Jumaat, 22 Februari 2013
Perginya si Pejuang Cinta
"Beberapa hari kemudian, Syalimah meminta kepada Maryamah supaya mengajaknya melihat empangan. Maryamah memimpin ibunya. Kedua-dua anak-beranak itu berjalan perlahan menuju empangan yang tidak jauh dari rumah mereka. Syalimah bercerita kepada Maryamah bahawa ketika muda dahulu dia sering ke empangan itu dengan Zamzami, dan pagi hari sebelum meninggal, suaminya masih sempat memboncengkannya naik basikal pergi melihat empangan.
Esoknya masih pagi, Maryamah melihat ibunya berusaha bangun dari tempat tidur. Ibunya memasak air, lalu membancuh kopi di dalam gelas. Gelas yang dahulu selalu dipakai oleh Zamzami. Gelas kopi itu lalu diletakkan ibunya di atas meja di tempat ayahnya selalu minum kopi. Syalimah kembali ke tempat tidur. Siang itu ketika Maryamah membangunkan ibunya bagi disuapi makan, Syalimah tidak bergerak. Perempuan yang setia itu telah meninggal dunia.
Maryamah menangis tersedu-sedan di samping jasad ibunya. Ibu yang dia sayangi kerana seribu alasan. Syalimah adalah seorang ibu yang telah berjuang sepanjang hidupnya. Syalimah hanya memberikan cintanya untuk seorang lelaki sahaja. Cinta pertama yang dibawanya sampai mati. Syalimah dimakamkan di sebelah pusara Zamzami." (Petikan dari novel Cinta di Dalam Gelas karya Andrea Hirata, muka surat 88-89)
- Betapa indah dan bermaknanya kehidupan jika punya cinta seumpama ini -......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan