Sudah agak lama aku tidak menulis. Banyak hal yang berlaku kebelakangan ini. Jadi alasan utamanya adalah sibuk. Aku benci dengan alasan macam ini.
Aku agak sibuk menyiapakan pembetulan bab. Disamping itu juga, terpaksa menyiapkan 2 kertas kerja untuk dibentangkan di seminar. Kedua-dua seminar ini berlangsung dalam satu bulan yang sama. Jadinya, hidup aku agak kelam-kabut. Alhamdullilah kedua-dua kertas kerja telah berjaya disiapkan. Salah satunya telah aku selamat bentangkan pada hari Khamis lepas (7 November 2013). Tinggal satu lagi yang bakal dibentangkan di UKM nanti.
Aku dah pun pindah ke rumah sewa. Menyewa bersama Udin dan Faiz. Sudah mula pandai berenang dengan beberapa gaya misalnya gaya bebas dan kuak dada. Asas berenang aku belajar dengan Wandy dan Amirul. Masa itu waktu zaman aku tertangguh semasa pengajian di peringkat sarjana pertama. Tapi masih tak pandai berenang secara betul. Kemudian itu, agak hampir lama aku tak berenang. Sehinggalah Wandy, Nik dan Shamim menyewa rumah yang mempunyai kolam renang. Semenjak itu sehingga kini, aku agak kerap berenang setelah belajar beberapa gaya berenang yang betul. Pelajaran ini aku peroleh menerusi penguruan aku dengan Megat, Wandy dan Nik. Terima Kasih kalian. Juga sedang berdiet. Ikut Megat dan Wandy. Tapi aku tengok Wandy dah banyak langgar pantang diet. Buat masa ini aku dah beberapa minggu tak sentuh nasi. Cuma kalau guru aku belajar makan, memang aku tak boleh tolak. Kalau ada selain nasi, aku akan cuba elak nasi. Tapi kalau tak ada pilihan, aku cuma amik nasi separuh. Dalam pada masa yang sama juga, aku ada jugak ke gym di tempat Wandy tinggal.
Oh, ya Cik Na aku dah pun selamat melahirkan baby boy. Tahniah Cik Na dan Cik Fahd. Cukuplah 3 pasang anak Cik Na ngn Cik Fahd. 3 boys dan 3 girls. Bila lah aku dapat jumpa diorg ek. Rindu.
Oh, ya Cik Na aku dah pun selamat melahirkan baby boy. Tahniah Cik Na dan Cik Fahd. Cukuplah 3 pasang anak Cik Na ngn Cik Fahd. 3 boys dan 3 girls. Bila lah aku dapat jumpa diorg ek. Rindu.
....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan