Isnin, 28 September 2009

FREEDOM FILM FEST 2009 DATANG LAGI!!!

Sertai FreedomFilmFest2009



Mempersembahkan 23 siri dokumentari berkenaan isu hak asasi manusia dari Malaysia dan seluruh dunia selama 3 hari di empat buah negeri.



2-4 Oktober 2009, The Annexe, Central Market KL

9-11 Oktober 2009, Han Chiang College, Penang

23-25 Oktober, Sek. Men. Chuang Hua No 1, Kuching

30 Oktober - 1 November, Tropical Inn, Johor Bahru


Apa Yang Perlu Dicari?
Forum Komuniti Video dan Tayangan (Jumaat, 3.30 -

6.30 pm) Kuala Lumpur Sahaja.


Forum Komuniti Video dan Pameran akan dibawakan kepada anda melalui sesi perkongsian tentang pengalaman dan pameran video antara para pembikin filem dan aktivis dari Malaysia dan Asia Tenggara yang mana mereka menggunakan video untuk mendedahkan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat.


*Pra-Pendaftaran digalakkan kerana tempat duduk adalah terhad. Keutamaan akan diberikan kepada para NGO dan aktivis masyarakat.


Upacara perasmian dan pembukaan tayangan filem (Jumaat, 8pm).

Freedom Film Fest yang keenam akan dirasmikan dengan tayangan berjudul AT STAKE yang merupakan suatu dokumentari yang berani dan membuka mata serta minda berkaitan dengan isu pelanggaran pantang larang yang dihadapi oleh golongan wanita Indonesia. Antologi ini mengandungi isu2 berkenaan dengan kecedaraan organ pembiakan wanita, pelacuran, dan isu2 seksualiti pekerja wanita yang mencari makan di perantauan.


Penerbit Nia Dinata, merupakan pengarah bagi filem "Berbagi Suami"dan para pejuang feminist Indonesia yang terkenal juga bakal hadir pada sidang ini.


AL-FATEHAH MEMALI OLEH RAHMAT HARON

Filem ini menayangkan tentang perjalanan penyanyi dan penulis lirik, Black dan Meor yang cuba untuk memahami pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada tahun 1985 di Kampung Memali, Kedah. Perjalanan mereka membawa mereka ke kampung di mana mereka berjumpa dengan saksi-saksi kejadiantersebut yang masih hidup untuk menyelongkar tragedi tersebut yang semakin dilupakan oleh kebanyakan penghuni Malaysia hari ini tetapi tidak untuk selamanya bagi mereka yang tinggal di Memali.


KAYUH OLEH SOH SOOK HWA

Filem ini pula berkisarkan tentang kempen kayuhan basikal yang dianjurkan oleh JERIT yang melibatkan kayuhan dari Alor Setar dan Johor Bahru ke Kuala Lumpur dengan tempoh yang memakan masa selama 16 hari dalam usaha mereka untuk mewar-warkan tentang 6 perkara penting yang dituntut oleh kumpulan2 kecil di Malaysia.


NO SILVER LINING: THE PERAK CRISIS OLEH THE S-PLOITED

Apa yang berlaku bila "katak" melompat ke pihak yang lain? Di Perak, bila 3 ahli Pakatan Rakyat berharap untuk menjadi kawan kepada BN, ianya
menyebabkan permulaan kepada pergelutan politik antara dua pakatan parti yang berbeza.


*Kemasukan adalah percuma namun jemputan sebenar hanya pada majlis pintu tertutup sahaja.


sebarang pertanyaan dan tempahan untuk pas kemasukan - sila emailkan kepada freedomfilmfest@komas.org atau panggilan telefon di 017-3749887 dan sertakan bersama butiran-butiran seperti:


Nama/ No tel dan email/ tajuk filem dan waktu sesi yang anda mahu tonton/ jumlah pas yang anda mahukan/ dan di kawasan mana anda ingin sertai
(KL,PG,JB atau Kuching).


Untuk senarai dan jadual lengkap sila layari http://freedomfilmfest.komas.org


Peringatan:Sebarang pemilihan filem dan program dalam festival ini adalah tertakluk di bawah tangungjawab jawatankuasa pengajur
FreedomFilmFest. Pembekal tempat tayangan dan festival adalah sama sekali tidak terlibat dalam proses pemilihan ini.




Tiada ulasan: