Selasa, 12 November 2013

Gigi dan Lutut




Semalam aku pergi mendapatkan rawatan di Hospital USM.  Ini pertama kali aku dapatkan khidmat rawatan di sini.  Buktinya, apabila aku buat pendaftaran, tidak terdapat sebarang rekod rawatan aku di hospital ini.  Cumanya aku pernah buat pemeriksaan kesihatan masa degree dulu, masa nak sambung belajar dan masa nak masuk kerja dulu.  Itu sahaja sejarah perhubungan aku dengan Hospital USM meskipun sudah 7 tahun aku dok melangok kat Penang nie.  Tapi untuk rawatan gigi, aku agak kerap juga berdasarkan rekod rawatan gigi.  Sembang tentang gigi ini, sebelum ini aku tak tahu plk yang setiap 6 bulan sekali, kita perlu buat rawatan gigi.  Sehinggalah aku diberitahu oleh Nik.  Sejak Nik bagitahu info ini, maka dalam setahun 2kali aku akan cuba buat pemeriksaan gigi.  Tadi pagi baru jer aku buat pemeriksaan gigi. Doktor gigi yang rawat aku pagi tadi memang selalu pemeriksa gigi aku sebelum ini. Doktor perempuan berbangsa cina.  Dengan ramahnya, beliau tanya kenapa dah lama tak buat rawatan gigi. Seingat aku, aku mungkin terlajak 2 bulan lewat daripada tarikh yang sepatutnya.  Dan untuk rawatan gigi kali ini, aku tak perlu buat rawatan susulan seperti yang melibatkan tampalan gigi atau buat sarung gigi seperti yang pernah aku alami sebelum ini.  Selesai cuci gigi sahaja, doktor tue cakap, nanti 6 bulan akan datang, buat lagi pemeriksaan gigi. Ok doc.


Berbalik tentang kes rawatan semalam.  Aku datang sebab nak periksa lutut aku.  Sebab sekitar 2 minggu yang lalu iaitu pada 1 Nov, aku terjatuh masa main futsal.  Lepas jatuh, rasanya macam nak tercabut jer lutut aku..Rasa kosong jer kat bahagian lutut tue.  Natijahnya, sekitar 2 hari lutut aku berasa sangat sakit.   Meski sakit, aku try berenang. Dengan niat sebagai terapi dan lekas sembuh.  Aku malas nak ke hospital untuk dapatkan rawatan. Sebab, biasanya kalau aku sakit, InshaAllah, sakit tue tak berapa lama dan boleh sembuh.  Sebab tue selama 7 tahun aku kat Penang, aku tak pernah dapatkan sebarang rawatan di Hospital USM selain rawatan gigi dan pemeriksaan kesihatan atas tujuan pelajaran dan pekerjaan. Lagi satu, masa tue agak sibuk untuk persiapan kertas kerja dan slide untuk seminar.  Jadi aku fikir, lepas abis seminar, baru aku nak uruskan hal lutut nie. AKu fikir lepas abis seminar, aku nak berurut jer.  Lepas 2 hari, aku boleh berjalan elok. Cuma sakit di bahagian pelipat lutut. Aku tak boleh nak duduk antara 2 sujud dan duduk tahiyat. Dan kalau berenang, kaki aku tak boleh nak buat berenang dengan gaya kaki kuak macam berenang katak. Rasa sakit. Lepas raya muharam, aku try main futsal.  Bila aku try lompat, lutut kiri sakit.  Pastu, aku try main turn2, tetap rasa sakit. Jadi pastue aku try cari info kat internet.  Sebenarnya aku ingat nak berurut jer. Dengan pemikiran bahawa, mungkin urat lari dan mungkin lepas berurut, ia akan sembuh kembali.  Bila aku tengok internet, kecederaan aku berkait dengan acl iaitu suatu kecederaan yang ering berlaku ke atas ahli sukan yang melibatkan sukan bola sepak, futsal, ragbi dan badminton.  Bila aku tengok simpton2nya, agak sama dengan apa yang berlaku kat aku.  Berdasarkan info internet, kecederaan acl biasanya akan melibatkan ligamen terkoyak dan yang paling teruk ligamen terputus.  Kalau terputus, kena buat pembedahan. Perkara nie yang mengubah keputusan daripada berjumpa tukang urut kepada jumpa doktor.  Kecederaan acl jugak lah yang menyebabkan Michael Owens tak dapat kembalikan semula prestasi bola sepaknya pada tahap maksimum.

Maka semalam aku gi jumpa doktor. Aku dirujuk kepada Doktor Laila.  Dia tanya bila kes nie berlaku.  Aku cakap awal bulan aritue.  Dia nasihatkan lain kali jangan tangguh2 jumpa doktor..Pastue dia tanya pasal lutut aku dan periksa lutut aku.  Dia kata genting ligamen aku mungkin terkoyak jer.  Sebab kalau terputus, biasanya tak leh jalan. Pastue, aku tanya dia, boleh sembuh dan main bola sepak balik tak?.  Alhamdullilah, dia kata boleh dengan syarat ikut nasihat dan buat apa yang doc suruh buat. Jadi, dia suruh aku amik rawatan fisioterapi dan bagi aku beberapa jenis ubat iaitu 3 jenis ubat pil dan satu ubat gosok.  Disamping itu juga, doc suruh jangan berlari, berjogging atau berlompat.  Sukan yang dia cadangkan pada aku adalah sukan berenang , main gym dan berbasikal.  Ini bagi tujuan untuk menguatkan semula otot di bahagian kaki.  Selain itu juga, doc suruh pakai sarung lutut jugak bagi mengurangkan tahap tekanan yang diberikan pada lutut sewaktu berjalan. Jadi lepas nie aku kena gi jalani rawatan fisioterapi.

Harap dapat cepat sembuh sebab tadi guru aku ada cakap nak kena masuk hutan royal belum untuk buat mapping dan kajian orang asli kat sana.  Moga cepat sembuh supaya leh main bola sepak dan futsal balik. Dah lama tak main dah nie. InshaAllah.


Tiada ulasan: