Sabtu, 8 Disember 2012
Ucapan Pierre Andre di anugerah skrin 2012
Aku tak tengok pun anugerah skrin 2012 secara langsung....dan aku pun x amik tahu sangat...sebab jarang tengok program2 kat tv nie...x ada masa...tapi bila aku baca artikel tentang Pierre Andre berkenaan ucapannya di anugerah skrin baru2 nie, aku teringin nak dengar apa dia kata...then aku try cri kat youtube....bila aku dengar...yes...ucapan dia sangat tinggi dan bermakna bahkan ketinggiannya dan betapa maknanya adalah jauh lebih bermakna dari segala dunia dan isinya....Subhanallah....Tahukah kalian barangsiapa yang dapat mengucap kalimah LA ILA HAILLALLAH di akhir kalamnya (kata2 akhir sebelum matinya), maka syurga lah ganjarannya...bersandar pada hadis Nabi Saw..."Man akhiri kalamihi La Ila Haillallah, Dahhalah Jannah".....Kalimah ini bukan hanya sekadar dilafaz pada bibir sahaja...bahkan perlu difahami dan dihayati konteks dan maknanya agar ia terserap dalam hati....kalimah ini terkandung 2 konteks iaitu nafi dan isbat...pertamanya kita perlu nafikan mahkluk dan kemudiannya isbatkan kepada Allah...yakni perlu yakin bahawa selain Allah tiada kuasa, tiada daya dan upaya....kerna hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa....kerna itu bila kita hayati kalimah ini...kita tidak akan jadi angkuh...tak akan jadi sombong...bahkan sentiasa berasa kerdil...apatah lagi mahu berbicara seolah2 yang kita bisa mengambil tugas Allah...Nauzubillah hi minzalik....apapun Allah Maha Kuasa...Makhluk Langsung Tak Ada Kuasa....
p/s menjadi seseorang yang dikenali penghuni langit adalah jauh lebih bermakna daripada menjadi glamor dalam kalangan penghuni bumi......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan