Jumaat, 28 Jun 2013

Melayu Johor - Usman Awang


MELAYU JOHOR




Melayu Johor
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Tebrau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.


Di Johor,
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
malah Muallaf bertakrif Melayu.


Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap bersantun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan dikira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia sampai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat.


Anak Johor,
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.


Berkelahilah cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan, ikhlas memberikan.


Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati
Maaf senantiasa bersahut
Tangan dihulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.


Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah perdamaian
sifat terpuji setiap insan.


Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat
Berikhtiar dengan tabah
Kepada Allah berserah.

- USMAN AWANG 1988 -



P/S : Sajak oleh Usman Awang.  Besar pengertiaan dalam rangkap2nya.  Permulaan rangkap itu sahaja sudah punya isi yang cukup penting..."Melayu Johor, telah terlalu banyak kita kehilangan, sawah ladang bertukar tangan"...Ini kata2 Usman Awang tahun 1988...Kini dah 2013...Aku terkadang2 semacam nak nangis dimata...tapi aku tahankan sahaja...yang pasti hati ku menangis...Jangan kerna terlalu mengejar kemajuan dan kepalsuan serta kemewahan dunia ini, kita gadaikan apa yang telah dipunyai nenek moyang kita...Aku di Penang ini sudah hampir 7 tahun...Aku tak nak Johor nan permai dan takzim  menjadi seperti Penang itu...Umpama Hong Kong dan Singapura versi Malaysia nampaknya...Jangan sampaikan anak cucu kita tak mengenal apa itu sungai...apa itu parit...apa itu pucuk ubi...apa itu ubi getuk...apa itu kampung...apa itu ting-ting..apa itu cakar ayam...apa itu main baling selipar....Ingatlah bahawa tanah ini bukanlah sahaja warisan dari nenek moyang kita tapi pinjaman dari anak cucu kita...Sebagai peminjam, berperilakulah sebagai peminjam...Jangan digadai warisan kita.....

Ervin Boban Lagenda Johor



Esok malam besar...Malam penting...Malam bersejarah...Johor DT ke final piala fa 2013..Sejarah yang macam mana perlu aku katakan ya...Nak kata Johor DT nie mahu buat sejarah pertama kali atau mengulangi sejarah tahun 1998???...Keliru...keliru...keliru...apakah pencapaian Johor FA tahun 1998 itu relevan dikreditkan dan diasosiasikan dengan Johor DT kini sedangkan Johor FA itu buat masa kini sedang bergelut di kancah liga perdana???...Pusing dan pening...Ok..Aku tak pandai nak berbahas tentang polemik ini??? Biarkan ia tergantung-gantung sehingga jadi taboo yang tak bisa dipersoal mahupun dijawab....Dulu "enjut lebah enjut", "sengat jengking sengat"...Sekarang dua-dua slogan ini dah tak ada...dah jadi 'Luaskan Kuasamu"...Aduh 1000 kali pening dibuatnya...Dulu lebah dengan kala jengking, sekarang dah jadi harimau...aduh...banyak betul kontroversi dan polemiknya...aku tak arif pasal semua ini...jadi aku noktahkan sahaja disini. TITIK.


Tahun 1991, Johor FA memenangi Piala Fa dan Juara Liga.  Waktu tue aku baru berusia 5 tahun. Aku langsung tak tahu apa pasal bola sepak Johor masa tue...Namun, nostalgia ini masih lagi menjadi perbualan rakyat Johor dalam tempoh 5-6 tahun setelah era kejayaan tue..Sebabnya semasa aku masih dibangku sekolah rendah, nama-nama seperti Ervin Boban, Alister Edward dan Abbas Saad masih disebut-sebut...Tapi yang lebih dominan adalah nama Ervin Boban. Setelah tempoh tue aku sudah tidak kedengaran sangat tentang bola sepak Johor meskipun tahun 1998, Johor FA memenangi Piala FA.


Skuad Johor 1991


Sebut pasal Ervin Boban, aku ada terbaca siri temuramah yang tidak pernah diterbitkan berkenaan Ervin Boban ini.  Temuramah ini dilakukan oleh BOS JOHOR.  Aku tak nak ulas panjang2 tentang isi temuramah tersebut...Kalian boleh membaca dan membayangkan sendiri dalam khayalan kalian tentang Johor pada era kegemilangannya menerusi sesi temuramah tersebut. Lihat disini :http://bosjohor.blogspot.com/2012/10/siri-bercakap-dengan-lagenda-part-1.html

 Aku cuma mahu memetik beberapa bait kata Ervin Boban yang aku sukai...Entah atas sebab apa aku sukai bait2 kata beliau tue...Semacam ada suatu rasa yang berbaur-baur...Ada rasa hebat,cool,stye, mahsyur, gah, nostalgikal, memorial, syahdu, sedih, romance, tawa, riang, nangis dan macammacam lagi...semuanya bercampur baur bila aku membacanya dan menghayatinya.  Suatu rasa yang tak dapat diungkap secara literal dan konkrit...Abstark yang mutlak mungkin...


Ervin Boban

Antara bait-bait kata Boban yang aku sukai:

"Saya sudah lama terputus hubungan dengan kawan-kawan lama saya sejak meninggalkan Malaysia dahulu. Saya harap anda dapat ceritakan berita-berita terbaru mengenai Malaysia dan sudah tentu juga berita mengenai pasukan Johor saya."


 "ANDA harus menyokong mereka seperti mana ANDA menyokong saya pada masa dahulu."


"Saya harap saya akan kembali ke Malaysia suatu hari nanti tetapi buat masa ni perlu kumpul banyak duit dan ianya mungkin memakan sedikit masa."


"Orang-orang di Malaysia juga sangat ramah dan baik. Begitu juga para pemain Johor, mereka menerima dan melayan saya dengan baik."


"Apabila anda berasa gembira di suatu tempat, kita tak akan sesekali berfikir untuk berpindah ke tempat lain, lebih-lebih lagi apabila semua menghargai kelibat saya di Johor. Saya juga bukan seseorang yang akan berpindah ke pasukan lain hanya untuk $1000-2000."


"Pemain bola sepak kesukaan saya adalah Marco Van Basten, dan kini adalah MESSI.  Manakala bagi pemain Malaysia pula adalah Nasir Yussof,Khalid Shahdan,Annuar Abu Bakar,Dollah Salleh,Zainal Abidin , dan ada beberapa lagi yang saya lupa namanya.  Tetapi semua orang beritahu saya bahawa pemain TERBAIK yang pernah di lahirkan di Malaysia adalah Arwah MOKHTAR DAHARI."

Nasir Yussof a.k.a The Proffesor"

"I'd love to come to Malaysia and Johor on reunion. It would be nice to see former teammates, the streets of Johor, the stadium, the people of Malaysia."

"I listened to a lot of Malaysian songs when I was in Johor, and now sometimes I let the tape group Illusy (maybe I misspelled the name) and my favorite song puisi cinta."


Peh...aku rasa hampir 70% daripada isi temuramah dengan Ervin Boban aku suka nie....Tapi dalam banyak2 bait kata Boban, yang paling aku suka adalah bait2 kata ini :

""you said that I'm a legend, I feel like all the generations of 1991, a football player who had the luck to win the Cup and the Malaysian league."


"“saya bukanlah lagenda, saya cuma seorang pemain bola sepak yang bagus yang bermain untuk satu pasukan yang baik iaitu Johor. Tanpa pemain-pemain tempatan yang bagus, kisah hidup saya tak akan berakhir dengan sebegitu indah. Johor harus memanggil mereka semua dengan gelaran LAGENDA.” – Ervin Boban (Lagenda Johor 1989 – 1995)


Dalam pada masa yang sama raayat Johor harus bertema kasih dan mengingati jasa dan kudrat pemain lagenda Johor yang lain yang telah membawa Johor pada tahap kegemilangannya suatu ketika dahulu...Sentiasa dalam ingatan : - Nassir Yussoff, Khalid Shadan, Omar Salim, Hasbulah Fatah, Anuar Abu Bakar, Salehan Mohd Som, Hassan Miskam, Roslan,Abbas Saad, Alister Edwars dan lain-lain lagi...


Regards to all Johorians!
Hidup Johor, Johor saya cinta! Saya cinta Malaysia! -Ervin Boban-


p/s aku mengharapkan aksi final fa cup nanti menyajikan aksi yang penuh menyeronokkan, mendebarkan juga berserta dengan semangat kesukanan yang tinggi....Bukit Jalil aku datang...

Isnin, 24 Jun 2013

Filem yang memberi inspirasi


Bila ditekan, digesa, dipaksa, sejujurnya aku tak akan mampu melakukan suatu apapun. Jadinya, aku mengambil keputusan menonton beberapa cerita gambar bergerak. Tujuannya untuk melarikan diri daripada belenggu tekanan ini. Ada yang aku sendiri muat naik dari laman internet dan ada juga yang aku peroleh dari rakan2 ku. Aku menonton beberapa wayang gambar bergerak yang rata-ratanya dari Indonesia. Sejujurnya aku puji beberapa pengiat karya seni versi filem di sana. Meski tak kurang juga dalam kalangan mereka yang menyajikan wayang-wayang sampah yang langusng tak punya moral.


Antara wayang yang menurut ku bagus dan punya nilai moral yang menerujakan adalah "Laskar Pelangi", "Sang Pemimpi", "Tanah Air Beta", "Tanah Syurga Katanya" dan "Negeri 5 Menara". Ceritanya diperankan oleh golongan muda. Golonga muda persekolahan. Punya cita-cita tinggi...Punya mimpi melangit. Garapannya begitu mengesankan sekali. Ada nilai patriotisme dan nasionalisme yang ditanam pada benih-benih hijau ini. Dengan sedikit lelucon, kandangkala bisa memperingatkan kembali nostalgia zaman persekolahan kita. Tapi yang nyata penting sekali, adalah jalan penceritaannya. Pengisiannya. Bukan sampah.


Rata-rata dari cerita yang aku sebutkan di atas tadi, 3 daripadanya adalah diadaptasi dari novel iaitu "Laskar Pelangi", "Sang Pemimpi" dan "Negeri 5 menara". Dan dari pembacaan aku terhadap novel-novel ini, ia adalah sebahagian daripada kisah kehidupan mereka. Bila aku melihat sisi kisah hidup mereka ini, aku kadangkala malu dengandiri aku sendiri...Mereka hidup dalam suasana fasilitas yang serba banyak kekurangan, tapi nilai pengajian dan ilmu kehidupan mereka sangat tinggi...Mereka mencari kebahagian hakiki menerusi jalan yang penuh onak duri. Makanya dapat aku lihat disini,seawal usia kanak-kanak, mereka itu sudah pun mengenal erti kematangan hidup. Kerna itu, kejayaan mereka itu punya nilai hakiki.Wayang ini memaparkan bahawa anak-anak muda ajaib ini mengenal apa erti falsafah "kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu" dan "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"... 

Persoalan aku disini, dimana pengiat seni filem kita dalam menyajikan karya sebermutu begini?..Sampai bila karya filemnya hanya mahu berkisar lawak komedi bodoh atau gangster melayu gampang yang entah kemana hala tuju objektifnya...Bukan mengeji tanah air sendiri tapi kerna sayanglah aku berkata keras semacam ini...

Berkait soal patriotisme dan nasionalisme, elemen ini diterap dengan baik sekali dalam karya yang aku tontoni ini.Ianya tidak perlu dipapar secara literal, cukup sekadar sampingan tapi mengesankan. Kerna itu, sayang dan kasih mereka pada Indonesia cukup tebal. Bahkan elit politik mereka yang berteras agama sekali punya nilai sayang pada negara yang tinggi. Sekali lagi bukan niat ku mencemuh masyarakat...aku tak punya hak mencemuh...Tapi lihat disini...lagu Negaraku dipermain...diperolok-olok..apa sudah jadi dengan anak bangsa Malaysia!..aku teringat tulisan seorang sarjana lokal yang mengatakan "sayangnya di Malaysia terdapat elit politik berteras agama yang memperleceh kepentingan bangsa di tanah airnya sendiri"...

- Sang Pemimpi -


- Tanah Air Beta -


- Laskar Pelangi -


- Negeri 5 Menara -


- Tanah Sorga Katanya -

p/s Ilahi tolong beri aku kerajinan untuk aku selesaikan sisa-sisa yang tertangguh ini...aku malu dengan orang yang serba banyak kekurangan tapi bisa membuktikan bahawa kekurangan itu bukan penghalang mereka...

Ahad, 23 Jun 2013

KASIH SAYANG




"Di dunia ini kita tak perlu tambahkan lagi bulan, bintang dan matahari...apa yang perlu kita tambahkan adalah kasih sayang...Kalau itu pun tak mampu kita lakukan,... tak mustahil, matahari pun suatu ketika tak akan mahu menerbitkan cahayanya lagi...-KL MENJERIT-

Respect + Love = Peace




Fitrah semulajadi manusia salah satunya adalah kasih sayang. Mana-mana agama di atas dunia mengajak dan menyeru manusia ke arah kebaikan. Namun hanya penganutnya sahaja yang mengekplotasi agama untuk kepentingan dirinya sehingga mengubah dirinya menjadi monster yang begitu menakutkan.


Aku mengharapkan pertemuan akhir fa cup antara Johor dan Kelantan di Bukit Jalil nanti diwarnai dengan erti dan makna respect dan love antara satu sama lain.