Jumaat, 26 Oktober 2012

Album Raya Korban 2012


Raya Haji @ Korban

Seperti selalunya aku adalah orang yang suka buat kerja "last minute", dan bila aku fikirkan kembali atas sebab itulah aku seringkali diberikan kerja atau tugas di saat-saat "last minute".  Kerna perangai buruk dan hodoh aku ini jugalah nanti akan menghasilkan natijah yang bukan sahaja menyusahkan diri aku sendiri bahkan menyusahkan orang lain yang berada di sekeliling aku.  Ok.  Aku mulakan coretan ini.  Semalam, penang kerja separuh hari.  Jadi separuh hari yang seterusnya aku pergi ke stesen bas untuk membeli tiket balik kampung.  Gila, esok nak raya, baru nak beli tiket balik raya...Betapa hodoh nya perangai aku ni bukan.  Sebenarnya begini.  Aku masih berfikir2 sama ada nak pulang ke kampung untuk beraa ya korban ataupun tidak...Sebabnya, aku fikir, raya korban tidaklah semeriah perayaan hari raya korban sepertimana di negeri Kelantan dan Terengganu.  Selain itu juga, aku malas juga nak meredah perjalanan yang jauh...  Namun begitu...setelah aku fikir2 dalam2 bahkan aku fikir sama ada nak balik raya ataupun tidak itu pun mengambil masa sekitar sejam sewaktu di stesen bas...Akhirnya aku berkeputusan balik kampung...Sebabnya...aku dah besar...bahkan aku adalah anak sulung...jadi aku perlu ada rasa tanggungjawab atas ibu bapa aku...meski ibu aku tak paksa aku untuk balik kampung...tapi aku faham jauh di sudut hati ibu bapa aku, mereka mahukan anak2 mereka beraya bersama mereka...selain itu, aku rindukan ayam masak kicap ibu aku...makanya, aku langsung membeli tiket...tapi aku beli tiket ke shah alam dan sesampainya di shah alam aku akan menumpang kereta ikan dan abangnya untuk pulang ke kampung...


Udin dan Wandy hantar aku ke stesen bas menaiki kereta Udin kerana hujan turun pada waktu menjelang senja...  Aku gerak dari Pulau Pinang sekitar jam 9.30...Asalnya aku beli tiket jam 5.30 petang...tapi pihak kaunter bas telefon aku dan mengatakan aku perlu bergerak malam kerna bas tambahan yang aku naiki untuk mengalami kerosakan...

Sepanjang perjalanan aku rasa bosan...Ikan pulak tak putus2 mesej aku agar aku cepat sampai padahal siang tadi dia kata nak gerak pagi2 pulang ke kampung...sampainya jer di pudu raya, aku tengok hanya aku sorang jer yang tinggal untuk ke shah alam...waktu itu dah jam 2.30...India si drebar tu pula suruh aku tunggu bas lain yang akan bawa aku ke shah alam...tapi aku terpaksa tunggu sehingga jam 4.00 pagi...gila...aku nak balik raya lah wei...akhirnya aku akur sahaja...aku turun bas...dan telefon ikan sambil aku sediakan telinga aku untuk dimaki oleh ikan...Dalam nada merungut, ikan pun suruh aku tunggu kat pudu raya...nah...ini lah natijahnya atas sifat buruk dan hodoh aku...menyusahkan orang jer...

Ikan dan abangnya pun sampai...ayat pertama yang terpacul dari mulut ikan : "kau ni sorang jer lah kawan yang asyik menyusahkan aku lah, kel"....


Hahahaha...sorry lah ikan wey...

Aku tiba di kampung halaman aku sekitar 7.45 pagi...aku tengok keluarga cik joe dah sampai...cik na, pak long, pak ngah dan hadi masih tak ada lagi...cik na dan pak long tak dapat balik...pak ngah tak tahu ag...manakala hadi plk belum sampai ag..mungkin masih bekerja hari ini kot...

Aku salam cik joe...kemudian aku menuju ke dapur...salam tangan ibu yang sedang sibuk memasak...kemudian aku terpandang ayah aku yang menuju ke bilik air...aku pandang dia..dia pandang aku...tapi aku tak salam...entah...aku pun tak tahu kenapa perkara2 ini masih x dapat aku atasi...hubungan aku dengan ayah tak berapa mesra...memang daripada dahulu...mungkin masing2 ego...aku pula bukannya nak ego...tapi aku tak tahu macam mana nak mulakan kemesraan dengan ayah...jadi aku biarkan hal ini sahaja sepertimana mana biasa...diam..ya...aku faham kenapa ayah berperangai macam itu dengan aku...banyak sebabnya..banyak benda yang dia harapkan pada aku...tapi aku tak pernah ikut dan buat sepertimana yang ayah aku ingin dan kehendaki...maaf ayah...aku ada haluan dan pegangan hidup aku sendiri...


ok jap ek...aku nak gi hantar juadah makanan ke rumah nenek dan atuk saudara aku iaitu "nyayi nan dan nyaye ru"...nanti aku sambung kembali corretan yang membosankan ini...

Kita sambung kembali....Budaya menghantara juadah makanan dari segi bahasa budaya kampung dikenali dengan istilah "mengunjung"...budaya yang lazimnya diamalkan sewaktu hari raya tak kiralah sama ada raya puasa atau raya haji...budaya mengunjung ini aku lihat suatu budaya yang unik dalam masyarakat Jawa...dalam budaya Banjar tak ada pula aku lihat wujud budaya seumpama ini...Aku ini meski bangsa keturunannya adalah bangsa Banjar disebabkan nasab belah bapa aku...tapi aku dibesarkan dalam suasana budaya Jawa dari garis darah belah ibu aku...kerna itu aku ini dari segi bangsa keturunan adalah bangsa Banjar...dari segi bangsa budaya adalah bangsa Jawa...dan dari segi bangsa politik pula adalah bangsa Malaysia...yang mana ia merupakan suatu bentuk bangsa yang sengaja diada-adakan oleh pihak pemerintah yang barangkali bertujuan atas nama perpaduan masyarakat Malaysia...hahaahhahaa....


Ookk...Cukup cerita pasal soal bangsa-bangsa ini...aku gi solat raya sedirian dengan menaiki motosikal sahaja...sebabnya aku lambat sampai kampung...usai solat aku ke kubur...ziarah kubur arwah atuk dan nenek aku...(Al-Fatihah buat Al-mArhum Haji Hussain Hj Yusof dan Hajah Sukamy bt Jelani...juga kepada Al-Marhum Ahmad Solehin b Haji Hussain)....

Kemudian tu...aku ke pekan Senggarang...banyak dah perubahan kat pekan kampung aku ini...7e dah ada...itu antara kemajuan yang aku nampak lah kat pekan kampung aku ini...hahahaha....

Balik...apa lagi aku sental nasi impit, kuah kacang dengan ayam masak kicaplah...ahhh..puas betol dapat makan ayam masak kicap masakan ibu aku...


p/s terima kasih kepada Ratna atas usahanya dan desakannya yang menyuruh aku agar pulang ke kampung...katanya..."selagi diorang masih hidup inilah, kita kena berbakti dan tatap puas2 wajah mereka...jangan kemudian hari nanti kang menyesal plk"...

Rabu, 24 Oktober 2012

Nostalgia bola sepak saat usia kecil dan Kekalahan Futsal yang sangat gampang


Bola sepak atau "sepak bola" dalam penggunaan bahasa di Indonesia merupakan suatu displin sukan yang sangat daku minati.  Telah aku minati semenjak zaman kecil aku lagi.  Semasa aku menghuni sebuah taman perumahan di Batu Pahat sekitar usia ku 7 hingga 11 tahun, disana merupakan zaman kegembiraan dan kebahagiaan bola sepak aku.  Seperti yang mana telah aku tulis di blog ini lama dahulu, pasukan yang aku minati sewaktu usia kecil aku adalah Manchester United.  Pemain kegemaraan ku saat itu adalah Eric Cantonna.  sehinggakan masa aku bersunat atau berkhatan, aku telah dihadiahkan jersi "cantonna seven" oleh mak cik aku iaitu cik na.  Baju itu punya reka hias yang simple sahaja.  Bahagian hadapan berwarna putih manakala sisi belakangnya pula adalah berwarna hijau.

Salah satu nostalgia yang tidak dapat aku lupa adalah aku hanya mengikuti perkembangan bola sepak tempatan khususnya pasukan Johor yang lebih dikenali dengan gelaran "Sang Jengking" itu menerusi siaran radio.  Saat itu, Johor merupakan pasukan bola sepak yang hebat tidak seperti sekarang.  Johor saat itu dibarisi pemain import yang hebat dan menjadi iaitu Abbas Saad (kini menjadi pengulas sukan di ESPN Astro) dan juga Evry Boban (entah betul aku eja nama dia atau tak).



Masa aku duduk kat taman perumahan ini iaitu Taman Sri Penggaram, institusi masjid taman ini sangat berfungsi dengan baik dan berkesan.  Bukan sahaja setiap hari dalam seminggu ada kuliah2 agama yang mana setelah habis kuliah tersebut pasti ada jamuan makan yang enak2 bahkan juga dianjurkan juga ceramah bulanan yang besar-besaran kapistinya.  Namun itu bukanlah apa yang ingin aku highlightkan disini.  Yang mahu aku tekankan disini adalah dimana surau kami itu menggunakan pendekatan yang sangat unik bagi memanggil golongan muda2 untuk ke surau.  Antaranya dengan menyediakan perlawanan bola sepak yang dianjurkan surau kami ini.  Makanya, sewaktu cuti sekolah yang panjang, kami akan diseru untuk menyertai perlawanan bola sepak.  Titik pusatnya adlaah di surau.  Oleh itu, secara tidak disedari, golongan muda2 secara tidak langsung akan datang ke surau dan terlibat dengan suasana surau. Sangat cukup berkesan konsep ini.  Surau tidak hanya berfungsi sebagai tempat solat, zikir dan membaca Quran tetapi sebagai suatu tempat dimana aktiviti sosial yang berbentuk perpaduan ummah bermula, ditanam, diasuh dan berkembang.


Sewaktu edisi pertama sukan ini dianjurkan, pasukan aku menjadi juara. Bahkan yang sangat manis lagi dan aku kenang adalah pada perlawanan akhir itu, aku yang menjaringkan gol tunggal yang merangkap gol kemenangan.  Sedangkan sebelum perlawanan akhir itu, aku tidak pernah menjaringkan gol disebabkan aku bermain di posisi pertahanan.  Entah mengapa, pada perlawanan akhir itu iaitu sewaktu separuh masa kedua, coach aku mengubah posisi aku ke posisi sayap kanan.  Aku masih ingat jaringan itu dimana Aizek (sahabat aku) melorongkan bola pada aku.  Aku yang kurang biasa berhadapan dengan pintu gol lawan, pada awalnya rasa gelabah. Namun dengan tanpa sebarang tujuan yang jelas, aku rembat sahaja bola itu dengan tendangan tonjol dan tanpa aku percaya bola itu masuk ke dalam jaring gol pihak lawan. 

Ya...satu saat dan detik yang pasti sukar untuk aku lupakan.  Masa itu, aku lebih suka bermain berpasukan dengan sahabat aku yang usianya 2 tahun lebih tua dengan aku iaitu Fahd.  Fahd masa saat usia kecil ku itu, adalah orang yang sangat berbakat dalam pelbagai jenis sukan.  Jadinya, saat itu, aku hanya berperanan merampas bola daripada pihak lawan dan kemudiannya akan terus menghantar bola padanya.  Itu sahaja peranan aku yang mana ia merupakan suatu peranan yang kecil dan tidak popular se;perti mana penyerang yang punya peranan yang popular dan glamour lebih-lebih lagi bila bola menerjah jaring gol lawan.

Edisi perlawanan bola berikutnya, aku kalah...Salah satunya aku tidak dapat bermain dengan baik kerna bola yang aku rampas tidak dapat dihantar pada Fahd.  Saat itu, aku dan Fahd tidak lagi bermain dalam satu pasukan yang sama bahkan kami adalah musuh di padang...Ah...betapa sayangnya...


Malam tadi aku main futsal....Pasukan aku kalah...Dan menurut aku memang wajib kalah...Main macam gampang...Ya, meski boleh ada yang mengatakan yang pasukan kami kalah ditangan pasukan yang dibarisi dengan pemain futsal Penang (state players)...Tapi meski kalah sekalipun, tolonglah kalah dengan maruah dan kalah dengan kepuasan...Ini tak...Main nak mudah...Kalau boleh semuanya nak menyerang tapi apabila diserang tak nak turun bertahan...tinggal penjaga gol sorang2 tue kat bawah terkapai2 nak tangkap dan selamatkan bola....Suatu perkara yang aku benci adalah bila ada yang pressure bola lawan, tolonglah buat pintassan bola bila lawan tue buat hantaran bola...main bola kena berlari...bukan berjalan...dan bukan juga tunggu orang bagi boleh cantik pada anda...yang paling sakit hati tue...mintak bola bukan kemain...tapi bila dah hantar bola itu pada dia..dia langsung tak boleh nak buat apa...dan lagi satu yang paling panas hati apabila ada orang yang nak bawa bola sorang2 sedangkan dia boleh passing bola itu pada rakan lain...ini tak..kalau dah terdesak baru nak hantar bola...jadi bayangkan lah bila bola yang dihantar dalam keadaan terdesak, jadi hantaran bola itu sudah pastinya lah macam sampah dan gampang....



* Sekadar Gambar Hiasan






Jauh di sudut hati aku, aku akui pasukan lawan aku...antara mereka adalah pemain negeri...main dengan cantik dan meski mereka punyai individual skill yang tinggi tapi mereka main sebagai suatu pasukan...sering menghantar bola antara satu sama lain...antara mereka, aku sangat mengagumi 3 orang pemain mereka..3 orang ini merupakan 3 beradik...bahkan tidak aku sangka yang mana 3 beradik ini merupakan saudara kandung yang mengusahakan perniagaan shisha di restoran nasi kandar istimewa...tak aku sangka mereka sangat berbakat dalam bola...

Bila aku lihat 3 beradik ini, aku teringat novel yang baru aku selesai baca baru ini...Judul novel itu adalah "11 patroit" hasil karya Andrea Hinata...Novel ini Addin punya...aku rembat masa aku lepak kat umah masa gi seminar kat UKM baru-baru ni...Sorry ya Addin...Hhaahaha...Ok berbalik pada novel ini dan kaitannya dengan 3 beradik shisha yang aku temui malam tadi...Gambaran yang diberikan Andrea Hinata dalam novelnya itu persis hampir sama dengan gaya realiti yang aku lihat malam tadi...


Novel karyawan Andrea Hinata berjudul 11 Patroit


Dalam novel itu, ada 3 beradik yang mana bermain bola dengan baik...si abang sulung bermain di posisi tengah yang akan berperanan menghnatar bola pada 2 adiknya..abangnya ke 2 itu pula akan cuba memberi bola pada si bongsu agar dapat menjaring gol pada posisi kiri...Hal yang sama terpapar dalam 3 beradik shisha ini...Malam tadi, si adik bongsu itu dari sisi kiri banyak menaring gol setelah memperoleh hantara dariapda abang2nya itu...bahkan sehingga kini aku rasa benggang dengan diri aku sendiri dimana aku telah di "20 sen"kan oleh si bongsu ini sehingga akhirnya kesilapan aku itu membawa kepada jairngan gol pihak lawan...AHHHH...Harap lepas nie dapat buat friendly lagi dengan team ini sebab aku nak tebus balik kegampangan aku malam tadi....


Isnin, 15 Oktober 2012

Ceritera di UKM


Alhamdullilah....petang tadi sekitar jam 5 petang lebih, sempurnakan juga misi dan tugas aku...dan disebabkan aku telah sempurnakan tugas aku tue jugaklah, aku berasa lapang dada dan fikiran...kalau tak 2 minggu ini aku rasa gelisah dan risau betul...semalam sepanjang perjalanan dari penang ke kl pun aku jadi x keruan...dah lah aku dapat tiket lewat...sampai bangi pun lewat iaitu sekitar jam 4 pagi...dah sampai plk tue, aku call addin suruh amik aku...dia plk tertido...mungkin sebab dia keletihan baru sampai dr kampung...kesian dia...cerita pasal addin nie...ada cerita yang x sangka plk aku baru dapat...jeng..jeng...jeng...nanti aku ceritakan kemudian ya...


Ok...apa yang membuatkan aku gelisah selama 2 minggu ini...begini ceritanya...2 minggu lepas aku diamanahkan oleh guru aku untuk buat satu kertas kerja untuk seminar antarabangsa di UKM...aku pun dok kalut lah buat...aku hanya ada sekitar seminggu sahaja nak siapkan...padahal biasanya hebahan nak sertai seminar nie akan diberitahu sekitar 3-4 bulan lebih awal daripada tarikh akhir pentarikhan kertyas kerja penuh ini..tapi aku hanya diberitahu untuk siapkan kertas kerja ini hanya dalam tempoh seminggu...naik gila aku dibuatnya...kemudian, seminggu lepas tue plk, setelah aku hantar kertas kerja penuh, aku dok pulun buat slide untuk pembentangan...berikutnya...tadi Alhamdullilah aku dapat sempurnakan misi membentangkan kertas kerja tersebut....

Kenapa aku agak risau nak bentangkan kertas kerja ini???...Satu disebabkan aku hanya siapkan kertas kerja itu dalam tempoh seminggu sahaja...keduannya, ini pertama kali aku bentang kertas kerja di seminar antarabangsa...sebelum ini aku hanya bentang di seminar yang kecil2 sahaja...dan kalau aku sertai seminar pun, aku hanya bertindak sebagai peserta sahaja...ketiganya, bila dah sertai seminar antarabangsa, tentulah yang hadir2 tue insan2 yang mempunyai wibawa dan ketokohan yang hebat dan pakar...ini memang tidak dinafikan wey...Antara tokoh sarjana yang terlibat tue adalah Prof Emeritus Nik Hassan Shuhaimi, Prof Emeritus Ahmat Adam, Prof Abdulluah Zakaria Ghazali, Prof Wan Hashim dan beberapa lagi tokoh lain...Keempatnya, aku bentangkan kertas kerja ini di UKM wey...Di ATMA UKM (Institut Alam dan Tamadun Melayu)...Tahukah kalian apa isu nya disini??...Aku tak nak cerita panjang...cukup aku katakan hubungan arekologi USM-UKM adalah agak tegang...ini jelas sewaktu ucaptama yang disampaikan oleh Prof Emeritus Nik Hassan yang mana dalam nada yang berkias beliau agak memberikan sindirian yang agak sinis dengan pembawaan arkeologi USM...biasalah wey...ahli akademik sentiasa berbeza pandangan bukan...berbeza pandangan dalam ilmu itu kan suatu rahmat....bahkan boleh mencetuskan pelbagai isu dan penemuaan baru...dah lah keadaan macam itu, aku plk sorang2 jer wakil dari USM...gua tabahkan hati jer....


Setelah ucaptama didendangkan, berikutnya adalah pembentangan kertas kerja oleh tokok sarjana yang hebat iaitu yang terdiri daripadda prof Othman Yatim, Prof Ahmat Adam, Prof Abdulluah Zakaria Ghazali dan Prof Wan Hashim..Dalam pada masa yang sama plk, aku hanya tahu giliran aku bila sampai di UKM sahaja...diorg tak delah plk nak hantar aturcara lebih awal menerusi email atau pun paling tidak pun paparkan lah kat laman web diorg...sehari sebelum aku gerak ke kl, guru aku call tanya perihal yang sama...aku hanya jawab, aku sendiri pun tak tahu...guru aku plk seperti biasa, dia akan cakap "pandai-pandai kau lah"...


rupa-rupanya giliran aku hari pertama sesi petang...aku harapkan yang giliran aku hari kedua...so adalah masa sikit nak baca2 slide tue...tapi bila aku tengok kertas atur cara tue...hampeh...aku sesi petang...


sepatutnya aku hanya perlu bayar RM 50 jer...sebab guru aku dah deal dgn penganjur yang merangkap kawan dia iaitu Dr. Zuliskandar...tapi aku malas lah nak guna kesempatan macam tue...jadi aku datang kat kaunter tanpa berjumpa dahulu dengan Dar. Zuliskandar...jadi makanya aku kena bayar RM 200...masa aku kena bentang, moderetornya adalah Dr Zuliskandar...Dia sebelum ini tak kenal aku...tapi bila dia tengok nama aku adalah pembentang dengan bersamanya terdapat nama guruku dalam kertas kerja aku, dia tanya kenapa x jumpa dia dulu...kalau jumpa, aku tak yah bayar semahal tue...aku cuma jawab yang aku datang lambat...tapi sebenarnya aku tak datang lewat pun...cuma aku segan nak mintak bayar murah...lagipun free gift seminar kali ini ok gak...aku minat kat beg dia sebab...sebab beg dia bentuk kotak yang boleh dibawa secara dukung dibelakang atau secara silang di bahu dan juga boleh dibawa seumpama beg bimbit...style gila...cuma yang x style tues sebab ada cop seminar atma Ukm tue jer...hahaha....


Sepanjang nak menunggu giliran aku tue...aku jadi x keruan...dah lah aku bentang yang last...jadi aku kena dok kat bangku depan tue lama2...camera man plk asyik dok tangkap gambar jer...naik rimas aku....pembentang yang bentang sekali dengan aku kebanyakannya adalah daripada Indonesia..cuma aku denagn seorang ustaz yang sambung master kat UUM tue jer yang dr Malaysia...Orang Indonesia kalau bentang pasal sejarah dan budaya...korang faham2 jelah...bersemangat btol...bahkan ada seorang pembentang tue pakai baju tradisi suku bangsa dia iaitu suku kampar yang berwarna hitam dengan topi kepala yang sangat unik bentuknya...

Sekitar 4.20...tibalah giliran aku...aku baca doa sikit...aku labuhkan kuat2 tangan aku kat meja berucap tue...dan aku sembang n goreng slide aku...bila cameraman dok tangkap gambar aku...aku tergagap skit...tapi alhamdulliah, kemudian itu ok balik...aku goreng punya goreng, aku x sedar yang aku dah lebih masa...sehinggakan Dr Zuliskandar bagi isyarat suruh aku berhenti...aku pendek2 kan pembentangan aku....aku akhiri dengan lafaz dan ucapan terima kasih...

habis bentang x bermakna aku dah merdeka...ada satu dugaan klimaks yang menanti...iaitu soalan2 drp audiens...aduh...aku dah agak dah...tajuk aku mesti ada org tanya...yang tanya plk tue jenis org yang tegas...tension...dia tanya aku bahan bacaan apakah yang relevan untuk mengkaji tentang Orang Laut???...kenapa Orang Laut ditanggap sebagai "lanun" sedangkan dahulunya mereka adalah org berperanan penting?...then aku jawab lah nama2 sarjana seperti tome pires, des barros, sopher, skeat dan ridley, skaet dan blagden, ivan polunnin dengan judul karya mereka sekali...then untuk soalan kedua....aku jawab yang ia sebenarnya disebabkan pelabelan pihak koloni eropah yang tidak memahami budaya pribumi...aku cakap yang serbuan maritim orang laut tidak salah di kaca mata Melayu kerana perlakuan mereka itu adalah suatu yang mendpat legitimasi pemerintah bahkan mereka bertindak atas arahan pemerintah...ia berbeza dengan "meompak"...aku katakan ini adalah suatu bias yang disengajakan oleh poihak koloni eropah...

Akhirnya, pensyarah yang bertanya tue balas balik dengan kata2 : "kenapa semua sarjana yang awak sebutkan tue adalah sarjana luar...mana sarjana tempatan...yang lebih layak menulis mengenai sesuatu masyarakat itu...adalah ahli dalam masyarakat itu sendiri...bukannya orang luar..."  yang tak tahan tue dia nie leh cakap mcm nie ; "aku bukan apa...saja nak tengok jawapan ko...nak tengok ko gelabah ke tak??.."" hempeh btol....


lepas abis jer tue...aku rasa lapang dada btol...otak aku bebas terus..aku turun dari pentas...then ada beberapa sarjana dari Indonesia yang panggil aku n cadangkan beberapa bahan bacaan untuk kajian aku...dah kebanyakan daripada mereka meningatkan aku agar tidak lupa membaca hikayat2 melayu lama dan buat tafsiran keatasnya...sebabnya dia tengok dalam rujukan aku, aku kurang guna rujukan hikayat2 melayu lama ini...terima kasih atas peringatan tue ya bapak2 yang mulia...diorg ajak aku minum petang...tapi aku chow terus ...aku hisap rokok dan mengembuskan asap kepuasan dan ketenangan sambil menelefon ibu aku...

aku telefon ibu...dalam aku gembira, rupa-rupanya ada duka...kereta ayah aku kena langgar lori...selamat ayah n ibu sempat keluar...Alhamdulliah...orang tua ku x apa2...cuma katanya kereta mengalami kerosakan agak sedikit teruk...tak pe...yang penting nyawa kedua orang tua aku selamat...

esok aku ingat balik dari seminar aku nak gi umah Cik Joe...nak tengok baby boy dia...

Cerita pasal Addin plk...hampeh btol...rupa2nya dia dah tunang...jumaat nie nak nikah...10 nov ini nak majlis kat umah tunang dian n 21 nov nie kat umah dia...hampeh...mujur aku ada seminar...kalau tak...tak tahu lah aku yang ko nak kawen addin...kenshi dah kawen..pak kam dah kawen...aim dah kawen...usop dah kawen...azrul dah kawen...mungkin lepas nie ikan plk kot nak kawen....hahahaha...aku??.. entanhlah....


p/s aduh lps nie nk kna antar bab plk....tension2....

Jumaat, 5 Oktober 2012

Keris Hitam Bersepuh Emas



Ahhhhhhhhhh...Betapa terujanya aku..Tahukah kalian apakah yang membuatkan aku teruja???  Isnin lepas sekitar jam 3-4 pagi, aku bukak TV1...tAHUKAH kalian, rancangan apakah yang dipaparkan di slot RTM 1 pada saat itu???Jeng...jeng..jeng...Drama bersiri lama...Yang telah lama aku cari2...Telah lama try search kat youtube...tapi tak juga2 dapat kutemui...Tapi kini kutemui kembali...hahahaha...mesti korang tak percaya kan...Drama tersebut adalah drama pendekar...aku bagi klue lagi..."Perilys"..."Gaya...Mutu...Keunggulan"..Hahahaha....Ok2...Drama tersebut adalah drama "Keris Hitam Bersepuh Emas"....Wah...syok gila wey...teruja betul hati aku nie...tapi sayang gak...sebab aku x dpt tgok dari episod satu...harap2 adalah insan mulia yang rajin yang dok rakam cerita tue n muat naik kat laman youtube..plss....aku mengharap sangat...


Hahahahaha....aduh..tak macam mana aku nak cakap dah nie...tetiba jer drama nie muncul kat tv...waktu pagi2 plk tue...hahahaha....


*Bitara, Hang Perkasa dan Sang Guna

OK2...Masa aku tengok minggu lepas...episod dia sampai jalan cerita dimana, perbuatan jahat penghulu lakonan Kuswadinata telah terbongkar dan kemudiannya Keris Hitam Bersepuh Emas itu hilang kena curi...Pas tue...adik-beradik seperguruan mengalami krisis perpecahan....Tak sabar nie nak tengok sambungannya minggu depan...


Hahahaha...hahahah...hahaha...Cerita best gila kot...dulu aku tengok masa aku zaman sekolah rendah...kalau malam tue tengok...esok pagi memamg dok ceerita pasala episod malam tue kat sekolah dengan kawan2...


Teruja betul....aku suka cerita tue sebab watak2 dalam drama tue...bila aku tengok kembali baru2 ini...himpunan pendekar baik yang se[erguruan dengan Pendeta Ariff itu adalah rupa2-rupanya cuba memaparkan seni mempertahan diri dan jenis pakaian yang terdapat dalam budaya mempertahankan diri di Rantau Dunia Alam Melayu ini....

Antaranya, sudah tentulah jenis pakaian dan seni mempertahankan Melayu dan ia dilakonkan oleh hero yang tak lain tak bukan Eman Mannan...Haahahah...Kacak dan gagah betul Eman Manan yang melakonkan watak "Bitara" dalam cerita itu...Wibawa yang dimilikinya dalam cerita tersebut adalah mengatasi wibawa rakan2nya yang lain....Hahahaha.....


Kemudian itu, ada yang memaparkan dan melakonkan seni mempertahankan suku  minang...dan watak ini sudah tentulah dilakonkan oleh Ebby Yus...Seterrtusnya adalah watak seni mempertahankan diri suku Jawa...nama pelakonnya tidak aku kenali...tapi gaya kepahlawanan nie paling aku suka..sebab senjata yang digunakannya yakni kerisnya adalah penjang dan diletakkan tergantung dibelakang badan...wah...cool gila......


Selain itu, ada juga watak macam ninja turtle...warna baju pun sama yakni warna hijau...senjata pun sama...bahkan badan si pelakon tue pun dilakonkan dengan gaya terbongkok2...cumanya si pelakon tak delah pakai cengkerang kura-kura kat belakang badan...tapi ia digantikkan pula dengan topi yang lebar dan luas macam topi orang nelayan ke laut itu...


*Sali yang macam Ninja Turtle dengan Jempol yang mungkin  mewakili pribumi asli hutan

Selanjutnya, ada gak watak yang aku lihat mcm kartun thundercat....watak yang ini pula...pakai baju belang-belang macam harimau cheetah...dengan menggunakan senjata kayu...

bahkan juga...watak orang gunung yang pada pandangan aku mewakili orang asli juga turut dipamerkan...menggunakan kostum  baju yang kononnya diperbuat daripada kulit kayu bersama senjata sumpit dan busar serta anak panah, ia tak lain tak bukan mewakili masyrakat pribumi yang menghuni kawasan hutan pedalaman...


dan yang paling gagah sekali aku tengok dalam drama tersebut adalah watak "Hang Perkasa"...badan dia tegap dan kuat betul...senjata dia pun cool gak...pakai bola besi berantai...macam orang gasar lah gak...mula2 aku ingat dia jahat...malahan bila semua geng2 bitara lawan dia...tak de satu pun yang menang....tapi rupa2nya dia seorang yang baik lah....


hahahaha....cerita tersebut memang best wey...mengimbau nostalgia zaman kecil aku...aku teruja sebab kostum2 yang diorang pakai tue...bersama dengan senjata2 diorg tue...hahahahah.....


Eman Manna memamg sentiasa cool...
Jempol yang memegang watak pribumi asli tue sangat melucukan...
Ninja turtle tue plk asyik nak buat muka bengis jer...
Thundercat yang pakai senjata kayu denga kostum baju belang2 cheetah tue plk asyik nak serius jer...
Ebby Yus plk meski badan besar tapi lembik jer...
Mamat Jawa tue, walau tak fasih pun berbahasa Jawa dalam drama tue...tapi perwatakan dia sukar untuk difahami....


Baru aku dapat jumpa nama2 barisan pelakon cerita ini....

Eman Manan -Bitara
Zamberi Osman - Sang Guna dan Pendeta Ariff
Ebby Yus - Agam
Ruzaidi Abd Rahman - Adijaya
Razak Kaze - Sali
Fathil Dani - Jempol
Abd Hali, Abd Rahim - Hang Perkasa...

Ok2...Dah2...aku tak sabar nak tengok sambungan episod drama ini  minggud depan...kena bangun pagi2 pun tak per...dan yang paling utama aku harap sangat ada insan mulia yang rakam cerita nie n pastu muat naik kat laman youtube....


aku akhiri coretan kali ini dengan lafaz...."Perryliss : Gaya...Mutu...Keunggulan"....

p/s dulu zaman sekolah menengah...aku hisap gak rokok perryliss ini...sekotak ada 25 batang...salah satu sebab aku isap rokok nie adalah dah tentunya sebab harganya sedikit murah jika dibandingkan dengan harga rokok Dunhill dan Winston...skang nie aku tak tahu plk kalau rokok ini still exist kat pasaran....

Rabu, 3 Oktober 2012

Kukatakan Dengan Indah - Yuna



Ku katakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya

Kau beri rasa
Yang berbeda
Mungkin ku salah
Mengartikannya
Yang ku rasa cinta


Tetapi hatiku
Selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu
Selalu meninggikanmu


Kau hancurkan hatiku
Hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu



Kau buatku terjatuh
Dan tejatuh lagi
Membuatku merasakan yang tlah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri


Lagu versi Yuna nie pada aku lagi best....Entahlah...Aku pun tak tahu....Kenapa sesuatu yang "PERTAMA" itu sangat sukar untuk dilupakan.....

Tertekan................



Ah....seminggu lebih yang sungguh meletihkan dan memenatkan aku...bukan sahaja letih dari sudut fizikal tapi yang jauh lebih meletihkan adalah daris sudut benak mental aku ini.  Manakan tidak, aku hanya diberikan tempoh masa sekitar seminggu sahaja untuk menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan di seminar ....Nak naik gila aku dibuatnya...Helaian-helaian hitam rambut ku juga sudah banyak yang berubah warna menjadi putih...Beruban lah tu maksudnya...Ini nak kena pakai minyak kelapa ini...Hahahaha....Takpelah...aku cuma beranggapan yang Guru aku itu nak latih dan ajar aku buat kerja dibawah tekanan...Aduh lepas ini nak kena hantar bab 5 pulak dan pembaikan bab-bab terdahulu....


Moralnya: "Dan carilah pertolongan dengan sabar dan solat"....
....
......
........