Satu perkara yang membuatkan aku berusaha untuk pulang juga ke kampung masa cuti Tahun Baru Cina baru ini walaupun pada ketika itu aku masih berada di tapak kerja kajian lapangan di Tasik Banding,Grik, Perak adalah disebabkan oleh budak ini. Hamjat Khusaini namanya. Tahukah kalian betapa kejamnya tesis sehinggakan aku tak pernah tengok budak ini semenjak dia dilahirkan. Inilah pertama kalinya aku tengok dan sentuh anak Cik Na ini. Tesis memang kejam...Sangat kejam!....Tapi syukur aku berkesempatan melihat budak ini walaupun usianya dah setahun lebih...Fuck...Dah setahun lebih baru aku dapat tahu macam mana wajah budak ini. Serius, aku memang tak pernah tengok wajah budak ini semenjak dilahirkan. Hal ini disebabkan aku tak punya mana-mana laman perhubungan sosial selain blog nie...Mungkin kalau aku ada FaceBook, maka dapatlah aku tengok muka budak ini menerusi laman FaceBook Cik Na dan Cik Fad meskipun tak dapat sentuh dan pegang budak ini. Dan satu lagi,nak bagitau betapa kejamnya tesis ini adalah aku pernah sehinggakan hampir setahun aku tak pulang ke kampung halaman gara-gara tesis. Hampeh punya tesis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan