Rabu, 24 Oktober 2012
Nostalgia bola sepak saat usia kecil dan Kekalahan Futsal yang sangat gampang
Bola sepak atau "sepak bola" dalam penggunaan bahasa di Indonesia merupakan suatu displin sukan yang sangat daku minati. Telah aku minati semenjak zaman kecil aku lagi. Semasa aku menghuni sebuah taman perumahan di Batu Pahat sekitar usia ku 7 hingga 11 tahun, disana merupakan zaman kegembiraan dan kebahagiaan bola sepak aku. Seperti yang mana telah aku tulis di blog ini lama dahulu, pasukan yang aku minati sewaktu usia kecil aku adalah Manchester United. Pemain kegemaraan ku saat itu adalah Eric Cantonna. sehinggakan masa aku bersunat atau berkhatan, aku telah dihadiahkan jersi "cantonna seven" oleh mak cik aku iaitu cik na. Baju itu punya reka hias yang simple sahaja. Bahagian hadapan berwarna putih manakala sisi belakangnya pula adalah berwarna hijau.
Salah satu nostalgia yang tidak dapat aku lupa adalah aku hanya mengikuti perkembangan bola sepak tempatan khususnya pasukan Johor yang lebih dikenali dengan gelaran "Sang Jengking" itu menerusi siaran radio. Saat itu, Johor merupakan pasukan bola sepak yang hebat tidak seperti sekarang. Johor saat itu dibarisi pemain import yang hebat dan menjadi iaitu Abbas Saad (kini menjadi pengulas sukan di ESPN Astro) dan juga Evry Boban (entah betul aku eja nama dia atau tak).
Masa aku duduk kat taman perumahan ini iaitu Taman Sri Penggaram, institusi masjid taman ini sangat berfungsi dengan baik dan berkesan. Bukan sahaja setiap hari dalam seminggu ada kuliah2 agama yang mana setelah habis kuliah tersebut pasti ada jamuan makan yang enak2 bahkan juga dianjurkan juga ceramah bulanan yang besar-besaran kapistinya. Namun itu bukanlah apa yang ingin aku highlightkan disini. Yang mahu aku tekankan disini adalah dimana surau kami itu menggunakan pendekatan yang sangat unik bagi memanggil golongan muda2 untuk ke surau. Antaranya dengan menyediakan perlawanan bola sepak yang dianjurkan surau kami ini. Makanya, sewaktu cuti sekolah yang panjang, kami akan diseru untuk menyertai perlawanan bola sepak. Titik pusatnya adlaah di surau. Oleh itu, secara tidak disedari, golongan muda2 secara tidak langsung akan datang ke surau dan terlibat dengan suasana surau. Sangat cukup berkesan konsep ini. Surau tidak hanya berfungsi sebagai tempat solat, zikir dan membaca Quran tetapi sebagai suatu tempat dimana aktiviti sosial yang berbentuk perpaduan ummah bermula, ditanam, diasuh dan berkembang.
Sewaktu edisi pertama sukan ini dianjurkan, pasukan aku menjadi juara. Bahkan yang sangat manis lagi dan aku kenang adalah pada perlawanan akhir itu, aku yang menjaringkan gol tunggal yang merangkap gol kemenangan. Sedangkan sebelum perlawanan akhir itu, aku tidak pernah menjaringkan gol disebabkan aku bermain di posisi pertahanan. Entah mengapa, pada perlawanan akhir itu iaitu sewaktu separuh masa kedua, coach aku mengubah posisi aku ke posisi sayap kanan. Aku masih ingat jaringan itu dimana Aizek (sahabat aku) melorongkan bola pada aku. Aku yang kurang biasa berhadapan dengan pintu gol lawan, pada awalnya rasa gelabah. Namun dengan tanpa sebarang tujuan yang jelas, aku rembat sahaja bola itu dengan tendangan tonjol dan tanpa aku percaya bola itu masuk ke dalam jaring gol pihak lawan.
Ya...satu saat dan detik yang pasti sukar untuk aku lupakan. Masa itu, aku lebih suka bermain berpasukan dengan sahabat aku yang usianya 2 tahun lebih tua dengan aku iaitu Fahd. Fahd masa saat usia kecil ku itu, adalah orang yang sangat berbakat dalam pelbagai jenis sukan. Jadinya, saat itu, aku hanya berperanan merampas bola daripada pihak lawan dan kemudiannya akan terus menghantar bola padanya. Itu sahaja peranan aku yang mana ia merupakan suatu peranan yang kecil dan tidak popular se;perti mana penyerang yang punya peranan yang popular dan glamour lebih-lebih lagi bila bola menerjah jaring gol lawan.
Edisi perlawanan bola berikutnya, aku kalah...Salah satunya aku tidak dapat bermain dengan baik kerna bola yang aku rampas tidak dapat dihantar pada Fahd. Saat itu, aku dan Fahd tidak lagi bermain dalam satu pasukan yang sama bahkan kami adalah musuh di padang...Ah...betapa sayangnya...
Malam tadi aku main futsal....Pasukan aku kalah...Dan menurut aku memang wajib kalah...Main macam gampang...Ya, meski boleh ada yang mengatakan yang pasukan kami kalah ditangan pasukan yang dibarisi dengan pemain futsal Penang (state players)...Tapi meski kalah sekalipun, tolonglah kalah dengan maruah dan kalah dengan kepuasan...Ini tak...Main nak mudah...Kalau boleh semuanya nak menyerang tapi apabila diserang tak nak turun bertahan...tinggal penjaga gol sorang2 tue kat bawah terkapai2 nak tangkap dan selamatkan bola....Suatu perkara yang aku benci adalah bila ada yang pressure bola lawan, tolonglah buat pintassan bola bila lawan tue buat hantaran bola...main bola kena berlari...bukan berjalan...dan bukan juga tunggu orang bagi boleh cantik pada anda...yang paling sakit hati tue...mintak bola bukan kemain...tapi bila dah hantar bola itu pada dia..dia langsung tak boleh nak buat apa...dan lagi satu yang paling panas hati apabila ada orang yang nak bawa bola sorang2 sedangkan dia boleh passing bola itu pada rakan lain...ini tak..kalau dah terdesak baru nak hantar bola...jadi bayangkan lah bila bola yang dihantar dalam keadaan terdesak, jadi hantaran bola itu sudah pastinya lah macam sampah dan gampang....
* Sekadar Gambar Hiasan
Jauh di sudut hati aku, aku akui pasukan lawan aku...antara mereka adalah pemain negeri...main dengan cantik dan meski mereka punyai individual skill yang tinggi tapi mereka main sebagai suatu pasukan...sering menghantar bola antara satu sama lain...antara mereka, aku sangat mengagumi 3 orang pemain mereka..3 orang ini merupakan 3 beradik...bahkan tidak aku sangka yang mana 3 beradik ini merupakan saudara kandung yang mengusahakan perniagaan shisha di restoran nasi kandar istimewa...tak aku sangka mereka sangat berbakat dalam bola...
Bila aku lihat 3 beradik ini, aku teringat novel yang baru aku selesai baca baru ini...Judul novel itu adalah "11 patroit" hasil karya Andrea Hinata...Novel ini Addin punya...aku rembat masa aku lepak kat umah masa gi seminar kat UKM baru-baru ni...Sorry ya Addin...Hhaahaha...Ok berbalik pada novel ini dan kaitannya dengan 3 beradik shisha yang aku temui malam tadi...Gambaran yang diberikan Andrea Hinata dalam novelnya itu persis hampir sama dengan gaya realiti yang aku lihat malam tadi...
Novel karyawan Andrea Hinata berjudul 11 Patroit
Dalam novel itu, ada 3 beradik yang mana bermain bola dengan baik...si abang sulung bermain di posisi tengah yang akan berperanan menghnatar bola pada 2 adiknya..abangnya ke 2 itu pula akan cuba memberi bola pada si bongsu agar dapat menjaring gol pada posisi kiri...Hal yang sama terpapar dalam 3 beradik shisha ini...Malam tadi, si adik bongsu itu dari sisi kiri banyak menaring gol setelah memperoleh hantara dariapda abang2nya itu...bahkan sehingga kini aku rasa benggang dengan diri aku sendiri dimana aku telah di "20 sen"kan oleh si bongsu ini sehingga akhirnya kesilapan aku itu membawa kepada jairngan gol pihak lawan...AHHHH...Harap lepas nie dapat buat friendly lagi dengan team ini sebab aku nak tebus balik kegampangan aku malam tadi....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan