Khamis, 21 Mei 2009

TAK KU SANGKA




TAK KU SANGKA]
Tak tersangka kau hidup juga,
Setelah dicaci dimaki dibenci,
Oleh pendukung aspirasi universiti,
Yang dengki… yang benci,

Kerana kau tak sekaki.
Kau dilabel illegal,
Tak berdaftar,
Tak sah,
Ta dibilang.

Kau bilang kau berani,
Bersendirian,
Berpendirian,
Mengukir garis revolusi.

Kau bilang kau berani,
Menentang dominasi,
Menentang birokrasi,
Menentang akta universiti.

Kau bilang kau bilang,
Antara ratusan pelajar kaku,
Kau tetap menyinar,
Terang benderang,
Meniti jalan ke depan.

Ilmu di hati tak semesti,
Ijazah di tangan tiada erti,
Bila siswa mendukung kapitalis,
Untuk mara diri setiap hari.

Mara revolusioner kerana ideologi,
Mara jkmi kerana berani,
Mara rakyat kerana sebati.

Kini muncul dialetika,
Mencabar dogma,
Menjadi anti thesis
Menentang akur janji,
Menuntut asasi

Hidup mati,
Sekali sekali,
Biar mati dengan identiti,
Menjadi bara api,
Untuk generasi revolusi,
Menjana diri

(S.Arutchelvan)

Tiada ulasan: