Ahad, 31 Oktober 2010

Paloh, Kluang, Johor Darul Takzim

Gua selalu tertanya-tanya siapakah si empunya nama NamRon ini. Gua teringin sangat nak kenal wajahnya meskipun gua tahu dia pun punya ciri sepunya dengan manusia yang lain. Tapi gua saja nak tengok bentuk muka dia. Macam mana ek bentuk muka dia?. Macam muka anak datuk Yusof Hashlam ker..Dan persoalan itu akhirnya gua dapat melalui cerita Paloh...Ternyata imaginasi gua terhadap bentuk muka ada sedikit berbeza dengan realitinya...Gua bayangkan dia bermuka sedikit bengis dengan gaya persis bentuk muka bangsa Cina sesuai dengan nada bunyi apabila orang menyebut namanya yang pada gua seolah-olah nama orang Cina Bukit yang dipandang lekeh seperti kebanyakan Orang Asli kerana semata-mata latar tempatnya itu. Tetapi apa yang gua tengok dalam Paloh, muka beliau sebenarnya persis Melayu tetapi Melayu dari kelompok protelariat. Nama NamRon ini gua dah dengar sejak gua dengar tentang hebahan pasal filem Gedebe yang tidak dapat pelepasan Finas untuk tayangan di pawagam. Lepas Gedebe, nama beliau muncul lagi dalam Filem Gadoh. Mujur gua dapat nonton cerita tersebut meskipun cerita itu menerima nasib yang sama dengan filem Gedebe yang jua tidak dapat ditayangkan secara terbuka di panggung.



# Bebudak SkinHead patutnya mengamuk sebab filem ini tak dapat ditayangkan di panggung. Konklusinya, ternyata penyokong bola sepak Kelantan lagi hooligan daripada bebudak Skinhead.

Dalam Paloh, NamrOn berlakon sebagai Ahmad persis nama bapak gua yang wataknya agak gemar bermain jolok-tarik batang dalam lubang keramat wanita Cina yang bernama Siew Lan lakonan Janet Khoo. Tapi adegan tu tak lah ditunjuk secara terbuka...Cumanya penonton sahaja yang membuat andaian. Sebabnya babak itu memperlihatkan objek ranjang...hotel murah...Jadi penonton buat satu kesimpulan mutlak : "Ahmad kuat beromen dengan perempuan Cina". Ada benda menarik dalam Paloh yang buat gua teruja. Ianya tentang soal watak Ariffin Nur yang digambarkan punya pengetauhan agama yang begitu dalam namun seringkali membela perjuangan komunis sehingga akhirnya menyertai komunis dalam hutan. Kenapa??. Kata orang awam komunis ni tak ada agama dan parti orang Cina tapi kenapa Ariffin Nur yang merupakan seorang berpendidikan dan pengamal agama Islam bisa terpengaruh dengan perjuangan Komunis. Hal ini samalah dengan Shamseah Fakeh dan Kamrulzaman Haji Teh yang punya latar pendidikan agama tapi ikut komunis menentang askar Melayu-Islam. Kalau ikut jawapan Shamseah Fakeh dalam memoirnya, beliau mengatakan bahawa itu satu-satunya jalan yang ada pada zaman itu bagi beliau meneruskan perjuangannya yang sebelum ini terkubur lantaran pelaksanaan Darurat. Untuk makluman lebih lanjut sila fahami temubual dengan ahli komunis Melayu-Islam dalam karya kecil berjudul 'Melayu-Islam-Komunis". Cerita ini bukanlah bersifat linear sepertimana filem2 biasa yang lain..Ianya memerlukan pemahaman yang mendalam kerana penceritaan berdasarkan peristiwa sebenar malah ianya tidaklah disampaikan secara literal tetapi menuntut penonton berfikir satu persatu setiap babak yang dipaparkan. Bahkan untuk memahami jalan penceritaannya, maka adalah lebih baik bagi penonton memahami episod sejarah negara ini dengan latar waktu sekitar tahun 1942 hinggalah 1948. Dengan cara ini, penonton mungkin dapat mengenal dan menyamakan watak-watak dalam filem tersebut dengan individu sebenar dalam peristiwa sebenar yang pernah berlansung dalam pentas sejarah. Namun dalam cerita ini, latar waktu yang lebih ditonjolkan adalah sekitar tahun 1945 iaitu pada era kehancuran Jepun di Tanah Melayu sehinggalah kuasa komunis mula bermaharajelala sebelum kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Meskipun begitu, cerita ini katanya kurang mendapat sambutan daripada penonton tempatan sama seperti nasib yang menimpa cerita Embun (2002) dan 1957:Hati Malaya (2007). Persoalannya, adakah karya sebegini tidak bermutu garapannya atau adakah generasi kini kian lenyap rasa cinta dan semangat nasionalisme serta patriotismenya terhadap bumi tercinta ini?.....

1 ulasan:

eswandyasre berkata...

Semasa pembentangan YSF 513,kes mise en scene dalam Paloh.aku ingat depa berlakon kat Kluang,rupanya tengok ngan ko baru tau kat Perak.hampeh btoi~