Sabtu, 20 Ogos 2011
Bukak Posa
Alhamdullilah...Selama gua kat Lenggong nie, adalah dalam dua kali disemawa (dipelawa) untuk menikmati juadah berbuka puasa. Yang pertama kali, gua makan bukak posa kat umah Abang Zaki...Banyak betul menu dia...Menn hoon sup, ikan pekasam, keli goreng, lemak labu, ayam rendang, sambal tempoyak dan udang masak pedas....Memang seap gila...Tadi pula, Cik Rusli jemput aku gi kenduri tahlih arwah mak dia kat masjid kampung dia (Kampung Geluk)...Gua ingat, lepas tahlil dan azan mangrib, boleh lah gua sambar nasi dengan lauk kerabu pucuk paku-perut kerbau, kacang pedas, gulai lemak terung dengan ayam goreng...Gua dah pun siap2 ceduk nasi kat pinggan...Semua orang dok tengok pelik kat aku...Pak cik yang dok sebelah aku tu nak cakap something kat aku...Tapi aku tak faham, sebab dia bisu...Rupa-rupanya, kena makan kurma ngn kuih jer dulu...Pas solat mahgrib, bru makan nasi....Haahhahah...Cik Rusli pun tak tegur aku...Dia dok buat diam...Memang saja nak pekena aku...Pas pak cik meja sebelah sound aku...Baru aku sedar...Dan Cik Rusli dengan gembiranya ketawakaaku...Hahahaha...Hampehnya Cik Rusli...Dok pekena kan aku yer...
Sabtu, 13 Ogos 2011
Lagu Tema Aku dan Si Dia
Alhamdullilah kerna pagi ini gua dapat bersahur. Tak seperti sebelum2 nie yang mana gua dan kawan-kawan gua asyik terlajak untuk bersahur. Terima kasih jugak gua ucapkan kepada si dia yang seringkali mengejutkan gua untuk bangun sahur...Thankz ya mama....
Sepanjang gua mengenali dan menjalani perhubungan dengan si dia, terdapat beberapa buah lagu yang merupakan tema dalam perhubungan kami yang mana tema lagu tersebut adalah berdasarkan kepada suasana dan kondisi perasaan dalam perhubungan kami sama ada indah, curiga,rindu, prasangka, benci, kasih, menyampah, sayang, putus harapan, bengang, hiba, suka, cinta, cemburu dan bermacam lagi lah.
Ini antara nama lagu bersama tukang nyanyinya.....
1. Warkah oleh Bau
2. When You're Gone oleh Avril Lavigne
3. Dear God oleh Avenged Sevenfold
4. 150 Juta Kali oleh Fynn Jamal
5. Selepas Kau Pergi oleh Laluna
6. Kepadamu Kekasih oleh M. Nasir
7. Srikandi Cintaku oleh Bloodshed
8. Somebody Told Me oleh The Killers
9. Malam oleh Plague of Happiness
10. Polaroid oleh Oh Chentaku
11. Cinta Pantai Merdeka oleh Jinbara
12. Sentuhan Listrikmu oleh M. Nasir
13. Menghitung Hari oleh Krisdayanti
14. I'll Kill Her oleh Soko
15. I'm Yours oleh Jason Mraz
dan yang terkini adalah Aishiteru oleh Zivillia....
p/s Ayat-ayat Quran dan kata-kata ibu gua jugak merupakan penyelamat dan pemulih semangat dalam hidup gua agar gua tak jadi gila.....

Khamis, 11 Ogos 2011
Suku Air Banjir
* Temubual bersama Tatak Hassan
Hari ini gua tak pergi bertapa dalam gua. Tapi gua pergi berguru ke kawasan bukit. Pergi berguru dengan "Tatak Hassan" (Pak Cik Hassan). Sebenarnya gua kena temankan seorang pelajar PhD dari Universiti Australia yang sedang buat kajian tentang gua-gua yang terdapat di daerah Lenggong ni. Budak itu nak tahu tentang hubungkait gua dengan masyarakat Orang Asal dari suku kaum Lanoh yang terdapat di Lenggong nie. Berdasaran temubual yang dijalankan, dari segi sejarahnya, masyarakat Orang Lanoh ini pada sekitar era sebelum merdeka dahulu tinggal secara pindah rendah terutamanya di kawasan tempat yang bernama "sumpitan". Gua juga merupakan salah satu kawasan yang dijadikan tempat penginapan dan persinggahan mereka. Namun begitu, gua ini bukanlah tempat penempatan kekal atau tetap mereka. Ia lebih berfungsi sebagai tempat berteduh untuk sementara waktu bagi setiap kali mereka keluar dari penempatan utama mereka atas tujuan tertentu. Lazimnya, masyarakat ini yang mana turut dikenali dengan panggilan orang Semang oleh ahli etnografi barat, menjadikan gua sebagai tempat berteduh apabila mereka keluar memburu dan mencari hasil hutan. Masyarakat ini akan berteduh sekitar 7-14 hari bagi setiap kali menjalankan aktiviti ini. Bahkan menurut cerita mereka, terdapat juga dalam kalangan mereka yang lahir di dalam gua tersebut. Antara gua-gua persinggahan mereka adalah seperti Gua Badak, Gua Kajang, Gua Harimau dan Gua Teluk Kelawar. Sewaktu berteduh di gua-gua inilah, mereka melukis sesuatu yang dianggap unik dan menarik di dinding gua-gua dengan menggunakan arang. Namun kini, perbuatan berteduh di gua sudah tidak dijalankan lebih-lebih lagi setelah pihak kerajaan menempatkan masyarakat ini di kawasan penempatan semula di kawasan yang diberi nama Kampung Air Bah. Aktiviti pemburuan (bedil aii) juga turut jarang dilakukan. Budaya sara hidup yang dilihat masih berjalan sehingga kini adalah aktiviti penanaman padi bukit dan mencari hasil hutan untuk tujuan pemakanan dan dijual kepada pihak orang tengah.
* Binaan ini dikenali sebagai "balai sewang". Balai ini berfungsi sebagai pusat perhimpunan untuk majlis tertentu terutamanya untuk aktiviti tarian sewang yakni sejenis tarian masyarakat Negrito yang mana tarian ini mempunyai jenis-jenisnya tertentu seperti sewang perubatan, sewang kematian dan sewang keramaian. Balai sewang ini diperbuat daripada kayu hutan sebagai asas binaannya iaitu sebagai tiang dan alang rumah. Manakala lantainya pula diperbuat daripada buluh-buluh yang mempunyai ruas yang panjang seperti buluh teming dan buluh suwoor yang dibelah-belah. Dindingnya pula daripada batang pokok bertam yang dianyam dengan mengenakan sesuatu corak tertentu yang mana corak tersebut dikenali sebagai "kelarai". Terdapat beberapa jenis kelarai. Yang paling popular adalah kelarai yang berbentuk "diamond". Namun begitu, anyaman kelarai ini bukanlah merupakan budaya asal masyarakat orang Lanoh secara khususnya dan Negrito umumnya. Hal ini kerana, seni bina dan kemahiran seni masyarakat Negrito biasanya tidak mempunyai corak dan lebih bersifat "plain" sahaja. Kewujduan corak ini dalam seni bina dan kemahiran seni mereka adalah kesan pertembungan dan hubungan mereka dengan masyarakat hutan dari kelompok masyarakat Senoi terutamanya masyarakat suku kaum Temiar yang memang sudah maklum terkenal dengan sifat seni halusnya itu. Atapnya pula lazimnya diperbuat daripada daun-daun pokok yang panjang-panjang saiznya misalnya seperti daun cacoh (alik cacoh), daun melanjang (alik hareng), daun bertam (alik layes), daun langkap (alik langkap) dan daun korr (alik korr). Atap ini lebih dikenali dengan nama "atap cacoh".
Rabu, 10 Ogos 2011
Cerita Tentang Lenggong, Perak
* Rumah Limas, Rumah Pusaka di Kampung Gelok, Lenggong.
Tadi siang sekitar jam 3 petang, gua dengan member sekerja gua gi solat Zuhur di Masjid Lama Kampung Gelok, Lenggong. Kenapa gua pilih masjid ini untuk tunaikan kewajipan solat?. Sebabnya masjid ini gua ada rasa lain sikit. Roh masjidnya aku rasa dia sentiasa hidup. Dan yang menghidupkannya sudah tentulah para jemaahnya. Masa gua datang singgah, gua tengok ada dua orang pak cik tua dok sibuk menggaji Quran. Meskipun binaan masjidnya tidaklah segah mana, tetapi amalan yang tercetus dalam ruang masjid tersebut membuatkan gua rasa nyaman dan tenang sekali. Lebih-lebih lagi dalam keadaan bulan puasa ini. Masa gua dok solat, mata gua ternampak lah seekor burung tekukur yang sedang dok bertenggek atas wayar elektrik dalam masjid tersebut. Gua jadi tak khusyuk tengok perlakuan burung tersebut. Burung itu selamba jer dok bertenggek atas wayar tue sambil siap main hayun2 kan badan kat wayar tue. Macam main buaian lah plk. Selain itu, masjid tue memang tak rasa panas pun ditambah pula dengan air kolah nya yang sejuk dan nyaman. Maklumlah air dari bukit. Lepas solat, gua ambil kesempatan nak rehat dan sambil baring (sebenarnya nak tuang kerja). Dalam gua tengah dok baring2 tue, pak cik yang menggaji Quran tue sapa gua ngn member gua. Dia tanya lah asal-usul kami semua. Kemudiannya aku tanya tentang sejarah komunis kat kampung ni suatu ketika dahulu. Pak cik tu pun jawablah : "Komunis dengan orang kampung tak ada masalah pun. Kami tak pernah bersengketa pun. Diorang tak ada pun cari pasal dengan kami. Malah, kami jugalah yang bagi diorang makan sebab kesian tengok diorang kurus-kurus. Jadi Pak Cik tak faham sebab apa orang kata komunis kejam dan ganas."
Selain itu gua tanya pulak pasal bendang padi kat Lenggong nie. Pak cik itu pun jawab: " Sekarang nie Lenggong dah tak ada sawah dah. Dulu kat Kampung Gelok nie banyak sawah. Kira sawah nie macam pendapatan tambahan lah selain menoreh getah. Sekarang nie dah tak ada dah."
Bendang sawah kat sini lebih kurang macam dalam cerita novel Ranjau Sepanjang Jalan itulah. Sebab bendang diorang bukan guna tanah pamah tapi guna tanah bukit dan berdekatan dengan bukit. Macam kat Sik, Kedah lah. Bukan macam kat Pendang. Jadi dalau nak faham tentang pandang darat penanaman bendang sawah kat sini, boleh lah baca novel Ranjau Sepanjang Jalan itu.
Lagi satu yang buat gua suka kat Lenggong ni ialah pemandangan persekitarannya tenang sekali. Di kelilingi bukit-bukit. Jauh daripada pemodenan. Bahkan agak jaranglah nak jumpa anak-anak dara yang pakai hot n seksi kat sini. Nak jumpa anak dara berkeliaran pun susah gak. Kira kawasan Lenggong nie masih lagi terpeliharalah dan tak tercemar lagi. Tak lah macam kampung gua. Kampung gua pun gua rasa macam tak syok jer dan tak rasa dah macam suasana kampung. Bahkan agak sukar nak jumpa rumas limas, rumah pusaka kat kawasan kampung gua tue. Kat Lenggong ni, masih lagi boleh tengok rumah limas, rumah pusaka. Jenis rumah bentuk lama yang mana tiang-tiang rumahnya tinggi-tinggi selain bahan binaannya terdiri daripada kayu beserta bentuk atap yang unik dan penuh ukiran.
Setakat ini jelah yang gua boleh kongsi tentang kehidupan dan corak budaya masyarakat kat Lenggong nie. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah datang lepak2 kat sini sambil belajar tentang sejarah kawasan di sini yang mana usianya agak lama sekali iaitu sekitar 1.83 juta tahun dahulu berdasarkan penemuaan kapak genggam yang terlekat pada tahi bintang yang telah dijumpai di Bukit Bunuh.
Isnin, 8 Ogos 2011
Ranjau Sepanjang Jalan
Masa gua dok lepak makan angin kat Lenggong nie, gua sempat lah jugak habiskan membaca sebuah novel yang dikarang oleh sasterawan negara Shanon Ahmad. Judulnya "Ranjau Sepanjang Jalan". Awal penceritaan dimulakan dengan frasa ayat "mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan Allah Azzawajalla". Ya, suatu frasa ayat yang menurut gua sangat unik dan bermakna meskipun kalau dibaca sekali lalu ianya tidaklah lebih daripada sekeping ayat yang bukanlah sukar sangat untuk difahami. Namun pada gua, ayat ini sememangnya memberikan suatu kesan yang mendalam kepada hati gua lebih-lebih lagi apabila gua secara tetiba sahaja dalam keadaan spontan bertafakur tentang sejauhmana hubungan gua dengan Tuhan Allah gua.
* Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shanon Ahmad
Berbalik kepada "Ranjau Sepanjang Jalan". Kisahnya berkisarkan kepada perit jerih, penat lelah kehidupan sebuah keluarga pesawah yang mengambil Kampung Banggul Derdap sebagai latar tempatnya. Keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri bernama Lahuma dan Jeha yang terpaksa berjuang demi survival kehidupan mereka dan anak beranak mereka yang tujuh orang semuanya. Dengan menggunakan kudrat manusia tanpa bantuan sebarang mesin traktor canggih, Lahuma sekeluarga mengerjakan tanah yang luasnya 14 relung itu untuk ditanam padi. Dari menebas hutan menerung dan rumput landak sehinggalah padi menjadi beras dan kemudiannya nasi yang akhirnya bertukar tidaklah lebih hanya dipandang sebagai najis, semua perbuatan itu dilakukan Lahuma sekeluarga sejak dari dahulu lagi. Memang begitulah ragamnya hidup bangsa pesawah. Sudah menjadi pekerjaan tradisi turun-temurun. Belum pun sempat, hutan menerung habis ditebas, si isteri, Jeha sudah pun tertimpa malapetaka terkena geruh ular tedung. Kemudian, apabila semangaat si Jeha kembali pulih, si suami, Lahuma pula tercucuk onak nibung yang kemudiannya membawa kepada suatu penyeksaan yang begitu menyakitkan kepada fizikalnya sehingga membawa kepada kematian.
Kematian Lahuma juga barangkali suatu bencana kepada keluarga itu. Hanya Lahuma sahaja lelaki dalam keluarga itu yang punya kudrat kuat untuk mengusahakan padi di tanah 14 relung itu. Lahuma sudah bertahun-tahun lamanya memongkah dunia sawah. Lahuma cukup mengerti mainan dunia sawah. Cukup faham jenis dugaannya. Banjir, kemarau, ketam, tikus, lintah gajah, ular tedung, burung tiak, hutan menerung dan rumput landak yang merupakan malapetaka yang sangat ditakuti tapi tiada pernah mengalah melawannya selagi mampu. Kini Lahuma sudah pergi, tinggallah Jeha menghadapi musim membuat petak, menanam padi dan musim-musim seterusnya bersama anak-anak betinanya itu. Ternyata Jeha belum cukup kuat mental dan moralnya untuk menghadapi segala macam dugaan dan ujian membuat sawah tanpa Lahuma. Sudahnya, Jeha hilang akal kerana tiada termampu menunaikan amanah peninggalan arwah suaminya. Mana taknya, bukan mudah melawan ketam yang beribu banyaknya, banjir yang membawa segala macam sampah dn balak yang memusnahkan batang-batang padi, bahkan kemudiannya serangan tiak yang datang dalam banyak gerombolan menelan padi-padi itu. Mujur Sanah dan beradiknya yang lain tidak hilang akal macam maknya. Sanah dan adik-adiknya itu - Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah itulah yang akhirnya menyambung perjuangan mak dan bapak mereka agar padi-padi di sawah itu dapat diangkut naik ke jelapang.
Meskipun padi tahun itu kurang hasilnya, namun keluarga malang itu tidak pula memaki-maki Allah Azzawajalla kerana menurunkan bala yang bertali arus kepada mereka. Bala dan segala macam yang berlaku diterima dengan hati terbuka bahkan segalanya itu dijadikan tekad dan semangat untuk terus menanam padi di masa depan sekiranya roh masih bersemadi di dalam jasad mereka.
Betullah kata guru gua,: "Orang yang buat padi merupakan bangsa yang rajin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi".
* Poster filem Ranjau Sepanjang Jalan arahan Jamil Sulong
"Ranjau Sepanjang Jalan" yang merupakan antara karya besar Prof. Emeritus Datok Haji Shanon Ahmad tahun 1966 juga merupakan novel yang pernah diadaptasi kepada bentuk filem yang diberi judul "Rice People" yang mana cerita tersebut telah diarahkan oleh pengarah filem dari Kemboja iaitu Rithy Panh pada tahun 1994. Filem "Rice People" ini juga telah memenangi anugerah "Best Foreign Language Film" di pentas Festival Filem Cannes 1994 yang mana turut merupakan anugerah pertama yang diterima industi filem Kemboja di peringkat antarabangsa. Bahkan, sebelum itu lagi iaitu tahun 1983, novel ini sebenarnya telah diadaptasi ke dalam filem dibawah arahan anak tempatan sendiri iaitu Dato Haji Jamil Sulong dengan menggunakan judul filem yang sama dengan judul novel asal. Filem ini juga turut membuahkan hasil apabila berjaya memenangi sejumlah penganugerahan dalam Festival Filem Malaysia ke-4 pada tahun 1983. Dalam FestivalMalaysia tersebut, filem Ranjau Sepanjang Jalan ini telah memenangi anugerah dalam ketagori Filem Terbaik, Lakonlayar Terbaik, Jurukamera Terbaik dan Pengarah Seni Terbaik.
* Poster filem "Rice People" arahan Rithy Panh
p/s : masa gua berbuka puasa makan nasi, serius gua macam nak nangis sebab asyik teringatkan kisah Lahuma, Jeha dan sawah padinya....

Ahad, 7 Ogos 2011
Ramadhan gua kali ini
Ramadhan Al-Mubarak sudah pun menjengah hari yang ke-7. Saat Ramadhan kali ini seperti juga Ramadhan setahun yang lalu dimana gua menikmatinya di tapak kerja lapangan. Bezanya, tahun lalu gua berada di Johor untuk bersembang-sembang dengan Orang Asal Negeri Johor yang terdiri daripada dua komuniti yang berbeza corak adaptasinya iaitu satunya di darat yang lebih dikenal sebagai "forest dwellers" dan yang satu lagi beradaptasi dengan persekitaran laut dengan dikenal sebagai "aquatic populations" atau juga "sea-peoples". Bagi masyarakat yang di darat, nama suku kaumnya dikenali sebagai "Orang Jakun" yang mana merupakan cucu-cicit kepada lagenda Badang yang terkenal itu dalam teks Sulalatus-Salatin. Manakala yang di laut itu pula, nama sukunya adalah 'Orang Duano' atau juga lebih dikenal sebagai "Orang Kuala" oleh masyarakat Melayu setempat. Bagi masyarakat Orang Kanaq pula, mereka ini dari segi sejarahnya merupakan komuniti yang beradaptasi dengan kelautan, namun setelah dibawa berhijrah ke Johor dari Pulau Sekanak oleh Sultan Ibrahim, atas sebab-sebab tertentu, masyarakat ini kemudiannya teradaptasi dengan kehidupan yang berorentasikan darat di mana lebih bergantung kepada kawasan hutan untuk survival kehidupan mereka sehingga dapat dilihat pada masa kini bahawa komuniti ini agak janggal dan kurang mahir dengan dunia kelautan.
Ok...cukup untuk cerita tentang Ramadhan tahun lepas. Sekarang tentang Ramadhan tahun ini plk. Diam tak diam, rupa-rupanya sudah setahun lebih gua terlibat dengan kerja-kerja mendalami dan menyelami lubuk hati masyarakat Orang Asal ini...Dari 18 pecahan suku kaum Orang Asal yang terdapat di Malaysia ini, menurut pemerhatian gua, hampir kesemuanya mempunyai sekeping hati yang mudah tersinggung dan tersentuh. Andai tersinggung, mereka ini akan merajuk serta seterusnya membawa diri jauh dari kawasan penempatan mereka dengan mulutnya bersumpah "Mati hidup balik pun, kami takkan jejak ke tanah itu lagi". Itulah antara ciri sosial yang dapat gua pelajari daripada komuniti ini yang mana lebih mementingkan "dignity" atau maruah diri.
*Geng-geng Etno gua
Tahun ni gua dah tak berdialog dengan Orang Asal tetapi gua bermonolog dengan lukisan Orang Asal yang pernah nenek moyang mereka sisipkan di dinding-dinding gua suatu ketika dahulu. Lokasi gua kali ini adalah di Lenggong yakni sebuah daerah kecil di negeri Perak yang sangat terkenal dengan jumpaan rangka masyarakat pra-sejarah yang lebih dikenali dengan nama 'Perak-Man' itu. Kerja gua adalah cuba untuk memahami makna dibalik motif lukisan tersebut. Dari apa yang gua tengok, kebanyakan lukisan mereka itu mempunyai maknanya yang tersendiri. Bukan hanya sekadar lukisan kosong. Sesuatu benda pelik yang mereka pandang dan perhati, akan mereka nukilkan di dinding-dinding gua dengan menggunakan arang. Misalnya seperti lukisan berupa kereta dan basikal. Objek-objek ini sememangnya merupakan suatu yang asing pada mereka pada era tahun 50-an dahulu. Mungkin kerana kepelikan objek itu dan rasa hairan mereka, maka objek-objek itu dilukis.
* Contoh lukisan
Tapi sayangnya, kebanyakan lukisan itu sudah pun dicemari dengan tangan-tangan kotor yang tak bertanggungjawab. Lukisan-lukisan itu kebanyakannya sudah hampir hilang terpadam kerana diconteng, ditoreh dan digores selain disebabkan aktiviti kuari batu marmar. Bahkan dinding-dinding gua itu kini pun sudah tercemar dan ternoda dengan pelbagai macam rupa tulisan dan lukisan yang langsung tiada seninya sehingga mencacatkan dan menghodohkan nilai dan ciri asal semulajadi gua tersebut. Jadi diharapkan kesedaran dapat dipupuk dan diserap di dalam setiap hati sanubari masyarakat kita agar dapat memelihara khazanah warisan negara kita.
"Saving the past for the future".

Langgan:
Catatan (Atom)