Selasa, 9 April 2013

Penang-KL-Senggarang-Larkin


2 minggu yang lepas aku pulang ke kampung halaman aku. Aku kira sudah lebih hampir 5 bulan aku tidak pulang ke kampung. Alasan klisenya, aku sibuk. Masa tak ada. Ah,dunia emangnya kejam bukan...Kerja..kerja..kerja...Minggu lepas pun aku diberi tugasan...Buat kertas kerja seminar dalam tempoh masa 4 hari...Gila..Sambil merungut2 dalam hati, akhirnya alhamdullilah, siap juga kertas kerja yang bertemakan Orang Chewong itu dengan helaian 38 muka surat.  Pada hemah aku, aku tak layak untuk buat kertas kerja ini sebabnya ada yang lebih layak. Aku cuma baru sekali jer ke tapak kajian Orang Chewong sedangkan ada orang lain yang sudah lebih 3 kali ke tapak kajian itu.Maka dengan itu, aku terpaksa buat bacaan kajian lalu dan analisis data temuramah hanya dalam tempoh 4 hari sahaja.  Bahan bacaan kajian lalu yang aku gunapakai adalah I.H.N.EvANS (1927), Ridney Needham (1955),dan Signe Howell (1984) yang memang fokus kajian mereka terhadap suku kaum Chewong disamping beberapa kajian sampingan lain oleh penulis seperti Iskandar Carey, Retno Hadini, Hamid Isa.  Jadinya dalam tempoh 4 hari,   aku cuma pasrah dan redha jer lah.

Ok berbalik kepada perihal aku balik ke kampung.  Aku balik kampung pun lantaran disebabkan aku ada mesyuarat arkeologi Malaysia di Muzium Negara, KL. Aku gerak ke Kuala Lumpur petang khamis.  Khamis malam jumaat tidur hotel di Kampung Baru. Pemandangan malam di Kampung Baru agak mengasyikkan.  Kebetulan malam tue, bulan mengambang penuh.  Dengan latar belakang kampung di tengah kotaraya, aku merenung bulan tue yang duduk hampir sebelah dengan KLCC.  KLCC tue plk aku lihat2 umpama mahu cuba melonjakkan badannya agar dapat duduk betul2 sama tinggi dengan bulan.  Saat aku merenung bulan sambil menjeling2 KLCC di sebelah sedikit bawah dengannya, hati ku bercampur berbagai perasaan...syahdu, sayu, pilu, berbalam-balam, tergumam.  Jadi tak keruan...Lebih-lebih lagi, di warung terbuka yang aku dok lepak, nyanyian blues dikumandangkan...aku tenggelam dalam lamunan irama lagu tue yang aku sendiri tak faham bait2 lirik katanya...yang pasti, malam itu adalah antara momen yang akan aku ingati kerna keindahan pemandangannya sehingga menyentuh kalbu sanubari aku...sebabnya..masih misteri....


KLCC

Sepanjang di Kuala Lumpur tue, guru ku asyik membongkar kembali ingatan masa lalunya di Kuala Lumpur sewaktu mudanya itu...Pelbagai ceerita disuarakan...Ceritanya berkisar Kuala Lumpur era 80-an. Tentang panggung wayang yang sering dikunjungi, tentang bas mini yang dinaiki, tentang warung nasi ayam yang disukai dan pelbagai lagilah yang mana serba-serbinya adalah warna-warna hidup di kotaraya Kuala Lumpur tue...

Di Muzium pula, aku perhatikan guruku ini popular sekali...Semua orang kenal dia...dari yang pangkat bawah sampai yang pangkat atas...itu bukanlah suatu yang asing...sebab guruku itu punya sifat yang mudah disenangi khalayak umum ; peramah dan tidak meninggi diri...masa mesyuarat pemilihan baru pun aku lihat guruku tue popular...semua jawatan nama beliau dicalonkan kecuali jawatan Yang Di Pertua dengan Naib Yang Di Pertua sahaja, nama beliau tidak dicalonkan...Itu pun disebabkan rasa hormat ahli terhadap Yang Di Pertua dan naibnya yang memang sudah lama dalam dunia arkeologi...Maka dengan itu, untuk jawatan Yang Di Pertua dan Naibnya, tiada sebarang pencalonan baru dicalonkan, jadi jawatan itu kekal milik Prof Nik Hassan dan Prof Othman Yatim...Akhirnya, Dalam pemilihan tersebut, guru aku menyandang jawatan Bendahari...

Habis mesyuarat, aku ke KL Sentral.  Aku hubungi Ikan. Sebab nak tahu tren apakah aku perlu naiki untuk ke terminal TBS. Sejurus ikan angkat panggilan aku, ikan cakap "peh dah lama betul aku tak dengar suara kau kel"...Memang patut pun Ikan cakap macam tue sebabnya kali terakhir aku dengar suara dia masa tumpang dia balik raya haji dari KL. Sebelum aku call ikan, aku call addin...mana tahu dia nak balik kampung...kalau dia balik kampung,boleh aku tumpang dia...masa call dia, aku tanya perihal pasal Kenshi...nie lagi satu berita baru aku dapat tahu, rupa-rupanya Kenshi dah kena tukar kat Sabah...Peh, masa memang kejam...rasa macam kejap, rupanya dah lama...akhir zaman...setahun rasa macam sebulan, sebulam rasa macam sehari...aku sampai kampung aku malam...sekitar jam 8.00 malam...pastu ibu, ayah ngn adik aku jemput aku n gi makan sama2...


Esoknya, aku pergi pasar lambak Senggarang...aku beli jersi Johor...pastu aku teringat plk pasal game Johor lwn Terengganu kat staidum Larkin...aku pun call Azhar...rupa2nya Azhar memang nak gi ke sana bersama Kamisan menerusi rombongan penyokong Johor Batu Pahat...Aku apa lagi, dengan masa terhad dan tergesa2 aku suruh Azhar booking kan tempat duduk bas untuk aku dan aadik aku yang namanya usop tue...

Sebelum ke Stadium Larkin, aku gunting rambut aku dulu kat salon kat pekan kampung aku...auntie yang potong rambut aku tue peramah orangnya...aku sembang2 lah dengan dia...pasal Senngarang terutamanya...memang banyak yang dah berubah...dulu bangunan kayu...tapi sekarang dah banyak bangunan kat pekan aku nie yang naik bangunan batu...7e pun ada lah wey...

Rombongan bas penyokong nie dari Batu Pahat ada 3 buah bas...aku bayar RM50 untuk bas dan tiket bagi2 orang...sampai Larkin sekitar jam 6.30...sampai jer sana, peh ramai betul rakyat Johor ke staidum...gerai jualan pun banyak gamaknya...senang cerita STadium Larkin dah berwajah baru...dan dicat baru dengan tema warna merah biru...warna Johor...

 Stadium Larkin







Fan-fan Johor


Saat menantikan sepak mula


Azhar a.k.a radhi OAG, member sri medan, gua, ucop


Member sri medan, gua, kamisan, azhar


Dah lama rasanya tak nyanyi lagu Johor...sebelum tengok sepak mula bermula, rakyat Johor di stadium nyanyi lagu tue bersama lagu Negaraku...stadium penuh gila...era kebangkitan Johor mungkin...

Malam tue Johor menang 3-2 keatas Terenganu..jaringan import sensasi Johor, Guiza dan sebiji oleh Nuurl Azwan Roya...usai game aku pulang...sampai Batu Pahat sekitar jam 3...aku ngn adik aku tumpang tidur kat umah Azhar...

Esoknya, lepas makan nasi beryani ngn asam pedas kat tepi SUngai Batu Pahat, aku pun pulang ke rumah...sampai rumah jer bapak aku sibuk dok cari buluh...katanya nak pasang bendera PAS kat sepanjang kampung.  Nak pilihanraya lah katakan...bapak aku dari zaman muda sampai lah ke tua...pegangan Politik terhadap PAS tak pernah berubah...malah makin menjadi2 plk lepas pencen...

Aku balik penang malam selasa...sebabnya tiket habis...masa pagi Isnin kat kampung, guru aku hantar mesej, suruh buat kertas kerja...urgent katanya...dalam hatiku berkata, "belum pun sampai Penang lagi, dah ada kerja nak buat"...sabar je lah...



Tiada ulasan: