Khamis, 21 Mei 2009

Komen saya terhadap artikel bejudul "Nasionalisma atau Perjuangan Rakyat?"

Komen saya terhadap artikel yang ditulis oleh seorang penulis blog (qareemneedrebel.blogspot.com) berkaitan dengan penulisan beliau berjudul "Nasionalisma atau Perjuangan Rakyat?"

Beliau menulis
: Nasionalisma atau Perjuangan Rakyat?
Seringkali perkara ini bermain-main dalam arena politik negara kita. Acapkali ianya membawa kepada pertelingkahan dalam konteks idealisme dalam membentuk sesebuah negara.

Apa yang pasti. Sama ada kalian setuju atau tidak setuju. Perlembagaan Negara kita dibentuk atas konsep Nasionalisma. Sejajar dengan penguasaan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.




Komen saya:

Saya kurang jelas dengan kenyataan "Perlembagaan Negara kita dibentuk atas konsep Nasionalisma." Hal ini kerana, perkara ini barangkali dari satu segi hanyalah suatu mimpi yang pelaksanaannya tidak sempurna. Mengapa?..Nasionalisma @ semangat kebangsaan (saya lebih gemar menggunakan istilah semangat kebangsaan kerana istilah ini istilah peribumi berbanding nasionalisma yang maksudnya begitu mencelarukan) seperti yang diperjuangkan oleh para kemerdekaan sebenar dahulu dari satu segi boleh dikatakan tidak mencapai matlamatnya..Perjuangannya hanya mati ditengah jalan..Kenapa?..


Sebelum pergi lebih jauh, saya nyatakan secara mudah maksud "nasionalisme" itu :"suatu usaha atau perjuangan suatu kelompok sosial masyarakat ke arah menuju impiannya (barangkali fantasi dari satu sudut situasi) iaitu untuk membentuk negara bangsa( istilah nasionalisma itu dari segi harfiah berasal dari istilah "nation": bangsa)..dan cita ini menurut realitinya (berlaku dibanyak negara eropah spt jerman) hanya dapat berlangsung secara sempurna bila kelompok manusia itu mempunyai pelbagai persamaan seperti persamaan keturunan, budaya, latar belakang atau sejarah, bahasa malah persamaan agama juga sedikit sebanyak membantu kepada kelancaran prosesnya namun keperluannya tidak sepenting seperti persamaan keturunan, bahasa dan budaya tadi (hanya keperluan sampingan)..(definisi popular yang diberikan oleh JOMO, R.SUTRALINGAM, ANDAYA)..


Nah, sekarang dimanakah signifikannya definisi ini dengan kenyataan saudara. Apakah konsep ini telah berjaya direalisasikan dengan sempurna oleh PEKEMBAR (walaupun nama popular yang tak pernah bertukar gantinya ialah UMNO).?


Secara realisnya, PEKEMBAR niat asalnya tiada langsung untuk mendukung konsep nasionalisma ini. Hal ini jelas seperti mana yang berlaku dalam isu Malayan Union dahulu. Setengah orang melihat bahawa Malayan Union merupakan kemuncak perjuagan "nasionalisma" orang Melayu yang telah didukung oleh PEKEMBAR. Namun hakikatnya, saya boleh katakan bahawa Dato Onn merupakan orang dari kelompok reaktif bukannya golongan proaktif seperti PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan angkatannya.


Hal ini kerana, setelah Malayan Union berjaya digagalkan, apakah tindakan UMNO untuk Tanah Melayu?..Dato Onn dalam hal ini dilihat bukanlah seorang "future thinker" seperti mana yang didakwa oleh Ramlah Adam dalam karyanya. Dato Onn mahu sistem pentadbiran Tanah Melayu berlangsung seperti sebelumnnya iaitu tiada langsung usaha penyatuan negeri2 di Tanah Melayu...Kekal dengan Negeri2 Melayu Bersekutu, Tak Bersekutu dan Negeri2 Selat. Hujah ini dari satu segi telah memaparkan bahawa konsep nasionalisma tiada dalam PEKEMBAR.




(Reaksi orang-orang Melayu di Tanah Melayu terhadap Rancangan Malayan Union pada tahu 1946)


Tidak seperti PKMM yang mahukan agar Tanah Melayu ini disatukan malah penyatuannya lebih jauh dari itu iaitu cita-cita penyatuannya dengan Indonesia dengan nama "Melayu Raya". Ya, walaupun pada asalnya PKMM dan angkatannya begitu menyokong idea penjajah iaitu Malayan Union kerana cita2 penyatuan itu dapat direalisasikan melalui Malayan Union. Namun setelah diketahui bahawa rancangan itu tidak melibatkan Singapura maka PKMM dan angkatan2nya bersama-sama lebih kurang 42 pertubuhan Melayu menubuhkan UMNO dan bersama-sama menentang Malayan Union. Malah yang lebih menarik, perwakilan daripada pihak PKMMlah yang lebih banyak menghadiri setiap persidangan PEKEMBAR ketika itu.


Perjuangan kebangsaan seperti mana yang didukung oleh para pejuang kemerdekaan dahulu adalah begitu terbuka. "Melayu" sebagai unsur penyatuan mereka. Walaupun PEKEMBAR begitu bangga dengan slogan "Hidup Melayu" sebagai salam perjuangannya, namun realiti yang berlaku merekalah penghapus kepada matlamat kebangsaan Melayu.



Hal ini dapat dilihat melalui pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1948 dimana Singapura dipisahkan dalam Persekutuan. Kenapa PEKEMBAR rela melakukan hal ini sedangkan Singapura itu milik Melayu dan punya banyak nilai-nilai halus di bumi itu selain nilai ekonominya sehingga menyebabkan hari ini dapat kita lihat bahawa Singapura merupakan negara Cina yang begitu pesat membangun dan maju ditengah2 rantau alam Melayu.

Kemuncak kepada aksi pembunuhan perjuangan kebangsaan "Melayu" itu dapat dilihat melalui pembentukan "Malaysia" dan bangsa "Malaysia". cita-cita Negara bangsa Melayu dengan "terang lagi bersuluh" sudah berkecai dan musnah. Idea ini saling tak tumpah seperti mana yang diutarakan oleh geng cina PNP di Singapura dan wadahnya diteruskan pula oleh geng2 DAP di Malaysia kini. Mereka menuntut hak politik yang sama rata dengan slogan "SAMA RASA SAMA RATA".




(Dato Onn Jaafar, pejuang UMNO dalam peristiwa penentangan Malayan Union)


Mungkin saudara akan bertanya dengan nada begini.."Abis macam mana pula dengan soal kaum bukan Melayu yang menetap disini?".

Sebenarnya isu ini telah lama diselesaikan oleh PKMM melalui gabungan PUTERA-AMCJA pada tahun 1947. Mereka telah mengusulkan draf Perlembagaan Rakyat 1947 untuk rakyat negara ini. Didalamnya telah diselesaikan isu ini, dimana semua masyarakat yang mahu menjadi warganegara tanah air ini perlu memakai kenegaraan "MELAYU" tanpa melihat konsep MELAYU itu dari segi agama. Ternyata usul ini diterima oleh perwakilan bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock, Lim Keah Chen, John Thivy dan lain-lain lagi.

Cara ini dilihat berjaya di Indonesia dan Cina. Di Cina, orang-orang Manchu rela masuk Cina melalui proses "PENCINAAN" dalam sejarah tamadun Cina dulu.

Manakala bagi mereka yang enggan mereka bisa tinggal di negara ini tanpa sebarang hak politik dan kewarganegaraan.




(Diantara pemimpin-pemimpin dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Angkatan Pemuda Insaf bergambar selepas mengadakan Kongres yang kedua pada 25 hingga 27 Disember 1946 di kota Melaka)



Jadi, saya katakan nasionalisma tidak pernah menjadi kenyataan di negara bertuah ini. Kalau saudara mengatakan bahawa "nasionalisma itu menuntut rakyat bersusah-payah", saudara lihat dalam isu darurat 1948...Rakyat yang bersusah-payah menuntut kemerdekaaan tapi mereka inilah yang akhirnya menderita berpuluh-puluh tahun di dalam penjara semata-mata bersusah-payah menuntut kemerdekaan. Darurat untuk komunis...tapi 10,000 dari yang ditahan adalah orang Melayu...



(Seorang ahli politik dan sasterawan juga walaupun tidak sepopular A.Samad Said namun beliau antara penulis yang disumbat ke penjara gara-gara karya beliau berjudul "Testamen Politik API: Merdeka dengan darah"...baca juga karya beliau berjudul "TUJUH TAHUN MALAM MEMANJANG"-memaparkan kisah beliau sewaktu di dalam tahanan-)

Ahmad Boestamam, Jaafar Hussain, Mustapha Hussein, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar, Ustaz Yahya Nasim dan lain-lain lagi bukanlah komunis dan tiada pernah mengisytharkan diri mereka komunis seperti mana yang dilakukan oleh Rashid Maidin.

Rashid Maidin memang mengaku malah berbangga kerana menjadi anak Melayu pertama yang menyertai komunis.

"Saya bangga menjadi anak Melayu pertama menyertai komunis" - Al-Marhum Rashid Maidin-


Tapi tidak bagi yang lain itu. Mereka bukan komunis. Bersusah-payah untuk negara, tapi balasannya sengsara...

Jadi, renung2kanlah ye...Setiap orang punya pandangan masing2...Perbezaan pandangan tidak salah malah dari satu segi ia merupakan suatu rahmat untuk kita sentiasa mengislahkan diri...

-Love n Peace-

Komunikasi mantapkan soladariti....


tunggu2...ada yang tertinggal...

Walaubagaiamanapun, kegagalan Perlembagaan Rakayat 1947 menyebabkan rupa bangsa Melayu tersebut gagal dipraktikkan dan sekaligus dari satu segi menyaksikan nasionalisme Melayu gagal mencapai cita-citanya. Hal ini kerana, andaikata Perlembagaan Rakyat 1947 ini dapat dilaksanakan mungkin cita-cita tentang pembentukan sebuah negara bangsa Melayu yang diidam-idamkan oleh kebanyakan pejuang kemerdekaan dari pihak kiri pasti dapat dicapai. Perlembagaan Rakyat 1947 juga membuktikan bahawa nasionalisme Melayu bukanlah suatu ideologi nasionalisme yang bersifat perkauman yang sempit malah ianya bersifat unik iaitu selain bersifat progresif dan anti-imperialis ianya juga bersifat tidak perkauman.

Tiada ulasan: