Isnin, 23 September 2013
Piala Malaysia Perlawanan Kedua
Piala Malaysia dah memasuki perlawanan kedua. Perlawanan kedua ini, aku tengok game Kelantan Vs Terengganu. Tengok kat RTM 1. Awalnya aku nak tengok game Selangor vs ATM, tapi mengenangkan waktu yang sama juga tersebut ada game EPL, aku lupakan sahaja niat ke kedai mamak. Sebabnya aku dah agak awal2, yang tayangan game EPL jauh lebih mendaopat sambutan daripada game kejohanan Piala Malaysia. Lebih-lebih lagi buat masa nie Penang tak terlibat langsung pun dengan kancah Piala Malaysia.
Game antara Kelantan vs Terengganu malam tue tak macam waktu game semi final kedua piala FA hari tue. Aku mengharapkan game yang macam tue. Lebih-lebih lagi Terengganu. Aku mengharap yang Terengganu dapat tunjukkan sesuatu pada Kelantan lebih-lebih lagi bermain di tempat lawan. Walaupun Terengganu tewas, tapi Terengganu main dengan baik. Tengah Terengganu ada juga buat banyak gerakan. Cumanya penyudah sahaja yang tak ada. Effa Owana agak sukar menembusi benteng pertahanan Kelantan yang dikawal ketat oleh Obinna. Malam tue, Ashaari Shamsudin main dengan baik. Cuma kawan2 yang lain jer tak ada kesungguhan macam Ashari Shamsudin.
Kelantan sepertimana biasa, meletakkan Piya sebagai game maker. Dan sepertimana yang diharapkan, Piya telah menjadi pencetus kepada gol pertama Kelantan yang dijaringkan oleh Dickson. Hantaran Piya memang cantik dan mudah disambut tanduk oleh Si Dickson yang hitam tue. Gol kedua kelantan pula diperoleh menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Zairo.
Sepanjang perlawanan tue, aku ternanti-nanti gak keputusan game yang melibatkan team lain terutamanya team Johor DT FC ngn Johor FA. Tapi game malam tue yang best mungkin game antara Pahang vs Negeri Sembilan dan Selangor vs ATM. Sebab mudahnya, jumlah jaringan yang agak banyak dalam perlawanan malam itu.
Dengar ceritanya, TMJ mengamuk di Larkin. Separuh masa samapai turun ke padang sebab tak puas hati dengan pengadil..Kah..Kah..Kah...
Itu kisah pasal Johor DT FC...pasal Johor FA plk, dengar cerita ada fans Johor yang masuk padang serang pengadil masa habis game. Kah..Kah...Kah...Lepas tue banyak yang hentam mamat nie kat alam maya sebab dok serang pengadil...Tapi aku rasa dalam 15-20 tahun akan datang, mamat nie akan dipanggil "legend" sebab buat aksi macam tue...Orang Malaysia nie, kalau orang putih buat macam tue, disanjung2, dikatanya org putih itu hebat...tapi di Malaysia, bila ada mamat Melayu yang dok buat mcm tue, dikatanya poyolah, sakailah...kah..kah..kah....
p/s: entri nie lewat aku post (sangat2 lewat) meski draftnya telah lama aku tulis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan