Rabu, 13 November 2013

2008-2013





Selamat Ulang Tahun

2008-2013




Selasa, 12 November 2013

Gigi dan Lutut




Semalam aku pergi mendapatkan rawatan di Hospital USM.  Ini pertama kali aku dapatkan khidmat rawatan di sini.  Buktinya, apabila aku buat pendaftaran, tidak terdapat sebarang rekod rawatan aku di hospital ini.  Cumanya aku pernah buat pemeriksaan kesihatan masa degree dulu, masa nak sambung belajar dan masa nak masuk kerja dulu.  Itu sahaja sejarah perhubungan aku dengan Hospital USM meskipun sudah 7 tahun aku dok melangok kat Penang nie.  Tapi untuk rawatan gigi, aku agak kerap juga berdasarkan rekod rawatan gigi.  Sembang tentang gigi ini, sebelum ini aku tak tahu plk yang setiap 6 bulan sekali, kita perlu buat rawatan gigi.  Sehinggalah aku diberitahu oleh Nik.  Sejak Nik bagitahu info ini, maka dalam setahun 2kali aku akan cuba buat pemeriksaan gigi.  Tadi pagi baru jer aku buat pemeriksaan gigi. Doktor gigi yang rawat aku pagi tadi memang selalu pemeriksa gigi aku sebelum ini. Doktor perempuan berbangsa cina.  Dengan ramahnya, beliau tanya kenapa dah lama tak buat rawatan gigi. Seingat aku, aku mungkin terlajak 2 bulan lewat daripada tarikh yang sepatutnya.  Dan untuk rawatan gigi kali ini, aku tak perlu buat rawatan susulan seperti yang melibatkan tampalan gigi atau buat sarung gigi seperti yang pernah aku alami sebelum ini.  Selesai cuci gigi sahaja, doktor tue cakap, nanti 6 bulan akan datang, buat lagi pemeriksaan gigi. Ok doc.


Berbalik tentang kes rawatan semalam.  Aku datang sebab nak periksa lutut aku.  Sebab sekitar 2 minggu yang lalu iaitu pada 1 Nov, aku terjatuh masa main futsal.  Lepas jatuh, rasanya macam nak tercabut jer lutut aku..Rasa kosong jer kat bahagian lutut tue.  Natijahnya, sekitar 2 hari lutut aku berasa sangat sakit.   Meski sakit, aku try berenang. Dengan niat sebagai terapi dan lekas sembuh.  Aku malas nak ke hospital untuk dapatkan rawatan. Sebab, biasanya kalau aku sakit, InshaAllah, sakit tue tak berapa lama dan boleh sembuh.  Sebab tue selama 7 tahun aku kat Penang, aku tak pernah dapatkan sebarang rawatan di Hospital USM selain rawatan gigi dan pemeriksaan kesihatan atas tujuan pelajaran dan pekerjaan. Lagi satu, masa tue agak sibuk untuk persiapan kertas kerja dan slide untuk seminar.  Jadi aku fikir, lepas abis seminar, baru aku nak uruskan hal lutut nie. AKu fikir lepas abis seminar, aku nak berurut jer.  Lepas 2 hari, aku boleh berjalan elok. Cuma sakit di bahagian pelipat lutut. Aku tak boleh nak duduk antara 2 sujud dan duduk tahiyat. Dan kalau berenang, kaki aku tak boleh nak buat berenang dengan gaya kaki kuak macam berenang katak. Rasa sakit. Lepas raya muharam, aku try main futsal.  Bila aku try lompat, lutut kiri sakit.  Pastu, aku try main turn2, tetap rasa sakit. Jadi pastue aku try cari info kat internet.  Sebenarnya aku ingat nak berurut jer. Dengan pemikiran bahawa, mungkin urat lari dan mungkin lepas berurut, ia akan sembuh kembali.  Bila aku tengok internet, kecederaan aku berkait dengan acl iaitu suatu kecederaan yang ering berlaku ke atas ahli sukan yang melibatkan sukan bola sepak, futsal, ragbi dan badminton.  Bila aku tengok simpton2nya, agak sama dengan apa yang berlaku kat aku.  Berdasarkan info internet, kecederaan acl biasanya akan melibatkan ligamen terkoyak dan yang paling teruk ligamen terputus.  Kalau terputus, kena buat pembedahan. Perkara nie yang mengubah keputusan daripada berjumpa tukang urut kepada jumpa doktor.  Kecederaan acl jugak lah yang menyebabkan Michael Owens tak dapat kembalikan semula prestasi bola sepaknya pada tahap maksimum.

Maka semalam aku gi jumpa doktor. Aku dirujuk kepada Doktor Laila.  Dia tanya bila kes nie berlaku.  Aku cakap awal bulan aritue.  Dia nasihatkan lain kali jangan tangguh2 jumpa doktor..Pastue dia tanya pasal lutut aku dan periksa lutut aku.  Dia kata genting ligamen aku mungkin terkoyak jer.  Sebab kalau terputus, biasanya tak leh jalan. Pastue, aku tanya dia, boleh sembuh dan main bola sepak balik tak?.  Alhamdullilah, dia kata boleh dengan syarat ikut nasihat dan buat apa yang doc suruh buat. Jadi, dia suruh aku amik rawatan fisioterapi dan bagi aku beberapa jenis ubat iaitu 3 jenis ubat pil dan satu ubat gosok.  Disamping itu juga, doc suruh jangan berlari, berjogging atau berlompat.  Sukan yang dia cadangkan pada aku adalah sukan berenang , main gym dan berbasikal.  Ini bagi tujuan untuk menguatkan semula otot di bahagian kaki.  Selain itu juga, doc suruh pakai sarung lutut jugak bagi mengurangkan tahap tekanan yang diberikan pada lutut sewaktu berjalan. Jadi lepas nie aku kena gi jalani rawatan fisioterapi.

Harap dapat cepat sembuh sebab tadi guru aku ada cakap nak kena masuk hutan royal belum untuk buat mapping dan kajian orang asli kat sana.  Moga cepat sembuh supaya leh main bola sepak dan futsal balik. Dah lama tak main dah nie. InshaAllah.


Ceritera Seminar di Hotel Vistana





"Kalaulah semua penyelidik seperti kamu, yang hanya tahu berhujah dengan menggunakan agama, maka bidang ini (arkeologi dan etnoarkeologi) tidak akan berkembang.  Zaman ini adalah pembuktian secara saintifik".


Sehingga ke saat ini, kata-kata ini masih terngiang-ngiang kat benak kepala aku.  Kata-kata yang buat aku rasa sakit hati.  Buat aku benggang.

Ini adalah kata-kata salah seorang peserta yang bertanya kepada aku sewaktu aku membentangkan kertas kerja di Seminar Arkeologi Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Vistana pada 7 November 2013 yang lalu.

Ceritanya begini...Aku kena bentangkan kertas kerja pada seminar yang turut dihadiri oleh beberapa pembentang dan peserta daripada pelbagai jabatan dan univerisiti antaranya UKM,UM, UMK dan ada juga yang datang mewakili universiti Brunei.  Manakala Jabatan Kerajaan yang hadir pula adalah daripada pihak Jabatan Warisan, Muzium Negara, dan muzium Negeri seperti Muzium Terengganu dan beberapa jabatan lain.

Aku kena bentang pada sesi petang. Tajuk pembentangan aku adalah "Kajian etnoarkeologi terhadap shamanisme dalam masyarakat Orang Seletar".  Paginya pula aku tak tengok pembentangan oleh para pembentang lain.  Sebabnya aku dok sibuk cari video rakaman yang aku rakam berkenaan amalan perbomohan dalam masyarakat Orang Seletar.  Aku nak tayangkan video tue dalam sesi pembentangan aku.  Tapi sayangnya, rakaman tue tak dapat aku temui.  Jadi aku redha dan pasrah aja.

Sekitar jam 4.30, tibalah giliran aku membentangkan kertas kerja aku.  Moderator masa sesi aku adalah DR Supian Sabtu yang merupakan pakar numimastik di Malaysia.  Aku tengok Dr Supian Sabtu nie ada perubahan pada dirinya.  Sekarang nie dah berkopiah dan punya janggut yang agak panjang dan lebat.  Tidak seperti sebelum ini yang tidak berkopiah dan punya janggut yang sedikit ciput.  

Aku diberi masa sekitar 15 minit untuk bentangkan kertas kerja aku.  Tapi seperti biasa, aku akan terlajak sekitar 15-20 minit daripada masa yang diberikan.  Fikir dan pertimbangkan lah wey...15 minit mana cukup...Nak kena cerita pasal prasejarah dunia yakni pengekbumian prasejarah di Gua Shanidar di Iraq, nak cerita pasal Perak Man atau Manusia Perak di Lenggong, nak cerita pasal definisi dan ciri-ciri shamanisme, pandangan sarjana tentang shamanisme dan nak cerita lagi pulak pasal amalan dan kepercayaan shamansime dalam masyarakat Orang Seletar.  Tak cukup wey 15 minit. Tak masuk akal langsung.

Bila semua pembentang yang sekali dengan sesi aku habis bentang, aku harapkan yang tiada sebarang pertanyaan diajukan kepada aku...kalau nak tanya, silalah tanya pembentang lain..Tapi nasib aku seperti mana nasib aku sebelum ini, sama sahaja. Mesti ada yang nak tanya kertas kerja aku.

Ada seorang pak cik nie dari Jabatan Warisan ajukan soalan pada aku.  Soalanya macam ini.  'Macam mana nak katakan yang adanya kaitan antara shamanisme Orang Seletar dengan shaman masyarakat prasejarah Manusia Perak. Dan adakah shaman wujud semasa era prasejarah atau masa era Perak Man atau Manusia Perak?".

Jadi aku jawab macam ini:

"Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, memang tiada bukti jelas tentang wujudnya shaman dalam era prasejarah.  Bahkan kebanyakan sarjana hanya mampu membuat andaian tentang kemunculannnya.  Dan andaiannya hanya bersandar pada jumpaan arkeologi.  Bahkan tak ada suatu kaitan yang jelas pun antara masyarakat Orang Seletar dengan Manusia Perak.  Cuma perbandingan secara analogi sahaja dibuat bersandarkan andaian daripada jumpaan arkeologi.  Misalnya dalam jumpaan pengkebumian Manusia Perak, bersama rangkanya ditemui beberapa barangan lain yang terdiri daripada cebisan daging haiwan, cangkerang sungai dan alat-alatan batu.  Bahkan pengekbumian Manusia Perak adalah bersifat primer dengan rangka mayat telah terlebih dahulu distukturkan sebelum dikebumikan dimana kakinya dilipat ke atas, lututnya dibengkokkan manakala tangan diletakkan di bahu dan perut.  Daripada posisi dan jumpaan barangan ini, dapat diandaikan bahawa terdapat suatu upacara amal khusus dalam pengkebumiaan rangka Manusia Perak ini.  Barangan yang lain ditemui itu juga boleh ditanggap sebagai barangan kiriman kubur.  Zuraina Majid sendiri berpendapat bahawa Manusia Perak itu berkemungkinan shaman semasa hayatnya kerana pengkebumiaannya dilangsungkan dengan penuh adat bahkan Manusia Perak mungkin ditanggap sebagai individu penting dalam masyarakatnya kerana pengalaman hidupnya dalam corak hidup Paleolitik meskipun dilahirkan dengan fizikal cacat.

Dalam hal ini, kajian terhadap masyarakat kontemprorari pribumi misalnya kajian budaya hidup ke atas masyarakat Orang Seletar sekurang-kurangnya dapat memberikan pengetAuhan dan merekonstruksi semula pemahaman terhadap corak budaya kehidupan masyarakat era prasejarah.  Tapi sehingga kini tiada suatu pun bukti khusus yang dapat menghubung-kaitkan antara Manusia Perak dengan Orang Seletar.  Cuma ada beberapa sub bahagian dalam budaya kehidupan mereka yang boleh dibandingkan untuk mencari persamaan.  Misalnya, dalam konteks masyarakat Orang Seletar, konsep barangan kiriman kubur masih berlangsung sehingga kini.  Mayat yang mati akan ditanam bersama-sama barangan yang terdiri daripada makanan, minumaan, pakaian dan beberapa alat lain.  Jadi dengan mengkaji kehidupan masyarakat pribumi diharap suatu pemahaman dapat diperoelh tentang corak hidup masyarakat prasejarah seperti Manusia perak yang telah berusia lebih 11 000 tahun dqahulu itu."

Kemudian aku terangkan lagi....


"Kalau kita balik semula kepada fitrah asal semulajadi manusia, antaranya adalah makan dan minum...Kalau dilihat pada pengkebumian Manusia Perak, ia diletakkan bersama dengan cebisan daging haiwan yang terdiri daripada monyet, kura-kura, babi hutan, rusa dan biawak berserta sekitar 3000 cangkerang sungai...Ini adalah barangan kiriman dan berfungsi sebagai bekalan untuk kehidupan Manusia Perak di dunia selepas matinya.  Fitrah asal semulajadi manusia juga nak seks...nak bersenggama...kalau dilihat pada jumpa rangka pengkebumian prasejarah di Pulau Kelumpang, kita akan temui rangka2 kanak2...Mana2 kanak2 itu datang...kalau bukan dari pensenggamaan dan persetubuhan antara lelaki dan perempuan...dan satunya lagi, fitrah asal semulajadi manusia adalah agama...mungkin terma agama tidak sesuai untuk digunakapakai dalam konteks manusia prasejarah tetapi terma yang sesuai adalah kepercayaan...Jika Manusia Perak itu kita anggap ia sebagai 'MANUSIA", maka ciri ini sewajarnya ada padanya...sebab fitrah asal manusia memerlukan sesuatu tempat untuk mengadu dan berharap...mungkin daripada pengalaman hidup mereka, mereka pernah mengalami situasi bencana alam seprti banjir, pokok tumbang atau dihentam tahi bintang...maka untuk elak hal ini, mereka memuja sesuatu..memuja sesuatu yang terlihat mata kasar...memuja semangat..dengan tujuan anatranya diharap dielakkan sebarang malapetaka..dan dalam hal ini dalam masyarakatnya perlu ada seseorang yang mahir dan pakar berkenaan kepercayaan yang menjadi tempat rujuk dalam masyarakatnya...orang ini lah dipanggil shaman.  Shaman inilah yang memberitahu tentang pantang-larang dalam masyarakatnya...apa yang boleh dibuat..apa yang tak boleh dibuat...umpama peranan ulamak atau mufti dalam masyarakat Islam...tapi kalau kita kaji balik maksud definisi 'AGAMA" itu dari sudut bahasa...bukan kah dari segi eptimologinya ia berasal dari kata Yunani iaitu dari bahasanya "A" itu bermaksud "TIDAK" DAN "GAMA" itu bermaksud "KACAU" yang mana bila digabung-jalinkan ia bermaksud TIDAK KACAU...Sebab itu perlu adanya agama atau kepercayaan...tapi ini definisi dari sudut bahasa sahaja bukan pendefinisian dari sudut istilah...


Apabila aku habis bagi jawapan ini jer, pak cik yang bertanya ini lantas bangun dan pergi kat mikrofon dan cakap dengan kata2 ini:

"Kalaulah semua penyelidik seperti kamu, yang hanya tahu berhujah dengan menggunakan agama, maka bidang ini (arkeologi dan etnoarkeologi) tidak akan berkembang.  Zaman ini adalah pembuktian secara saintifik".


Fuck...depan orang ramai dia boleh bedal aku dengan kata2 macam tue...aku hormati dia sebab dia orang lama dalam bidang arkeologi ini...tapi bedal aku dengan kata2 macam tue..depan audiens yang ramai lagi...ish....geram betul aku...dalam hati aku, nak jer aku cakap kat dia balik macam nie:

"sekurang-kurangnya aku berusaha mempamerkan pembuktian...kalau pak cik tahu cara sainsnya, pak cik lah kemukakan...jangan tahu nak hentam dan bedal orang jer"...tapi aku senyum sinis jer kat pak cik tue dan tak panculkan pun isi hati aku...


Aku rasa macam nak jumpa jer lagi pak cik dari Jabatan Warisan ini lagi dan nak terangkan balik kata2 aku sebelum ini...kALAU Ada peluang aku nak cakap macam ini kat dia:


"Sebenarnya saya tak berniat pun nak gunakan agama untuk hujah saya.  Terma "AGAMA" yang saya sebutkan tue tidak merujuk secara khusus kepada AGAMA ISLAM. Terma AGAMA yang saya gunakan adalah secara umum.  Tapi salah ker kalau saya nak berhujah dengan dalil naqli AGAMA ISLAM.  Apa guna saya menganut Islam dan memahami pengertian dan kandungan dalam Islam tapi saya tidak aplikasikan.  Apakah Islam itu bertentangan dengan displin ilmu lain atau Islam itu bertentangan dengan arekologi?.  Apakah jika berbicara tentang arkeologi, Islam tiada tempat dalam dispilin ini?.  Kalaulah Islam itu tidak punya tempat dalam mana-mana displin ilmu lain misalnya dalam arkeologi, maka barangkali Islam itu tidak hanya lebih sekadar suatu agama Ritual kosong yang hanya tertumpu pada solat, puasa, zakat, naik haji dsb.  Apakah sesiapa yang terlibat dalam arkeologi perlu berfikiran secara orentalis dan sekular iaitu memisahkan agama dan kehidupan dunia?.  Fuck. Bila lagi kita nak keluar dari kongkongan eurosentrik dan mengamalkan malaysentrik sepertimana yang dicanang-canangkan oleh kebanyakan tokoh sarjana tempatan seperti Prof Zainal Abidin Wahid?.

Lagi satu pak cik, tak semua hal dalam kehidupan dapat diukur dan diuji secara sainstifik dan empirikal. Ada sesetengahnya bersifat non-emprikal.  Sama seperti tajuk saya yang tertumpu pada perbicaraan soal shamansime iaitu yang berkisar tentang soal amalan magik-kepercayaan masyarakat pribumi.  Boleh kah pak cik terangkan cara bagaimana nak buat uji kaji sainstifik terhadap isu "soul journey" yang terdapat dalam amalan kebanyakan shaman pribumi di dunia ini.   Sarjana barat seperti Eliade pun dalam kajiannya berkenaan shaman, tak ada nyatakan pun tentang pembuktian sainstifik terhadap isu shaman.  Suatu hal yang tak ternampak...suatu hal yang tak terlihat...bersifat abstark mutlak sifatnya...Apakah ada picagari, tabung uji, kaki retort, mikroskop yang dapat melihat unsur jin, semangat, jiwa????...Pak cik sebagai muslim misalnya, tidak pernahkah pak cik tertanya bila pak cik terketut dan mahu bersolat, pak cik perlu mengambil wuduk...kenapa perlu basuh muka, tangan, anak rambut, kaki...kenapa tak basuh bontot pak cik yang keluarkan kentut tue sahaja...  "


Inilah kata2 yang aku nak lemparkan kalau aku ada peluang nak cakap dengan pak cik nie lagi...ish..sabar...sabar...sabar....dan sebagai natijahnya daripada respon pak cik tue terhadap jawapan aku...aku jadi bengang..jadi down...tengahari dah lah aku tak makan sebab nak lepaskan sesi pembentangan aku tue...ingatkan lepas abis pembentangan, aku nak makan petang...tapi tak ada mood...dah langsung tak berselera...

Malam tue ada majlis perasmian oleh Naib Canselor kat dataran berdekatan dengan ofis aku...ada majlis makan2...ada persembahan keroncong...asalnya aku malas nak datang...sebab bengang...x ada mood...tapi memikirkan nanti ada plk isu bising2 kat ofis sebab tak dtg majlis, aku gagahkan datang...datang lah kejap...aku cuma makan buah semangka jer dengan minum air bandung cincau...kalau mood aku tak down, aku sental semua makanan yang ada kat situ...bukan selalu dapat makan sedap...bila aku dah tunjuk muka sikit2 terutamanya kat guru aku, aku pun blah balik...esoknya aku tak datang untuk tengok sesi pembentangan oleh para pembentang lain...aku jadi bengang...sampaikan solat Jumaat pun aku tak gi (solat tue kan hanya ritual sahaja, bukan ada makna apa2 pun)...majlis penyampaian sijil dan cederhati pun aku tak datang join...Disebabkan hal ini, aku down dan x ada mood dalam beberapa hari...jadi loser sepertimana kata Wandy.  dok melangok jer dalam bilik...memikirkan kata2 pak cik tue...sampai sekarang nie pun aku asyik terbayangkan muka pak cik tue dan teringatkan kata2 penuh hikmahnya...GERAM.....


........

Isnin, 11 November 2013

Liga Inggeris






Berkenaan liga luar, Liga Inggeris terutamanya, Arsenal seperti musim2 sebelumnya menampilkan persembahan yang menakjubkan.  Sebenarnya pada aku, Arsenal memang dah menakjubkan pun pada musim2 sebelum ini.  Tetapi masyarakat umum lazimnya akan mengasosiasikan terma "menakjubkan" itu dengan kemenangan.  Dengan aksi menjulang piala.  Tapi bagi Arsenal yang dah lama kemarau piala, maka pasukan ini umumnya ditanggap sekadar pemain budak tadika.  Aku bukanlah orang yang melihat kemenangan itu sebagai objektif utama.  Aku lebih gemar melihat corak permainan sesebuah pasukan. Arsenal adalah sebuah pasukan yang aku sukanya disebabkan corak permainannya. 

Komen Jurgen Klopp terhadap Arsenal dan Arsene Wenger.


"When I watch Arsenal in the last 10 years, it is nearly perfect football, but we all know they didn't win a title. In Britain they say that they like Arsenal but they have to win something.  Who wins the title?. Chelsea, but with different football, i would say."


"(Arsene Wenger) is really something.  He is Sir Arsene Wenger.  But he likes having the ball, playing football, passing it.  It is like an orchestra but is a quet song.  I prefer heavy metal.  I always want it loud".

"I like Arsenal's philosophy but I cannot coach it, I am a different guy"

- Jurgen Klopp ( Borussia Dortmund manager)-


Setakat musim ini, Liverpool juga menampilkan aksi yang menerujakan. Memberi saingan.  Berhempas pulas untuk menarik keyakinan para peminat setianya.  Sebut tentang kesetiaan, dari pemerhatian aku, Liverpool mempunyai sejumlah peminat yang setia.  Biarpun prestasi kelab ini agak kurang memberangsangkan untuk beberapa musim sebelum ini, namun mereka masih lagi punya peminat yang tegar.Di sinilah kita dapat mengenal siapa dia peminat setia.  Dalam ruang persekitaran aku, Wandy dan Nik merupakan antara penyokong setia Liverpool lebih-lebih lagi Wandy si rambut kerinting itu.

Berkenaan Man U, pasukan ini masih lagi merupakan pasukan kuat dan berpotensi menjulang piala musim ini.  Cuma agak sedikit menjengkelkan bilamana terdengar suara-suara sumbang dari fan Man U yang menyalahkan Moyes akibat beberapa siri kekalahan sebelum ini.  Memang sukar untuk menerima kekalahan.  Tetapi perlulah ada kewarasan akal dan pegangan realiti.  Mungkin bayang2 sIR Alex masih tak dapat hilang.  Hakikatnya Moyes bukanlah Sir Alex.  Moyes ada caranya tersendiri. Barangkali Fan Man U perlu belajar sesuatu daripada Fans2 lain seperti fans JDT misalnya.



Liga Malaysia




Berkenaan bola sepak pula.  Piala Malaysia sudah tamat.  Sudah pun menutup tirainya.  Pahang menang menewaskan Kelantan.  Johor DT terkandas di peringkat suku akhir di tangan Kelantan.  Saat suku akhir kedua tue berlangsung, aku berada di Kampung Orang Asli iaitu di Kampung Air Bah, Lenggong atas urusan kerja.  Disaat rakan2 dan seluruh penduduk kampung Orang Asli berhibur dengan program yang disediakan, aku pula sibuk menonton perlawanan tersebut di salah sebuah rumah penduduk kampung yang ada Astro.  Memang tak senang duduk dan tak putus2 berharap.  Tapi nak buat macam mana, malam tue bukan rezeki Johor DT.  Akhirnya Kelantan menang.  Tapi pada pengakhiran yang abadi, Pahang yang menang.

Bercerita tentang Johor DT, banyak gelagat dan ragam yang menarik serta rencam dapat diperhatikan. Kalau sebelum kemunculan pasukan palsu yang membawa lambang Harimau ini wujud, musim perpindahan pemain dalam kancah Liga Malaysia langsung tak meriah.  Langsung tak punya info. Tak punya maklumat.  Tetapi kini, rancak. Sentiasa rancak.  Namun kerancakannya masih belum berada pada landasan yang betul.  Masih dapat dipertikaikan.  Mungkin sebab prosedur perpindahannya masih belum digariskan dengan betul, maka akan dapat dilihat kelucuan dan betapa rendahnya tahap profesionalisme pengurusan bola sepak di negara ini.  Misalnya, ada pemain yang dah sign kontrak dengan sesebuah kelab, tup-tup esoknya atau adakalanya tak sampai tempoh 24 jam, dah sign kontrak lain dengan kelab lain.  Ada juga yang buat u-turn ke kelab asal.  Hal ini dijangkan akan berterusan sehingga jendela perpindahan pemain tutup pada Disember nanti.



Pablo Aimar

Johor DT merupakan kelab yang paling meriah musim ini.  Bukan meriah dengan kemenangan dan bukan meriah dengan menjulang piala.  Kelab ini meriah dengan pelbagai konterversi.  Buat masa ini, kontroversi dengan isu perpindahan pemain.  Dengar kata, hampir keseluruhan pemain kebangsaan dan pemain berbakat tempatan habis disapunya.  Antaranya, Mahali Jasuli, Asraruddin, Amri Yahya, Nazrin Nawi, Norfarhan, Amirul Hadi Zainal, Norazlan Razali, iRFAN fAZAIL, Fadhli Sas.  Kemudian ditambah pula dengan penyertaan pemain import antarabangsa seperti Pablo Aimar, Braulio Nobrega dan Haris Harrun disamping jurulatih importnya bernama Cessar Ferrando Jimenez.  Manakala Johor FA pula dikhabarkan bakal bertukar nama menjadi JDT II. JDT II nie juga dengar khabarnya telah menandatangani kontrak dengan Shahril Ishak selama 2 tahun dan Baihaki Kaizan selama 4 tahun bagi slot pemain import.  Zaquan Adha juga dikhabarkan turun pangkat dan bermain dengan pasukan ini. Pasukan apa?. Pasukan JDT II. kAH, Kah, kah, kah, kah....Kita tunggu je lah musim 2014 nanti.




Ceritera Bulan Oktober dan November



Sudah agak lama aku tidak menulis. Banyak hal yang berlaku kebelakangan ini. Jadi alasan utamanya adalah sibuk.  Aku benci dengan alasan macam ini.

Aku agak sibuk menyiapakan pembetulan bab.  Disamping itu juga, terpaksa menyiapkan 2 kertas kerja untuk dibentangkan di seminar.  Kedua-dua seminar ini berlangsung dalam satu bulan yang sama.  Jadinya, hidup aku agak kelam-kabut.  Alhamdullilah kedua-dua kertas kerja telah berjaya disiapkan.  Salah satunya telah aku selamat bentangkan pada hari Khamis lepas (7 November 2013).  Tinggal satu lagi yang bakal dibentangkan di UKM nanti.

Aku dah pun pindah ke rumah sewa.  Menyewa bersama Udin dan Faiz.  Sudah mula pandai berenang dengan beberapa gaya misalnya gaya bebas dan kuak dada.  Asas berenang aku belajar dengan Wandy dan Amirul.  Masa itu waktu zaman aku tertangguh semasa pengajian di peringkat sarjana pertama. Tapi masih tak pandai berenang secara betul.  Kemudian itu, agak hampir lama aku tak berenang.  Sehinggalah Wandy, Nik dan Shamim menyewa rumah yang mempunyai kolam renang.  Semenjak itu sehingga kini, aku agak kerap berenang setelah belajar beberapa gaya berenang yang betul.  Pelajaran ini aku peroleh menerusi penguruan aku dengan Megat, Wandy dan Nik.  Terima Kasih kalian. Juga sedang berdiet.  Ikut Megat dan Wandy.  Tapi aku tengok Wandy dah banyak langgar pantang diet.  Buat masa ini aku dah beberapa minggu tak sentuh nasi.  Cuma kalau guru aku belajar makan, memang aku tak boleh tolak.  Kalau ada selain nasi, aku akan cuba elak nasi.  Tapi kalau tak ada pilihan, aku cuma amik nasi separuh.  Dalam pada masa yang sama juga, aku ada jugak ke gym di tempat Wandy tinggal.


 Oh, ya Cik Na aku dah pun selamat melahirkan baby boy. Tahniah Cik Na dan Cik Fahd.  Cukuplah 3 pasang anak Cik Na ngn Cik Fahd. 3 boys dan 3 girls. Bila lah aku dapat jumpa diorg ek.  Rindu.


....