"Namun, Syalimah tidak tahan untuk segera tahu apa yang dibelikan suaminya untuknya, sedangkan Enong hanya akan pulang senja nanti. Sesekali dia melongok ke arah benda yang misteri itu. Dia memberanikan diri dan melangkah perlahan mendekatinya. Di depan benda itu jantung berdebar-debar. Dia memejamkan mata dan menarik terpal. Dia membuka matanya dan terkejut tidak kepalang melihat sesuatu berkilau : basikal Sim King made in RRC!
Syalimah terhenyak. Dia tidak menyangka basikal itu dihadiahkan Zamzani untuknya sebagai kejutan. Bukan hanya kerana basikal itu akan menajdi benda paling mahal di rumah mereka, melainkan kerana dia memintanya hampir empat tahun silam. Itu pun sesungguhnya bukan meminta.
Waktu mengandung anak bongsunya, dia berkisah pada Zamzami, betapa dahulu dia bahagia sering diboncengkan arwah ayahnya naik basikal ke pasar malam, dan di sana dibelikan belon gas.
"Kalau anak ini lahir", kata Syalimah sambil bergurau. "Basikal kita tidak cukup lagi kuat buat membonceng anak-anak ke pasar malam". Kerana anak mereka akan menjadi empat, sedangkan mereka hanya punya dua basikal buruk.
Syalimah tidak dapat menahan air matanya. Dia terharu mengenang suaminya telah menyimpan percakapan itu selama bertahun-tahun dan memegangnya sebagai sebuag permintaan. Betapa baik hati lelaki itu. Lalu, Syalimah teresak-esak begitu ingat bahawa hari itu Sabtu dan malam nanti ada pasar malam di Manggar. Kini dia faham maksud lelaki yang menghantar basikal itu. Suaminya pasti merancang berangkat sekeluarga naik basikal ke pasar malam, seperti dahulu ayah Syalimah selalu memboncengkannya naik basikal ke pasar malam."
(Petikan dari Novel Padang Bulan, karya Andrea Hirata, muka surat 4-5)
Novel dwilogi Padang Bulan dan Cinta di dalam Gelas merupakan novel karya Andrea Hirata pertama yang aku baca meski kedua-dua karya yang dihimpun dalam satu novel ini bukanlah karya pertamanya. Aku tak nak ulas panjang2...Cuku aku katakan karya Andrea Hirata ini sangat luar biasa...menakjubkan...kerna itu, setelah aku membaca karya ini, aku terus membeli kesemua novel Andrea Hirata ini....Setakat ini dalam koleksi aku, aku sudah punya judul novel "Laskar Pelangi", "Sang Pemimpi", "Endensor", "Maryamah Karpov : Mimpi-mimpi Lintang" dan "11 Patroit". 3 dari novel ini aku mintak tolong Addin belikan di Kuala Lumpur, satunya aku beli sendiri di Kedai Buku Mahsiswa USM manakala satunya lagi pula, aku rembat dari Addin.....Secara mudahnya...novel karya Andrea Hirata sanggat best....Tak keterlalulan itu aku katakan novel karya insan ini sebagai : Novel Wajib Baca!!!....
p/s : Aku tak sebaik Zamzami untuk memiliki wanita sebaik Syalimah....Tapi itulah mahu ku...