*temuramah ini dilakukan sekitar tahun 2003 dan kehendak asalnya adalah untuk dimuatkan dalam projek majalah picisan "HATI HITAM"...namun disebabkan projek tersebut sehingga kini asyik tertunda sehingga jangka waktu yang tiada diketahui maka saya paparkan sahaja disini daripada terperap macam pekasam.....
S: Definisi anarchy berdasarkan pengertian anda sendiri?
J: Sekumpulan manusia yang tiada ketua yang memilih sebuah keputusan secara konsensus
S: Sejauhmanakah kebenaran dan kerelevanan punk? Bukankah perjuangan punk itu hanya sia- sia sahaja dan tiada penghujungnya?. Ini terbukti di dalam AL- QURAN kerana tiada sebarang kenyataan yang menyatakan mengenai kejayaan punk di masa hadapan?. Sila jelaskan dengan terperinci?
J: Revelansi punk yang dipersoalkan bisa dilihat dari pelbagai persepsi. Adalah sesuatu yang menarik untuk memperbincangkan kerelevanan punk didalam skop yang lebih sempit agar penghuraian yang lebih detail dan jelas dapat dilakukan. Apa pun, ianya masih berkait dengan keyakinan seseorang yang menerima punk sebagai method perjuangan mereka. Jika mereka tidak merasakan punk adalah sesuatu yang relevanan dengan kehidupan mereka, sudah pasti mereka akan memilih method lain yang lebih sesuai dengan hidup mereka. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan saudari yang mengatakan perjuangan punk adalah sesuatu yang sia- sia. Kerana terdapat ramai manusia yang berubah kehidupan mereka kepada keadaan yang lebih baik setelah menemui punk. Malah ada rakan- rakan punk saya dahulunya seorang pengkonsum dadah, arak dan rokok sudah mula tidak mengkonsumi produk- produk tersebut setelah bergelar punk.( tidak pula saya mengatakan bahawa para pengkonsum dadah, aralk dan rokok adalah manusia yang tidak berguna. Cuma saya percaya dadah, arak dan rokok membahayakan kesihatan manusia). Jadi kenyataan bahawa punk adalah sesuatu yang sia- sia adalah sesuatu kenyataan yang agak sempit penilaiannya.
Tidak dapat saya perakui tentang terdapat bukti atau tidak tentang punk ini di dalam
AL
- QURAN kerana saya baru khatam AL- QURAN cuma sekali. Mungkin saudari telah membuat pengkajian yang khusus tentang AL- QURAN dan kerana itu saudari dengan lantangnya berkata tiada sebarang kenyataan yang menyebut tentang punk sekali pun. Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan di atas pengkajian saudarai tentang punk dan AL- QURAN tersebut. Tapi jika saudari hanya berkata secara rambang, saya juga boleh berkata bahawa punk juga tiada disebut dalam kitab injil, taurat atau zabur sekalipun. Malah punk juga tidak ada dalam riwayat keagamaan Gautama Budhha. Punk juga tidak disebut di dalam kitab agama hindhu, agama kristian atau semua agama di dunia ini. Kerana apa saya berkata demikian?. Kerana saya hanya berkata secara rambang tanpa membuat apa- apa kajian tentang punk dan agama. Harapannya agar kenyataan saudari yang mengatakan tiada kejayaan punk yang disebut di dalam AL- QURAN adalah dibuat berasaskan kajian sebenar saudari; bukannya kenyataan kosong yang dibuat secara rambang. Apa pun, punk bukanlah agama. Ia juga bukan sub kepada mana- mana agama. Malah terang- terang punk adalah bersifat sekular. Jadi carilah dalam mana- mana kitab agama sekali pun, pastinya punk tidak disebut di dalamnya. Walaupun punk bukanlah sesuatu yang berkenaan dengan agama, terdapat beberapa persamaan yang jelas dengan apa yang disarankan oleh agama. Bukankah semua agama itu mahukan kebaikan?. Jadi kebaikan yang terdapat di dalam punk ini kadang- kadang mempunyai persamaan yang agak ketara dengan kebaikan yang disebut di dalam mana- mana agama.
Berbicara soal kejayaan punk di masa akan datang pula, ianya tidak bersifat sepesifik. Kerana kejayaan itu diperoleh dengan pelbagai cara. Lihat apa yang anda mahukan, dan anda pasti tahu ianya berjaya dicapai atau tidak. Saya tidak tahu apa jenis kejayaan punk yang saudari maksudkan. Tapi jika ingin menilai kejayaannya, rasanya banyak kejayaan sudah dicapai dalam pelbagai cara dan pelbagai jenis. Jika dulu di
malaysia
ini tiada manusia ynag tahu tentang kewujudan komuniti d.i.y punk ini, tapi sekarang sudah ramai yang tahu. Bukankah ini kejayaan?. Jika dulu hanya ada beberapa orang yang membuat zine/ band/ newsletter/ kolektif, kini sudah terlalu banyak. Ini juga kejayaan punk bukan?. Jika dulu tidak ada demostrasi yang dianjurkan oleh anak- anak punk di
malaysia
ini, tapi lihat sekarang sudah ada beberapa demostrasi jalanan yang dianjurkan oleh anak- anak punk. Apa ini bukan satu kejayaan?. Kerana itu saya katakan tadi bahawa jenis atau bentuk kejayaan itu adalah pelbagai. Saya juga dapat mengatakan saudari sudah berjaya mengkaji tentang punk dan AL- Quran. Tidak semua punk/ manusia yang mampu mengkaji punk dengan agama/ Al- Quran. Setidak- tidaknya punk telah berjaya membuat saudari berfikir tentangnya walaupun saudari bukan lagi punk. Secara ringkasnya, kejayaan ini dapat dilihat dari pelbagai persepsi. Jadi usah dilihat sesuatu yang subjektif dalam bentuk yang objektif.
S: Mengapa anda memilih cara punk untuk meneruskan perjuangan anda, sedangkan islam telah menggariskan caranya yang pada saya ianya lebih relevan dan wajar daripada cara punk?
J: Punk adalah sebahagian daripada method perjuangan yang saya gunakan?. Mengapa?. Kerana dalam komuniti punk ini terdapat lebih ramai anak- anak muda yang mempunyai persamaan minat yang sama dengan saya. Kebanyakkan anak- anak punk adalah mereka yang “ berdarah panas”. Apa saja kepincangan yang kerajaan lakukan, mahu sahaja mereka tentang. Jadi di sini, ( komuniti punk ) saya lebih mendapat kesefahaman yang baik diantara rakan- rakan sekeliling. Lagipun, secara puratanya, komuniti punk di
malaysia
ini didiami oleh mereka yang mempunyai asas didikan tentang islam. Jadi persefahaman lebih senang wujud.
Saya tidak hanya bergerak melalui punk semata-mata. Saya juga bergerak dengan kumpulan –kumpulan pelajar, NGO, Grass Group malah People Organisation juga. Saya juga tidak menghadkan method perjuangan saya. Saya akan melibatkan diri dalam pelbagai method yang bersesuaian dengan pendirian politik diri saya dan dengan apa yang saya rasakan ianya akan membuahkan hasil. Saya mempunyai rakan- rakan yang dari pelbagai ‘ sektor’. Ada yang NGO, ada yang kepartian, ada juga revolutionis, ada juga reformis, malah ada juga islamis, tidak kurang juga dengan humanis, anarkis, komunis, sosialis atau ethist sekali pun. Saya akan ambil apa yang saya rasakan betul, bersesuai dengan kehidupan diri saya dan juga agama saya; ISLAM. Yang penting disini adalah saya tahu siapa diri saya dan saya tahu apa yang saya mahukan. Mengikut tanpa mengetahui dan mengkaji adalah sesuatu tindakan yang tidak matang.
Punk adalah tidak lebih daripada salah satu landasan perjuangan terhadap apa yang saya mahukan. Jika dilihat dalam Parti Islam Se-
Malaysia
sekalipun, korupsi masih berlaku. Sedangkan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan islam sekalipun, para pengikutnya masih mengamalkan korupsi, inikan pula parti- parti yang terang- terang tidak membawa mesej islam. Saya tidak memihak kepada mana- mana parti. Cuma apa yang saya ingin sampaikan disini, manusia sekarang lebih mementingkan diri sendiri semata- mata. Tiada lagi sifat kebersamaan yang ingin diperjuangkan. Parti sekarang hanyalah tapak kepada mereka yang ingin mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan bukannya untuk kepentingan bersama.
Apa yang saya katakan ini boleh saudari lihat dan baca melalui suratkhabar penyebar dakyah kerajaan. Jika ada dalam suratkhabar sekalipun, itu hanyalah sebahagian daripada korupsi yang didedahkan. Pendedahan yang mempunyai maksud tersirat oleh kerajaan masing- masing ( kerajaan BN dan kerajaan PAS). Malah lebih banyak korupsi yang terjadi tanpa pengetauhan kita semua. Baca suratkhabar lidah rasmi kerajaan Barisan Nasional, korupsi pihak pembakang akan disedahkan. Baca pula suratkhabar rasmi pihak pembakang, korupsi yang berlaku di kerajaan pemerintah pula akan didedahkan. Jadi, yang mana harus dipercayai sebenarnya?
Kerana inilah para punk
cuba
mewujudkan lebih banyak bahan bercetak alternatif yang lebih bersifat independent dan telus berdasarkan kemanusiaan sebenar. Jangan hanya memikirkan anak- anak punk hnaya membuat zine atau newsletter semata- mata, hakikatnya ianya lebih dari itu. Cuma mungkin saudari tidak tahu atau mungkin tidak pernah menerima bahan bacaan sebegini yang lebih daripada sekadar zine atau newsletter yang mempunyai wawancara band kegemaran editor zine tersebut semata- mata. Apa pun, sedar atau tidak, masyarakat di
malaysia
sudah menganut sekularisme!.
S: Tidakkah anda terfikir bahawa anarchy suatu propaganda yahudi untuk menjatuhkan islam. Ini kerana, bukankah fahaman ini berasal dari barat?. Huraikan mengenainya?.
J: Saya tidak pernah melihat kenyataan ( kukuh) yang mengatakan bahawa anarchy adalah propaganda yahudi. Tapai saya pernah membaca Jewish Manifesto yang menerangkan bahawa beberapa ISME- atau ideolofi- ideologi yang mereka ( pihak jewish) cipta adalah untuk menghancurkan islam. Tapi jika saudari dengan selambanya mengatakan bahawa kenyataan dari barat adalah propaganda yahudi yang mahu menghnacurkan islam, bukan sahaja anarki, malah segala yang berasal dari barat adalah agenda pihak yahudi. Seharusnya budaya hip- hop juga harus dipersoalkan ianya adakah agenda yahudi atau tidak kerana hip- hop juga asalnya dari barat. Soalan yang saudari kemukakan berkenaan dengan propaganda pihak yahudi yang mahu menjatuhkan islam tidak dapat saya huraikan dengan lebih lanjut, kerana apa yang diketahui semua, sejak zaman Prophethood of Muhammad lagi pihak yahudi dan orang anti- islam cuba menyekat dan menghapuskan islam dari disebarkan dimuka bumi ini. Apa pun, yang pastinya setiap kerajaan yang memerintah amerika syarikat adalah wujud disebabkan oleh masyarakat yahudi. Setujukah saudari sekiranya saya mengatakan dunia hari ini ditentu- kawal oleh yahudi?.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, punk adalah sebuah gerakan yang
cuba
mencari kehidupan yang lebih baik. Tidak berdasarkan rupa, warna kulit, bangsa, negara atau agama. Lebih mudahnya, punk adalah satu gerakan kemanusiaan. Dan manusia yang bergelar punk datangnya dari pelbagai ‘jenis’. Kerana ini dalam punk itu sendiri terdapatnya ideologi sosialis, komunis, anarki dan sebagainya. Ditegaskan sekali lagi; manusia itu pelbagai….
Persoalan saudari tentang anarki ini sangat jelas menggambarkan bahawa saudari hanya melihat bahawa hanya anarkisme yang berhubung –kait dengan punk. Sebenarnya, bukan sahaja anarkisme, malah sosialisme, komunisme, humanisme, liberalisme dan banyak lagi pecahan- pecahan kecil yang ada dalam punk. Cumanya komuniti punk di
malaysia
ini mendapat pendedahan yang terlampau dengan anarkisme. Kerana itu, anarkisme lebih banyak bersangkut- paut dengan anak- anak punk di
malaysia
. Adalah tidak dinafikan yang saya juga menerima banayak pendedahan tentang anarkisme. Tidak pula saya katakan keadaan ini adalah tidak bagus. Cuma keadaan ini menyebabkannya kurangnya berlaku perbincangan atau pendebatan idea. Maksud saya, perbandingan antara ideologi- ideologi yang terkandung dalam punk itu sendiri. Sekiranya berlaku perbincangan yang sihat, pastinya kita akan lebih dekat dan lebih memmahami dengan apa yang kita cari dan mahukan. Perbezaan yang wujud dikalangan manusia adalah bukan untuk saling membenci, tetapi untuk saling kenal- mengenali.
Cuba
saudari perlusakan sedikit pemerhatian saudari kepada komuniti punk negara jiran dari
indonesia
. Di
sana
, kepelbagaian punk itu terserlah.
Ada
anarkisme punk, ada sosialisme punk, ada komunis punk dan sebagainya. Itu baru sahaja komuniti punk di negara jiran. Keadaan punk di eropah atau di negara
asia
yang lain juga tidak kurang kepelbagaiannya. Namun di
malaysia
hanya ada anarkis punk. Ternyata bahawa anak- anak punk hanya mendapat pendedahan tentang anarkisme semata- mata. Saya sudah banyak membaca zine yang dihasilkan oleh para anarkis punk di
malaysia
, contohnya zine bebas, zine roti dan ros, zine xdiriku utk dijuakx, zine pritical subversive, zine info aktif dan banyak lagi. Tapi saya belum pernah membawa zine yang bersifat komunis punk atau sosialis punk atau apa- apa ideologis punk yang lain yang dikeluarkan oleh para punk di
malaysia
. Mungkin ada ( dan mungkin tiada) para punk yang lebih menerima sosialisme/ komunisme/ dan sebagainya berbanding anarkisme, cuma mungkin mereka agak sedikit segan untuk mengeluarkan zine atau newsletter yang bersifat komunisme/ sosialisme punk. Masakan tidak segan sedangkan komuniti punk di
malaysia
ini didominasi oleh anarkis punk. Tapi kenapa harus disegankan sebenarnya kerana punk itu bukan hanya yang berkaitan dengan anarkisme semata- mata. Seperti yang saya katakan tadi, manusia ini pelbagai. Jadi, kesefahaman yang jitu diantara manusia atas dasar kemanusiaan adalah asas yang perlu diwujudkan dalam mencipta komuniti yang lebih sihat.
Dengan pandangan yang lebih sempitnya ke atas diri saya; saya tidak terikat kepada mana- mana ideologi atau teori ciptaan manusia. Kerana itu saya bukan anarkis punk, komunis punk mahupun sosialis punk. Jikapun saya mendapat pendedahan yang lebih tentang anarkisme, saya merasa masih terlalu banyak yang saya tidak ketahui tentang anarkisme dan kerana itu saya tidak melabelkan diri anarkis punk. Adalah lebih senang untuk saya melabelkan diri saya adalah aktivis punk ( punk activist).
Secara jujurnya, saya lebih mengidamkan wujudnya sebuah masyarakat aktivis di muka bumi ini. Sebuah masyarakat aktivis yang tidak terikat kepada mana- mana isme atau ideologi manusia di dalam masa yang sama manusia mampu memilih jalan hidup mereka sendiri tanpa menceroboh hak kehidupan manusia lain. Ayuh, bersama mewujudkan masyarakat aktivis!.
5. Pada pendapat anda sendiri, bisakah punk menarik minat dan perhatian masyarakat untuk bersama -sama berjuang dengan apa yang diperjuangkan oleh punk dengan keadaan kebanyakan mat/minah punk yang mempunyai keadaan luaran atau ciri fizikal yang begitu menyedihkan?
——>Apa ada pakaian yang khusus untukk anda bergelar seorang punk? Pernahkah saudari melihat seorang punk yang hanya memakai seluar slack dan t-shirt kosong? Atau punk yang memakai seluar slack yang dipadankan dengan kemeja dan bertali leher? Jika untuk bergelar punk haruslah memakai kasut kulit Dr.Marteen, jaket yang mempunyai stud, patches yang tertampal-tampal, gelang, subang atau rantai yang memenuhi tubuh; maka secara automatiknya saya bukanlah seorang punk. Kerana saya tidak pernah ada eksesori punk tersebut. Saya hanya berpakaian seperti manusia ‘normal’ yang saudari maksudkan.J.
Cuma apa yang membedakan tentang pemakaian pejuang-pejuang punk adalah mereka mempunyai agenda mereka tersendiri. Dan ternyata masyarakat di
Malaysia
sudah diracun minda mereka oleh sistem yang kerajaan cipta jika masyarakat di
Malaysia
tidak mampu untuk menerima kewujudan para punk yang berpakaian seperti yang saudari maksudkan. Yah, manusia mana yang tidak tahu bahawa ‘PUNK ITU REMAJA-REMAJA YANG BERMASALAH’, ‘PUNK ITU BUDAK-BUDAK JAHAT’, dan bermacam-macam lagi kenyataan-kenyataan buruk tentang punk yang dilontarkan oleh kerajaan. Kerana apa ini semua berlaku? Kerana kerajaan sudah tahu siapa punk yang sebenarnya. Kerajaan juga sudah merasakan bahang api revolusi yang anak-anak punk bawakan. Yah, yang paling ditakuti oleh kerajaan sekarang adalah ORANG MUDA. Kerana orang mudalah yang akan menentukan corak kehidupan akan datang. Kedudukan kerajaan juga akan ditentukan oleh orang muda. Dan komuniti punk ini adalah komuniti orang muda yang menentang dan memberontak. Pastinya kerajaan akan
cuba
menghapuskan pihak yang menentang kewujudan mereka. Secara mudahnya, masyarakat di
Malaysia
masih dijajah mindanya oleh kerajaan. Kerana itu demonstrasi jalanan yang besar atau aktiviti-aktiviti kemanusian/aktivis masih belum wujud sepenuhnya di
Malaysia
. Jika ada pun, ianya masih dalam kelompokan yang kecil (amat kecil). Apa yang harus disemai disini adalah,
cuba
mewujudkan masyarakat aktivis. Bukannya masyarakat yang hanya mengikut arahan kerajaan semata-mata. Masakan yang minoriti [kerajaan] mampu memerintah yang majoriti [masyarakat]? Hidup ini milik kita dan seharusnya kita yang mencorakkan kehidupan kita sendiri dan bukannya kerajaan yang tentukan.
Penilaian manusia hanya dari segi pakaian adalah sesuatu yang tidak betul. Jika saudari pernah terlibat dengan aktiviti-aktiviti NGO atau aktivis, pastinya saudari tahu bahawa para rakan-rakan di NGO dan aktivis dapat menerima punk yang mempunyai penampilan fizikal yang ‘menyedihkan’ ini. Pernah dengar "jangan menilai buku dari kulitnya" tak? J. Ah, apa ada pada pakaian punk adalah salah satu agenda yang mereka ciptakan khas untuk masyarakat seperti saudari! Persoalan yang saudari kemukakan telah menunjukkan bahawa punk sudah berjaya membuat manusia mula berfikir tentang kewujudannya….
2 ulasan:
Salam rakan seperjuangan..
tahniahlah atas usahamu yang sentiasa tekal..
tak pernah lapuk dek usang, tak lekang dek panas..
satu usaha yang baik dalam dunia keintelektualan..
namun, aku harus akui..
membaca tulisanmu membuat aku berang seketika..
semacam ada paradoks nilai dan kontradik dalam dirimu. tak ubah seperti manusia yang "ambivalence" yang membentuk mimikri.kau dah seperti comprador yang menjadi alat oleh para orentalis memajukan penjajahan mereka yang kini tertanam di dalam minda. tidak lagi secara fizikal.
Tulisan kau sudah menjadi terlalu bias kepada dunia sekular yang tidak menguntungkan. banyakkan membaca bahan bacaan dari sarjana barat. Edwards Said dalam bukunya "Budaya dan Imprealisme" menganjurkan usaha untuk membelah dunia imprealis dengan pelayaran ilmu ke dalam dunia Barat.
Salam rakan lama,
tahniah melihat satu evolusi secara pemikiran dalam diri tuan.Namun kita sudah jauh terpisah dari asas perjuangan. Akarnya mungkin sama, caranya berbeda.
Namun, membaca tulisan tuan seakan ada satu kesendengan dan ketempangan nilai yang berlaku. boleh dikatakan tulisan tuan cenderung kepada satu perkara yang ambiguiti. saya tidak nampak ketekalan pemikiran yang cuba dianjurkan oleh golongan yang saudara perjuangkan.
Saya tidak memperkecilkan apa yang saudara cuba perjuangkan. namun, mengulas sesuatu perkara harus hati-hati dan cermat. gaya pemikiran yang dangkal boleh menelanjangkan kebodohan kita kepada khalayak @ audiens.
Komuniti yang saudara perjuangkan lebih cenderung kepada budaya. cubalah keluar sebentar dari dunia itu dan mula membaca bahan bacaan yang tidak picisan sifatnya. Banyak sarjana yang telah mengujarkan ttg budaya, antropologi, geologi dan lain2. saudara perlu meneliti baik-baik. jangan melihat dari kaca mata orang lain.selongkarlah diri sendiri dan bentuklah keperibadian dan kemandirian saudara.
Kita manusia berhutang. sejak azali, kita sudah berhutang. Logiknya hutang perlu dibayar, carilah pada siapa kamu berhutag dan pada siapa yang perlu kamu bayarnya. Jadilah oksidentalis, bukan orientalis. jangan menjadi ambivalence yang membentuk kepada mimikri latas menjadi alat kepada orientalis melaksanakan misi mereka untuk menjajah minda masyarakat peribumi secara filosofikal.
Salam berjumpa lagi..
Catat Ulasan