Selasa, 22 September 2009
Raya itu membuatkan ku celaru
Aidilfitri datang kembali dengan wajahnya yang tersendiri yang menurut hemat penilitian aku tak lah semeriah mana. Ianya hanya disambut dengan cara yang biasa tanpa sebarang pembaharuan yang boleh dijadikan suatu memori manis. Malah boleh juga dikatakan aidilfitri tahun ini tahap atau kadar keseronokannya seolah-olah macam berkurangan jika dibandingkan tahun-tahun yang sudah. Walau pelita sudah dipasang, baju sudah ditempah malah lemang yang tiada pernah dibakar pada raya sebelum ini pun sudah siap dihidang dengan air tangan sendiri namun realiti yang nyata ia masih belum mampu menceriakan aidilfitri yang mulia ini. Mungkin faktor usia yang menjadikan gejala seumpama ini berlangsung dalam jasad dan sanubari diri ini. Dalam usia-usia semacam ini, rakan-rakan sudah tiada penting lagi kerna komitmen pada keluarga mengatasi segala macam jenis hal. Perkara itu sememangnya relevan dengan tuntutan masa dan keadaan. Rata-rata semuanya sudah berkahwin. Yusof, Pak Kam, Noni, dll dan yang bakal mengunjug tiba saat perkahiwnan pula ialah Ibrahim…Masing-masing dengan keluarganya dan yang bujang ini hanya terpaksa menyembunyikan rasa sepi yang menyelubungi diri. Ke bazaar expo raya seorang diri, menonton bola di malam raya juga seorang diri…tiada lagi aktiviti bermain futsal di malam raya, tiada juga lagi program konvoi raya rumah ke rumah…mungkin ini satu petanda agar para bujang di luar sana menyahut seruann agar membina masjid secepat mungkin yang boleh…kahwin…ada anak…ada kerja…balik kampong jumpa kawan, bercerita pasal kerjaya masing2 mcm bentang laporan tahunan…pencen..makan duit pencen…pergi haji…ah…betapa tak luar biasanya hidup ini…yang pasti itulah namanya hidup…ikutlah arus..tak perlu membentuk lopak kecil di tepi sungai untuk membina sebuah kehidupan luar biasa kerna ia bakal menyeksa diri…itulah kata2 saudara syafik sewaktu berborak dengannya bebaru ini….
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Selamat Hari Raya maikel
jangan risau, aku pun fikir yg sama.hah
Catat Ulasan