Jumaat, 26 Oktober 2012

Raya Haji @ Korban

Seperti selalunya aku adalah orang yang suka buat kerja "last minute", dan bila aku fikirkan kembali atas sebab itulah aku seringkali diberikan kerja atau tugas di saat-saat "last minute".  Kerna perangai buruk dan hodoh aku ini jugalah nanti akan menghasilkan natijah yang bukan sahaja menyusahkan diri aku sendiri bahkan menyusahkan orang lain yang berada di sekeliling aku.  Ok.  Aku mulakan coretan ini.  Semalam, penang kerja separuh hari.  Jadi separuh hari yang seterusnya aku pergi ke stesen bas untuk membeli tiket balik kampung.  Gila, esok nak raya, baru nak beli tiket balik raya...Betapa hodoh nya perangai aku ni bukan.  Sebenarnya begini.  Aku masih berfikir2 sama ada nak pulang ke kampung untuk beraa ya korban ataupun tidak...Sebabnya, aku fikir, raya korban tidaklah semeriah perayaan hari raya korban sepertimana di negeri Kelantan dan Terengganu.  Selain itu juga, aku malas juga nak meredah perjalanan yang jauh...  Namun begitu...setelah aku fikir2 dalam2 bahkan aku fikir sama ada nak balik raya ataupun tidak itu pun mengambil masa sekitar sejam sewaktu di stesen bas...Akhirnya aku berkeputusan balik kampung...Sebabnya...aku dah besar...bahkan aku adalah anak sulung...jadi aku perlu ada rasa tanggungjawab atas ibu bapa aku...meski ibu aku tak paksa aku untuk balik kampung...tapi aku faham jauh di sudut hati ibu bapa aku, mereka mahukan anak2 mereka beraya bersama mereka...selain itu, aku rindukan ayam masak kicap ibu aku...makanya, aku langsung membeli tiket...tapi aku beli tiket ke shah alam dan sesampainya di shah alam aku akan menumpang kereta ikan dan abangnya untuk pulang ke kampung...


Udin dan Wandy hantar aku ke stesen bas menaiki kereta Udin kerana hujan turun pada waktu menjelang senja...  Aku gerak dari Pulau Pinang sekitar jam 9.30...Asalnya aku beli tiket jam 5.30 petang...tapi pihak kaunter bas telefon aku dan mengatakan aku perlu bergerak malam kerna bas tambahan yang aku naiki untuk mengalami kerosakan...

Sepanjang perjalanan aku rasa bosan...Ikan pulak tak putus2 mesej aku agar aku cepat sampai padahal siang tadi dia kata nak gerak pagi2 pulang ke kampung...sampainya jer di pudu raya, aku tengok hanya aku sorang jer yang tinggal untuk ke shah alam...waktu itu dah jam 2.30...India si drebar tu pula suruh aku tunggu bas lain yang akan bawa aku ke shah alam...tapi aku terpaksa tunggu sehingga jam 4.00 pagi...gila...aku nak balik raya lah wei...akhirnya aku akur sahaja...aku turun bas...dan telefon ikan sambil aku sediakan telinga aku untuk dimaki oleh ikan...Dalam nada merungut, ikan pun suruh aku tunggu kat pudu raya...nah...ini lah natijahnya atas sifat buruk dan hodoh aku...menyusahkan orang jer...

Ikan dan abangnya pun sampai...ayat pertama yang terpacul dari mulut ikan : "kau ni sorang jer lah kawan yang asyik menyusahkan aku lah, kel"....


Hahahaha...sorry lah ikan wey...

Aku tiba di kampung halaman aku sekitar 7.45 pagi...aku tengok keluarga cik joe dah sampai...cik na, pak long, pak ngah dan hadi masih tak ada lagi...cik na dan pak long tak dapat balik...pak ngah tak tahu ag...manakala hadi plk belum sampai ag..mungkin masih bekerja hari ini kot...

Aku salam cik joe...kemudian aku menuju ke dapur...salam tangan ibu yang sedang sibuk memasak...kemudian aku terpandang ayah aku yang menuju ke bilik air...aku pandang dia..dia pandang aku...tapi aku tak salam...entah...aku pun tak tahu kenapa perkara2 ini masih x dapat aku atasi...hubungan aku dengan ayah tak berapa mesra...memang daripada dahulu...mungkin masing2 ego...aku pula bukannya nak ego...tapi aku tak tahu macam mana nak mulakan kemesraan dengan ayah...jadi aku biarkan hal ini sahaja sepertimana mana biasa...diam..ya...aku faham kenapa ayah berperangai macam itu dengan aku...banyak sebabnya..banyak benda yang dia harapkan pada aku...tapi aku tak pernah ikut dan buat sepertimana yang ayah aku ingin dan kehendaki...maaf ayah...aku ada haluan dan pegangan hidup aku sendiri...


ok jap ek...aku nak gi hantar juadah makanan ke rumah nenek dan atuk saudara aku iaitu "nyayi nan dan nyaye ru"...nanti aku sambung kembali corretan yang membosankan ini...

Kita sambung kembali....Budaya menghantara juadah makanan dari segi bahasa budaya kampung dikenali dengan istilah "mengunjung"...budaya yang lazimnya diamalkan sewaktu hari raya tak kiralah sama ada raya puasa atau raya haji...budaya mengunjung ini aku lihat suatu budaya yang unik dalam masyarakat Jawa...dalam budaya Banjar tak ada pula aku lihat wujud budaya seumpama ini...Aku ini meski bangsa keturunannya adalah bangsa Banjar disebabkan nasab belah bapa aku...tapi aku dibesarkan dalam suasana budaya Jawa dari garis darah belah ibu aku...kerna itu aku ini dari segi bangsa keturunan adalah bangsa Banjar...dari segi bangsa budaya adalah bangsa Jawa...dan dari segi bangsa politik pula adalah bangsa Malaysia...yang mana ia merupakan suatu bentuk bangsa yang sengaja diada-adakan oleh pihak pemerintah yang barangkali bertujuan atas nama perpaduan masyarakat Malaysia...hahaahhahaa....


Ookk...Cukup cerita pasal soal bangsa-bangsa ini...aku gi solat raya sedirian dengan menaiki motosikal sahaja...sebabnya aku lambat sampai kampung...usai solat aku ke kubur...ziarah kubur arwah atuk dan nenek aku...(Al-Fatihah buat Al-mArhum Haji Hussain Hj Yusof dan Hajah Sukamy bt Jelani...juga kepada Al-Marhum Ahmad Solehin b Haji Hussain)....

Kemudian tu...aku ke pekan Senggarang...banyak dah perubahan kat pekan kampung aku ini...7e dah ada...itu antara kemajuan yang aku nampak lah kat pekan kampung aku ini...hahahaha....

Balik...apa lagi aku sental nasi impit, kuah kacang dengan ayam masak kicaplah...ahhh..puas betol dapat makan ayam masak kicap masakan ibu aku...


p/s terima kasih kepada Ratna atas usahanya dan desakannya yang menyuruh aku agar pulang ke kampung...katanya..."selagi diorang masih hidup inilah, kita kena berbakti dan tatap puas2 wajah mereka...jangan kemudian hari nanti kang menyesal plk"...

Tiada ulasan: