Jumaat baru ini aku hadir pada satu seminar yang dianjurkan oleh pihak Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.Tokoh yang membentangnya adalah bukan lagi tokoh asing dalam bidang sejarah iaitu Leonard Y Andaya. Aku hadir bersama Ratna. Tajuk pembentangannya adalah berkisar tentang Melayu di Makassar dan Bima...Menarik...sebab pembentangannya disampaikan dalam gaya mudah dan senang difahami...Daripada pembentangan ada beberapa hal yang menarik aku ketemui... Salah satunya seperti hal isu teks SulalatuS salatin...Persoalan ini ditimbulkan oleh Dr. K. Anbalakan. Kalau kita baca Sulalatus Salatin, akan kita pertemukan dalam karya itu yang mana mengatakan bahawa salah satu rujukan penulisan hikayat agung ini adalah bersandar pada teks yang dibawa dari Goa...Masalah tercetus di sini dimana sarjana masih belum dapat kepastian tentang dimanakah tempat lokasi Goa yang sebenarnya...Ada yang mengatakan bahawa "Goa" itu letaknya di India...Bahkan ada juga sarjana yang mengatakan Goa yang dimaksudkan dalam karya Sulaltus Salatin itu adalah bertempat di Gua Musang...Nak tahu lebih lanjut, boleh baca teks
Sulaltus Salatin susunan Prof Madya Abdul Rahman Haji Ismail...Banyak persoalan yang ditimbulkan dalam karya susunan Prof Rahman....Berbalik berkenaan isu Goa tadi...Dr K Anbalakan mencetuskan persoalan bahawa adakah mungkin teks Sulalatus Salatin tersebut, teks rujukan nya dibawa dari kerajaan Goa yang terletak di Sulawesi...kerna mengikut pembentangan Andaya, selepas kejatuhan Melaka, terdapat kelompok Melayu yang berkelana dan menghuni kawasan di Makasar dan Bima...Sedangkan penulisan Sulalatus Salatin ditulis oleh kononnya oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada era Johor...Dalam pembentangan Andaya juga, turut dibincangkan tentang hubungan Melayu dengan orang Makasar dan bagaimana kedudukan sosial Melayu di ruang lingkup dalam masyarakat Makasar...apapun, sesi pembentangan yang meski pun dalam jangka masa yang pendek tapi punya daya tarikan yang menghiburkan...
p/s...peh selama aku kat arkeologi ini...dah 2 kali Andaya datang USM...tapi aku masih tak siap2 lagi kajian aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan