletup pehanya akibat besarnya tumor tersebut.

Uncle Cina Tua itu juga bukan seorang penganut agama yang tegar. Dia seolah-olah tiada tahu pada tuhan mana dia mahu mengadu nasib. Dia mungkin manusia tidak bertuhan.  Buddha mungkin hanya agama warisan pada dirinya.  Pernah ada sorang wanita Kristian membawanya berdoa gaya Kristian. Dan dia mengikuti.  Katanya, kenapa tidak kita mencuba. Dan dia akui, lepas berdoa gaya Kristian, sedikit ketenangan muncul dalam dirinya. Adakalnya aku terfikir kalaulah Uncle Cina Tua itu merupakan Uncle Melayu Tua. Mungkin dah kena maki. Kena hamun. Bahkan mungkin ada puak-puak bodoh yang otaknya di jubur buat satu demostrasi menghentam Uncle nie sebab suka-suka berdoa gaya agama lain.  Mungkin PAS/PERKASA/PEKIDA/PUKIDA tanpa rasa bersalah melabel uncle nie sebagai manusia neraka yang tidak akan mencium bau syurga.


Pagi Jumaat aku buat pembedahan. Aku disuruh hanya pakai tuala yang disediakan.  Kemudian aku diangkut menaiki katil beroda ke tempat pembedahan.  

Di bilik pembedahan, Miss Gooi dan jururawat bersedia nak bedah lutut aku. Aku diberikan bius. Mereka bagi aku bius penuh.  Tak lama lepas dibius, aku terus tak sedar diri.

Sedar2, jam dah pukul sekitar 12 lebih.  Masa nak sedar tue, aku tiba2 meronta sebab menahan sakit. Para jururawat yang cantik memegang tangan aku. Dan aku langsung tak tahu tentang macam mana pembedahan tue berlangsung. Sedar2 kaki dah pun dipasang dengan pendakap lutut.

Petang lepas aku kena bedah, Uncle Cina Tua tue balik. Kemudian ada seorang pak cik Melayu yang masuk pula.  Pak Cik tue menghidap penyakit kencing manis.  Beberapa hari lepas pembedahan jari kakinya, anak perempuan beliau ada datang melawat.  Dengan selambanya dia bertanya pada bapanya: "Tinggal berapa jari bapak sekarang?". Aku hanya tertawa sendirian dalam hati mengenangkan soalan selamba dari seorang anak perempuan kepada bapaknya.  Bapaknya hanya tersenyum sebagai refleksi balas daripada pertanyaan anak perempuannya itu.


Hari pertama pembedahan agak sedikit menyakitkan. Tapi sakit yang masih boleh ditahan. Nak kena tandas adalah suatu hal yang sedikit menyukarkan. Hari pertama aku pakai kerusi roda.  Masuk hari kedua cuba pakai tongkat.

Malam lepas bedah, badan aku dicucuk dengan tabung air. Sehari dalam sekitar 2 kali sampel darah aku diambil. Aku juga turut diberi ubat2.


Selama 5 hari aku di hospital, aku dapat melihat dan memahami keadaan sebenar suasana hospital.  Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para doktor kerajaan yang sanggup menabur budi dan bakti kepada golongan masyarakat terutamanya masyarakat kelas bawahan yang macam aku.  

Kadang2 aku rasa simpati dan dalam pada yang sama turut rasa kagum dengan doktor kerajaan. Profesion mereka merupakan profesion yang hebat tapi perjalanan karier mereka sebenarnya tidak mudah.  Dahlah untuk menjadi seorang doktor perubatan bukanlah tugas mudah.  Banyak kesukarannya. Kena belajar. Kena bersekang mata. Tak boleh banyak main dan buang masa macam pelajar kos lain.  Kemudiannya bila bekerja pun tetap sukar dan susah lebih-lebih lagi bila bergelar doktor hospital kerajaan.  Kena layan macam2 karenah pesakit masyarakat kelas bawahan yang kadang2 aku tengok seerupa sial dan celaka. Ada yang mengada-ngada lebih. Ada yang marah2 doktor. Ada yang memaki-maki doktor.  Tapi yang bagus dan powernya doktor ini, mereka tetap sabar dan tabah melayan karenah para pesakit.  Lagi satu aku tengok doktor2 ini tak ada meja khusus iaitu meja individu tapi mereka berkongsi dengan para jururarawat.  Dan sebenarnya, intelektual dan harga diri sseorang itu sebenarnya tidak diukur dari sudut pemerolehan dan pemilikan material tetapi dinilai dari sudut tahap pemikiran intelektual dan nilai hati nurani.  Apapun terima kasih para doktor kerajaan.


Masa hari keempat iaitu hari Ahad, Wandu dan Udin datang melawat.  Selama aku kat hospital, aku tak hisap rokok. Fuck, 5 hari berturut-turut aku tak hisap rokok. Menggigil badan aku. Sampaikan aku terpaksa berzikir untuk menenangkan jiwa dan badan aku yang tak dapat merasai nikmat asap rokok tue.


Petang Isnin, Udin dan Wandy jemput aku. Aku diberikan cuti yang agak panjang iaitu sekitar hampir 2 bulan.  Tapi aku tak boleh guna M.C tue.  Sebab aku nie kan pekerja gaji hari.  Aku kerja dapatlah gaji.  Tak kerja tak dapat lah gaji.  

Hari Khamis lepas pembedahan tue aku kena masuk ofis. Sebab aku kena mengajar tutorial kat budak2 degree.  Aku mungkin boleh mintak tolong kawan2 aku yang lain ambil alih tugas aku.  Tapi takkan aku nak bagi tugas yang mereka tak arif. Nanti ke laut pulak budak2 tue nak amik exam. Jadi aku gagahkan diri juga mengajar tutorial tue.

Lepas tue aku cuti sekitar 2 minggu sehingga temujanji aku seterusnya dengan Miss Goi. Masa aku jumpa Miss Gooi untuk perkembangan, dia agak sedikit kecewa sebab aku masih lagi tak pergi untuk rawatan fisioterapi.  Aku sebenarnya malas nak masuk rawatan fisioterapi di hospital Pulau Pinang.  Aku ingat nak masuk pusat fisioterapi di Usm sahaja. Sebabnya senang sikit dan dekat.  Tapi Miss Gooi tak kasi.


Sejak itu, aku datang untuk fisioterapi di hospital penang dengan kadar sekitar seminggu sekali.  Aku nak ucapkan terima kasih kepada Kak Nisa, Adam, dan Syamim yang sudi sekitar setiap minggu hantar aku untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital Pulau Pinang.

Aku kerja macam biasa.  Setiap hari aku tumpang Udin untuk pergi dan balik kerja. Dan perkara ini berlangsung sekitarlah smapai pertengahan Ramadahan.

Kemudian, pada sesi temujanji berikutnya dengan Miss Gooi, Miss Gooi melahirkan rasa kecewa dan marahnya dengan perkembangan lutut aku.  Katanya aku nie degil tak mahu ikut kata. Dia ingat aku tak pergi fisioterapi kat hospital Pulau Pinang. Dia kecewa dan marah sebab lutut aku tak boleh lurus dengan sepenuhnya dan otot peha dan betis aku semakin mengecil. Disebabkan lutut aku tak boleh lurus, dia terus tekan lutut aku kuat2 supaya bagi lurus.  Mula2 tue aku tahan. Sebab aku lelaki dan dia perempuan.  Tapi selagi aku tahan sakit aku, selagi tuelah dia tekan lutut aku.  Akhirnya aku menjerit mintak Miss Gooi yang baik hati tue lepaskan tekanan tapak tangan dia dari lutut aku.  Miss Gooi kata " I risau tau sama u punya lutut. You tak risau ka sama lutut u sendiri. I tak pernah ada pesakit yang macam ini". Aku pun pasrah jer.  Miss Gooi suruh kat rumah, tekan lutut aku kuat2 biar sampai lurus kaki aku.

Sebenarnya keadaan ini berlaku bukan apa. Aku kena kerja.  Bila kerja, kena duduk atas kerusi.  Jadi sebab tue lutut tak boleh nak lurus habis. Lutut aku perlu berada pada posisi menganjur yang kerap pada awal2 selepas pembedahan.  Meski aku dapat M.C hampir 2 bulan, aku tak bagi pun kat bos aku. Aku kan kerja gaji hari.  Pergi kerja dapat gaji.  Kalau tak pergi kerja tak dapat gaji. Jadi sebab tue aku tak bagi surat M.C tue kat bos aku.

Kat rumah, Udin kadang2 tolong tekankan lutut aku. Kat ofis plak, Abg Ikhawan dan Cik Talib yang tolong dok tekankan lutut aku. Malam2 masa tidur, aku tindihkan buku2 yang tebal dan besar kat atas lutut aku, supaya lutut aku terbenam ke bawah dan jadi lurus.

Lepas raya aku datang jumpa Miss Gooi.  Miss Gooi rasa gembira sebab lutut aku dah lurus. Lepas dia check lutut aku, tiba-tiba dia letak tangan dia pada bahu aku  sambil kemudian dia kongsi rasa kegembiraan dia dengan para pesakit dia yang lain.  Katanya: "Amir nie pesakit i yang degil. I suruh datang fisio, dia degil samapai lutut tak lurus. I susah hati. Dia sendiri tak risau sama lutut dia. Tapi sekarang i gembira sebab dia dah ok. Nak kena marah baru dia nak dengar cakap"....Hahaha....lepas tue Miss Gooi suruh teruskan fisioterapi.  Ok..apapun terima kasih ya Miss Gooi.  


p/s: Masa pertama kali aku jumpa Miss Gooi, dia mintak aku tanggalkan seluar aku sebab nak tengok lutut aku menerusi pergerakan jalan aku.  Aku cakap aku tak pakai sepender. Dia kata tak apalah. Kalau u tak kisah, bukak je lah. Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala tanda tak bersetuju dan tak mahu selain sebagai tanda aku tak faham sebab ada orang perempuan macam Miss Gooi yang lain daripada yang lain berbanding dengan perempuan tipikal yang lain.  Mungkin Miss Gooi sedikit liberal dan terbuka bentuk pemikirannya.






1 ulasan:

Nisa berkata...

Kelakarlah awak ni. Saya ketawa berkali2 baca entry awak ni. Tahniah kerana berjaya lalui fasa sukar dalam penyembuhan tu. Syukur kepada Allah.