Ahad, 16 September 2012

Hari Cuti Yang Produktif



Alhamdullilah...hari ini hari yang agak produktif dalam hidup aku...Sebabnya..aku tak bangun lewat sampai mentari tegak di atas kepala...Pada waktu selesai subuh, asalnya aku bercadang nak bersarapan di sebuah warung yang terdapat di batu uban..Tapi kemudiannya aku menukar fikiran..Aku ambil keputusan untuk jogging...Aku jogging di sepanjang pesisir pantai di kawasan SUngai Pinang...Sebuah kawasan riadah baru di pesisir pantai yang mana dikelilinggi perumahan baru sama ada perumahan yang bertingkat yakni berbentuk kediaman apartment mahupun perumahan berbentuk atas tanah...Kawasan ini merupakan kawasan baru..DIkenali sebagai Bandar Baru Sri Pinang..Terdapat restoran fast food jenama Burger King di sini...

Aku berjogging di sepanjang laluan yang disediakan...Melihat dan memerhati dua sudut ciptaan yang berbeza dimana d sebelah kanan aku adalah ciptaan Tuhan Allah dalam bentuk lautan, matahari, kabus, dan kawanan burung yang saling kejar-mengejar merentasi laut yang mana kadang kalanya, mereka menyelubuskan diri mereka ke atas permukaan laut dan kemudiannya naik semula ke awangan...Sungguh gembira sekali kawanan burung tersebut...

Manakala di sisi kiri aku pula ciptaan manusia yang mana memaparkan keangkuhannya sehingga tanpa segan silunya cuba memamah ciptaan Tuhan hingga akhirnya merosakkan keaslian dan ekosistem yang telah diatur Tuhan...Pada manusia ini, tiada apa yang perlu dipedulikan asalkan duit memenuhi kantung perut mereka...Bukan kah hidup hanya sekali???Anak-cucu tiada lah perlu kita fikirkan...Mungkin itulah yang tersemat di kepala otak manusia semcam itu...


Usai berjongging, barulah kemudiannya aku berkeputusan untuk sarapan...Tapi bukan di batu uban..aku mengubah rencana aku..Aku bersarapan di Taman Tun Sardon...Menunya adalah murtabak daging yang padat sungguh inti dagingnya disulam bersama 2 ketul epok-epok ubi kentang dengan minuman teh o suam...Harga teh o suam disini masih lagi menterujakan yakni hanya 60 sen sahaja...


Aku pulang ke bilik...hujan mulai turun..turun dengan lebat...


Usai solat zuhur...aku kemas bilik aku...menyusun atur kembali perkakas di bilik aku...memasukkan baju2 pakai aku selama 2 minggu ke dalam mesin...dan aku membiarkan mesin itu memainkan peranannya....

Ah...terima kasih Allah...kerana hari ini memberikan suatu hari cuti yang indah buat aku...

Petang nie nak main bola plk....

.......
.........

Tiada ulasan: