"Kalaulah semua penyelidik seperti kamu, yang hanya tahu berhujah dengan menggunakan agama, maka bidang ini (arkeologi dan etnoarkeologi) tidak akan berkembang. Zaman ini adalah pembuktian secara saintifik".
Sehingga ke saat ini, kata-kata ini masih terngiang-ngiang kat benak kepala aku. Kata-kata yang buat aku rasa sakit hati. Buat aku benggang.
Ini adalah kata-kata salah seorang peserta yang bertanya kepada aku sewaktu aku membentangkan kertas kerja di Seminar Arkeologi Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Vistana pada 7 November 2013 yang lalu.
Ceritanya begini...Aku kena bentangkan kertas kerja pada seminar yang turut dihadiri oleh beberapa pembentang dan peserta daripada pelbagai jabatan dan univerisiti antaranya UKM,UM, UMK dan ada juga yang datang mewakili universiti Brunei. Manakala Jabatan Kerajaan yang hadir pula adalah daripada pihak Jabatan Warisan, Muzium Negara, dan muzium Negeri seperti Muzium Terengganu dan beberapa jabatan lain.
Aku kena bentang pada sesi petang. Tajuk pembentangan aku adalah "Kajian etnoarkeologi terhadap shamanisme dalam masyarakat Orang Seletar". Paginya pula aku tak tengok pembentangan oleh para pembentang lain. Sebabnya aku dok sibuk cari video rakaman yang aku rakam berkenaan amalan perbomohan dalam masyarakat Orang Seletar. Aku nak tayangkan video tue dalam sesi pembentangan aku. Tapi sayangnya, rakaman tue tak dapat aku temui. Jadi aku redha dan pasrah aja.
Sekitar jam 4.30, tibalah giliran aku membentangkan kertas kerja aku. Moderator masa sesi aku adalah DR Supian Sabtu yang merupakan pakar numimastik di Malaysia. Aku tengok Dr Supian Sabtu nie ada perubahan pada dirinya. Sekarang nie dah berkopiah dan punya janggut yang agak panjang dan lebat. Tidak seperti sebelum ini yang tidak berkopiah dan punya janggut yang sedikit ciput.
Aku diberi masa sekitar 15 minit untuk bentangkan kertas kerja aku. Tapi seperti biasa, aku akan terlajak sekitar 15-20 minit daripada masa yang diberikan. Fikir dan pertimbangkan lah wey...15 minit mana cukup...Nak kena cerita pasal prasejarah dunia yakni pengekbumian prasejarah di Gua Shanidar di Iraq, nak cerita pasal Perak Man atau Manusia Perak di Lenggong, nak cerita pasal definisi dan ciri-ciri shamanisme, pandangan sarjana tentang shamanisme dan nak cerita lagi pulak pasal amalan dan kepercayaan shamansime dalam masyarakat Orang Seletar. Tak cukup wey 15 minit. Tak masuk akal langsung.
Bila semua pembentang yang sekali dengan sesi aku habis bentang, aku harapkan yang tiada sebarang pertanyaan diajukan kepada aku...kalau nak tanya, silalah tanya pembentang lain..Tapi nasib aku seperti mana nasib aku sebelum ini, sama sahaja. Mesti ada yang nak tanya kertas kerja aku.
Ada seorang pak cik nie dari Jabatan Warisan ajukan soalan pada aku. Soalanya macam ini. 'Macam mana nak katakan yang adanya kaitan antara shamanisme Orang Seletar dengan shaman masyarakat prasejarah Manusia Perak. Dan adakah shaman wujud semasa era prasejarah atau masa era Perak Man atau Manusia Perak?".
Jadi aku jawab macam ini:
"Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, memang tiada bukti jelas tentang wujudnya shaman dalam era prasejarah. Bahkan kebanyakan sarjana hanya mampu membuat andaian tentang kemunculannnya. Dan andaiannya hanya bersandar pada jumpaan arkeologi. Bahkan tak ada suatu kaitan yang jelas pun antara masyarakat Orang Seletar dengan Manusia Perak. Cuma perbandingan secara analogi sahaja dibuat bersandarkan andaian daripada jumpaan arkeologi. Misalnya dalam jumpaan pengkebumian Manusia Perak, bersama rangkanya ditemui beberapa barangan lain yang terdiri daripada cebisan daging haiwan, cangkerang sungai dan alat-alatan batu. Bahkan pengekbumian Manusia Perak adalah bersifat primer dengan rangka mayat telah terlebih dahulu distukturkan sebelum dikebumikan dimana kakinya dilipat ke atas, lututnya dibengkokkan manakala tangan diletakkan di bahu dan perut. Daripada posisi dan jumpaan barangan ini, dapat diandaikan bahawa terdapat suatu upacara amal khusus dalam pengkebumiaan rangka Manusia Perak ini. Barangan yang lain ditemui itu juga boleh ditanggap sebagai barangan kiriman kubur. Zuraina Majid sendiri berpendapat bahawa Manusia Perak itu berkemungkinan shaman semasa hayatnya kerana pengkebumiaannya dilangsungkan dengan penuh adat bahkan Manusia Perak mungkin ditanggap sebagai individu penting dalam masyarakatnya kerana pengalaman hidupnya dalam corak hidup Paleolitik meskipun dilahirkan dengan fizikal cacat.
Dalam hal ini, kajian terhadap masyarakat kontemprorari pribumi misalnya kajian budaya hidup ke atas masyarakat Orang Seletar sekurang-kurangnya dapat memberikan pengetAuhan dan merekonstruksi semula pemahaman terhadap corak budaya kehidupan masyarakat era prasejarah. Tapi sehingga kini tiada suatu pun bukti khusus yang dapat menghubung-kaitkan antara Manusia Perak dengan Orang Seletar. Cuma ada beberapa sub bahagian dalam budaya kehidupan mereka yang boleh dibandingkan untuk mencari persamaan. Misalnya, dalam konteks masyarakat Orang Seletar, konsep barangan kiriman kubur masih berlangsung sehingga kini. Mayat yang mati akan ditanam bersama-sama barangan yang terdiri daripada makanan, minumaan, pakaian dan beberapa alat lain. Jadi dengan mengkaji kehidupan masyarakat pribumi diharap suatu pemahaman dapat diperoelh tentang corak hidup masyarakat prasejarah seperti Manusia perak yang telah berusia lebih 11 000 tahun dqahulu itu."
Kemudian aku terangkan lagi....
"Kalau kita balik semula kepada fitrah asal semulajadi manusia, antaranya adalah makan dan minum...Kalau dilihat pada pengkebumian Manusia Perak, ia diletakkan bersama dengan cebisan daging haiwan yang terdiri daripada monyet, kura-kura, babi hutan, rusa dan biawak berserta sekitar 3000 cangkerang sungai...Ini adalah barangan kiriman dan berfungsi sebagai bekalan untuk kehidupan Manusia Perak di dunia selepas matinya. Fitrah asal semulajadi manusia juga nak seks...nak bersenggama...kalau dilihat pada jumpa rangka pengkebumian prasejarah di Pulau Kelumpang, kita akan temui rangka2 kanak2...Mana2 kanak2 itu datang...kalau bukan dari pensenggamaan dan persetubuhan antara lelaki dan perempuan...dan satunya lagi, fitrah asal semulajadi manusia adalah agama...mungkin terma agama tidak sesuai untuk digunakapakai dalam konteks manusia prasejarah tetapi terma yang sesuai adalah kepercayaan...Jika Manusia Perak itu kita anggap ia sebagai 'MANUSIA", maka ciri ini sewajarnya ada padanya...sebab fitrah asal manusia memerlukan sesuatu tempat untuk mengadu dan berharap...mungkin daripada pengalaman hidup mereka, mereka pernah mengalami situasi bencana alam seprti banjir, pokok tumbang atau dihentam tahi bintang...maka untuk elak hal ini, mereka memuja sesuatu..memuja sesuatu yang terlihat mata kasar...memuja semangat..dengan tujuan anatranya diharap dielakkan sebarang malapetaka..dan dalam hal ini dalam masyarakatnya perlu ada seseorang yang mahir dan pakar berkenaan kepercayaan yang menjadi tempat rujuk dalam masyarakatnya...orang ini lah dipanggil shaman. Shaman inilah yang memberitahu tentang pantang-larang dalam masyarakatnya...apa yang boleh dibuat..apa yang tak boleh dibuat...umpama peranan ulamak atau mufti dalam masyarakat Islam...tapi kalau kita kaji balik maksud definisi 'AGAMA" itu dari sudut bahasa...bukan kah dari segi eptimologinya ia berasal dari kata Yunani iaitu dari bahasanya "A" itu bermaksud "TIDAK" DAN "GAMA" itu bermaksud "KACAU" yang mana bila digabung-jalinkan ia bermaksud TIDAK KACAU...Sebab itu perlu adanya agama atau kepercayaan...tapi ini definisi dari sudut bahasa sahaja bukan pendefinisian dari sudut istilah...
Apabila aku habis bagi jawapan ini jer, pak cik yang bertanya ini lantas bangun dan pergi kat mikrofon dan cakap dengan kata2 ini:
"Kalaulah semua penyelidik seperti kamu, yang hanya tahu berhujah dengan menggunakan agama, maka bidang ini (arkeologi dan etnoarkeologi) tidak akan berkembang. Zaman ini adalah pembuktian secara saintifik".
Fuck...depan orang ramai dia boleh bedal aku dengan kata2 macam tue...aku hormati dia sebab dia orang lama dalam bidang arkeologi ini...tapi bedal aku dengan kata2 macam tue..depan audiens yang ramai lagi...ish....geram betul aku...dalam hati aku, nak jer aku cakap kat dia balik macam nie:
"sekurang-kurangnya aku berusaha mempamerkan pembuktian...kalau pak cik tahu cara sainsnya, pak cik lah kemukakan...jangan tahu nak hentam dan bedal orang jer"...tapi aku senyum sinis jer kat pak cik tue dan tak panculkan pun isi hati aku...
Aku rasa macam nak jumpa jer lagi pak cik dari Jabatan Warisan ini lagi dan nak terangkan balik kata2 aku sebelum ini...kALAU Ada peluang aku nak cakap macam ini kat dia:
"Sebenarnya saya tak berniat pun nak gunakan agama untuk hujah saya. Terma "AGAMA" yang saya sebutkan tue tidak merujuk secara khusus kepada AGAMA ISLAM. Terma AGAMA yang saya gunakan adalah secara umum. Tapi salah ker kalau saya nak berhujah dengan dalil naqli AGAMA ISLAM. Apa guna saya menganut Islam dan memahami pengertian dan kandungan dalam Islam tapi saya tidak aplikasikan. Apakah Islam itu bertentangan dengan displin ilmu lain atau Islam itu bertentangan dengan arekologi?. Apakah jika berbicara tentang arkeologi, Islam tiada tempat dalam dispilin ini?. Kalaulah Islam itu tidak punya tempat dalam mana-mana displin ilmu lain misalnya dalam arkeologi, maka barangkali Islam itu tidak hanya lebih sekadar suatu agama Ritual kosong yang hanya tertumpu pada solat, puasa, zakat, naik haji dsb. Apakah sesiapa yang terlibat dalam arkeologi perlu berfikiran secara orentalis dan sekular iaitu memisahkan agama dan kehidupan dunia?. Fuck. Bila lagi kita nak keluar dari kongkongan eurosentrik dan mengamalkan malaysentrik sepertimana yang dicanang-canangkan oleh kebanyakan tokoh sarjana tempatan seperti Prof Zainal Abidin Wahid?.
Lagi satu pak cik, tak semua hal dalam kehidupan dapat diukur dan diuji secara sainstifik dan empirikal. Ada sesetengahnya bersifat non-emprikal. Sama seperti tajuk saya yang tertumpu pada perbicaraan soal shamansime iaitu yang berkisar tentang soal amalan magik-kepercayaan masyarakat pribumi. Boleh kah pak cik terangkan cara bagaimana nak buat uji kaji sainstifik terhadap isu "soul journey" yang terdapat dalam amalan kebanyakan shaman pribumi di dunia ini. Sarjana barat seperti Eliade pun dalam kajiannya berkenaan shaman, tak ada nyatakan pun tentang pembuktian sainstifik terhadap isu shaman. Suatu hal yang tak ternampak...suatu hal yang tak terlihat...bersifat abstark mutlak sifatnya...Apakah ada picagari, tabung uji, kaki retort, mikroskop yang dapat melihat unsur jin, semangat, jiwa????...Pak cik sebagai muslim misalnya, tidak pernahkah pak cik tertanya bila pak cik terketut dan mahu bersolat, pak cik perlu mengambil wuduk...kenapa perlu basuh muka, tangan, anak rambut, kaki...kenapa tak basuh bontot pak cik yang keluarkan kentut tue sahaja... "
Inilah kata2 yang aku nak lemparkan kalau aku ada peluang nak cakap dengan pak cik nie lagi...ish..sabar...sabar...sabar....dan sebagai natijahnya daripada respon pak cik tue terhadap jawapan aku...aku jadi bengang..jadi down...tengahari dah lah aku tak makan sebab nak lepaskan sesi pembentangan aku tue...ingatkan lepas abis pembentangan, aku nak makan petang...tapi tak ada mood...dah langsung tak berselera...
Malam tue ada majlis perasmian oleh Naib Canselor kat dataran berdekatan dengan ofis aku...ada majlis makan2...ada persembahan keroncong...asalnya aku malas nak datang...sebab bengang...x ada mood...tapi memikirkan nanti ada plk isu bising2 kat ofis sebab tak dtg majlis, aku gagahkan datang...datang lah kejap...aku cuma makan buah semangka jer dengan minum air bandung cincau...kalau mood aku tak down, aku sental semua makanan yang ada kat situ...bukan selalu dapat makan sedap...bila aku dah tunjuk muka sikit2 terutamanya kat guru aku, aku pun blah balik...esoknya aku tak datang untuk tengok sesi pembentangan oleh para pembentang lain...aku jadi bengang...sampaikan solat Jumaat pun aku tak gi (solat tue kan hanya ritual sahaja, bukan ada makna apa2 pun)...majlis penyampaian sijil dan cederhati pun aku tak datang join...Disebabkan hal ini, aku down dan x ada mood dalam beberapa hari...jadi loser sepertimana kata Wandy. dok melangok jer dalam bilik...memikirkan kata2 pak cik tue...sampai sekarang nie pun aku asyik terbayangkan muka pak cik tue dan teringatkan kata2 penuh hikmahnya...GERAM.....
........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan