Pada 27 April, aku merentasi suatu laluan perjalanan yang agak panjang. Lumut destinasinya. Atau lebih tepat Stadium Lumut. Sebabnya mahu menonton Harimau Selatan menentang tuan rumah Seladang. Jarak Ipoh ke Lumut serius agak jauh. Maka memang munasabah jika para penyokong Yobs meminta agar venue stadium dikembalikan semula ke Ipoh seberapa cepat yang mungkin. Dari Ipoh ke Lumut, beberapa laluan perlu diterobos. Sepanjang perjalanan itu, kita akan menemui kawasan yang diberi nama Menglembu, Batu Gajah, Tronoh, Bandar Seri Iskandar, Bota, Ayer Tawar, dan Sitiawan sebelum menemui destinasi Lumut. Ok. Lumut letaknya memang betul2 hujung. Dari Ipoh jalan terus jer sampai hujung. Di hujung tuelah letaknya stadium Lumut. Dibalik stadium itu plk adalah laut yang menuju ke Pulau Pnagkor. Jadi dapatlah rasa bayu laut yang mendamaikan itu.
Aku gerak dari Ipoh sekitar jam 6 petang. Sampai ngam2 kui 8.30 malam. Aku tengok stadium agak penuh malam itu. Mungkin sebab JDT main kot. Yelah sebelum nie Perak dah kalah 2 kali dengan JDT iaitu masa pusingan pertama liga dengan masa kelayakan FA Cup. Jadinya, membuak-buaklah gengs Yobs nie datang ke Lumut meski jauh gamaknya bukan ke main. Selain nak tengok kekalahan JDT, mereka mungkin nak tengok sejauh mana kepoweran import baru mereka iaitu Paulo Rangel.
Aku sampai dah lewat. Tempat duduk semuannya penuh. Yang masih banyak kosong cuma di bahagian grandstand dan bahagian belakang pintu gol. Tempat duduk untuk bahagian grandstand mahal sikit iaitu RM 25. Jadi nak tak nak terpaksa duduk kat area belakang pintu gol. Stadium Lumut nie konsepnya terbuka. Tak ada jaring atau pagar yang menyempadani antara tempat duduk fans dengan padang. Bahkan jarak antara tempat menonton fans dengan padang pun x lah berapa jauh. Sebab itu, bila tuan rumah menjaring, dengan buasnya para fans yobs akan meluru ke padang untuk memeluk penjaring gol mereka.
Fans Johor DT pun tak kurang banyaknya. Bersebelahan kawasan grandstand ditempatkan suatu kandang untuk para fans Johor. Kawasan tue penuh dengan fans Johor yang dari awal sampai habis game2 tak henti2 bernyanyi dan bersorak dengan mengikut arahan tekong mereka. Peh, kuat betul stamina mereka. Johor menang ke, kalah ke, main ok, atau main macam sampah ker..mereka tetap terus bernyanyi dan bersorak dengan gaya mereka sendiri.Bagi fans Johor yang tak nak join benda2 memenatkan macam tue, makanya mereka tak dok area tue, tapi mereka memilih untuk duduk di bahagian belakang pintu gol. Di kawasan ini
juga, fans Johor ramai jugak.
Separuh masa pertama, aku agak tension sikit. Sebab dok kat area belakang pintu gol. Jadi penglihatan aku agak terbatas dan tak puas. Tapi apa yang dapat lihat, Johor main macam sampah. Mungkin sebab ada Syafik Rahim. Ditambah pula dengan Lionel Nunez yang gemuk tue. Sebab malam tue Nunez tak menjaring, maka kena makilah dia...hahaha...Separuh masa pertama Seladang dah menjaring menerusi jaringan Paulo Rangel. Sejurus jer Paulo Rangel menjaring, fans2 Yob nie apa lagi, terus rempuh board
iklan masuk nak peluk Rangel tue...geng2 guard tak leh buat apa...redha dan relaka jer hal tersebut berlaku...tapi kemudian tue, fans2 yob nie betulkan balik posisi board tue...
Fans Yob @ Perak
Masa rehat, aku tengok area tengah ada yang kosong sebab diorg ada yang ke tandas dan ada yang dok beli air. Maka aku amik kesempatan itu untuk beralih ke sana... Ah puas...sebab dapat lihat dengan lebih jelas, terang dan dekat...Aku mengharap JDT leh come back seperti selalunya...Tapi hal tue tak terjadi....Bahkan Perak dapat 2 gol tambahan masa separuh masa kedua dan kemudiannya menewaskan JDT dengan 3-0. Masa gol ketiga UMAT PERAK bukan kemain suka macam kena histeria pun ada...Semua dok masuk area padang...nak peluk Paulo Rangel...Rangel plk bila tengok macam tue, dia pun apa lagi, lepas bukak jersi, dia pun merelakan lah dirinya di peluk2 oleh para fans nya itu...cameraman pun jadi mangsa gak...bebudak nie dok cium2 lens kamera tue, mungkin dalam hati diorg berharapan yang mak bapak diorg dapat tengok muka diorg dalam tv kot...
Habis game, fans2 Perak pun berpesta...menarik nafas lega dan lebih penting nafas puas...Bila diorg tengok fans JDT bakar suar, diorg pun berlari menuju ke kawasan fans JDT. Lepas tue bermulalah acara battle lagu fans masing2....Perak dengan nyanyian "Ipoh Mali Talak Sombong" manakala fans Johor DT plk dengan lagu 'Luaskan Kuasamu"....Kelakar plk aku tengok battle tue...dan nie kali pertama aku tengok fans2 battle nyanyi lagu fans2 masing2 secara berhadapan....
Dari segi kekonsistenan sorakan dan nyanyian fans, aku lihat fans Johor DT lagi konsisten...Kemudian tue, fans Johor Dt agak berdisplin dan teratur gaya sorakan dia. Manakala aku tengok fans Perak pula, mereka tak konsisten bersorak sepanjang perlawanan dan agak kurang displin mereka...Itu cuma pemerhatian aku tanpa sebarang bias...
Aku duduk bersebelahan dengan geng ultra Perak...aku suka lirik nyanyian diorang...sebabnya kebanyakan lagu sorakan diorg adalah diadaptasi daripada lagu2 rakyat...Misalnya lagu "Datuk Harimau", "Enjit-enjit semut". Selain itu ada lagu lain yang aku dengar gaya nyanyian macam lagu A.C.A.B iaitu lagu "We are the Yobs"...Namun lagu yang popular adalah lagu "Ipoh mali, talak sombong". Bahkan ada satu lagu joget lambak yang diubahsuai seni katanya yang mana bila ia dinyanyikan, semua fans2 yobs akan berjoget macam joget lambak....
Di sebelah kiri aku, ada sepasang suami isteri tua yang menonton juga..aku bersembang dengan mak cik tua tue...rupa-rupanya anak dia main dalam game tue...player muda...berrsungguh2 betul pak cik dan mak cik nie sokong anak dia...
Apapun, malam tue fans Yobs pasti gembira dengan puasnya...bagi fans JDT yang datang jauh2 tue...sabar je lah...dah x ada rezeki Johor malam tue....
Bersama Fans2 JDT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan