Berkenaan liga luar, Liga Inggeris terutamanya, Arsenal seperti musim2 sebelumnya menampilkan persembahan yang menakjubkan. Sebenarnya pada aku, Arsenal memang dah menakjubkan pun pada musim2 sebelum ini. Tetapi masyarakat umum lazimnya akan mengasosiasikan terma "menakjubkan" itu dengan kemenangan. Dengan aksi menjulang piala. Tapi bagi Arsenal yang dah lama kemarau piala, maka pasukan ini umumnya ditanggap sekadar pemain budak tadika. Aku bukanlah orang yang melihat kemenangan itu sebagai objektif utama. Aku lebih gemar melihat corak permainan sesebuah pasukan. Arsenal adalah sebuah pasukan yang aku sukanya disebabkan corak permainannya.
Komen Jurgen Klopp terhadap Arsenal dan Arsene Wenger.
"When I watch Arsenal in the last 10 years, it is nearly perfect football, but we all know they didn't win a title. In Britain they say that they like Arsenal but they have to win something. Who wins the title?. Chelsea, but with different football, i would say."
"(Arsene Wenger) is really something. He is Sir Arsene Wenger. But he likes having the ball, playing football, passing it. It is like an orchestra but is a quet song. I prefer heavy metal. I always want it loud".
"I like Arsenal's philosophy but I cannot coach it, I am a different guy"
- Jurgen Klopp ( Borussia Dortmund manager)-
Setakat musim ini, Liverpool juga menampilkan aksi yang menerujakan. Memberi saingan. Berhempas pulas untuk menarik keyakinan para peminat setianya. Sebut tentang kesetiaan, dari pemerhatian aku, Liverpool mempunyai sejumlah peminat yang setia. Biarpun prestasi kelab ini agak kurang memberangsangkan untuk beberapa musim sebelum ini, namun mereka masih lagi punya peminat yang tegar.Di sinilah kita dapat mengenal siapa dia peminat setia. Dalam ruang persekitaran aku, Wandy dan Nik merupakan antara penyokong setia Liverpool lebih-lebih lagi Wandy si rambut kerinting itu.
Berkenaan Man U, pasukan ini masih lagi merupakan pasukan kuat dan berpotensi menjulang piala musim ini. Cuma agak sedikit menjengkelkan bilamana terdengar suara-suara sumbang dari fan Man U yang menyalahkan Moyes akibat beberapa siri kekalahan sebelum ini. Memang sukar untuk menerima kekalahan. Tetapi perlulah ada kewarasan akal dan pegangan realiti. Mungkin bayang2 sIR Alex masih tak dapat hilang. Hakikatnya Moyes bukanlah Sir Alex. Moyes ada caranya tersendiri. Barangkali Fan Man U perlu belajar sesuatu daripada Fans2 lain seperti fans JDT misalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan