Jumaat, 30 Mac 2012

Terengganu 1

Jumaat yang lalu, aku diminta untuk menggantikan pensyarahku atau lebih senang dan tepat kukatakan sebagai "Guru"ku untuk menghadiri satu seminar yang diberi tajuk "Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu". Semua ini bukanlah suatu yang dirancang. Hanya suatu hal yang datang secara mengejut. Sama seperti selalunya. Mendapat tugas disaat-saat akhir. Awalnya saat aku mula menimba ilmu di pusat pengajian ini, aku rasa agak sedikit tertekan kerana diberi tugasan saat akhir yang adakalanya bukanlah tugas biasa-biasa sahaja malahan sangat besar tanggungjawabnya. Misalnya, pada pertengahan Mei 2011, aku diminta untuk menyediakan satu kertas kerja yang mahu dibentangkan pada seminar arkeologi antarabangsa dengan hanya diberi tempoh dalam masa 2 hari. Kalian bayangkan itu. Macam nak gila aku dibuatnya. Tapi, lama-kelamaan baru aku tahu, apa hikmahnya kejadian-kejadian seumpama ini. Ini semua mengajar aku, bagaimana mahu bekerja dibawah tekanan. Pengarah aku itu kawan, semasa zaman "studentnya" dulu dibawah naungan Prof Emeritus Dato Dr Zuraina Majid, hanya diberikan masa 3 jam sahaja untuk menyediakan kertas kerja seminar. Jadi jika nak dibandingkan dengan apa yang aku alami, sangatlah sedikit sekali kesusahannya. Mujurlah aku hanya hadir sebagai peserta, bukan sebagai pembentang. Kalau sebagai pembentang, ya minta ampunlah. Tak sanggup aku terima.

Seminar itu berlangsung selama 2 hari iaitu 25 hingga 26 Mac. Justeru itu, malam Ahad langsung aku bergerak ke Kuala Terengganu. Menaiki bas ke Kuala Terengganu bukanlah suatu hal yang menyelesakan. Perlu menempuh keadaan morfologi jalanraya yang agak memusingkan kepala. Berbengkok-bengkok jalannya umpama keadaan badan ular yang dipalu. Tambah-tambah lagi laluan di sekitar Grik itu pula berbukit-bukit. Pening kepala dibuatnya. Sesedar ingatanku yang disaat itu berada dibawah pengaruh tidur-tidur sedar, bas itu berhenti di beberapa buah kawasan, antaranya di Besut (masyarakat yang berada di persimpangan antara Terengganu dan Kelantan), Jerteh serta seterusnya terus ke Hentian Bas Kuala Terengganu. Sekitar jam 6 pagi baru aku tiba.

Usai solat Subuh di surau Hentian Bas, otakku mula berfikir. Dengan cara apa harus aku ke Muzium Terengganu yang duduk letaknya di kawasan yang diberi nama Losong itu. Aku ini hanya hadir seorang diri. Ditambah pula, aku langsung tidak diberikan langsung sebarang penerangan lengkap untuk ke sana. Apa yang diberikan Guru kepadaku hanyalah seungkap kata "pandai-pandailah kau!".Seingat aku, baru 2 kali sahaja aku ke Terengganu. Sekali sewaktu aku sekolah menengah mengikuti rombongan dan yang keduanya sewaktu aku tamat sekolah kerana mengikuti jemaah usaha atas iman dan amal selama 40 hari di Dungun. Asalnya aku mahu menaiki bas sahaja. Sebabnya ia jimat. Tapi bas yang ke sana hanya beroperasi sekitar jam 9 pagi. Jadi aku berkeputusan menaiki teksi.



*Hentian Bas Kuala Terengganu

Aku menaiki teksi milik Haji Wahid. Orangnya kalau berjalan, postur badannya agak sedikit tempang ke kanan. Tangannya pula menggigil-gigil. Ada sakit barangkali disebalik simptom-simptom itu. Sepanjang perjalanan sekitar 15 minit itu, adalah jugak kami bersembang-sembang. Ada sesuatu yang menarik yang disembangkan oleh Haji Wahid ini. Di Losong itu, ada sebuah gerai makan yang murah sekali harga makanannya. Percayakah kalian, disaat dunia dihambat dengan kadar kenaikan harga barang, gerai itu masih lagi mampu menjual segelas air teh o dengan harga 40 sen...milo ais 80 sen. Bayangkan itu kawan...Murah sekali bukan harganya. Tapi sayangnya, aku tidak berkesempatan merasai pengalaman di kedai itu. Justeru, aku hanya bisa mendengar tanpa dapat merasainya.

Sesampainya di Muzium, setelah menyalami si pemandu teksi tua tu, aku jumpa pak guard muzium dan langsung mandi di tandas muzium. Mujur, kondisi tandasnya selesa dan nyaman sekali. Tak seperti tandas awam yang lazim aku bayangkan.

p/s : saat ini juga aku sedang hidup bekerja di bawah tekanan kuat nan gila. Pertamanya sudah tentunya berkait soal tesis aku. Sedang berusaha menyiap bab 3. Keduanya, projek buku dengan Guruku. Ketiganya, soal kutipan inventri Orang Asli seluruh semenanjung. Keempat...tak seperti bebanan di atas yang telah diberitahu awal-awal lagi...pulang sahaja dari Terengganu, kena gigih menyiapkan pameran sempena pelancaran galeri baru. Perasmian selasa depan. Tugasannya baru diberi 2 hari lampau. Hahahaha...Gila...Pameran sebesar itu hanya diberi masa 5 hari untuk disiapkan dengan kadar persiapan yang setakat ini boleh ku katakan baru mencapai kadar peratusan siap 5 % sahaja...Gila..ada 3 hari lagilah aku kena kerja sampai malam dan tak mustahil sampai ke pagi seperti selalunya yang terjadi....Hahaha..Tak sudah-sudah kerja "last minute"...

Rabu, 28 Mac 2012

Puisi BuatMu





Puisi untuk satu-satunya cinta dalam hidupku!

Intan Syuhaila Khairunnisa.....


Di sini! Disaksikan hempasan badai
dan tiupan bayu
Pantai Batu Burok...

Kukatakan padamu!:

Rampas jiwaku!
Curi masa depanku!
Jarah harga diriku!
Sita!
Sita semuannya!

Mengapa kau masih tetap terus membisu???


#Pantai Batu Burok, 26 Mac 2012, 12.37 am...

Rabu, 21 Mac 2012

NASI KEPAL

Nasi kepal kawan...Tahukah kau itu?...Aku pernah rasa...Sedap dan enaknya bukan letak pada mahal nilai harga beras itu...Tapi nilainya terletak pada hati si penyuap nasi itu kawan...Keluarga aku ini kawan, bukan lah berada mana pun...Hidup pun seada-adanya sahaja..Taklah jua melarat mana pun...Jadi beras di kantung dapur rumah kami itu bukanlah dari jenis mahal...Asal boleh dimamah, dihadam..Cukuplah...Zaman kecil aku dahulu...Kalau berkelahi dengan adik aku yang saat itu adalah satu-satunya adik yang aku punya...maka ibuku pasti akan meleraikan kelahi itu dengan nasi kepal...Kata ibundaku : "Jangan kalian gaduhlah...Kalian itu cumanya punya 2 beradik sahaja...Sudah lah...Mari ibu suapkan kalian nasi kepal...mahu tak???"...Tanpa banyak soal..tanpa banyak cakap..kami 2 beradik ini pasti berebut-rebut menganggakan mulut agar menjadi orang no 1 yang disuapkan nasi kepal oleh ibu... Nasi kepal ini bukanlah istimewa mana pun kawan...Cuma nasi itu ditanak dengan air yang lebih...Agar menghasilkan kondisi nasi yang lembik..Kemudian, nasi lembik itu akan dikepal-kepal menjadi bentuk seakan bulat dengan tangan suci ibuku itu..Setelah dikepal-kepal, masuklah ia di dalam mulut kami...Oh..Indah kawan..Indahnya bukan kepalang...Suatu keindahan yang tidak bisa diterjemahkan dengan kata-kata...Sendiri alami..sendiri yan rasai kawan...
TUHAN ITU MAHA ADA


Tuhan Tahu....
Tapi Menunggu...

Tuhan Mengerti...
Tapi Menanti....

Tuhan Mengetahui...
Tapi Menguji...

Semua...
Segalanya...
Apa-apa sahaja...
Dimana sahaja...
Bila-bila sahaja...

Dalam genggaman-Nya..
Dalam lihat-Nya...
Dalam dengar-Nya...
Dalam pengetauhan-Nya...

Masa lalu...
Masa kini...
Masa depan...
Bahkan...
Masa lalu sebelum masa lalu itu...
Masa depan selepas masa depan itu...
Ada dalam genggaman tangan-Nya...

Kumpullah segala kudrat...
Himpunlah beratus ikutan...
Kutiplah beribu kekuatan...
Panggilah berjuta umat...

Takkan dapat kau tolak kawan..
Tak dapat kau halang kawan...

Kau bukan Dia kawan...
Dia itulah jua yang memiliki kau kawan...
Bahkan...
7 Petala Langit...
7 Petala Bumi...
Dan segala seisinya...
Milik Si Dia kawan...
Punya akan Dia....


Selain Dia...
Semua dan segala
menyembah...
Rebah, tumbang, tersembam...
Bertekuk lutut...
Pada-Nya...

Yang tidak itu...
Adalah si angkuh kotor...
Dengan qalbi penuh noda dosa..
Pastinya dia itu bukan keramat...
Istidradjlah yang selayak busuk untuknya...

Ahad, 11 Mac 2012

Jangan ada rasa pongah di qalbi ku...Aku bukan Tuhan...

Dalam hidup kadang kita terasa kita dizalimi....Tapi hakikatnya, segala yang berlaku pasti punya sebab musababnya...Setiap kesan sama ada niat, percakapan dan perbuatan menghasilkan kesan...Cuma kadang kesannya itu tidak terpapar secara terus...tak hari ini...mungkin esok lusa yang tidak dapat kita jangka kan...Kerna itu...Janganlah kita fikir kesan buruk yang menimpa kita itu atas maksud kita dizalimi...Ini semua adalah balasan daripada niat, percakapan dan perbuatan kita masa lalu yang mungkin kita sedar dan mungkin kita tak sedar....Anggaplah itu sebagai suatu "kafarah" atas dosa-dosa masa lalu kita...Janganlah kita menyalahi diri orang lain atas nasib malang dan buruk yang berlaku atas kita...Dan paling bahaya pula jangan kita sangkakan Tuhan yang berlaku zalim ke atas kita...Allah tidak zalim...zalim bukan sifat Allah...sifat Allah adalah adil...Maha Segala Adil...Malang, nasib buruk, musibah dan malapetaka adalah salah satu tanda kasih sayang Allah....Allah mahu menyedarkan kita...Memberi peringatan...Belajarlah bermuraqabah...Bersunyi diri sepertimana Nabi Saw mencari petunjuk di Gua Hiraq...Janganlah angkuh...sombong...bongkak..berasa pongah...Jangan..Jangan sesekali...Janganlah jua mempergunakan kekuasaan yang ada untuk kepentingan diri....Jangan...Kuasa itu milik Tuhan...Milik Allah...Dunia ini rosak kerana manusia berasa dirinya berkuasa atas segala yang terdaya dia mampu lakukan...Ingatlah...Tiada satu pun yang terdaya pada diri kita...Hatta ke atas diri kita sendiri pun kita tak punya kuasa...Siapalah kita...Hanya dijadikan daripada setitik air mani sahaja...Bahkan mahu menarik nafas itu pun peerlu dan berkehendak akan izin Allah...Jauhlah dari ini semua...Semua sifat2 ini merosak hati...Menanam dan mencabah benih zulmat di dalam qalbi kita...Biarlah tidak punya apa2...Tidak punya kuasa...pengaruh...pangkat..darjat...nama...Kalau semuanya itu dipergunakan hanya semata2 untuk megah, berasa pongah, dihormati...Belajarlah menyemai rasa "khauf" / takut dan harap pada Allah...Takut Allah melihat kita dengan pandangan kemurkaan-Nya dan Harap agar Allah melihat kita dengan pandangan rahmat-Nya....Sentiasa bersangka baiklah dengan Allah...


# Tetiba jer daku merindui saat zaman "fana dunia" dulu....Ah....rindu betul saat zaman itu...Segala amal rasa mudah dan manis jer bila buat...Rindu pada teman seangkatan ~ Aim, Cerui, Alan, Syafik, Ateng, Usop, Hj Mat dll....Gua rindu pada ayat "Allah Maha Kuasa...Mahkluk Langsung tak ada kuasa...Kejayaan hanya ada dalam agama Allah...Yakni Sejauhmana kita dapat tunai perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah mengikut cara dan sunnah Nabi Saw" Tolong siapa2 datang dan khususi aku...Aku nak dengar berita2 akhirat....