Isnin, 31 Disember 2012
Terima Kasih Emak...
Kata ibu aku menerusi sms : "Slmt ulg thn ke 26. semoga berjaya segala2nya."
p/s : aku sendiri pun lupa tarikh ini sebab dok sibuk kat kg orang asli...pagi2 bangun masuk mesej ini...Dialah insan yang tak pernah lupa setiap tahun untuk ucap kata2 seumpama ini...Terima kasih emak...
The Hobbit
Bagi kaki wayang sudah pastinya mereka menonton wayang 'The Hobbit" yang ditayangkan sekitar pertengahan bulan Disember tahun ini. Aku bukanlah orang yang arif untuk berbicara soal dunia perfileman...Sebab mudahnya, aku langsung tak ada asas dalam
dunia ini...aku tiada mendapat pendidikan formal dalam bidang "screen study" atau displin ilmu yang berkait dengannya.
*The Hobbit : An Unexpected Journey
Aku tengok cerita nie...Kemudian itu, aku nonton balik cerita trilogi 'Lord of the rings"...sajer jer aku nak tengok kaitan antara kedua cerita ini...kemudian itu, aku singgah ke Borders...aku tengok antara buku popular yang dipaparkan di rak kedai
adalah novel 'The Hobbit'...tapi aku tak befrapa suka cover novel dia sebabnya covernya menggunakan adaptasi filem tersebut...jadi ianya tak lah rare...
*Novel The Hobbit cetakan terbaru bersempena penayangan filemnya yang mana aku agak kurang suka dengan cover depannya...
kemudian aku ke Perpustakaan Hamzah Sendut...Aku search di laman sesawang perpustakaan ini berkenaan judul buku "The Hobbit"..Ada...Aku terus ke rak buku itu...tak berapa lama setelah aku cari..aku temuinnya...
"The Hobbit" merupakan karya tulisan J.R.R. Tolken yang mana pertama kalinya telah diterbitkan pada tahun 1937 dan kemudiannya telah diulang cetak beberapa kali iaitu pada tahun 1951, 1966 dan 1978. Novel yang aku baca ini adalah cetakan tahun 1955....
* Versi Novel The Hobbit yang aku baca...
Aku menghabiskan bacaan novel ini sekitar 5 hari iaitu sewaktu berada di kerja lapangan di Lenggong pada minggu lepas.Serius, ia merupakan suatu karya yang menyeronokkan...Penuh dengan adegan pengembaraan yang mendebarkan dan menyeronokkan.
Permulaan novel ini dimulai dengan siri pengenalan tentang Hobbit iaitu apakah ciri karekteristik Hobbit ini.Ia dimulai dengan penerangan berkenaan bentuk kediaman Hobbit ini.
"In a hole in the ground there lived a hobbit. Not a nasty, dirty, wet hole, filled with the ends of worms and an oozy smell, nor yet a dry, bare, sandy hole with nothing in it to sit down on or to eat; it was a hobbit-hole, and that means
comfort."
Manakala penerangan berkenaan fisiologi dan sifat2 umum Hobbit ini adalah seperti berikut yang mana dapat dibaca pada halaman 4:
" They are (or were) a little people, about half our height, and smaller than the bearded dwarfes. Hobbits have no beards. There is little or no magic about them, except the ordinary everyday sort which helps them to disappear quietly and quickly
when large stupid folk like you and me come blundering along, making a noise like elephants which they can hear a mile off. They are inclined to be fat in the stomach; they dress in bright colours (chiefly green and yellow); wear no shoes, because their feet grow natural leathery soles and thick warm brown hair like the stuff on their heads (which is curly); have long clever brown fingers, good natured faces, and laugh deep fruity laughs (especially after dinner, which they have twice a day when they can get it"...
Begitulah serba-sedikit penerangan berkenaan watak Hobbit ini dari segi fisiologi dan sifat2 umum mereka.
Seperti yang telah semua maklum (bagi yang telah menonton), perjalanan cerita ini dimulai dengan penglibatan Bilbo Baggins (Hobbit), yang secara paksa rela terpaksa menyertai sekumpulan dwarf yang diketuai oleh Thorin dalam misi mereka menuju ke
Lonely Mountain untuk mengambil hak mereka yang telah lama dirampas oleh Smaug, seekor naga...
Dalam cerita wayang siri pertama, kita dapat lihat bagaimana kumpulan dwarf ini yang terdiri daripada Thorin, Dori, Nori, Ori, Oin, Gloin, Bifur, Bofur, Bombur, Dwalin, Balin, Fili dan Kili bersama Mr Bilbo dan Gandalf terselamat daripada serangan
Wargs dan Goblin selepas sekumpulan Eagles datang membantu menyelamatkan mereka.
* Lakaran peta seperti yang terkandung dalam novel ini..
Setelah itu, mereka meneruskan pengembaraan mereka...Berdasarkan novel ini, Gandalf nanti kemudiannya terpaksa meninggalkan kumpulan ekspedisi ini...Mereka terpaksa mengahrungi cabaran di kawasan hutan Mirkwood...Mereka ini terpaksa berhadapan
dengan labah-labah..setelah berjaya menyelamatakan diri daripada ancaman labah-labah, kumpulan ini terpaksa menghadapi dugaan daripada pihak Elvenkings...setelah berjaya melepaskan diri daripada penjara puak Elves ini, mereka kemudiaan berjaya
berkompormi dengan pihak manusia yang menghuni kawsan sekitar kaki bukit Lonely Mountain...Hal ini juga adalah disebabkan golongan manusia yang masih lagi berani menghuni di sekitara gunungf tersebut percaya bahawa pada suatu ketika nanti kawasan
itu akan gemilang dan kaya semula kerana Thror atau Thrain (yakni bapa dan datuk kepada Thorin) akan kembali mengambil semula tempat itu...hal ini terpapar dalam lagu2 rakyat yang mereka nyayikan dan kerna itu mereka masih lagi berani menghuni kawasan tersebut.
Kumpulan ini akhirnya berjaya memasuki pergunungan yang dihuni Smaug tersebut...Namun tahukah kalian...nanti bukannya Thorin dan rakan2nya yang membunuh Smaug ini kerana naga ini akhirnya nanti dibunuh oleh orang lain iaitu Bard....
Namun disinilah apa yang dikatakan "the begining of the ends" dalam cerita ini....setelah naga samug itu berjaya dibunuh...maka bermualah isu tuntut-menuntut terhadap harta yang tersimpan dalam gunung tersebut...puak manusia dan elves
menuntut harta itu kerana naga tersebut telah banyak membunuh ahli masyarakat mereka sewaktu ia tiba-tiba menyerang...manakala Thorin berkeras bahawa ia adalah harta miliknya meskipun bukan dia yang membunuh naga tersebut...
Disaat tentera Throin yakni Dwraf ingin berperang dengan kumpulan elves dan manusia, maka mereka kemudiannya bersatu pula kerana perlu menentang ancaman tentera Wargs dan Goblin...Maka disinilah penghujung ceritanya dimana manusia, elves dan dwarf sama-sama bersatu menetang watak jahat dari kalangan Wargs dan Goblin...Dihujungnya nanti, setiap puak masing-masing mendapat ganjaran masing-masing...Thorin pula mati bersama Fili dan Kili...
Walaubagaimanapun, salah satu hal yang penting dalam cerita ini adlaah bagaimana peranan Mr Bilbo si Hobbit ini dalam ,menghadapi segala macam dugaan...semua hal dilihat diselesaikan oleh watak ini...watak ini sememangnya ditanggap hero...pada
saat ancaman labah-labah, pada saat mereka di penjara di Elvenking, pada saat berhadapan dengan Smaug dan juga semasa peristiwa perebutan tuntut-menuntut terhadap harta di gunung itu, semuannya dilihat ia melibatkan sumbangan peranan yang
cukup besar dari si hobbit ini dalam menyelesaikannya...
Apapun...karya tulisan J.R.R Tolkein ini memang hebat sekali...sungguh seronok untuk dibaca...
Sabtu, 8 Disember 2012
Ucapan Pierre Andre di anugerah skrin 2012
Aku tak tengok pun anugerah skrin 2012 secara langsung....dan aku pun x amik tahu sangat...sebab jarang tengok program2 kat tv nie...x ada masa...tapi bila aku baca artikel tentang Pierre Andre berkenaan ucapannya di anugerah skrin baru2 nie, aku teringin nak dengar apa dia kata...then aku try cri kat youtube....bila aku dengar...yes...ucapan dia sangat tinggi dan bermakna bahkan ketinggiannya dan betapa maknanya adalah jauh lebih bermakna dari segala dunia dan isinya....Subhanallah....Tahukah kalian barangsiapa yang dapat mengucap kalimah LA ILA HAILLALLAH di akhir kalamnya (kata2 akhir sebelum matinya), maka syurga lah ganjarannya...bersandar pada hadis Nabi Saw..."Man akhiri kalamihi La Ila Haillallah, Dahhalah Jannah".....Kalimah ini bukan hanya sekadar dilafaz pada bibir sahaja...bahkan perlu difahami dan dihayati konteks dan maknanya agar ia terserap dalam hati....kalimah ini terkandung 2 konteks iaitu nafi dan isbat...pertamanya kita perlu nafikan mahkluk dan kemudiannya isbatkan kepada Allah...yakni perlu yakin bahawa selain Allah tiada kuasa, tiada daya dan upaya....kerna hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa....kerna itu bila kita hayati kalimah ini...kita tidak akan jadi angkuh...tak akan jadi sombong...bahkan sentiasa berasa kerdil...apatah lagi mahu berbicara seolah2 yang kita bisa mengambil tugas Allah...Nauzubillah hi minzalik....apapun Allah Maha Kuasa...Makhluk Langsung Tak Ada Kuasa....
p/s menjadi seseorang yang dikenali penghuni langit adalah jauh lebih bermakna daripada menjadi glamor dalam kalangan penghuni bumi......
Jumaat, 7 Disember 2012
Pierre Andre, kau buat aku rindu tentang sesuatu!!!
UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.
“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,” katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.
Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah ‘Bismillah.’
“Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘Lailahaillallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,” ucap Pierre dalam majlis itu.
Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
“Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.
Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.
“Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.
“Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.
Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.
Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.
Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.
Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.
Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.
Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.
Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.
Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.
- Kosmo-
p/s : Tetiba jer aku terbaca artikel nie kat internet...then terus aku teringat masa silam aku...Ya Allah....Kau permudahkanlah laluan hidup aku...Yes..aku memang dalam kekosongan...Meski aku tahu jalan untuk isi kekosongan tue...tapi sehingga kini aku belum cukup kuat....Kurniakanlah hidayah dan taufik-Mu Ya Allah...Aku pernah rasa nikmat ketenangan tue...Aku nak rasa balik nikmat tue...Wah betapa indahnya saat itu...Aku rindukan ucapan 'Allah Maha Kuasa, Makhluk langsung tak ada kuasa"...Aku rindukan "fikir harian", rindukan "taklim hadis masjid dan rumah", rindukan "ghast 2 1/2 jam" rindukan "jaulah mingguan" dan rindukan "keluar 3 hari"....rindukan "bayan", rindukan "taskil negara jauh, IPB", rindukan 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun, 4 bulan seumur hidup", rindukan "malam markaz", rindukan "mesyuarat markas", rindukan "mesyuarat halqah", rindukan "ijtimak", rindukan "johr", rindukan "eldest2 kita", rindukan "doa-doa masnun", rindukan "zikir pagi petang", rindukan "makan dalam talam", rindukan "kayu sugi", rindukan "solat jemaah dimana azan diazankan", rindukan "takbiratul ula", rindukan "kena marah dengan orang kampung sebab buat jaulah", rindukan "masak2 dengan bacaan zikir", rindukan kata2 "kejayaan kita hanya dalam agama, yakni sejauh mana kita taat perintah Alllah dan tinggal larangan Allah ikut cara sunnah Nabi SAW", rindukan "cerita hayatul sahabah", rindukan cerita pasal "Saidina Abu Bakar", rindukan kata2 "Dunia semenatara, akhirat kekal selamanya", rindukan "6 perkara", rindukan "solat tahjud".... ah terlalu banyak yang aku rindukan pasal usaha agama nie...rindu..rindu..rindu...
.......
........
...........
Labels:
agama,
aku,
Allah Maha Kuasa,
Kisah Silam,
tawarikh
Selasa, 4 Disember 2012
Kalaulah.....
Aku teringin nak dengar anak aku bersuara seperti ini :
"Bila ayah nak bawa tengok bola kat stadium nie"....
Pas tue orang umah aku pun menyahut ;
"Jomlah bang...abang dah lama tak bawa kami sekeluarga gie stadium...boleh pakai jersi sekali nanti.."
* Teringin nak dapat pasangan n anak yang minat bola....
....
......
......
.........
Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga....
Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata
.....
.......
........
.................
Review sikit pasal Harimau Malaya ....
Entri ini mungkin agak sedikit lewat...tapi bahang kehangatannya masih tetap terasa...Apa lagi kalau bukan isu bola sepak negara...Pertamanya, ucapan tahniah kepada barisan skuad Harimau Malaya kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir...Namun, semua pihak yang melabel mereka sebagai rakyat dan penyokong bola sepak Malaysia masih lagi tidak boleh berasa puas dan senang hati apatah lagi bersifat angkuh sekiranya skuad negara masih belum dapat menjulang trofi kemenangan
ini...Dan perlu diingatkan juga, andai kita dapat menjulang trofi AFF Suzuki Cup tersebut sekalipun, tak perlu ada sebarang perkataan dan perilaku angkuh dan sombong atas kemenangan tersebut....
Bertemu Thailand, bukan suatu tugas mudah...Thailand sehingga takat ini, tidak pernah terkalah...Maka seperti kata Safee Sali dalam kolumnya di Akhbar Metro hari ini, ini adalah peluang terbaik skuad negara untuk memadam rekod tanpa kalah Thailand tersebut...
Untuk pertemuaan semi-final ahad ini, diharap Rajagopal dapat membaiki kelemahan yang sedia ada...Bahagian tengah utamanya...Meski Syafik menjaring gol yang cantik dalam pertemuaan dengan Laos, namun dari sudut keseluruhan perlawanan dalam kedua-dua perlawanan akhir terkini ini, menunjukkan bahawa Syafik masih lagi belum dapat diiktiraf sebagai pemain tengah menyerang yang kreatif sehingga bisa memainkan peranan yang bahaya ke atas pihak lawan...Harusnya Rajagopal menggunakan posisi Syafik Rahim itu sebagai antara titik tumpuan dalam merencanakan gerakan ke atas kubu lawan...Selain itu, diharapkan Shakir Shhaari dan Gary Steven Robbat dapat diperturunkan dalam perlawanan nanti kerana kedua-dua pemain ini mempunyai ciri
pemain tengah bertahan yang diperlukan...Mereka setakat ini dapat mengekang gerakan lawan di bahagian tengah...Namun, jangan hanya pandai menyekat sahja, tetapi setelah dapat merampas bola, mereka ini juga perlu mahir dalam membantu pemain tengah
menhyerang membuat hantaran menyerang...Bukan setakat merampas dan kemudiannnya membuat "clerance" tak tentu hala...Itu satu hal yang sia-sia...Amar Rohidan..susah nak berbicara tentang pemain ini...diberikan posisi DMF yakni posisi tengah bertahan, tapi hakikat yang terpapar di kaca TV, pemain ini entahlah...macam ada dengan tak ada...tak membantu langung...
Selanjutnya, Zubir Azmi dan Mahala Jasuli dikekalkan sebagai pemain kesebelasan utama lebih-lebih lagi dalam mengekang gerakan pemain sayap Thai yang berambut perang itu..Mamamt tue laju dan pandai masuk ke dalam kubu lawan...Harap pertahanan
kita dapat mengekang beliau selain mengekang pemain serangan mereka yang memakai jersi no 10 dan 9 itu...
Azammuddin Akil atau dikenali sebagai 'Alex", setakat ini masih lagi mengecewakan aku...Meski aku meminati beliau tapi entah kenapa semenjak 2 menjak ini permainan beliau tidak seperti yang aku lihat dahulu...Anak Akil ini aku tengok sekrang dah
pandai nak claim2 mintak free kick...come on lah azamuddin...aku suka ko sebab ko main sedikit anggresif...jangan nak jadi super star sangat...kena body contact skit nak jatuh..kalau jatuh, bangun balik...dan teruskan permainan...sekarang nie, aku
tengok permainan azamudiin dah kurang anggersif...dah kurang cari dan kejar bola...hanya tunggu bola...sifat ini yang aku benci secara jujurnya...walaupun, AZAMUDdin menjaring gol sewaktu bertemu Sang Garuda, namun hal itu bukan menjadi tiket atau pelepasan dari kau untuk tidak dikritik...
* Bersama Azamuddin Akil @ Alex semasa Pahang menentang USM FC.... lepas nie gua nak amik gambar dengan kunalan plk...
Mungkin kebanyakan dari kita agak melontarkan kritikan ke atas Safee Sali...Tapi mintak sedikit pertimbangan dimana pemain ini kalau dilihat sudah cukup berusaha mempersembahkan aksi yang terbaik...Safee bahkan sering ke kawasan tengah mencari dan mengejar bola...Diharapkan penyerang kita yakni Safee DAN Norshahrul dapat mengembalikan prestasi terbaik mereka....
Ok lah...aku malas nak berceloteh banyak sangat...aku bukan pandai pun nak ulas2 game bola nie...aku cakap secara sembrono jer...Bila aku lihat barisan pemain Indonesia, aku dapat lihat yang mereka nie turut dibarisi oleh pemain yang berketurunan Irian dan Papua...Kita di Malaysia ada golongan2 semacam ini...yakni Orang Asli...mungkin untuk perancangan akan datang, pihak pengurusan bola sepak Malaysia boleh turun padang dan asah bakat mereka...sebabnya bila aku bercampur dengan Orang2 Asli ini...mereka ini dari segi kudrat memang ada...cuma dari segi kemahiran dan taktikal ajer yang mereka kurang...
* Kenangan bermain bola sepak bersama Orang Asli Laut Seletar....
Apapun...semoga Harimau Malaya mempamer aksi dan semangat juang yang tinggi...
.....
......
.........
Langgan:
Catatan (Atom)