Selasa, 4 Disember 2012

Review sikit pasal Harimau Malaya ....



Entri ini mungkin agak sedikit lewat...tapi bahang kehangatannya masih tetap terasa...Apa lagi kalau bukan isu bola sepak negara...Pertamanya, ucapan tahniah kepada barisan skuad Harimau Malaya kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir...Namun, semua pihak yang melabel mereka sebagai rakyat dan penyokong bola sepak Malaysia masih lagi tidak boleh berasa puas dan senang hati apatah lagi bersifat angkuh sekiranya skuad negara masih belum dapat menjulang trofi kemenangan
ini...Dan perlu diingatkan juga, andai kita dapat menjulang trofi AFF Suzuki Cup tersebut sekalipun, tak perlu ada sebarang perkataan dan perilaku angkuh dan sombong atas kemenangan tersebut....

Bertemu Thailand, bukan suatu tugas mudah...Thailand sehingga takat ini, tidak pernah terkalah...Maka seperti kata Safee Sali dalam kolumnya di Akhbar Metro hari ini, ini adalah peluang terbaik skuad negara untuk memadam rekod tanpa kalah Thailand tersebut...

Untuk pertemuaan semi-final ahad ini, diharap Rajagopal dapat membaiki kelemahan yang sedia ada...Bahagian tengah utamanya...Meski Syafik menjaring gol yang cantik dalam pertemuaan dengan Laos, namun dari sudut keseluruhan perlawanan dalam kedua-dua perlawanan akhir terkini ini, menunjukkan bahawa Syafik masih lagi belum dapat diiktiraf sebagai pemain tengah menyerang yang kreatif sehingga bisa memainkan peranan yang bahaya ke atas pihak lawan...Harusnya Rajagopal menggunakan posisi Syafik Rahim itu sebagai antara titik tumpuan dalam merencanakan gerakan ke atas kubu lawan...Selain itu, diharapkan Shakir Shhaari dan Gary Steven Robbat dapat diperturunkan dalam perlawanan nanti kerana kedua-dua pemain ini mempunyai ciri
pemain tengah bertahan yang diperlukan...Mereka setakat ini dapat mengekang gerakan lawan di bahagian tengah...Namun, jangan hanya pandai menyekat sahja, tetapi setelah dapat merampas bola, mereka ini juga perlu mahir dalam membantu pemain tengah
menhyerang membuat hantaran menyerang...Bukan setakat merampas dan kemudiannnya membuat "clerance" tak tentu hala...Itu satu hal yang sia-sia...Amar Rohidan..susah nak berbicara tentang pemain ini...diberikan posisi DMF yakni posisi tengah bertahan, tapi hakikat yang terpapar di kaca TV, pemain ini entahlah...macam ada dengan tak ada...tak membantu langung...


Selanjutnya, Zubir Azmi dan Mahala Jasuli dikekalkan sebagai pemain kesebelasan utama lebih-lebih lagi dalam mengekang gerakan pemain sayap Thai yang berambut perang itu..Mamamt tue laju dan pandai masuk ke dalam kubu lawan...Harap pertahanan
kita dapat mengekang beliau selain mengekang pemain serangan mereka yang memakai jersi no 10 dan 9 itu...

Azammuddin Akil atau dikenali sebagai 'Alex", setakat ini masih lagi mengecewakan aku...Meski aku meminati beliau tapi entah kenapa semenjak 2 menjak ini permainan beliau tidak seperti yang aku lihat dahulu...Anak Akil ini aku tengok sekrang dah
pandai nak claim2 mintak free kick...come on lah azamuddin...aku suka ko sebab ko main sedikit anggresif...jangan nak jadi super star sangat...kena body contact skit nak jatuh..kalau jatuh, bangun balik...dan teruskan permainan...sekarang nie, aku
tengok permainan azamudiin dah kurang anggersif...dah kurang cari dan kejar bola...hanya tunggu bola...sifat ini yang aku benci secara jujurnya...walaupun, AZAMUDdin menjaring gol sewaktu bertemu Sang Garuda, namun hal itu bukan menjadi tiket atau pelepasan dari kau untuk tidak dikritik...



* Bersama Azamuddin Akil @ Alex semasa Pahang menentang USM FC.... lepas nie gua nak amik gambar dengan kunalan plk...



Mungkin kebanyakan dari kita agak melontarkan kritikan ke atas Safee Sali...Tapi mintak sedikit pertimbangan dimana pemain ini kalau dilihat sudah cukup berusaha mempersembahkan aksi yang terbaik...Safee bahkan sering ke kawasan tengah mencari dan mengejar bola...Diharapkan penyerang kita yakni Safee DAN Norshahrul dapat mengembalikan prestasi terbaik mereka....

Ok lah...aku malas nak berceloteh banyak sangat...aku bukan pandai pun nak ulas2 game bola nie...aku cakap secara sembrono jer...Bila aku lihat barisan pemain Indonesia, aku dapat lihat yang mereka nie turut dibarisi oleh pemain yang berketurunan Irian dan Papua...Kita di Malaysia ada golongan2 semacam ini...yakni Orang Asli...mungkin untuk perancangan akan datang, pihak pengurusan bola sepak Malaysia boleh turun padang dan asah bakat mereka...sebabnya bila aku bercampur dengan Orang2 Asli ini...mereka ini dari segi kudrat memang ada...cuma dari segi kemahiran dan taktikal ajer yang mereka kurang...




* Kenangan bermain bola sepak bersama Orang Asli Laut Seletar....



Apapun...semoga Harimau Malaya mempamer aksi dan semangat juang yang tinggi...

.....

......

.........

Tiada ulasan: