Rabu, 27 Jun 2012

Zaman Tadika Gua Umur 6 Tahun




Aku mula masuk sekolah tadika sewaktu usiaku berumur 6 tahun... Aku hanya bersekolah di kampung ku...Kampung ku itu merupakan laluan utama bagi kampung-kampung jiran yang lain untuk ke pekan...Jadi laluan jalan kampung itu agak sibuk sedikit berbanding jalan kampung-kampung yang lain...Sekolah dekat dengan pekan..

Tadika aku tidak seperti tadika yang lain...Aku tidak bersekolah di "tadika kemas" meskipun tadika ini ada di kampungku bahkan jauh lebih dekat dengan rumah ku berbanding dengan tadika yang aku sekolahi yang duduk letaknya agak jauh kerana berhampiran dengan pekan...

Sekolah tadika ku itu bercirikan islamik...Seragam sekolah ku sahaja adalah baju jubah berwarna hijau tua bersama seluarnya dengan tona warna yang sama dipadan dengan kopiah yang berwarna hijau muda dengan selang-seli berwarna putih...Kopiah aku itu diperbuat dengan kaedah dikait bukannya dijahit...kerana itu Sampai sekarang ia masih ada dan tahan lama...Namun perlu diingat, sekolah ku itu bukanlah 'Pusat Asuhan Tunas Islam" atau nama ringkasnya "PASTI" yang diselenggara oleh pihak PAS (Parti Islam Semalaysia)..Ia adalah sekolah agama rakyat...Nama sekolah tadika ku itu adalah "Jawahir Al-Ulum". Pendidikannya tidak hanya terbatas sehingga ke peringkat tadika saahja, bahkan menawarkan pendidikan diperingkat sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah...




* Gambar Sekolah Agama Jawahir Al-Ulum masa kini...Tak sama dengan masa aku sekolah dulu...Banyak dah berubah...



Dari seragam sekolah ku, dapat lah dibayangkan bahawa pemakaiannya umpama ala-ala ahli jemaah Al-Arqam...Aku tak tahu pula sama ada adakah sekolah ini pernah terbabit dengan gerakan Al-Arqam pimpinan Abuya dulu...Tapi seingat aku, tenaga pengajar wanitanya adalah terdiri daripada wanita yang bertudung labuh dengan memakai purdah sehingga tidak terlihat rupa muka mereka melainkan hanya sepasang mata yang cantik sahaja....


Setiap pagi aku dihantar oleh pak cik ku ke sekolah...Ayah ku waktu itu tidak tinggal bersama kami...Dia tinggal di Johor Bahru kerna bekerja di sana. Di sekolah aku agak sedikit nakal...Aku suka kacau budak perempuan...Sehingga pernah satu hari ada seorang budak perempuan itu mengadu pada pak cik aku yangh aku ni samseng masa kat sekolah...Hampeh punya budak..Balik umah, pak cik aku bagitau pada emak aku..Jadi pastu aku kena pukul ngn mak aku.


Budak yang mengadu ngn pak cik aku tu pun dah kawen sekarang nie..Bapak budak ni tokeh kerepek yang berjaya tapi berjiwa rendah diri dan punya keperibadian yang mulia...Setiap kali nak raya, mesti Pak cik Salleh atau lebih sering kami gelar dengan gelaran "Salleh Kucit" (merangkap bapak pada budak pompuan tu) akan hadiahkan sejumlah kerepek yang pelbagai perisa dan jenis kepada seluruh penduduk kampung...memang pemurah orangnya...patutlah bisnesnya maju...




*Kilang kerepek yang ada kat kampung gua milik Pak Cik Salleh


Lazimnya, waktu pulang sekolah yakni sementara menantikan pihak keluarga masing2 datang menjemput kami, kami budak2 tadika Jawahir AlUlum akan main dekat parit yang terdapat di hadapan sekolah kami...Disepanjang kampung kami punya parit dari baruh(laut) sehinggalah ke darat...Permainan yang lazimnya kami main adalah main lumba bot atau perahu yang diperbuat daripada kertas buku latihan...Ada yang dibuat seumpama bot laju, ada seumpama perahu dan ada juga yang berbentuk umpama sampan belayar....

Waktu balik sekolah,pak cik aku juga yang ambil...Ada rakan yang pulang menumpang dengan pak cik aku iaitu nama dia Hafiz...Kami sering berebut-rebut untuk duduk di bahagian hadapan motor iaitu di kawasan bakul dengan harapan pak cik aku nie dapat bagi pegang handle motor nak konon2 mcm dapat bawa motor...Peluang tue tak selalu dapat meski dapat duduk di bahagian depan motor sekalipun...Bergantung pada nasib dan mood pak cik aku hari tue...Aku dengan Hafiz tak lah rapat sekarang nie...Sebab kami hanya berkawn masa sekolah tadika sahaja..Masuk sekolah rendah, kami sekolah seacra berasingan...

Ada sesuatu yang unik dan hebat tentang keluarga Hafiz nie...Nak tahu apa dia...Korang tahu tak pasal program "Gerbang Cinta" yakni suatu program dimana perkahwinannya ditaja selain dapat hadiah wang tunai dan sebijik kereta...Itu musim terbaru ini, korang tahu sapa yang menang?...Anak saudara Hafiz nie lah yang menang...Popular betul kampung aku masa upacara perkahwinan anak saudara dia ni dilangsungkan...Maklumlah orang TV datang masuk kampung aku...




*Pengantin pompuan tue orang kampung gua yang menang program "Gerbang Cinta"

Tapi itu tak lah berapa unik asngat...yang paling unik tentang keluarga si Hafiz ni adalah sebab rumah dia...Rumah dia kami gelar istana...sebab rumah dia besar betul...Macam shopping mall gamak besarnya...Tak percaya, nanti aku tunjukk gambarnya...Dia ni adik-beradik ramai..ada 20 orang dari satu ayah dan satu ibu...Tu pasal rumah dia besar macam istana...





* Istana kat kampung gua yang besar dia macam shopping mall gamaknya

Tiada ulasan: