Jumaat, 23 November 2012

Palestin : Kami Bersama Kalian


Nahmadu wanasallu naallilkarim...amabahdu...Palestin diitiraf sebagai salah satu bumi suci umat Islam.  Kesuciannya disebabkan disitu terdapatnya salah satu daripada 3 rumah ibadat yang terbesar dalam kehidupan Umat Islam iaitu Masjid al-Aqsa..Ataas sebab itulah, bumi Palestin bukanlah melibatkan soal isu kebangsaan atau kedaulatan bangsa Palestin tetapi ia merupakan suatu isu umat Islam sejagat....soal bangsa adalah suatu hal lain dan ia merupakan suatu isu yang tidaklah dipandang begitu tinggi...kerna isu agama sejagat adalah suatu isu yang jauh lebih penting kerana Islam adalah suatu agama yang bersifat syumul yang mana ia tidak memadang bangsa, pangkat atau darjat...sesiapa sahaja bisa menganut Islam dan ketinggiannya adalah sejauh mana ia dapat mengamal dan menjadikan Islam sebagai teras hidupnya....


Isu Palestin-Israel suatu isu yang sudah cukup lama diperdebatkan...dikomentarkan...bahkan ia dilihat suatu isu yang tiada punya jalan sudah dan solusi...Bahkan bila dibentang isu ini, dilihat peperangan merupakan suatu isu yang cukup sinonim dengan Palestin-Isarel....Kemuncak kependudukan Israel dibumi Palestin berlangsung sekitar 1948 apabila PBB turut menyokong kependudukan Israel.  Hal ini turut mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat...semenjak dari itu, Israel bermaharajelela di tanah haram yang bukan milik mereka...


Bumi Gaza kini sebenarnya pernah ditawan dan ditakluki oleh Israel semenjak skeitar tahun 1963 hinggalah tahun 1993 apabila tercetusnya Perjanjian Oslo antara Palestin dan Israel....Semenjak berlangsungnya perjanjian itu, Fatah yang dikepalai Yassir Arafat memegang tampuk pemerintahan Palestin....Namun begitu, Yassir Arafat tidak lebih dilihat umpama boneka kepada Israel yang mana dasar-dasarnya dilihat merupakan suatu arahan telunjuk dsaripada Israel....Selagi mana dasar itu disukai Israel, maka dasar itu dapat dilangsungkan...

Keadaan kemudiannya berubah apabila Hamas muncul dalam arena politik Palestin...sebenarnya Hamas sudah wujud semenjak 1987, namun pada saat itu, Hamas yang mana dibawah pimpinan AS-Syahid Syeikh Yassin lebih bergerak sebagai sebuah gerakan perjuangan yang bersifat underground.  Bilama mana Hamas menyertai pilihanraya tahun 2006 dan kemudiannya menang besar, dimensi baru bermula bagi Palestin...Israel sememangnya pening kepala dengan keadaan ini...sebabnya sangat jelas...dasar Hamas adalah mahukan setiap inci tanah yang dirampas oleh Isrrael perlu dipulang kembali kepada Palestin...bahkan Hamas adalah sebuah parti gerakan yang islamik yang mendukung Islam tidak sepertimana Fatah yang dilihat liberal bahkan Fatah juga turut mengiktiraf kewujudan Israel!...

Keislamikan Hamas salah satunya dapat dilihat menerusi pengurusan angkatan tenteranya yang dikenali sebagai "Bridged AL-Qassam"...Bagi yang mahu menyertai bridged tentera ini, remaja lelaki perlu solat subuh secara berjemaah tanpa ketinggallan secara 6 bulan berturut-turut selain perlu menghafal hadis 40 karya Imam Nawawi sebagai salah satu syarat dalam penyertaan bridged ini...Bayangkan kalian...orang macam aku terang2 kena tolak tepi...orang-orang seperti mereka mempercayai bahawa kekuatan Islam bukan disebabkan bilangan tetapi disebabkan hubungan seseorang itu dengan Tuhannya...bersandar kepada sifat rendah dirinya bukan bersandar pada keangkuhannya!!!...



*Bridged Al-Qassam sedang bersolat berjemaah.

Populasi Israel hanya sekitar 5 juta kini...namun mengapa tiada siapa yang dapat mengalahkan mereka...sedangkan negara-negara Islam yang bersempadanan dengan Palestin yakni Mesir, Lubnan, Syria dan Jordan yang bila dikumpulkan populasinya adalah menjangkaui sekitar 300 juta...takkan 300 juta x boleh lawan 5 juta ini...namun begitu, ada sikit sinar misalnya Mesir kini sudah pun dipimpin oleh parti yang islamik dibawah pimpinan dr mushid setelah rakyat mesir sendiri menggulingkan HusniMubarak...Diharapkan Syria yang kini bergolak dapat memperoleh pemimpin yang berjiwa islamik di penghujung pergolakan meereka kelak....


Aku baca satu keratan akhbar berkenaan isu ini...Salah satu keratan akhbar itu berkait dengan pendirian Iran yang mana secara konsisten memberikan bantuan dari segi bekalan senjata kepada Palestin bahkan Iran sendiri menyeru dunia arab bersatu dan mengambil tindakan yang jelas dan tidak hanya duduk di meja dan bangku mesyuarat sahaja...sampai bila nak bermesyuarat...yang kita mahukan adalah tindakan...bukannya dok menyalak dalam dewan yang berhawa dingin...sedangkan pada masa yang sama anak-anak palestin sedang dihujani hujang peluru...


* Kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa...


Bagi kita yang di Malaysia yang duduk letaknya sekitar 8000 km dari bumi Palestin tue, cubalah buat yang termampu...kita mungkin tak mampu nak angkat senjata sebab seperti syarat yang dinyatakan di atas tadi, mungkin sangat kurang yang layak...perjuangan ini tak cukup hanya dengan semangat...semangat boleh hilang...yang diperlukan adalah istiqqamah...kerna itu diletakkan syarat seperti itu...jadi apa yang boleh kita buat...mudah sahaja...kurang atau lebih baiklah tak yah konsumer barangan yang berkait dengan Israel...tengok macam remeh...tapi dari hasil keuntungan produk diorg tulah yang membangunkan kekuatan tentera mereka untuk membedil kanak-kanak, wanita, orang tua dan oranga awam di pALESTIN....McD dan Coke penyumbang terbesar dalam isu ini...bukan susah pun dan tak mati lah kalau tak makan McD.  ada banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan...burger tepi jalan pun ok gak... kEMUDIAN, sumbangkan wang untuk survival kehdiupan mereka di sana...dan akhirnya doa lah untuk mereka....




p/s Alhamdullilah...tadi malam dapat sertai solat isyak dan solat hajat berjemaah di atas padang stadium usm...input2 yang dinyatakan di atas ini juga adalah turut dipetik dariapda ucapan ceramah penggerak NGO AMAN PALESTIN MALAYSIA...Al-Fatihah buat syahid-syahid Palestin dan semoga kemenangan di pihak Islam bakal dikecapi kelak....

Tiada ulasan: