Rabu, 20 Mei 2009
digarhayu malaysiaku
saya sudah banyak membaca hujah-hujah yang didendangkan oleh para penentang dasar PPSMI ini. Rata-rata semuanya bertujuan menyelamatkan dan mempertahankan bahasa bangsanya...antara ayat biasa yang dikemudangkan "INI SEMUA DEMI PERJUANGAN BANGSA KERANA KAMI SAYANG BAHASA KAMI"...dari satu segi, maaf saya nyatakan bahawa hujah ini sudah lapuk namun hakikatnya selapuk mana ia pun takkan pernah basi dikomentarkan selagi ia relevan dengan situasinya..kenapa?...hujah ini telah dipakai pada kurun 19 yang lampau...baca sahaja karya munsyi abdullah berkaitan dengan isu beliau menterjemah bible ke dalam bahasa melayu...rata-rata ramai orang melihat usaha beliau ini suatu yang songsang dan bisa mengoyahkan akidah sehingga ada yang menempek beliau dengan gelaran "abdulluah kafir"..."abdulluah gila"..sedangkan keluarga Abdulluah Munsyi bukan clang-calang orangnya...bapanya seorang yang dilihat alim oleh masyarkat sekeliling...sehinggakan bapa beliau sendiri pun berasa kurang senang dengan reaksi masyrakat terhadap usaha anaknya itu..lantas itu juga, si bapa itu bergegas mendapatkan penjelasan daripada abdulluah...jujurnya saya katakan bahawa jawpan abdulluah agak menarik...katanya.."pak...saya tengok bible yang diterjemah oleh orang asing ini sungguh buruk dan asing sekali bahasanya..saya lakukan ini kerna saya sayangkan bahasa ini.." Nah...hujah ini telah lama dipakai...dan yang agak unik menurut hemat saya, kata-kata ini bukanlah dilontarkan oleh seorang yang berbangsa melayu dari sudut "bangsa keturunan" kerna dari segi keturunan abdulluah ini kacukan mamak dan arab dari negara india...bukan melayu asli...cuma melayu dari sudut "bangsa budaya"...kebanyakan orang melihat usaha abdulluah ini seumpama mahu membawa muslim kepada kafir...tapi tiada pula yang mempertikaikan berapa ramai non-muslim yang memeluk Islam gara-gara membaca karya terjemahan tersebut...
kadang-kadang saya agak terkilan melihat para ahli politik berbicara dan membuat sesetengah dasar...mereka kelihatannya berperlakuan seperti manusia yang sudah hilang jati dirinya....jujur saya katakan saya berasa sungguh lemas dengan situasi yang berlaku bukan sahaja masa kini malah 63 tahun yang lampau...saya lihat banyak keputusan pemerintah bukanlah suatu keputusan yang dibuat untuk jangka panjang...yup...pemerintah yang tidak pernah bertukar ganti...pemerintah yang menurut sejara asal penubuhannya bukanlah bermatlamatkan "kemerdekaan" tetapi tanpa segan silu menyetakan merekalah pejuang sebenar kemerdekaan...bangga dengan corak pemerintahan warisan penjajah...kenapa warisan penjajah? lihat isi kandungan perjanjian GENEVA yang ditandatangani...
UMNO atau istilah melayunya 'pekembar' sendiri pun walaupun menggunakan slogan "Hidup Melayu" sebagai salam perjuangannya namun dari segi nama persatuannya itu sendiri tidak pernah diubah kepada bahasa bangsanya (walaupun pada ada usaha untuk mengubahnya namun x kekal)...kenapa...takkan sesuatu perkara itu berlaku tanpa asbab walaupun tuhan bisa menjadikan sesuatu perkara tanpa asbab...
dari sejarah penubuhannya, sejarah
kebanggaannya (kejayaan menentang Malayan Union), pembentukan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1948 (sila bandingkan dengan Perlembagaan Rakyat 1947 yang dibentuk oleh AMCJA-PUTERA),
pelaksanaan undang-undang daurat 1948, kemerdekaan tanah Melayu, pembentukan MALAYSIA, BANGSA MALAYSIA (menurut saya ini merupakan aksi pembunuhan terhadap
perjuangan kebangsaan Melayu), pemisahan Singapura( sejak dari Mlaayan Union yang langsung tiada bezanya dengan Federation 1948), konfrontasi dengan Indonesia (3 org melayu ko boleh bunuh ek tunku, yg 11 org cina tu boleh plk ko lepaskan: DAP N MIC siap bersatu tu minta kaum mereka dbebaskan) propaganda 13 Mei (Kia Sung
pun sama, analisisnya terlalu bias
walaupun sebenarnya berusaha untuk
membawa suatu intepretasi baru kononnya), isu kat tasek utara, baling, auku, isa, sehinggalah kpd apa yang kalian nampak kini..
mmg adalah suatu yang kejam jika
dinyatakan bahawa pihak pemerintah
langsng tiada membawa sebarang kebaikan dalam sejarah pemerinthannya di tanah air ini...namun selagi pendemokrasian yang menyeluruh tidak berlangsung (media, hak politik, kebebasan suara dll) maka ini memaparkan kelemahan pihak pemerintah..
ISA dan OSA....ini jua masalah...dlu masa tahun 2007..Malaysia dgn isu FTA nya...kenapalah senang2 nak jual negara ini pada Amerika walaupun penjajahan nya taklah secara rasmi spt dalam Rancangan Malayan Union tu...hey..lihatlah apa yg berlaku kat filipina...gara2 tak sabar
nak merdeka n patah semangat nak merdeka dengan darah...lihat apa yang terjadi kat ekonomi diorg...pasaran gula ditentukan
amerika...nilai mata wang pun amerika taukehnya...serba-serbi semuannya dikawal oleh amerika...memanglah bahasa inggeris
diorg tu hebat...istilah 'filipina'(nama raja sepanyol:king philip) itu sendiri dah menggambarkan bahwa mereka tu sebuah negara warisan penjajah dan hakikatnya masih dijajah pun....
tgk...sehebat manapun masyarakat filipina berbahasa inggeris...namun adakah mereka bisa mencipta suatu empayar yang hebat dr segi politik mahupun ekonominya. selagi hidup dikawal umpama boneka...jangan mimpilah kau leh pergi jauh....
(PERJUANGAN BERTERUSAN: Mohd Isa menunjukkan bendera Umno ketika ditemui di rumah anaknya di Felda Sungai Tiang dekat Pendang.:SUMBER BERITA HARIAN )
jadi..hamba pacal yang hina dok mintak sangatlah semua pihak dari apa aliran sekkalipun bersatu hatta aliran sains sekalipun...janganlah dok asyik beronani dengan aliran masing2...jangan dipecah2kan...semua pihak perlu bertanggungjawab...sastera, seni, agama, sains...semua leh "kaw team"
punya...jangan masing2 nak dok ego dgn aliran masing2...semua sama
sahaja...kenapa aku cakap kita ni x
bersatu? adalah sebabnya...
dulu dalam teks kesusasteraan melayu...ada satu bahan bacaan..judulnya "TEKUKUR"..aku ni bukanlah aliran
sastera...aku cuma dak seni( kos lelong kat u)..
"TEKUKUR" ini memamg cerita
"rare"...sebabnya...crita tu sehingga kini tiada siapapun yg tahu tentang penulisnya...cuma dia guna naama pena"pro-right"..."antiwar" dn bebrapa lagi
nama pena...pastu crita ni disiarkan pada akhabr yg berbeza secara bersiri dlm tempoh 7 ke 9 bulan..akhbar tu Lembaga Melayu, Saudara dn bebrapa akhbar lain..yg sedikit mengecewakan hati..bila
minta penjelasan ttg crita tu kat dak sastera...diorg cuma dok cakap crita tu dari sudut kajian sastera lah..latar tempat..latar watak..latar masyarakat...mcm ko blaja komsas dulu...member aku x puas hati n gi tanya ahi ademik yg ada PHD...jawpan diorg pun lebih kurang sama...jadi dia x puas hati...pastu...dia cuba kaji dengan guna banyak perkara dan sejauh serta sedalam mungkin...dia cuba kait kan ngn sejarah...ternyata...crita tu ada kaitan dgn sejarah lama-lama...knapa..mmglah
crita tu mcm crita hidup binatang...sebb byk sgt watak
binatang..tekukurlah...burung muraiah...kuda putih lah..burung layan2 lah...tapi member aku rasa macm ada satu yang pelik kat crita tu...mcm penulis tu nak sembunyikan something lah kan...sebab..tekukur tu dia bubuh nombor...ada tekukur 1874 ngn tekukur 1909...nombor2 tu ada kaitan dgn sejarah melayu...iaitu "PERJANJIAN PANGKOR 1874 PERJNAJIAN INGGERIS-SIAM 1909...pastu rupa-rupanya menurut pandagan beliau..penulis crita ni menggunakan kaedah alegori atau perumpaan dengan menggunakan watak bintang bagi mengaburi pihak penjajah untuk menyebarkan idea
resistansi beliau....ternyata semnagat kebangsaan telah lama matang dlm masyarakat melayu sebelum tahun 1938 lagi
kerna crita ni muncul awal kurun 20 iaitu sekitar tahun 1920an....
lagi satu...aku
sebenarnya tak suka guna istilah
"NASIONALISME"...sebabnya maksud istilah barat ni begitu mengelirukan...aku lebih
gemar guna istilah "KEBANGSAAN"..sebab
istilah inilah yang digunakan oleh para pejuang kemerdekaan dahulu...
dulu ada tema hari kemerdekaan berbunyi "NASIONALISME TERAS
PERPADUAN"...yeker...lihat apa yg berlaku pada zaman kerajaan islam turki uthmanniyyah...bukan slogan NASIONALISME ini ker yg menjatuhkan kerajaan ni...hahahah..whatever...
jadi..semua bersatulah yer....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam hormat sdr,
Izinkan hamba meninggalkan sedikit coretan buat renungan bersama.. anggaplah ini sebagai nasihat buat sdr, saya dan orang lain yang sudi memahami..
1. Banyak kedapatan kerosakan dalam penulisan Bahasa Melayu sdr. -awal mula pertama mula sudah salah, dirgahayu sdr, bkn digarhayu
-Kata nama khas dikecilkan (contoh; malaysia, abdulluah,melayu, pekembar dll)
-dikemudangkan; adakah sdr ingin maksudkan dikumandangkan?
-hemat; hemah?
-daurat; darurat
-ahi ademik
ah.. banyak la kalau nak tegur. Bagi saya jika anda ingin menulis perkara sebegini sekurang-kurangnya jagalah penulisan. Kurangkan kesalahan. Usah terikut dengan sikap sesetengah blogger yang sudah kacau Bahasa Melayunya.
2. Kali pertama saya menemui nama Abdulluah~ apa maksudnya sdr? yang saya tahu Abdullah maksudnya hamba Allah.. mungkinlah versi dalam Bahasa Inggeris yang sdr ambil.
3. Tentang PPSMI ~ kurang jelas adakah anda menyokong ataupun membantah.. perenggan awal sdr kelihatan anda mengatakan hujah '...Demi Perjuangan Bangsa...' sudah lapuk namun masih relevan. Pengalaman saya di sekolah ialah PPSMI hanya mampu dikuasai kelas hadapan. Kelas belakang bila ujian mereka lebih banyak termenung mahupun lena. Jawab dengan air liur basi. Apalah nasib pelajar di pedalaman. Bahasa Inggeris tidak mampu dikuasai apatah lagi Sains dalam Bahasa Inggeris.. Saya syorkan sdr baca buku 'Jom Ke Pedalaman' tulisan seorang guru sains.
Apapun sdr.. saya bersetuju supaya kita bersatu. Namun yang buruk tidak boleh dicampur dengan yang baik kerana yang buruk akan merosakkan yang baik. Apa yang buruk dan apa yang baik saya percaya semua manusia yang berakal waras lagi cerdas mampu menilainya. Namun nilailah dengan mata hati, bukan dengan nafsu melulu.
Salam hormat.
Salam..
jangan mengajurkan fakta Abdullah Munshi adalah bagus. Banyak yang boleh disangkal. dia adalah alat lahiran British yang membentuk paradigma melayu moden. dia tidak sehebat Hamfah Fansuri yang nyata sekali sudah merobohkan dunia orentalis..
Aku unjurkan satu pantun untuk kau..
kalau tuan pergi menebang,
jangan lupa membawa kapak,
jagan diikut resmi kiambang,
pucuk menghijau akar tak jejak..
Catat Ulasan