Jumaat, 29 Oktober 2010
Antologi Cerpen :" Hari Kemerdekaan"
(buku ini menggunakan foto Tugu Negara sebagai hiasan gambar kulit depan)
Himpunan cerpeh dalam karya berjudul "Hari Kemerdekaan" baru sahaja selesai gua khatamkan pembacaannya. Dalamnya terkandung 26 buah cerpen yang dinukilkan oleh 26 orang penulis tempatan yang mempunyai latar peribadi yang berbeda. Ianya merupakan himpunan cerpen yang ditulis antara dua periode iaitu yang mencakupi era pra-merdeka dan pasca-merdeka. Antara penulisnya adalah seperti Abdul Rahim Kajai, Shahnon Ahmad, Azizi Haji Abdullah dan lain-lain lagi yang mana mereka ini menulis dengan memaparkan latar suasana masyarakat yang sezaman dengan diri mereka masing-masing. Bagi yang tertanya-tanya tentang corak hidup masyarakat yang bukan sezaman dengan dirinya, maka himpunan cerpen yang terkandung dalam karya 'Hari Kemerdekaan" merupakan salah satu bahan bacaan yang wajar dibelek. Dari pembacaan gua, kesemua 26 enam cerpen ini terkandung nilai kasih-sayang. Namun cara dan pemahaman konsep dan nilai kasih sayang itu diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza iaitu sesuai dengan suasana dan masyarakat pada zaman-zamannya. Seperti yang gua jangka, kalau penulisnya menulis sekitar era pra merdeka, maka hasil tulisannya sudah sepastinyalah lebih berbentuk perjuangan nasionalisme dan pengorbanan bangsanya melawan penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan. Bagi penulis yang hidup pada era pasca-merdeka pula, maka karyanya lebih menyentuh soal-soal yang melibatkan perbincangan dan persoalan tentang cara dan usaha untuk mengisi kemerdekaan yang telah dikecapi itu. Antaranya berkaitan tentang soal tanah orang Melayu dan bumiputra yang mana soal pemilikan tanah dan haknya sentiasa disebut-sebut oleh para penulis ketika itu. Penulis semcam ini berusaha untuk menyedarkan masyarakat Melayu khususnya dan bumiputra umumnya tentang kepentingan menjaga warisan datuk nenek moyang mereka agar kewujudannya sentiasa terpelihara. Buku ini gua rasa dah tak ada kat pasaran. Sebab buku ni buku terpakai. Gua beli kat pasar chowrasta kat penang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
dah tgok buku nie...
Catat Ulasan