Jumaat, 28 Jun 2013

Ervin Boban Lagenda Johor



Esok malam besar...Malam penting...Malam bersejarah...Johor DT ke final piala fa 2013..Sejarah yang macam mana perlu aku katakan ya...Nak kata Johor DT nie mahu buat sejarah pertama kali atau mengulangi sejarah tahun 1998???...Keliru...keliru...keliru...apakah pencapaian Johor FA tahun 1998 itu relevan dikreditkan dan diasosiasikan dengan Johor DT kini sedangkan Johor FA itu buat masa kini sedang bergelut di kancah liga perdana???...Pusing dan pening...Ok..Aku tak pandai nak berbahas tentang polemik ini??? Biarkan ia tergantung-gantung sehingga jadi taboo yang tak bisa dipersoal mahupun dijawab....Dulu "enjut lebah enjut", "sengat jengking sengat"...Sekarang dua-dua slogan ini dah tak ada...dah jadi 'Luaskan Kuasamu"...Aduh 1000 kali pening dibuatnya...Dulu lebah dengan kala jengking, sekarang dah jadi harimau...aduh...banyak betul kontroversi dan polemiknya...aku tak arif pasal semua ini...jadi aku noktahkan sahaja disini. TITIK.


Tahun 1991, Johor FA memenangi Piala Fa dan Juara Liga.  Waktu tue aku baru berusia 5 tahun. Aku langsung tak tahu apa pasal bola sepak Johor masa tue...Namun, nostalgia ini masih lagi menjadi perbualan rakyat Johor dalam tempoh 5-6 tahun setelah era kejayaan tue..Sebabnya semasa aku masih dibangku sekolah rendah, nama-nama seperti Ervin Boban, Alister Edward dan Abbas Saad masih disebut-sebut...Tapi yang lebih dominan adalah nama Ervin Boban. Setelah tempoh tue aku sudah tidak kedengaran sangat tentang bola sepak Johor meskipun tahun 1998, Johor FA memenangi Piala FA.


Skuad Johor 1991


Sebut pasal Ervin Boban, aku ada terbaca siri temuramah yang tidak pernah diterbitkan berkenaan Ervin Boban ini.  Temuramah ini dilakukan oleh BOS JOHOR.  Aku tak nak ulas panjang2 tentang isi temuramah tersebut...Kalian boleh membaca dan membayangkan sendiri dalam khayalan kalian tentang Johor pada era kegemilangannya menerusi sesi temuramah tersebut. Lihat disini :http://bosjohor.blogspot.com/2012/10/siri-bercakap-dengan-lagenda-part-1.html

 Aku cuma mahu memetik beberapa bait kata Ervin Boban yang aku sukai...Entah atas sebab apa aku sukai bait2 kata beliau tue...Semacam ada suatu rasa yang berbaur-baur...Ada rasa hebat,cool,stye, mahsyur, gah, nostalgikal, memorial, syahdu, sedih, romance, tawa, riang, nangis dan macammacam lagi...semuanya bercampur baur bila aku membacanya dan menghayatinya.  Suatu rasa yang tak dapat diungkap secara literal dan konkrit...Abstark yang mutlak mungkin...


Ervin Boban

Antara bait-bait kata Boban yang aku sukai:

"Saya sudah lama terputus hubungan dengan kawan-kawan lama saya sejak meninggalkan Malaysia dahulu. Saya harap anda dapat ceritakan berita-berita terbaru mengenai Malaysia dan sudah tentu juga berita mengenai pasukan Johor saya."


 "ANDA harus menyokong mereka seperti mana ANDA menyokong saya pada masa dahulu."


"Saya harap saya akan kembali ke Malaysia suatu hari nanti tetapi buat masa ni perlu kumpul banyak duit dan ianya mungkin memakan sedikit masa."


"Orang-orang di Malaysia juga sangat ramah dan baik. Begitu juga para pemain Johor, mereka menerima dan melayan saya dengan baik."


"Apabila anda berasa gembira di suatu tempat, kita tak akan sesekali berfikir untuk berpindah ke tempat lain, lebih-lebih lagi apabila semua menghargai kelibat saya di Johor. Saya juga bukan seseorang yang akan berpindah ke pasukan lain hanya untuk $1000-2000."


"Pemain bola sepak kesukaan saya adalah Marco Van Basten, dan kini adalah MESSI.  Manakala bagi pemain Malaysia pula adalah Nasir Yussof,Khalid Shahdan,Annuar Abu Bakar,Dollah Salleh,Zainal Abidin , dan ada beberapa lagi yang saya lupa namanya.  Tetapi semua orang beritahu saya bahawa pemain TERBAIK yang pernah di lahirkan di Malaysia adalah Arwah MOKHTAR DAHARI."

Nasir Yussof a.k.a The Proffesor"

"I'd love to come to Malaysia and Johor on reunion. It would be nice to see former teammates, the streets of Johor, the stadium, the people of Malaysia."

"I listened to a lot of Malaysian songs when I was in Johor, and now sometimes I let the tape group Illusy (maybe I misspelled the name) and my favorite song puisi cinta."


Peh...aku rasa hampir 70% daripada isi temuramah dengan Ervin Boban aku suka nie....Tapi dalam banyak2 bait kata Boban, yang paling aku suka adalah bait2 kata ini :

""you said that I'm a legend, I feel like all the generations of 1991, a football player who had the luck to win the Cup and the Malaysian league."


"“saya bukanlah lagenda, saya cuma seorang pemain bola sepak yang bagus yang bermain untuk satu pasukan yang baik iaitu Johor. Tanpa pemain-pemain tempatan yang bagus, kisah hidup saya tak akan berakhir dengan sebegitu indah. Johor harus memanggil mereka semua dengan gelaran LAGENDA.” – Ervin Boban (Lagenda Johor 1989 – 1995)


Dalam pada masa yang sama raayat Johor harus bertema kasih dan mengingati jasa dan kudrat pemain lagenda Johor yang lain yang telah membawa Johor pada tahap kegemilangannya suatu ketika dahulu...Sentiasa dalam ingatan : - Nassir Yussoff, Khalid Shadan, Omar Salim, Hasbulah Fatah, Anuar Abu Bakar, Salehan Mohd Som, Hassan Miskam, Roslan,Abbas Saad, Alister Edwars dan lain-lain lagi...


Regards to all Johorians!
Hidup Johor, Johor saya cinta! Saya cinta Malaysia! -Ervin Boban-


p/s aku mengharapkan aksi final fa cup nanti menyajikan aksi yang penuh menyeronokkan, mendebarkan juga berserta dengan semangat kesukanan yang tinggi....Bukit Jalil aku datang...

2 ulasan:

yana berkata...

Salam dek..Ervin Boban mmg legend dik..Masa thn dia di Johor..akak ingat lg kami org2 Johor mmg support giler2 team Johor..Nasir Yusuf jiran akak..n dia ada buat kesyukuran masa Johor mng Semua piala2 tu..Akak smptlah amik gmbr dgn diorang tu..betul kata ervin boban..kejayaan johor masa tu..bukanlah sbb dia seorang sj..tp semua..dn ygmplg penting ,masa tu pengurusan yg cekap n telus..

ruhi_hayat berkata...

Wasalam kak...Saya bukanlah orang yang layak untuk bersembang tentang kelagendaan skuad Johor lama...saya tidak merasai era tue...cuma dengar menerusi tradisi oral bapak, pak cik2 ngn orang kampung jer...sepanjang saya hidup, sekarang nielah dapat saya rasa dan terlibat sebagai penyaksi aktif terhadap peristiwa yang bakal menjadi sejarah untuk dirakam kepada anak cucu nanti...