HARI RAYA AIDILFITRI. Tahun 2014 Masihi. Tahun 1435 Hijrah. Selama hampir 28 tahun aku hidup, perayaan Aidilfitri pada tahun inilah yang paling mengecewakan. Hambar. Tak berroh. Kosong.
Cik Na tak balik raya tahun ini. Sakit dengar katanya. Cik Na dah ada baby baru. Tak lah baru sangat sebenarnya. Lepas raya tahun lepas baby tue dah keluar dari perut Cik Na. Nampak sangat sudah setahun aku tak jumpa Cik Na. Dan sehingga kini pun aku masih tak jumpa Cik Na lagi dan anak barunya itu.
Dalam jarak tempoh antara Aidilfitri tahun lepas sehingga Aidilfitri tahun ini, boleh aku katakan perhatian aku terhadap soal hubungan kekeluargaan agak longgar, terabai. Bayangkan dalam sengkang masa antara keduanya itu, aku hanya baru balik kampung sekali sahaja iaitu bulan 3 yang lalu. Itupun atas urusan kerja dan pembelajaran aku. Tempoh antara 2 masa itu, bila aku renungkan kembali, seolah-olahnya terlalu cepat dan pantas. Seolah-olahnya baru semalam jer aidilfitri tahun lepas itu berlangsung.
Raya tahun ini, tak ada ketupat nasi yang dibalut dalam sarung anyaman daun kelapa. Tak ada sambal kacang. Dan kalau benda sinonim ini pun tak ada, jadi jangan sesekali ditanyakan tentang serunding, lepat, dodol dan lain-lain lagi.
Aku cuba membangkitkan berahi seri raya. Tapi gagal. Aku pasang pelita. Tak berkesan. Tetap gagal. Sepanjang perjalanan dari penang ke batu pahat (pulang ke kampung), aku perhatikan budaya memasang pelita semakin kurang dekat nak pupus. Walhal dahulunya, saat sekitar 7 hari terakhir Ramadhan (malam 7 likur), setiap buah rumah sibuk memasang pelita, memasang panjut dengan tersiratnya falsafah khusus dibalik pemasangan tersebut.
Pagi raya hanya aku sekeluarga. Tak ada keluarga Pak Ngah, tak ada keluarga Cik Joe dan tak ada keluarga Cik Na. Barangkali ketiadaan mereka ini disebabkan ketiadaan hakiki Al-Marhum Haji Hussain. Ah, mahu sahaja aku membakar kemenyan, mempersembah pulut kuning ayam kampung hitam di pusara Al-Marhum; menyeru rohnya kembali pulang ke rumah. Dan dengan harapan agar selantas itu juga, mereka-mereka yang tak pulang ini akan terkial-kial menekan pedal minyak kereta masing-masing pulang ke Kampung Parit Kemang Darat.
Benda paling celaka yang terpaksa aku hadapi raya tahun ini adalah sembahyang raya. Bukanlah maksud aku sembahyang raya tue celaka. Hal itu tue kan dah jadi rutin tahunan...Hahaha..rutin...Tapi yang celakanya berkenaan sembahyang raya nie, aku terpaksa sembahyang raya di Markaz Pas Sungai Tongkang, Rengit. Apa kejadahnya dan betapa macam haramnya 1 syawal aku terpaksa sembahyang dan dengar khutbah raya di Markaz Pas. Meski ibu aku dah sarankan agar aku lupakan sahaja idea mengarut bapak aku tue dan solat di masjid kampung aku, tapi disebabkan perbezaan darjat antara aku dan bapak aku, makanya aku terpaksa mengalah dan membiarkan kecelakaan itu tertimpa di atas tepat muka aku. Bukan aku tak nak melawan, tapi disebabkan subuh pagi yang renyai-renyai hujan, aku dah bertekak lidah dengan bapak aku, maka aku akur atas alasan tak nak lagi memarakkan api persengkatan antara aku dan bapak aku yang tercinta...hahahahaha....
Raya tahun ini aku pun malas nak pergi baraan ataupun marhaban. Rutin budaya ini aku bagi tempoh 10 tahun jer dari sekarang. Lepas tue pupus dan jadi sejarah. 10 tahun berikutnya, budaya ini hanya akan jadi bualan keluhan bagi insan-insan yang pernah merasainya. Dan seterusnya hilang dari ingatan generasi-generasi selanjutnya. Bapak aku tak boleh nak membebel sangat pasal aku tak pergi marhaban. Aku ada alasan pengecualian yang kukuh. Lutut aku tak berapa baik dan masih dalam proses pemulihan. Hahaha.. itu hanya alasan. Walhal kalau aku nak join, tak ada masalah pun dan ia bukan suatu isu yang besar..Tinggal atas aku sahaja. Antara nak atau tak nak. Pagi-pagi raya marhaban hujan..Ini satu lagi punca kuat untuk aku tak sertai marhaban.
Raya ini aku sunyi. Tak ada kawan. Usop ustaz akhir zaman dah kawen. Aim dah kawen. Addin dah kawen. Kenshi dah kawen. Dahulunya, malam raya malam kami berkumpul. Bersembang dan berlabon tentang kisah hidup lampau. Mengenang dan mengungkit kembali nostalgia bersama masa silam. Kini orang bujang seperti aku terpaksa sendirian. Hanya mampu melayan punai yang tak punya emosi dan reaksi. Fuck....
Tapi...tapi...tapi...mujur ada Ikan. Petang Rabu, Ikan call. Aku ingatkan mamat nie dah kawen. Tapi kembar irasnya iaitu Serar dah kawen. Jadi malam tue sepanjang aku di kampung, adalah sikit hiburan dan pengisian bermakna dalam hidup aku..Melepak bersembang bersama ikan dan abangnya. Ceritanya tentang betapa bodoh dan banggang politik partisan kat Malaysia. Solusi yang dicapai dari sesi mengutuk PAS/UMNO/PKR/MIC/MCA/DAP/PERKASA/PEKIDA/IKHLAS dan lain-lain lagi pertubuhan banggang ini adalah diharapkan rakyat jangan jadi bodoh diperbodoh-bodohkan oleh golongan bodoh ini.
Dan sebenarnya, aku sejak dari petang Jumaat di Penang sebelum pulang ke kampung pun, aku dah tak ada perasaan nak berhari raya. Ada benda yang menghalang feeling aku untuk menikmati suasana pulang ke kampung dan juga berhari raya. Bahkan sehingga aku terfikir untuk tidak pulang ke kampung disebabkan gara-gara benda ini. Tapi aku gagahkan diri jugak..Kalau aku tak pulang ke kampung, mungkin boleh jadi bapak aku akan halau terus aku dari rumah, bahkan bukan sahaja dari rumah tapi terus halau dari kampung dan cop aku sebagai anak derhaka. Mujurlah fikiran tersebut tidak aku justifikasikan dalam bentuk perbuatan.
Kesimpulannya, dari penerangan dan coret karut-marut aku di atas, bolehlah disimpulkan bahawa RAYA AIDILFITRI 2014 MASIHI DAN 1435 HIJRAH ADALAH AIDILFITRI YANG MENGECEWAKAN, MENYEDIHKAN, HAMBAR, CELAKA, HARAM JADAH DAN KATA-KATA KOTOR YANG SEWAKTU DENGANNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan