Masa aku balik kampung sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, ada beberapa kejutan yang tak ku sangka bila aku sampai ke kampung halaman yang aku cintai. Antaranya adalah keberadaan 9 ekor anak kucing yang comel bersama 3 ekor kucing dewasa lain yang dipelihara oleh ibu bapa aku. Serius aku macam tak percaya. Tak percaya!. Sepertimana yang pernah aku nyatakan pada entri2 sebelum ini, masa aku kecik2 dulu, aku tak punya ruang dan peluang serta keizinan langsung nak bawa kucing ke rumah apalagi nak bela. Ianya merupakan suatu taboo atau larangan keras lebih-lebih lagi dari pihak ayah aku. Kemudian, sekitar lebih kurang 2 tahun lepas, aku tengok kat rumah adik bongsu aku ada bela seekor anak kucing yang dipungutnya kat sekolah agama. Tahun lepas, ada perkembangan lagi dimana masa aku balik bercuti, kat rumah aku ada 3 ekor kucing dewasa yang diberi nama "jumbo", "princess" dan "adik".
Menurut ibuku, Adik ini merupakan pemberian Mak Intan @ Mak Inten yakni seorang perempuan tua yang merupakan saudara jauh keluarga kami dimana beliau mempunyai kemahiran mengubat dan merawat orang yang terkena buatan makhluk halus. Beliau juga adakalanya dipanggil sebagai bomoh diraja disebabkan masa Al-Marhum Sultan Iskandar masih hidup dulu Al-Marhum Sultan sering mengajak beliau ke Gunung Ledang untuk buat hal-hal mistik yang tak ku ketahui lebih mendalam. Beliau juga merupakan emak kepada Suliza Salam yang dengar katanya dahulu merupakan penyanyi popular sekitar era 80-an. Kalau tanya orang Parit Betak, diorang tahu lah. Yang aku kagum dengan Mak Inten nie, walaupun usianya sudah pun mencecah 80 tahun lebih, tapi kesihatannya masih baik. Masih mampu berjalan, mendengar dan melihat dengan baik. Entahlah, mungkin sebab dia bomoh kot.
Berbalik kepada hal tadi. Ah, pelik dan ajaib. Macam mana bapak aku boleh bagi ruang kepada kucing2 nie bernafas dalam ruang legar rumah aku sebab aku tahu lah perangai bapak aku bila berhadapan dengan kucing2 yang datang menyinggah ke rumah aku. Dulu, aku tengok, pantang ada kucing yang cuma mungkin hanya tumpang melintas di rumah aku, pasti dihambatnya dengan penyapu lidi dengan alasan biar kucing tue tak berani lagi datang. Tapi tahun nie lagi pelik ada 9 ekor anak kucing yang keluarga aku bela. Bela dan pelihara dengan penuh kesungguhan pulak tue. Siap ada rumah...Ada makanan kucing....Ada susu kucing...Ada pasir khusus yang dibeli untuk najis kucing..Ah, sejujurnya memang aku tak percaya...Serius, dalam hati aku bermonolog kecil "orang tua nie dah buang tebiat ke apa!". Sebenarnya bukan dalam hal kucing ini sahaja...Tapi ada beberapa hal lain yang terjadi sewaktu aku balik kampung baru ini yang aku anggap dimana keluarga aku ini terutamanya bapak aku seperti orang yang dah buang tebiat...Mungkin pada entri yang lain akan aku ceritakan hal ini yang mana aku anggap ianya merupakan suatu kejutan dalam sejarah hidup aku...Aku rasa pelik dan macam dunia nie nak kiamat jer....Ah....apa semua ini...Aku tak faham... Betul lah kata A.Samad Said : "kalau dahulunya keras membenci, sekarang jadi menyukai....kalau dahulunya bermula dengan kiri, akan sampai waktunya akan diakhiri dengan kanan"...

manusia memang haiwan sosial yang sukar dimengerti..
Pelik...pelik...pelik...aneh...aneh...aneh...ajaib...ajaib.ajaib...
Kemudianya, masa hari sabtu petang, nenek saudara aku rembat 2 ekor anak kucing manakala adik aku pula bawak princess dan seekor anak kucing yang memang comel yang namanya garfield untuk dipelihara di rumahnya di Perak..... Sebenarnya adik aku kalau boleh nak bawa kucing dewasa yang bernama adik itu balik...Tapi ibu aku berkeras tak bagi sebab ibu aku sayang gila kat kucing tue..Adik tue punya bulu dan ekor yang cantik..Aku pula hanya mampu memasang angan2 untuk bela kucing...sebab kat penang nie aku dok rumah flat, jadi agak payah lah nak membela kucing...lain lah adik aku yang tinggal di rumah bertanah yang sememangnya mudah untuk memelihara kucing...jadi aku hanya mampu melopong dan mengnganga sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan