Rabu, 27 Ogos 2014

Riau 3: Majlis Ucaptama Seminar





Pagi Selasa, aku bersiap-siap untuk menghadiri seminar. Aku tak turun bersarapan bersama guruku. Seperti biasa, jika ada satu urusan penting yang masih belum beres dan lancar, aku jadi tak keruan. Lebih-lebih lagi, sehingga ke waktu pagi itu pun, aku masih lagi tak tahu jadual pembentangan aku bila.  

Aku langsung terus ke dewan seminar.  Mendaftar diri dan bertanyakan tentang jadual pembentangan aku.  Urusetia memberikan tentatif program. Ah, aku pembentangan aku sesi jam 1330, hari tersebut.  Aku mengharapkan agar sesi aku adalah keesokkan harinya. Makanya aku terpaksa redha dan pasrah.  Hanya 
itulah kata yang selayaknya untuk berhadapan dengan situasi semacam ini.  

Di dewan utama seminar, aku bertemu dengan delegasi dari UKM yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Dzuliskandar Ramli bersama pasukannya yang terdiri daripada Helmi, Syafiq, Dr. Adnan dan beberapa orang perempuan lain yang tidak ketahui namanya.  Selama 2 hari di sana, kami berjalan dan makan bersama-sama dengan delegasi dari UKM bersama dengan seorang pensyarah dari University of Singapore yang bernama DR. Shah Alam.

Seminar yang aku sertai kali ini adalah berjudul "7th International Seminar on Ecology, Human Habitat and Environmental Change in the Malay World".  Seminar ini adalah anjuran bersama antara Universiti Islam Riau dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis bermula sekitar jam 09.30. Majlis dimulai dengan bacaan doa. Kemudian ucapan daripada pihak Universiti Islam Riau, Indonesia.  Seterusnya adalah ucap tama oleh 4 orang tokoh akademik iaitu dimulai dengan Prof. Amri Marzali dari University of Indonesia, kemudiannya Dr. Shah Alam dari University of Singapore, Prof Madya Dr. Dzuliskandar Ramli (tak sangka cepat betul Dr Dzuliskandar naik jadi Prof. Madya) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan terakhir adalah Dr Erdi dari Universiti Tanjung Pura, Pontianak, Indonesia.


Pembentangan ucaptama oleh Prof Amri Marzali dr Indonesia, Dr Shah Alam dri Singapura, Prof Madaya Zul dr Malaysia (kredit pic rakan pembentang dari UKM)

Ucap tama yang dibentangkan oleh Prof Amri Marzali dan Dr. Shah Alam ada sedikit sebanyak berhubung-kait dengan kajian aku.  Prof Amri Marzali membentangkan berkenaan kajian etnografi tentang Orang Petalangan yang tinggal di daerah Pelalawan dalam Provinsi Riau.  Beliau juga turut menyentuh sekilas lalu tentang masyarakat Orang Duano yang terdapat di Riau.  Manakala Dr. Shah Alam pula ada menyentuh dalam pembentangannya tentang kerajaan Melayu lama iaitu Srivijaya dan Melaka yang mana turut menyentuh tentang bentuk hubungan antara pihak pemerintah dengan yang diperintah.

Ucaptama yang dipersembahkan oleh Prof Madya Dr. Dzuliskandar pula sedikit menyinggung perasaan aku dan guruku.  Aku malas nak ulas banyak2.  Hal ini adalah berkenaan dengan perbezaan dan percanggahakan pendapat.  Isi ucaptamanya adalah hampir sama dengan kandungan yang pernah dipersembahkan oleh Prof Emeritus Dato Dr Nik Hassan Shuhaimi sewaktu aku membentangkan kertas kerja di seminar UKM, 2 tahun yang lalu.  Isinya sedikit sebanyak tidak bersetuju dengan beberapa penemuaan yang telah didedahkan oleh pihak arkeologi dari USM terutamanya berkenaan penemuaan kapak genggam yang berusia sekitar 1.83 juta dahulu di Bukit Bunuh, Lenggong. Aku sekali-sekala melihat riak wajah guruku.  Ada sedikit riak masam terpapar di wajahnya mendengarkan ucapan tersebut.  Manakala rakan-rakan2 aku dari UKM yang duduk bersebelahan dengan aku pula, hanya memandang aku dan tersenyum. Sebagai respon, aku hanya 
membalas dengan senyuman kecil.  Kami yang lapis2 baru ini mengerti tentang perbezaan pendapat antara 2 institusi yang memperjuangkan arkeologi di Malaysia. Kami yang muda2 ini hanya membiarkan perkara itu berlangsung tanpa perlu diulas sesama kami.  Hal ini kerana, masing-masing punya cara, punya pandangan dan punya prinsip dalam memperjuangkan sesuatu perkara meski pada dasar perjuangan yang sama.  Yang berbeza mungkin dari sudut method dan intrepretasi.  Suatu perkara yang aku cuba belajar dari pertelingkahan ini adalah , belajar untuk meskipun tidak dapat menerima, tetapi cukup untuk menghormati pandangan dan prinsip orang lain.  Bukankah kepelbagaian itu suatu yang berwarna-warni.  Dan berwarna-warni itu bukankah suatu yang mengindahkan.

Tapi ada satu perkara yang aku tertarik dengan Prof Madya Dr. Dzuliskandar Ramli.  Pembentang sebelum beliau membentangkan kajian mereka dalam bahasa Inggeris lantaran seminar ini adalah bertaraf antarabangsa.  Namun, dengan selambanya Prof Madya Dr. Dzuliskandar membentangkan kajiannya dalam bahasa Melayu.  Permulaan ucapan beliau dimulai dengan kata-kata ini ;" Bahasa dan bangsa adalah jati diri manusia. Hang Tuah dikatakan fasih dalam 12 bahasa.  Tetapi bila beliau mengutus surat kepada pemimpin dunia, Hang Tuah menulis surat dalam bahasa Melayu (tulisan jawi). Dahulu bahasa Melayu zaman Srivijaya dan Melaka merupakan bahasa pengantara..sebagai bahasa lingua franca. Jadi saya akan menggunakan bahasa Melayu dalam ucapan saya."


Tokoh2 sarjana dari 3 buah negara serumpun. (Indonesia ~ abg sulung~, malaysia ~ adik tengah ~, singapura ~ adik bungsu~) (Kredit pic; rakan pembentang dari UKM)

Selesai majlis ucaptama dari 4 tokoh sarjana ini, maka kami dihidangkan dengan makanan tengahari. Dari segi menu makanan yang agak menarik adalah menu gulai ikan baung.  Aku sehingga setakat ini masih lagi tak berselera nak makan mengenangkan sesi pembentangan aku belum berakhir.  Selagi tak selesai 
pembentangan aku, maka selagi itulah aku tak sedap hati dan jiwa jadi tak keruan.




Riau 2: Dari Medan Sumatera ke PekanBaru Riau, Indonesia.




Usai tiba di lapangan terbang KualaNamu, Medan, Sumatera, kami perlu berurusan dengan pihak imigresen Indonesia. Kami menyerahkan borang imigresen yang telah diisi di dalam pesawat sebelum ini. Tempoh masa penerbangan dari Bayan lepas ke KualaNamu adalah sekitar 45 minit. Pihak imigresen bertanya dengan soalan tujuan berada di Indonesia dan tempoh masa berada di Indonesia. 

Setelah selesai urusan tersebut, kami memasuki ruang dalaman lapangan terbang.Kami cuba mendapatkan tiket paling awal ke Pekan Baru, Riau. Kami mengambil tiket penerbangan sekitar jam 1700 waktu. Waktu Indonesia adalah sekitar sejam lebih awal daripada waktu di Malaysia.  Maksudnya kalau jam 1700 di Indonesia, di Malaysia adalah sekitar jam 1600.


Kaunter tiket di Lapangan Terbang KualaNamu, Medan, Sumatera.

Kami menaiki khidmat penerbangan Syarikat Lion Air. Sementara menunggu waktu penerbangan, kami solat jamak di musallah lapangan terbang (musallah adalah istilah yang merujuk surau), dan makan. Aku makan menu yang sama dengan guruku iaitu bakso dan air jus aprikat. Jus aprikat tue berwarna hijau pekat dengan terdapat lelehan susu yang berwarna coklat.  

Seterusnya, kami hanya menunggu di tempat duduk yang terdapat di ruangan terbuka lapangan terbang.  
Aku mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar ruang dalaman lapangan terbang. Yang paling bestnya, di lapangan terbang ini, kita boleh menghisap rokok. Jadi sambil menghembuskan kempulan asap rokok, aku memerhatikan gelagat manusia Indonesia yang terdapat di kawasan lapangan terbang tersebut. Ada yang menunggu jadual penerbangan. Ada yang baru tiba.  Ada juga yang sedang menunggu barangkali ahli keluarga, sanak-saudara dan teman taulan yang bakal berkunjung tiba.



Keadaan ruang legar di Lapangan Terbang KualaNamu, Medan, Sumatera

Sekitar 2 jam sebelum berlepas, kami masuk ke kawasan balai pelepasan dengan alasan agar tidak lagi ketinggalan pesawat. Ruang balai pelepasannya agak luas dan besar serta terbuka. Tiada ruang-ruang sekatan berdasarkan jenis dan waktu penerbangan. Semuannya dikelompokkan sekali sahaja. Setelah puas 
melihat gelagat dan telatah manusia Indonesia, aku tidur. Tidur untuk menghilangkan kebosanan. Nak baca slide pembentangan, aku rasa malas. Jadi aku tidur sementara menunggu jadual penerbangan tiba.

Nama pesawat dan waktu penerbangan aku dipanggil. Kami bergerak memasuki pesawat. Kali ini seperti sebelumnya, bahagian tempat duduk kami adalah dibahagian tengah, cuma yang bezanya kali ini dibahagian sisi kanan pesawat. Dari 3 baris sisi tempat duduk, aku duduk dibahagian tengah antara guruku dan seorang penumpang lain.

Berkenaan pesawat Lion Air ini, ianya boleh dikatakan lebih selesa dan enak daripada Air Asia. Ruang tempat duduknya lebih besar. Jarak antara tempat duduk depan dan belakang punya ruang yang sedikit luas. Tak seperti Air Asia yang sempit. Tambangnya pula adalah sekitar 600 000 RUPIAH iaitu bersamaan sekitar RM 180 seorang.


Pesawat Lion Air

Sekitar sejam penerbangan, kami pun tiba di lapangan terbang di Pekan Baru.  Namanya adalah lapangan terbang Sultan Syrafiff Kassim II.  Sultan Syraiff Kassim II ini merupakan antara Raja Siak yang dahulunya Kesultanan ini diasaskan oleh Raja Kechil yang konon dengar katanya adalah keturunan Al-Marhum Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Kota Tinggi.


Lapangan terbang Sultan Syarif Kassim II


Kami turun dari pesawat menerusi pintu belakang. Andai kami tidak terlepas pesawat pagi tadi, ada orang dari Universiti Islam Riau yang menjemput kami. Maka kami terpaksa menaiki teksi ke hotel penginapan.  Tambang teksi dari lapangan terbang ke hotel adalah sekitar 50 000 rupiah iaitu sekitar RM 15.

Kami menginap di Hotel Pangeran yang duduk letaknya di Jalan Sudirman. Hotel yang menurut ku adalah berstatus sekitar 4 bintang. Segala keperluannya tersedia dan cukup. Tapi bagi orang seperti aku ini, hotel badjet pun sudah memadai.  Aku ini bukan golongan aristokrat.  Aku ini kan anak kampungan dari galur proletariat bawahan.


Hotel Pangeran

Setelah selesai urusan pendaftaran hotel, kami mencari warung makan.  Tidak susah mencari warung makan. Ianya hanya terletak di sebelah hotel. Nama warung tersebut adalah Warong Ambengan. warung itu menyediakan masakan jawa timur. Guruku memesan pecel ayam manakala aku pecel lele dengan tambahan 
tempe dan tauhu. Jenis masakan ini bukan suatu yang asing bagi aku sebab aku ini kan keturunan Jawa dari garis belah ibu ku bahkan aku juga dibesarkan dalam budaya Jawa. Maka jenis makanan seperti itu bukanlah suatu yang sangat asing dalam hidupku. Bahkan di Pulau Pinang, aku juga sering makan masakan 
ini bersama-sama rakanku di sebuah warung yang diusahakan oleh pendatang Indonesia keturunan Jawa di Relau.


Warong Ambengan

Usai makan, kami pulang ke hotel. Rehat untuk sesi seminar esoknya. Sehingga sampai ke Pekan Baru pun, aku masih tak tahu jadual sesi pembentangan aku. Aku berharap agar sesi pembentangan aku jatuh pada hari Rabu bukannya esok, sebabnya aku masih penat dan perlu buat sedikit persediaan.





Riau 1: Dari Bayan Lepas, Pulau Pinang ke KualaNamu, Medan, Sumatera.



Pada 19-20 Ogos 2014 yang lalu, guruku dan aku diundang oleh Universiti Islam Riau (UNRI), Indonesia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membentangkan kertas kerja di Pekan Baru, Riau, Indonesia.

Kami bertolak ke lapangan terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang jam 5.30 pagi pada 18 Ogos 2014. Untuk ke Pekan Baru, kami perlu menaiki 2 pesawat. Dari Pulau Pinang ke KLIA dan kemudiannya baru ke Pekan Baru. Walaubagaimanapun, rencana itu tidak terjadi. Hal ini kerana kami terlepas pesawat dari Pulau Pinang. Kami sepatutnya berangkat jam 6.40 pagi. Tapi disebabkan waktu yang agak lama diperuntukkan sewaktu pemeriksaan imigresen, maka pesawat tambang murah Air Asia itu meninggalkan kami.

Sepatutnya, kami perlu berada  di balai pelepasan sekurang-kurangnya 20 minit awal sebelum penerbangan.  Guru aku bertanya pada aku: "kenapa tak ingatkan?". Aku lantas jawab: "manalah saya tahu Cik Hamid". Kemudian guru aku menyoal lagi: "Kau tak pernah naik kapal terbang ke?". Aku jawab: "Tak pernah". Dalam hati aku pula bermonolog: "Dia ini dah banyak kali naik pesawat, aku ini pula baru pertama kali naik, manalah aku tahu urusannya macam mana". Dalam hal ini guruku agak sedikit kecewa dengan syarikat Air Asia. Menurutnya, lazimnya mereka akan buat pengumuman sekurang-kurangnya 3 kali bagi para penumpang yang masih lagi tiada di balai pelepasan. Namun hal ini tak terjadi. Maka sepanjang perjalanan kami, guruku itu akan menyebut-yebut tentang peristiwa tertinggal pesawat ini dan bagaimana layanan Air Asia kepada para pelanggannya.


Kemudiannya, guruku terpaksa membeli tiket sendiri. Untuk mengejar pesawat kedua di KLIA, sudah tak sempat kerana pesawat di KLIA akan berlepas ke Pekan Baru sekitar jam 10 pagi.  Maka dengan itu, guruku membuat keputusan agar pergi ke Medan terlebih dahulu. Dari Medan, barulah ke Pekan Baru. Dari Pulau Pinang ke Medan, kami menaiki pesawat Air Asia dengan tambang harga sekitar RM 150 seorang.


Pesawat kami jam 11.00 pagi.  Untuk mengelakkan kejadian terlepas pesawat, maka guruku membuat keputusan agar menunggu di balai pelepasan. Bosan gila menunggu.  Buku aku pula dalam beg. Beg dah 
pun dihantar ke bahagian bagasi. Jadi sepanjang tempoh menunggu tue, aku tidur sahaja. Dan aku memang memerlukan tidur. Sebabnya semalaman aku tak tidur lantaran menonton bola sepak EPL di kedai mamak bersama Wandy dan Faiz sehingga larut malam. Sebelum ke balai pelepasan, guruku menukar wang dari Ringgit Malaysia ke Rupiah Indonesia. Kadar tukaran mata wang pada hari itu adalah sekitar RM 1= 3333 Rupiah. Guruku menukar wang sekitar RM 1000. Maka nilainya dalam rupiah adalah sekitar 3 333 000 rupiah Indonesia.

Tempat duduk aku di sekitar bahagian tengah sebelah kiri pesawat. Disebabkan ini merupakan kali pertama aku menaiki pesawat, guruku memberikan ruang tempat duduk yang bersebelahan dengan tingkap.  Sebelum pesawat berlepas, pramugari yang berseragam merah seksi memberikan sesi penerangan tentang aturan dan langkah keselamatan dalam penerbangan. Penerangannya diikuti dengan demostrasi yang dilakonkan oleh 
beberapa pramugari yang seksi itu. Ianya berkenaan tentang cara memakai tali pinggang keselamatan, topeng udara, jaket keselamatan, laluan yang perlu dilalui jika berlaku kecemasan dan lain-lain lagi.

Kemudian, pesawat berlepas. Setelah berada di kedudukan lurus di laluan berlepas, pesawat itu pun memecut laju untuk menaiki ruang udara. Bunyi enjin dan kipasnya menderum-derum. Mungkin disebabkan pesawat ini tambangnya murah, maka imbalan bunyi itulah hasil harganya. 

Setelah berada di ruang udara, aku dapat saksikan keindahan alam ciptaan Tuhan. Dari atas, segala yang dibawah umpama lukisan. Nampak dengan jelas petak-petak kawasan yang telah diterokai manusia daripada tanah alam yang dikurnia tuhan. Ada petak yang meunjukkan kawasan perumahan. Ada petak yang menunjukkan kawasan perindustrian. Ada petak yang menunjukkan kawasan perladangan.Cuaca hari itu baik dan cerah. Aku dapat melihat gumpalan awan. Pesawat melalui dan menerobos gumpalan-gumpalan awan itu. Dari balik gumpalan awan itu, terlihat juga sinaran matahari memancar. Memancar menembusi lapisan awan untuk sampai ke permukaan tanah bumi.

Sepanjang perjalanan, aku tidak melepaskan mata pandangan aku ke luar tingkap. Ini adalah pengalaman aku yang pertama. Mungkin pesawat yang berikutnya, aku tak mungkin ada kesempatan untuk duduk di sebelah tingkap. 

Sebelum mendarat, pramugara berbangsa Indonesia ada memberikan 2 buah borang. Satu borang kastam. 
Satu lagi borang imigresen. Pada awalnya, aku hanya diberikan borang kastam. Borang imigresen tidak diberikan. Aku rasa pelik sebab guruku diberikan 2 borang sedangkan aku hanya satu borang. Aku diamkan sahaja. Ketika mahu menyerahkan kembali borang tersebut, barulah guruku perasaan yang aku tidak mengisi borang imigresen. Guruku aku bertanya: "Kenapa tak isi borang imigresen?". Aku jawab: "Dia tak bagi pun". Guruku kata lagi: "Dia ingat kau orang Indonesia lah tue".. Kemudian guruku gelak kecil. Dalam borang tersebut, kita perlu isi tentang butiran diri kita iaitu terdiri daripada nama, no pasport, alamat, tujuan ke Indonesia dan jangka masa berada di Indonesia.

Pesawat mendarat di lapangan terbang Medan, Sumatera, Indonesia. Nama lapangan terbang itu adalah Lapangan Terbang KualaNamu, Medan, Sumatera, Indonesia.  Menurut guruku, ini merupakan lapangan terbang baru. Guruku memang sering ke Medan.  Paling kurang pun sekali setahun. Hal ini disebabkan guruku itu beristerikan orang Medan.

LAPANGAN TERBANG KUALANAMU MEDAN SUMATERA.


Setelah para pramugara mengucapkan selamat tinggal, kami pun turun dari pesawat. Kemudian menuju ke ruang dalam lapangan terbang. Sebelum memasuki ruang dalam, kami perlu melepasi pemeriksaan imigresen sepertimana keadaannya di Malaysia. Segala barang yang berunsurkan besi dan logam perlu ditanggalkan daripada badan iaitu jam, tali pinggang, telefon bimbit dan sebagainya. Barang ini diletakkan di sebuah bekas dan akan disaring pada sebuah mesin.  Jika ada barang2 yang mencurigakan, alat penggera akan berbunyi. Namun, mujur segala berjalan lancar dan beres sahaja.

Begitulah cerita tentang pengalaman pertama aku berhubung dengan lapangan terbang, pesawat, pramugari, pramugara, juruterbang, Malaysia-Indonesia.  Disebabkan aku ini haiwan sosial dari kelas bawahan, kelas proletariat, anak kampungan, maka pada usia setua begini barulah aku merasa menaiki kapal terbang yang mana dahulunya, aku beranggapan bahawa kapal terbang itu adalah sinonim dan layak untuk golongan kelas atasan, aristokrat apatah lagi superstokrat dan juga hanya layak untuk orang kota sahaja. Rencana tuhan tiada siapa yang tahu.




Rabu, 13 Ogos 2014

Aidilfitri yang hambar dan celaka





HARI RAYA AIDILFITRI.  Tahun 2014 Masihi.  Tahun 1435 Hijrah. Selama hampir 28 tahun aku hidup, perayaan Aidilfitri pada tahun inilah yang paling mengecewakan. Hambar. Tak berroh. Kosong.


Cik Na tak balik raya tahun ini.  Sakit dengar katanya. Cik Na dah ada baby baru.  Tak lah baru sangat sebenarnya.  Lepas raya tahun lepas baby tue dah keluar dari perut Cik Na.  Nampak sangat sudah setahun aku tak jumpa Cik Na.  Dan sehingga kini pun aku masih tak jumpa Cik Na lagi dan anak barunya itu.  

Dalam jarak tempoh antara Aidilfitri tahun lepas sehingga Aidilfitri tahun ini, boleh aku katakan perhatian aku terhadap soal hubungan kekeluargaan agak longgar, terabai.  Bayangkan dalam sengkang masa antara keduanya itu, aku hanya baru balik kampung sekali sahaja iaitu bulan 3 yang lalu.  Itupun atas urusan kerja dan pembelajaran aku.  Tempoh antara 2 masa itu, bila aku renungkan kembali, seolah-olahnya terlalu cepat dan pantas.  Seolah-olahnya baru semalam jer aidilfitri tahun lepas itu berlangsung.


Raya tahun ini, tak ada ketupat nasi yang dibalut dalam sarung anyaman daun kelapa.  Tak ada sambal kacang.  Dan kalau benda sinonim ini pun tak ada, jadi jangan sesekali ditanyakan tentang serunding, lepat, dodol dan lain-lain lagi.


Aku cuba membangkitkan berahi seri raya. Tapi gagal. Aku pasang pelita. Tak berkesan. Tetap gagal. Sepanjang perjalanan dari penang ke batu pahat (pulang ke kampung), aku perhatikan budaya memasang pelita semakin kurang dekat nak pupus.  Walhal dahulunya, saat sekitar 7 hari terakhir Ramadhan (malam 7 likur), setiap buah rumah sibuk memasang pelita, memasang panjut dengan tersiratnya falsafah khusus dibalik pemasangan tersebut.


Pagi raya hanya aku sekeluarga.  Tak ada keluarga Pak Ngah, tak ada keluarga Cik Joe dan tak ada keluarga Cik Na.  Barangkali ketiadaan mereka ini disebabkan ketiadaan hakiki Al-Marhum Haji Hussain. Ah, mahu sahaja aku membakar kemenyan, mempersembah pulut kuning ayam kampung hitam di pusara Al-Marhum; menyeru rohnya kembali pulang ke rumah. Dan dengan harapan agar selantas itu juga, mereka-mereka yang tak pulang ini akan terkial-kial menekan pedal minyak kereta masing-masing pulang ke Kampung Parit Kemang Darat.

Benda paling celaka yang terpaksa aku hadapi raya tahun ini adalah sembahyang raya.  Bukanlah maksud aku sembahyang raya tue celaka.  Hal itu tue kan dah jadi rutin tahunan...Hahaha..rutin...Tapi yang celakanya berkenaan sembahyang raya nie, aku terpaksa sembahyang raya di Markaz Pas Sungai Tongkang, Rengit.  Apa kejadahnya dan betapa macam haramnya  1 syawal aku terpaksa sembahyang dan dengar khutbah raya di Markaz Pas.  Meski ibu aku dah sarankan agar aku lupakan sahaja idea mengarut bapak aku tue dan solat di masjid kampung aku, tapi disebabkan perbezaan darjat antara aku dan bapak aku, makanya aku terpaksa mengalah dan membiarkan kecelakaan itu tertimpa di atas tepat muka aku. Bukan aku tak nak melawan, tapi disebabkan subuh pagi yang renyai-renyai hujan, aku dah bertekak lidah dengan bapak aku, maka aku akur atas alasan tak nak lagi memarakkan api persengkatan antara aku dan bapak aku yang tercinta...hahahahaha....


Raya tahun ini aku pun malas nak pergi baraan ataupun marhaban.  Rutin budaya ini aku bagi tempoh 10 tahun jer dari sekarang.  Lepas tue pupus dan jadi sejarah.  10 tahun berikutnya, budaya ini hanya akan jadi bualan keluhan bagi insan-insan yang pernah merasainya.  Dan seterusnya hilang dari ingatan generasi-generasi selanjutnya.  Bapak aku tak boleh nak membebel sangat pasal aku tak pergi marhaban.  Aku ada alasan pengecualian yang kukuh.  Lutut aku tak berapa baik dan masih dalam proses pemulihan.  Hahaha.. itu hanya alasan.  Walhal kalau aku nak join, tak ada masalah pun dan ia bukan suatu isu yang besar..Tinggal atas aku sahaja.  Antara nak atau tak nak. Pagi-pagi raya marhaban hujan..Ini satu lagi punca kuat untuk aku tak sertai marhaban.


Raya ini aku sunyi.  Tak ada kawan.  Usop ustaz akhir zaman dah kawen.  Aim dah kawen.  Addin dah kawen.  Kenshi dah kawen.  Dahulunya, malam raya malam kami berkumpul.  Bersembang dan berlabon tentang kisah hidup lampau.  Mengenang dan mengungkit kembali nostalgia bersama masa silam. Kini orang bujang seperti aku terpaksa sendirian. Hanya mampu melayan punai yang tak punya emosi dan reaksi.  Fuck....

Tapi...tapi...tapi...mujur ada Ikan. Petang Rabu, Ikan call. Aku ingatkan mamat nie dah kawen. Tapi kembar irasnya iaitu Serar dah kawen. Jadi malam tue sepanjang aku di kampung, adalah sikit hiburan dan pengisian bermakna dalam hidup aku..Melepak bersembang bersama ikan dan abangnya.  Ceritanya tentang betapa bodoh dan banggang politik partisan kat Malaysia.  Solusi yang dicapai dari sesi mengutuk PAS/UMNO/PKR/MIC/MCA/DAP/PERKASA/PEKIDA/IKHLAS dan lain-lain lagi pertubuhan banggang ini adalah diharapkan rakyat jangan jadi bodoh  diperbodoh-bodohkan oleh golongan bodoh ini.


Dan sebenarnya, aku sejak dari petang Jumaat di Penang sebelum pulang ke kampung pun, aku dah tak ada perasaan nak berhari raya.  Ada benda yang menghalang feeling aku untuk menikmati suasana pulang ke kampung dan juga berhari raya. Bahkan sehingga aku terfikir untuk tidak pulang ke kampung disebabkan gara-gara benda ini.  Tapi aku gagahkan diri jugak..Kalau aku tak pulang ke kampung, mungkin boleh jadi bapak aku akan halau terus aku dari rumah, bahkan bukan sahaja dari rumah tapi terus halau dari kampung dan cop aku sebagai anak derhaka.  Mujurlah fikiran tersebut tidak aku justifikasikan dalam bentuk perbuatan.


Kesimpulannya, dari penerangan dan coret karut-marut aku di atas, bolehlah disimpulkan bahawa RAYA AIDILFITRI 2014 MASIHI DAN 1435 HIJRAH ADALAH AIDILFITRI YANG MENGECEWAKAN, MENYEDIHKAN, HAMBAR, CELAKA, HARAM JADAH DAN KATA-KATA KOTOR YANG SEWAKTU DENGANNYA.











Pembedahan ACL Lutut




Lutut. Bulan Mei 2014 aku ada buat pembedahan lutut.  Pembedahan acl. Sebabnya ligamen aku putus.

Awal November 2013, aku jatuh masa main futsal. 2 hari aku tak boleh berjalan dengan sempurna. Minggu depannya aku cuba main futsal. Tapi tak boleh.

Aku rujuk kes nie di hospital USM. Doktor sarankan aku jalani fisioterapi dengan alasan mungkin ligamen aku hanya koyak.

Lepas sekitar 3 bulan fisioterapi, aku cuba main bola kembali, kesakitan lutut tetap berlaku.

Aku tak puas hati dan rujuk ke Hospital Pulau Pinang. Doktor kata aku kena buat pembedahan acl. Nama doktor tue Miss Gooi. Dia bagi kos harga dan minta aku tentukan tarikh. Kosnya RM 5030. Setelah berbincang dengan keluarga, maka tarikh yang aku pilih adalah 9 Mei.

Sebelum buat pembedahan, kena buat MRI. Scan lutut aku. Kena masuk dalam sebuah mesin. Duduk dalam tue sekitar 45 minit.  Kalau ada apa2 yang tak kena atau berasa takut, kena tekan satu butang agar pegawai yang bertanggungjawab akan segera keluarkan kita dari mesin tue.  Nak masuk mesin tue, kena tanggal baju, seluar, sepender. Hanya pakai baju kain berwarna hijau yang disediakan. 

Bila disorongkan masuk ke dalam mesin tue, keadaan sekeliling di mesin itu berwarna putih yang menyilau. Seolah-olahnya kau berada di dunia asing. Dan kau sendirian. Dikelilingi mata-mata yang menjeling kau.Tapi mata-mata itu tidak dapat kau lihat. Mata-mata itu Hanya menunggu saat yang tepat untuk menerkam.

Bila mesin itu diaktifkan, bunyi berdengung-dengung dapat kau dengar. Hanya bunyi tue dan mata-mata yang tak terlihat berada dalam fikiran.


Aku cuba untuk tidak tidur.  Kerna takut mata-mata tidak terlihat itu mempunyai peluang untuk menerkam aku dibalik kesilauan cahaya-cahaya putih yang menyelubungi sekeliling aku.  Tapi aku tak berjaya. Tewas. Dan akhirnya tertidur. Sedar-sedar, pegawai wanita India mengejutkan aku dan mengatakan ujian MRI sudah pun selesai.

Minggu depannya aku buat pembedahan. Aku minta Udin hantar ke hospital. Hari Khamis aku masuk wad. Aku kena pakai baju kain berwarna hijau. Bacaan tekanan darah aku diambil. Darah aku pun diambil. Mereka menyuntik di tangan kiri untuk mengambil sampel darah.

Bermula lepas maghrib, aku kena puasa untuk pembedahan esok paginya. Sebelum tue datang doktor bius.  Tanya pada aku sama ada nak bius penuh atau bius separuh.  Aku jawab nak bius penuh.  Lepas tue dia tanya, ada merokok tak. Aku cakap aku perokok aktif.  Selantas itu pun dia mnejeling dan mencemik dengan hamburan kata-kata :" dah lah isap rokok, nak bius penuh pulak". Aku hanya redha dengan hamburan kata-kata pedas tapi benar dan bermakna.


Aku duduk sebelah katil dengan seorang uncle Cina. Kakinya punya tumor.  Tumor yang semakin besar keadaan fiziknya. Kami bersembang. Disebabkan usia tuanya, aku hanya bertindak sebagai pendengar dan pemberi soalan. Uncle Cina tua itu sebagai pencakap dan penjawab soalan. Aku bertanyakan tentang masa-masa mudanya, tentang suasana Penang zaman mudanya. Kebanyakan soalan aku adalah berkisar tentang masam silam. Aku memang suka bertanyakan soalan-soalan berversi semacam itu.

Uncle Cina tua itu pula, jenis yang suka bersembang. Makanya setiap soalan aku dijawab dengan penuh kesungguhan.

Uncle Cina Tua itu seorang lelaki malang. Kehilangan isteri. Sebatang kara. Kini dia hanya cuma mahu menghabiskan sisa hidupnya tanpa mahu menyusahkan orang lain. Dia ke hospital sendirian. Menaiki motor dengan keadaan kaki bertumor yang kalau dilihat seperti mahu meletup pehanya akibat besarnya tumor tersebut.

Uncle Cina Tua itu juga bukan seorang penganut agama yang tegar. Dia seolah-olah tiada tahu pada tuhan mana dia mahu mengadu nasib. Dia mungkin manusia tidak bertuhan.  Buddha mungkin hanya agama warisan pada dirinya.  Pernah ada sorang wanita Kristian membawanya berdoa gaya Kristian. Dan dia mengikuti.  Katanya, kenapa tidak kita mencuba. Dan dia akui, lepas berdoa gaya Kristian, sedikit ketenangan muncul dalam dirinya. Adakalnya aku terfikir kalaulah Uncle Cina Tua itu merupakan Uncle Melayu Tua. Mungkin dah kena maki. Kena hamun. Bahkan mungkin ada puak-puak bodoh yang otaknya di jubur buat satu demostrasi menghentam Uncle nie sebab suka-suka berdoa gaya agama lain.  Mungkin PAS/PERKASA/PEKIDA/PUKIDA tanpa rasa bersalah melabel uncle nie sebagai manusia neraka yang tidak akan mencium bau syurga.


Pagi Jumaat aku buat pembedahan. Aku disuruh hanya pakai tuala yang disediakan.  Kemudian aku diangkut menaiki katil beroda ke tempat pembedahan.  

Di bilik pembedahan, Miss Gooi dan jururawat bersedia nak bedah lutut aku. Aku diberikan bius. Mereka bagi aku bius penuh.  Tak lama lepas dibius, aku terus tak sedar diri.

Sedar2, jam dah pukul sekitar 12 lebih.  Masa nak sedar tue, aku tiba2 meronta sebab menahan sakit. Para jururawat yang cantik memegang tangan aku. Dan aku langsung tak tahu tentang macam mana pembedahan tue berlangsung. Sedar2 kaki dah pun dipasang dengan pendakap lutut.

Petang lepas aku kena bedah, Uncle Cina Tua tue balik. Kemudian ada seorang pak cik Melayu yang masuk pula.  Pak Cik tue menghidap penyakit kencing manis.  Beberapa hari lepas pembedahan jari kakinya, anak perempuan beliau ada datang melawat.  Dengan selambanya dia bertanya pada bapanya: "Tinggal berapa jari bapak sekarang?". Aku hanya tertawa sendirian dalam hati mengenangkan soalan selamba dari seorang anak perempuan kepada bapaknya.  Bapaknya hanya tersenyum sebagai refleksi balas daripada pertanyaan anak perempuannya itu.


Hari pertama pembedahan agak sedikit menyakitkan. Tapi sakit yang masih boleh ditahan. Nak kena tandas adalah suatu hal yang sedikit menyukarkan. Hari pertama aku pakai kerusi roda.  Masuk hari kedua cuba pakai tongkat.

Malam lepas bedah, badan aku dicucuk dengan tabung air. Sehari dalam sekitar 2 kali sampel darah aku diambil. Aku juga turut diberi ubat2.


Selama 5 hari aku di hospital, aku dapat melihat dan memahami keadaan sebenar suasana hospital.  Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para doktor kerajaan yang sanggup menabur budi dan bakti kepada golongan masyarakat terutamanya masyarakat kelas bawahan yang macam aku.  

Kadang2 aku rasa simpati dan dalam pada yang sama turut rasa kagum dengan doktor kerajaan. Profesion mereka merupakan profesion yang hebat tapi perjalanan karier mereka sebenarnya tidak mudah.  Dahlah untuk menjadi seorang doktor perubatan bukanlah tugas mudah.  Banyak kesukarannya. Kena belajar. Kena bersekang mata. Tak boleh banyak main dan buang masa macam pelajar kos lain.  Kemudiannya bila bekerja pun tetap sukar dan susah lebih-lebih lagi bila bergelar doktor hospital kerajaan.  Kena layan macam2 karenah pesakit masyarakat kelas bawahan yang kadang2 aku tengok seerupa sial dan celaka. Ada yang mengada-ngada lebih. Ada yang marah2 doktor. Ada yang memaki-maki doktor.  Tapi yang bagus dan powernya doktor ini, mereka tetap sabar dan tabah melayan karenah para pesakit.  Lagi satu aku tengok doktor2 ini tak ada meja khusus iaitu meja individu tapi mereka berkongsi dengan para jururarawat.  Dan sebenarnya, intelektual dan harga diri sseorang itu sebenarnya tidak diukur dari sudut pemerolehan dan pemilikan material tetapi dinilai dari sudut tahap pemikiran intelektual dan nilai hati nurani.  Apapun terima kasih para doktor kerajaan.


Masa hari keempat iaitu hari Ahad, Wandu dan Udin datang melawat.  Selama aku kat hospital, aku tak hisap rokok. Fuck, 5 hari berturut-turut aku tak hisap rokok. Menggigil badan aku. Sampaikan aku terpaksa berzikir untuk menenangkan jiwa dan badan aku yang tak dapat merasai nikmat asap rokok tue.


Petang Isnin, Udin dan Wandy jemput aku. Aku diberikan cuti yang agak panjang iaitu sekitar hampir 2 bulan.  Tapi aku tak boleh guna M.C tue.  Sebab aku nie kan pekerja gaji hari.  Aku kerja dapatlah gaji.  Tak kerja tak dapat lah gaji.  

Hari Khamis lepas pembedahan tue aku kena masuk ofis. Sebab aku kena mengajar tutorial kat budak2 degree.  Aku mungkin boleh mintak tolong kawan2 aku yang lain ambil alih tugas aku.  Tapi takkan aku nak bagi tugas yang mereka tak arif. Nanti ke laut pulak budak2 tue nak amik exam. Jadi aku gagahkan diri juga mengajar tutorial tue.

Lepas tue aku cuti sekitar 2 minggu sehingga temujanji aku seterusnya dengan Miss Goi. Masa aku jumpa Miss Gooi untuk perkembangan, dia agak sedikit kecewa sebab aku masih lagi tak pergi untuk rawatan fisioterapi.  Aku sebenarnya malas nak masuk rawatan fisioterapi di hospital Pulau Pinang.  Aku ingat nak masuk pusat fisioterapi di Usm sahaja. Sebabnya senang sikit dan dekat.  Tapi Miss Gooi tak kasi.


Sejak itu, aku datang untuk fisioterapi di hospital penang dengan kadar sekitar seminggu sekali.  Aku nak ucapkan terima kasih kepada Kak Nisa, Adam, dan Syamim yang sudi sekitar setiap minggu hantar aku untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital Pulau Pinang.

Aku kerja macam biasa.  Setiap hari aku tumpang Udin untuk pergi dan balik kerja. Dan perkara ini berlangsung sekitarlah smapai pertengahan Ramadahan.

Kemudian, pada sesi temujanji berikutnya dengan Miss Gooi, Miss Gooi melahirkan rasa kecewa dan marahnya dengan perkembangan lutut aku.  Katanya aku nie degil tak mahu ikut kata. Dia ingat aku tak pergi fisioterapi kat hospital Pulau Pinang. Dia kecewa dan marah sebab lutut aku tak boleh lurus dengan sepenuhnya dan otot peha dan betis aku semakin mengecil. Disebabkan lutut aku tak boleh lurus, dia terus tekan lutut aku kuat2 supaya bagi lurus.  Mula2 tue aku tahan. Sebab aku lelaki dan dia perempuan.  Tapi selagi aku tahan sakit aku, selagi tuelah dia tekan lutut aku.  Akhirnya aku menjerit mintak Miss Gooi yang baik hati tue lepaskan tekanan tapak tangan dia dari lutut aku.  Miss Gooi kata " I risau tau sama u punya lutut. You tak risau ka sama lutut u sendiri. I tak pernah ada pesakit yang macam ini". Aku pun pasrah jer.  Miss Gooi suruh kat rumah, tekan lutut aku kuat2 biar sampai lurus kaki aku.

Sebenarnya keadaan ini berlaku bukan apa. Aku kena kerja.  Bila kerja, kena duduk atas kerusi.  Jadi sebab tue lutut tak boleh nak lurus habis. Lutut aku perlu berada pada posisi menganjur yang kerap pada awal2 selepas pembedahan.  Meski aku dapat M.C hampir 2 bulan, aku tak bagi pun kat bos aku. Aku kan kerja gaji hari.  Pergi kerja dapat gaji.  Kalau tak pergi kerja tak dapat gaji. Jadi sebab tue aku tak bagi surat M.C tue kat bos aku.

Kat rumah, Udin kadang2 tolong tekankan lutut aku. Kat ofis plak, Abg Ikhawan dan Cik Talib yang tolong dok tekankan lutut aku. Malam2 masa tidur, aku tindihkan buku2 yang tebal dan besar kat atas lutut aku, supaya lutut aku terbenam ke bawah dan jadi lurus.

Lepas raya aku datang jumpa Miss Gooi.  Miss Gooi rasa gembira sebab lutut aku dah lurus. Lepas dia check lutut aku, tiba-tiba dia letak tangan dia pada bahu aku  sambil kemudian dia kongsi rasa kegembiraan dia dengan para pesakit dia yang lain.  Katanya: "Amir nie pesakit i yang degil. I suruh datang fisio, dia degil samapai lutut tak lurus. I susah hati. Dia sendiri tak risau sama lutut dia. Tapi sekarang i gembira sebab dia dah ok. Nak kena marah baru dia nak dengar cakap"....Hahaha....lepas tue Miss Gooi suruh teruskan fisioterapi.  Ok..apapun terima kasih ya Miss Gooi.  


p/s: Masa pertama kali aku jumpa Miss Gooi, dia mintak aku tanggalkan seluar aku sebab nak tengok lutut aku menerusi pergerakan jalan aku.  Aku cakap aku tak pakai sepender. Dia kata tak apalah. Kalau u tak kisah, bukak je lah. Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala tanda tak bersetuju dan tak mahu selain sebagai tanda aku tak faham sebab ada orang perempuan macam Miss Gooi yang lain daripada yang lain berbanding dengan perempuan tipikal yang lain.  Mungkin Miss Gooi sedikit liberal dan terbuka bentuk pemikirannya.