Jam 1330 waktu Indonesia Barat merupakan waktu giliran sesi pembentangan aku. Sesi pembentangan aku dikelolakan oleh seorang moderator yang bernama Irwan Iskandar. Beliau merupakan graduan dari Jerman yang mempelajari tentang bidang European Study.
Beliau menyatakan yang dahulunya sebelum ke Jerman, beliau pernah mengikuti kuliah bahasa di Kuala Lumpur. Sesi pembentangan tersebut bermula agak lewat disebabkan beberapa masalah teknikal dari sudut kepenggunaan alat projektor yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Aku berharap agar ianya selesai segera supaya beban yang tergantung dibahuku dapat cepat ku lepaskan.
Setelah 2 pembentang disebelah ku selesai, tibalah giliran ku pula.
Gaya pembentangan kali ini tidak memerlukan aku berdiri di meja berucap. Cukup hanya duduk di meja pembentangan. Sepatutnya, sesi pembentangan ini perlu disampaikan dalam bahasa Inggeris lantaran statusnya yang bertaraf antarabangsa. Namun, dengan selambanya aku membentangkan kajian aku dalam bahasa Melayu. Ianya bukanlah disebabkan aku nak tunjuk selamba. Tapi dilakukan atas sebab dan musabab yang mengikut perkiraan ku adalah munasabah. Pertama, dalam sesi pembentangan aku, tiada pun para audiens yang berasal luar dari alam Melayu iaitu maksud ku tiada manusia kulit putih (Eropah), manusia kulit hitam (Afrikan) dan manusia kulit kuning (China, Korea dan Jepun). Makanya, menurut ku manusia kulit coklat (Orang Melayu) ini sudah sepastinya jauh lebih dapat memahami isi pembentanganku. Bukankah bahasa itu jiwa bangsa. Dan bukankah Riau tempat aku membentangkan kajian ini merupakan bumi dimana dahulunya merupakan antara pusat perkembangan bahasa Melayu yang gah. Bahkan sebelum itu pun, guru ku ada memberitahu ku dan memberi keizinan yang mana aku boleh sahaja membentangkan kertas kerja ku dalam bahasa Melayu jika audiens dalam sesi pembentangan aku itu adalah penutur Melayu seluruhnya.
Keduanya, tak lain tak bukan adalah disebabkan kelemahan bahasa Inggeris ku. Aku dapat bayangkan kalau aku bentangkannya dalam bahasa Inggeris mesti aku tergagap-gagap dan ternganga-nganga. Misalnya mesti aku akan cakap satu kata penyambung ayat dalam kadar berulang-ulang kali. Misalnya seperti;" which is, which is, which is" ataupun "that is, that is, that is", ataupun juga "the thing is, the thing is, the thing is". Jadi, dari aku buang masa bercakap hanya satu perkataan berulang-
ulang kali disebabkan pembendaharaan kata Inggeris aku yang lemah untuk menyambut ayat, makanya aku berkeputusan membentangkannya dalam bahasa Melayu.
Waktu aku mula mengeluarkan kata-kata pendahuluan sebagai pengenalan tajuk pembentangan ku, suara ku agak perlahan sehingga si moderator meminta agar mikrofon diletakkan dekat hampir dengan bibir mulutku. Aku tarik nafas dan kemudiannya memulakannya. Kajian ku berkenaan Orang Laut Semenanjung Malaysia dan hubungan budayanya dengan Orang Laut di Kepulauan Riau.
Dalam pembentangan aku, aku menyarankan agar suatu kajian etnografi budaya barangkali boleh diupayakan dari sudut perbandingan antara Orang Laut di Semenajung Malaysia dengan Orang Laut di Kepulauan Riau bagi menjejak asal-usul lokasi mereka. Hal ini kerana kebanyakannya Orang Laut di Semenanjung Malaysia adalah berasal daripada Kepualuan Riau-Lingga.
Misalnya seperti Orang Kanaq yang berada di Kota Tinggi yang sememangnya dari tradisi oral mereka berasal dari Kepulauan Riau dan mereka merupakan serpihan daripada Orang Sekanak yang berada di Riau. Mereka di bawa ke Johor oleh Sultan Johor pada sekitar awal kurun ke-19. Begitu juga dengan Orang Duano (di Malaysia mereka lebih dikenali sebagai Orang Kuala), yang mana
sehingga kini pun masih lagi ada lawatan persaudaraan meski dalam kadar yang agak jarang dengan masyarakat Orang Duano yang terdapat di sekitar Bengkalis, Rupat, Rangsang. Namun tidak pula bagi Orang Seletar. Bagi Orang Seletar mereka hanya mampu mengesan lokasi asal-usul mereka dari Singapura di Sungai Seletar khususnya. Pada masa kini, tiada dari kalangan masyarakat mereka yang mengetahui tentang asal lokasi nenek moyang mereka lebih jauh dari Singapura. Walaupun begitu, masyarakat Orang Seletar ini berkongsi sejumlah kosa kata dengan masyarakat Orang Laut di Kepulauan Riau. Kosa kata yang dikongsi antara keduanya bukan sahaja sama dari sudut sebutan tetapi turut sama dari segi kepenggunaan rujukan dan fungsinya. Misalnya seperti kata pekajang yang merujuk kepada atap yang diletakkan pada perahu, ibul yang dijadikan sebagai lembing daripada kayu nibong dan juga istilah rujukan pada gamat atau tripang (istilah yang digunakan di Indonesia) yang menggunakan istilah yang hampir sama iaitu nebi oleh Orang Seletar dan nabi oleh Orang Laut di Kepulauan Riau. Persamaan kosa kata ini aku peroleh menerusi kajian etnografi ke atas masyarakat Orang Seletar dan perbandingan menerusi pembacaan aku terhadap kajian yang dinukilkan oleh Cynthia Chou dan Sudarman Sembiring bagi Orang Laut di Kepulauan Riau.
Sepertimana biasa, aku pasti ditegur oleh si moderator lantaran mengambil masa yang lama membentangkan kajian aku. Moderator memberi isyarat bahawa masa untuk aku membentangkan kajian sudah habis. Maka dengan itu, aku cuba memendekkan penerangan aku semampu boleh. Dan disebabkan masa yang diperuntuukan sudah habis, aku tidak dapat menerangkan tentang isu kepercayaan Orang Laut dengan lebih terperinci. Walhal ianya merupakan bahagian yang aku sukai. Namun, aku dapat juga menerangkan secara ringkas tentang struktur kepercayaan Orang Laut Semenanjung Malaysia meskipun tidak secara mendalam.
Setelah aku menamatkan pembentangan aku dengan kesimpulan kajian, maka sesi tersebut terbuka pula kepada sesi soal-jawab. Menurut aku, sesi soal-jawab merupakan sesi klimaks dalam mana-mana pembentangan akademik. Bagi orang seperti aku ini, sudah sepastinyalah aku mengharapkan tiada sebarang soalan yang ditujukan kepada aku. Namun setakat ini, dalam semua seminar yang
aku sertai, bidang kajian Orang Laut mesti mendapat tempat itu diajukan soalan. Dalam sesi seminar kali ini, aku sudah pun menduga bahawa aku pasti akan dipertanyakan soalan. Alasan mudahnya adalah kerana, aku sedang membentangkan kertas kerja di Riau. Riau pula merupakan tanah air lazim bagi Orang Laut dan sememangnya telah pun popular sejak dahulu lagi dari periode Srivijaya sekitar kurun ke 7 M (bahkan awal dari itu lagi) sehinggalah ke periode Kesultanan Johor. Jadi nak tak nak, mahu tak mahu, aku perlu pasrah sahaja untuk sebarang pertanyaan aku. Ini tempat dan ruang dimana banyaknya taburan Orang Laut bahkan sehingga kini budaya komuniti ini masih berlangsung.
Ada seorang audien. Wanita yang kuperkira sudah pun berkahwin. Cuma tiada aku tahu latarnya sama ada pensyarah atau pelajar atau pun hanya orang awam yang mahu mencari jawapan. Daripada susuk ini lah aku menerima soalan yang perlu ku perjawab. Ibu ini (gelaran yang lazim di Indonesia dalam merujuk mana-mana wanita selain mbak) menyatakan soalan yang berbunyi seperti ini : "Pembentang sebelum bapak (istilah lazim di Indonesia yang merujuk kepada lelaki) membentangkan tentang tengkolok yang dipakai oleh Kesultanan Perak. Bapak pula ada menerangkan tentang tanjak yang dipakai oleh Orang Laut. Apakah kedua-duannya berasal dari kumpulan yang sama.
Soalan kedua pula, apakah sehingga kini masih ada lagi Orang Laut yang menghuni perahu dan
akhirnya tadi pada bahagian kesimpulan bapak ada mengatakan bahawa masyarakat Orang Laut ini terhimpit dengan perkembangan pembangunan dan bapak mengatakan bahawa pembangunan turut penting, jadi soalannya apakah di Malaysia ada jabatan dalam mengupayakan agar mempertahankan budaya Orang Laut dalam era pembangunan negara?.
Setelah 2 rakan pembentang aku selesai menjawab soalan, maka aku pun menjawab soalan yang diajukan kepada aku. Jawapan aku seperti berikut:
"Apakah ada hubungan antara Kesultanan Perak dengan Orang Laut (pembentang sebelah aku merupakan pensyarah UKM yang membentangkan berkenaan tengkolok Kesultanan Perak)?. Jawabnya adalah ya. Sebabnya pertama kita di alam Melayu merupakan kelompok bangsa astronesia secara umumnya dengan berbahasa melayu-polinesia. Keduanya, kedua-dua golongan ini (Kesultanan Perak dan Orang Laut) mempunyai hubungan yang rapat. Kan sistem pemerintahan raja di alam Melayu ini bersifat feudal. (sewaktu aku menyebut istilah feudal ini, aku pandang muka guru ku. aku pandang riak mukanya mula berubah. aku perlu berhati-hati menggunakan istilah feudal. Sebabnya istilah feudal ini lazimnya membawa konotasi dan tafsiran yang negatif apabila dihubung-kaitkan dengan raja-raja Melayu. Manakala guru ku pula merupakan antara orang yang mempunyai sedikit jiwa feudal Melayu yang mana dalam erti kata mudahnya dapatlah aku berikan gambaran ringkas bahawa guru ku ini mempunyai tanggapan pemikiran yang sedikit hampir sama dengan geng-geng UMNO, PERKASA di Malaysia apabila berbicara tentang isu Melayu dan Kemelayuan. Jadi kalian boleh lah serba sedikit mengetahui siapakah guru ku ini bila ku katakan seperti ini. Makanya aku perlu berhati-hati agar tidak muncul bibit tidak puas hati guruku terhadap diriku). Aku sambung jawapan aku; "walaupun feudal, namun kedua-dua golongan ini mempunyai hubungan..saling perlu-memerlukan dan saling lengkap-memperlengkapi. Kesultanan Perak itu kan merupakan serpihan dan mempunyai hubungan darah dengan kesultanan Melaka..Kan setelah Melaka jatuh di tangan Portugis, anak Sultan Mahmud kemudiannya membuka kota lain iaitu anaknya yang bernama Alauddin mengasaskan Kesultanan Johor manakala anaknya yang Muzaffar pula mengasaskan Kesultanan Perak. Bukankah Kesultanan Melaka itu berasal dari kerajaan Srivijaya yang berada di Palembang dibawah Parameswara. Jadinya Kesultanan Perak itu merupakan legasi dari kesultanan Melayu Melaka dan lebih awal lagi dari Kesultanan Srivijaya. Jadi bagaiamana pula bentuk hubungan antara
Kesultanan ini dengan Orang Laut. Jawabnya, bukankah dalam Sejarah Melayu ataupun nama asalnya Sulalatus Salatin ada menyebutkan tentang konsep wa'ad ataupun kalau menurut sarjana Wolters menyatakannya dengan istilah abhiseka. Bukankah konsep waad ini melibatkan janji setia antara 2 golongan iaitu golongan pemerintah/ raja menerusi Sang Nila Utama/Parameswara
dengan golonganh yang diperintah/rakyat yang dalamnya tergolong juga Orang Laut menerusi watak Demang Lebar Daun. Dalam sumpah taat setia yang dikenali wa'ad atau abhiseka itu kan telah dinyatakan dengan dialog seperti ini, kata Parameswara;"andai anak cucu hamba melakukan kesalahan, janganlah sesekali anak cucu tuan hamba mengaibkan anak cucu hamba dengan aib yang dalam sekali sehingga membawa kepada derhaka....jika anak cucu tuan hamba derhaka, maka terbaliklah dunia ini dimana bumbung rumah akan terbalik jatuh ke tanah (kiamat)...manakala kata-kata Parameswara pula ini disambut jawab balas oleh Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dan Orang Laut dengan kata-kata; "begitu jugalah dengan anak cucu hamba...janganlah sesekali anak cucu tuan hamba mengaibkan anak cucu hamba jika bersalah ianya dengan hukuman yang mengaibkan sekali"...manakala Wolters pula ada menyatakan menerusi upacara abhiseka dimana Orang Laut menolak kedaulatan Majapahit (Srivijaya gagal dalam pemberontakan menentang Majapahit) dan menyembahkan kesetiaan dibelakang Parameswara....Dari sini maka wujudlah hubungan 2 hala saling perlu-memperlukan antara golongan berdarah putih iaitu raja dengan rakyat yang tergolong juga Orang Laut...Bahkan barangkali menerusi upacara janji taat setialah barangkali asas kepada kewujudan konsep "daulat", konsep "tulah", konsep "tiada anak Melayu menderhaka kepada raja", konsep "pantang Raja-Raja Melayu dihina" (kah kah kah kah kah kah kah)...upcara taat setia ini barangkali merupakan pemula kepada wujudnya kontrak sosial yang tak bertulis antara rakyat dan raja yang mana rakyat akan sentiasa mempertahakan institusi diraja walau seteruk manapun perangai raja itu...( kah kah kah kah kah )....aku jawab lagi, bahkan geng-geng (Orang Laut) inilah yang banyak membantu Parameswara dalam pelariannya dari Srivijaya sehingga dapat membuka kota Melaka...(aku tak tersengaja menggunakan istilah geng dalam menjawab soalan itu sebab ianya secara spontan...maka secara tiba-tiba para peserta seminar tergelak terutamanya dari Malaysia dan Singapura manakala ada dari kalangan peserta Indonesia yang tak faham dengan istilah geng ini)..Aku terus kan jawpaan aku lagi dengan mengatakan ; geng-geng inilah yang menemukan tapak Melaka untuk Parameswara jadikan kota...(audiens gelak lagi sebab pada awalnya aku ingat diorg faham maksud rujukan istilah geng itu...selantas itu juga aku cakap dengan suara sedikit tegas dan keras..."ok, ok, kumpulan masyarakat ini"...kemudiannya audiens terdiam...aku sedikit bengang dengan gelakan itu sebab menganggu kelancaran aku menjawab soalan. aku jawab lagi: "sepertimana yang dinyatakan oleh DR. Shah Alam pagi tadi ( masa sesi ucaptama), dalam Kerajaan Kesultanan Melayu, negara kota itu tidaklah terlalu penting sebab negara kota Melayu didirikan dengan ciri binaan yang cukup ringkas dan mudah iaitu dari kayu dan daun nipah, mengkuang dll...disebabkan mudahnya didirikan maka mudahlah juga dibinasakan...hal ini dapat dilihat lebih-lebih lagi selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis...terlalu banyak negara kota Melayu yang dibina dan banyak yang musnah...ini menunjukkan bahawa negara kota dalam konteks kesultanan raja Melayu tidak penting...jauh yang lebih penting adalah pengikut...selagi mana raja itu punya pengikut, maka selagi itulah adanya kerajaan Melayu...selagi ada pengikut, hiduplah raja itu...dan pengikut yang dimaksudkan itu adalagh rakyat yang didalamnya tergolong juga Orang Laut....Jadi disebabkan sistem feudal ini, maka muncullah perbezaan dari sudut material antara pemerintah dengan yang diperintah...pemerintah haruslah memakai tengkolok yang diperbuat daripada bahan mentah yang
mahal dan tahan lama seperti sutera dan benang manakala Orang Laut, sesuai dengan status feudalnya dari garis kelas bawahan, maka ikatan kepala mereka yang dikenali sebagai tanjak hanya diperbuat daripada bahan mentah yang murah dan mudah diperoleh iaitu daripada daun nipah, pandan dan mengkuang.Bahkan bagaimana munculnya Raja-Raja Melayu itukan agak pelik...Raja-Raja
Melayu itukan menerusi kitab Sulaltus Salatin kan mengatakan bahawa Raja-Raja Melayu itu berasal dari keturunan Iskandar Dzulkarnain...3 beradik Parameswara iaitu Sang Sapurba, sang Nila Utama dan Sang pendita Krishna itu kan dalam kitab itu mengatakan bahawa pernah pergi ke kerajaan bawah laut iaitu kerajaan Dhika dan kemudianny muncul di bukit siguntang mahameru, di Palembang..bila muncul disana, maka padi berbuahkan emas, daun berubah perak....jadi cerita2 ini dari satu segi cuba untuk menonjolkan ciri wibawa raja yang berbeza dengan rakyat jelata. Dan cerita yang agak karut ini kan menampilkan unsur feudal....Itulah jawapan aku bagi soalan pertama....
Jawapan itu soalan 2..."Pada hari ini, Orang Laut dah tidak menghuni perahu...mereka sudah pun menghuni dan menjalani gaya hidup sedentri...membina penempatan atas air dari kayu bakau yang dikenali sebagai penempatan cerucuk...gambar yang tadi tue gambar lama...masa diorg masih lagi menjalani gaya nomadik perahu"...
Jawapan itu soalan 3..."Hari ini Orang Laut seperti Orang Seletar menghadapi tekanan sosial yang kuat sebab kawasan penempatan mereka di sepanjang Selat Tebrau sedang rancak membangun...pembangunan penting...tetapi pihak berwajib (kerajaan) perlu bijak mengatasi masalah ini agar kelangsungan budaya mereka tidak terancam dan dapat dipertahankan...Di Malaysia ada
jabatan khusus yang dibentuk kerajaan untuk menguruskan hal ehawal masyarakat ini yang dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli.."...aku tambah lagi penerangan tapi tak aklu berikan penerangan panjang lebar..."tapi ada sesetengah golongan yang mahu mentamadunkan Orang Laut dengan cara mengislamkan mereka...ini bukan caranya sebab melayu itu melayu lah...islam
itu islamlah..." aku sebenarnya nak ulas isu melayu-islam dalam konteks masyarakat Orang Asli umumnya dan Orang Laut khususnya dengan panjang lebar dan mendalam...sebab isu ini pada aku perlu dibahaskan agar dapat memperbetulkan tanggapan salah faham masyarakat terhadap Orang Asli yang tidak dilihat sebagai Melayu kerana masih menyembah semangat, matahari, pokok dll...sedangkan kedua-dua unsur iaitu Melayu dan Islam itu berbeda...tapi disebabkan seminar kali ini ada guru ku, maka aku malas nak ulas panjang2...cukup aku bagi satu kenyataan ringkas...yang faham tue faham lah...yang tak faham...lantaklah...aku malas nak ada krisis atau rasa terasa hati antara aku dengan guru ku...cakap mudahnya dalam isu atau konteks Melayu-Islam, pandangan aku dengan guru ku adalah berbeza...ini dapat dilihat dalam penulisan tesis aku pada bahagian perbincangan bab 2
yang mana guru ku dengan mudahnya buang hujah panjang lebar aku tentang soal salah faham isu Melayu-islam dalam kontek hubungannya terhadap Orang Asli khususnya Orang laut di Asia Tenggara...itu memang membuatkan ku sedikit benggang...aku tulis panjang lebar...dan dengan mudahnya iaitu hanya satu klik sahaja guruku buang isi perenggan hujah aku...disebabkan aku nie
anak murid dan dia guru...aku redha dan pasrah..mungkin ada hikmah...dah memang adab berguru...anak murid kena taat dan setia...kadang-kadang aku fikir hubungan aku dengan guru ku macam hubungan Parameswara/ Raja/Sultan dengan Orang Laut pula...hahahahahahahaha....
BERSAMBUNG.........
BERSAMBUNG.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan