Kallang Roar The Movie
Baru nie aku tengok cerita pasal bola sepak Singapura. Tajuk filem tue "Kallang Roar The Movie". Ceritanya pasal kebangkitan Bola Sepak Singapura. Dan kebangkitan tersebut dipangkin oleh seorang jurulatih. Jadinya secara tidak langsung, watak jurulatih ini merupakan watak utama dalam filem ini. Nama jurulatih tersebut adalah Choo Seng Quee yang mana lebih dikenali sebagai "Uncle Choo".
Choo Seng Quee
Penceritaan filem ini dimulai dengan babak sembang antara Uncle Choo dengan Tunku Abdul Rahman yang mana pada ketika itu (tahun 1967) selain menjadi Perdana Menteri Malaya pertama juga merupakan Presiden FAM yang memegang jawatan tersebut semenjak tahun 1951.
Sembang antara mereka berdua adalah berkenaan tentang keinginan Uncle Choo yang mahu pulang ke Singapura setelah lama menjadi jurulatih pasukan Malaya semenjak Januari 1958. Dalam babak itu seolah-olahnya Tunku Abdul Rahman tidak mahu melepaskan Uncle Choo. Bahkan dipaparkan seolah-olah Tunku seperti menawarkan segala-galanya (merasuah) termasuk duit, kemahsyuran dan penghormatan. Ini secara sinikal dapat dilihat menerusi adegan "rasuah kuih lapis". Namun, Uncle Choo mengatakan bahawa beliau adalah "orang Singapura" kerna itu beliau mahu pulang. Biasalah wey..Filem ini orang Singapura yang buat. Pasal Singapura. Nak tak nak unsur bias mesti ada dan kuat punya. Lagi2 bila bertembung dengan Malaysia kan.
Fokus utama dalam filem cerita ini sebenarnya tentang hal yang berkisar tahun 1977.
Ceritanya tentang bagaimana kesungguhan Uncle Choo mahu menggilap bakat pemain muda Singapura dan mahu membangkitkan kegemilangan Bola Sepak Singapura
Namun begitu terdapat halangan. Halangan tersebut adalah daripada individu besar dalam FAS (Football Association of Singapore). Mungkin individu ini boleh disamakan dengan beberapa individu dalam FAM kita masa kini...kah..kah..kah...
Uncle Choo dilihat tidak berputus asa. Beliau dengan sendirinya berusaha mencari dan mengasah bakat2 baru. Menerapkan semangat nasionalisme agar anak watan Singapura mencintai Singapura. Dalam filem tersebut, dapat dilihat pada ketika itu pun, anak muda Singapura sudah luntur semangat nasionalisme dan patriotisme pada negara. Kanak-kanaknya dilihat bosan dan malu untuk menyanyikan lagu kebangsaan Singapura bila disuruh oleh Uncle Choo.
Uncle Choo tetap berusaha menerapkan dan menanam semangat nasionalisme dan patriotisme dalam jiwa anak didiknya. Slogan semangat yang sering dilaung beliau dan diajar kepada anak didiknya adalah berbunyi "Untuk bangsa dan negara, majulah!".
Berikutnya tahun 1976, FAS mempunyai Pengerusi baru yang bernama N.Ganesan. Mr Ganesan ini telah melantik Uncle Choo sebagai jurulatih negara.
Dalam filem tersebut, digambarkan bahawa Uncle Choo merupakan seorang jurulatih yang tegas, yang garang yang sangat berdisplin. Tiada kompromi. Beliau menggunakan pendekatan sesi latihan yang sangat tegas, kasar, susah, memenatkan. Bayangkan, seorang penyepak tendangan sudut diarah agar membuat sepakan tendangan sudut sebanyak 100 kali dalam latihan...Dalam filem tersebut digambarkan juga bahawa Uncle Choo juga turut mengambil berat berkenaan soal pemakanan para pemainnya. Beliau telah mencatu jenis makanan yang perlu diambil pemain. Katanya, para pemain saya memerlukan protein bukannya kabohadrat...sebab itu, para pemainnya dilarang mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak. Bahkan beliau melarang pemainnya meminum arak kerana ia memberi kesan pada stamina. Ada satu babak tue yang mana player power dia iaitu S. Rajagobal datang latihan dalam keadaan mabuk...Beliau marah dan terus kick Rajagobal dari team...tapi tak lama lepas tue S. Rajagobal digambarkan telah insaf dan join balik team.
Uncle Choo bersama para pemainnya
Kemuncak filem ini, berkisar tentang penglibatan Singapura dalam kancah Piala Malaysia pada tahun tue (1977)
Skuad Uncle Choo pada waktu itu terdiri daripada Dollah Kassim, Edmund Wee, Samad Allapitchay, Quah Kim Song, Mat Noh, S. Rajagopal,
Perjalanan Singapura pada Piala Malaysia tahun 1977 bermula setelah berjaya mengalahkan Angakatan tentera dengan 3-0, membelasah Johor dengan jaringan 6-1, mengalahkan terenggangu dengan jaringan 4-3, dan seterusnya bertemu dengan Selangor di Semi Final pada 15 Mei 1977 di Stadium Kallang.
Pada semi final ini, penyokong Singapura telah keluar beramai-ramai menonton perlawanan tersebut. Bahkan sehingga terjadi rusuhan lantaran disebabkan kauter tiket dibuka lewat. Sedangkan para penyokong telah tunggu seawal 10 pagi tetapi kaunter hanya dibuka pada jam 8 mlama. Sebaik sahaja kaunter dibuka, orang ramai mula berasak-asak membeli tiket..Dalam kejadian berasak-asak itu, menyebabkan keadaan tidak terkawal sehingga ada yang terjatuh dan dipijak. Dikhabarkan seorang telah meninggal dunia manakala 44 orang cedera dalam kejadian tersebut.
Suasana di perkarangan Stadium Kallang sewaktu separuh akhir Piala Malaysia 1977 bertemu Selangor
Selangor pada ketika itu dibarisi dengan pemain yang hebat dan terkenal. Antaranya sudah sepastinyalah Mokhtar Dahari (Supermokh), Soh Chin Aun (Towkay), R. Arumugam (Aru The Spiderman). Bahkan watak Supermokh dalam filem ini ditampilkan dengan gaya yang hampir seiras dengan wajah, sosok badan dan gaya Supermokh yang sebenar. Bukan sahaja wajah, sosok badan dan penampilannya, tetapi juga skill dan lariannya juga hampir sama.
Pada perlawanan tersebut,Singapura terlebih dahulu di depan. Kemudiannya Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan Mokhtar Dahari setelah berjaya melepaskan diri dari halangan Samad Allapitchay. Dalam filem tersebut, dipaparkan Samad Allapotchay memang sengaja melepaskan Mohktar Dahari. Sebabnya si Samad Allapitchay nie telah diugut oleh bookie yang mana bookie akan menganggu dan mengancam anak bininya. Maka secara tidak langsung dalam perlawanan itu telah dicemari dengan insiden bookie..Fuck...Akhirnya Singapura berjaya melangkah ke final menerusi jaringan S. Rajagobal yang menjaring menerusi sepakan sudut.
Perlawanan akhir, 28 Mei 1977 Singapura bertemu dengan Pulau Pinang. Bermain di Stadium Merdeka. Pada ketika itu, kem Singapura punya sedikit gangguan masalah. Masalah berkait dengan kesihatan Uncle Choo. Penyakit gangren semakin teruk dan telah menyerang kaki kanannya.
Keadaan Uncle Choo setelah kakinya dipotong
Dalam filem ini, dipaparkan tentang bagaimana ganas dan kasarnya pemain Penang main.
Singapura mendahului menerusi jaringan Quah Kim Song. Kemudiannya, Pulau Pinang menyamakan kedudukan menerusi lagenda Penang iaitu Isa Bakar. Kemudian Pulau Pinang di depan menerusi jaringan Ali Bakar setelah mendapat hantaran bola daripada Isa Bakar.
Jadi separuh masa, Pulau Pinang mendahului Singapura dengan 2-1. Singapura masuk ke bilik persalinan. Uncle Choo mengetahui yang Samad Allapitchay mengalami masalah dengan bookie. Lantas menggantikan tugas kapten yang dipegang Samad kepada Dollah Kassim. Seterusnya Uncle Choo membawa masuk separuh masa kedua, Nasir Jalil yang juga dikenali sebagai "Crazy Horse". Mungkin disebabkan perwatakannya yang lari dan bawa bola macam orang gila yang suka merempuh, maka beliau memperoleh gelaran tersebut.
Akhirnya, percaturan memasukkan Nasir Jalil ternyata berbaloi. Nasir Jali si crazy horse itu telah berjaya menjaring gol penyamaan. Bahkan menajring dengan gaya yang cantik dan cool..menjaring dengan cara back heel tue...
Kemuncak hujung, Singapura memperoleh gol kemenangan. Hasil sepakan percuma yang diambil oleh Dollah kASSIM yang kemudiannya disambut dengan tandukan oleh Mat Noh yang akhiernya menghasilkan gol.
Kemenangan Singapura pada malam tue, secara tidak langsung turut menamatkan penantian Singapura selama 12 tahun untuk menjulang Piala Malaysia.
Filem ini memang best lah jugak. Bila ada filem audio-visual, mudahlah sikit nak faham tentang sesuatu peristiwa sejarah lampau. Jadi moga-mogalah ada filem bola sepak yang diadaptasi dari peristiwa sebenar untuk difilemkan. Sebenarnya bukan cerita pasal bola je lah. Tapi pasal apa2 cerita sejarah pun memang patut difilemkan dengan garapan yang baik dan menyeronokkan...
Di hujung filem ini, dipaparkan suatu watak anak muda yang bermain bola sewaktu Uncle Choo sedang berszembang dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Tunku datang melawat Uncle Choo di Singapura. Kemudian Tunku Abdul Rahman bertanya tentang siapakah budak tue...Uncle Choo menjawab : "Fandi Ahmad"....
Detik2 awal Fandi Ahmad dalam kancah bola sepak
p/s: artikel ini pun aku dah lama tulis tapi lambat aku post. Malas sebab dominannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan