Ahad, 31 Oktober 2010

Lahirnya Sudin

Ada satu budak. Namanya Sudin. Lahir di sebuah daerah yang terkenal sebagai sebuah salah satu kawasan bersejarah di Malaysia. Batu Pahat nama tempat itu. Sebut sahaja Batu Pahat dari sudut sejarah, maka orang akan angkat Dato Onn sebab beliaulah watak utama dalam aksi penentangan terhadap dasar Malayan Union dulu dalam tahun 1946. Kalau nak pergi lebih jauh lagi, Batu Pahat merupakan antara kawasan laluan Parameswara sewaktu melarikan diri dari Temasik dalam usahanya membina kerajaan baru yang bertempat di Melaka. Tokoh lain yang menjadi bualan mulut masyarakat ialah Kiyai Haji Salleh. Orang kata dia hebat. Hebatnya sebab boleh menghalimunankan dirinya sewaktu lawan geng komunis. Bos gua juga ada cakap yang Kiyai Haji Salleh ini pengamal ajaran zikir tarikat Qadariyah sampaikan dia kata gua pun macam ada isi gak meskipun hakikatnya gua pun sembahyang tonggang terbalik lagi. Ok, berbalik pada cerita Sudin tadi. Sudin ni lahir atas muka bumi ini masa Malaysia buat Pilihanraya Umum Ketujuh. Dalam tahun yang sama jugak lah Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Selatan-Selatan di Kuala Lumpur.



Tapi kalu ditanya pada Sudin tentang hal ini, sumpah mati hidup balik pun Sudin takkan tahu. Sudin waktu itu yang dia tahu hanya merengek sepanjang hari dan malam. Sudin kalau tak silap aku, dia lahir kat hospital lama Batu Pahat. Sudin ni membesar di kawasan kampung yang dikelilingi pokok getah dan sawit. Dia ni tinggal dengan atuk yang dipanggil sebagai nyaye, nenek yang dipanggil nyayi, cik na, cik joe dan mak dia. Bapak dia plk tak dok serumah sebab bapak dia keja kat Johor Bahru. Johor Bahru dengan Batu Pahat bukan dekat beb. Jarak lebih kurang 2 jam juga gamaknya.

Tak berapa lama tahun lepas Sudin lahir, Sudin dapat adik baru. Bahar namanya. Membesarlah Sudin bersama adiknya, si Bahar tue. Dengan Bahar jugaklah si Sudin ni selalu main. Dengan Cik Na pun dia selalu main jugak. Cik Na masa tue baru sekolah rendah lagi. Itu jam yang jaga Sudin dengan Bahar adalah nyayi dia. Sebab mak dia kerja. Tapi masa Cik Na tue darjah enam, nyayi diorang meninggal dunia. Kalau tak silap sebab sakit jantung. Jadi Cik Na tue jadilah anak yatim pada usia yang begitu muda. Nyaye diorg pulak jadi duda lah. Kesian dan simpati lah gak tengok Cik Na tue. Tapi nak buat macam mana...Dah takdir...Jadi redha jelah...

Sudin memang tak ngam dengan Cik Na. Selalu jer bergadoh dgn mak cik dia nie. Adik dia plk si Bahar ni pandai main politik dan dari spesis talam dua muka. Kadang2 dia geng dengan Sudin. Tapi bila Cik Na tue sogok dengan aiskrim dan jajan (cekedis @ makanan ringan), maka Bahar ni akan geng plk lah dengan Cik Na ini. Bila ini berlaku, Sudin pening kepala. Sebab tak ada geng nak lawan Cik Na tue. Jadi terkontang-kanting lah Sudin ni kena ejek ngn Cik Na apabila Bahar memihak pada Cik Na. Lagi sadis, Cik Na takkan puas mengejek Sudin selagi Sudin tak nangis. Ada satu ketika itu, disebabkan geram punya pasal, Sudin kunci Cik Na dari luar bilik. Apa lagi, mengamuk lah si Cik Na tue. Maka, bila jer dapat lolos dari bilik tue, Cik Na tue pun kejarlah Sudin sampai dapat. Sudin tak menyerah kalah. Sudin lari sedaya yang mampu.. Cik Na pun tak putus asa..Kejar punya kejaR, Sudin masih tak dapat dikejar...Cik Na memperlahankan lariannya. Tapi tiba-tiba terdengar bunyi seperti orang terjelupuk jatuh...Tengok2 Sudin sudah jatuh pengsan.. Mungkin sebab lari sampai tak cukup oksigen...Last2 Cik Na tue kena marah ngn bapak dia yang juga merangkap nyaye Sudin...Takkan cukup dengan itu, Cik Na kena marah dengan abang dia plk yang bernama Cik Joe. ..Bila tengok Cik Na kena marah...Sudin apa lagi...Ketawa terkekeh-kekeh lah sampai nak menangis dia ketawa meski badan masih di pembaringan...Cik Na pula buat muka masam semasam rasa cuka...Bahar tak ambil port..Cuma dia pun ketawa sembunyi2 dengan puting kopek terlekat kat mulut sebab takut Cik Na nampak. Kalau Cik Na nampak, lepas ni tak dpt lah dia makan aiskrim dengan jajan lagi....

Tiada ulasan: