Jumaat, 13 Ogos 2010

PROFESSOR LEORNARD YUZON ANDAYA

PROFESSOR LEORNARD YUZON ANDAYA

BA dalam bidang sejarah dari Universiti Yale, MA dan PhD dalam bidang sejarah Asia Tenggara dari Universiti Cornell. Beliau pernah memegang jawatan sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya, Universiti Nasional Australia, Universiti Auckland dan Universiti Hawaii dimana beliau telah bertindak sebagai professor dalam lapangan displin sejarah Asia Tenggara semenjak tahun 1993 lagi.

Beliau telah menulis secara meluas berkaitan dengan sejarah awal moden Asia Tenggara terutamanya sejarah berkaitan dengan Indonesia dan Malaysia. Terbitan pertama beliau adalah berjudul “The Kingdom of Johor, 1641-1728” (KL: Oxford University Press, 1971). Ini kemudiannya diikuti pula dengan terbitan yang berjudul “The Heritage of Arung Palakka: A History of South Sulawesi (Celebes) in Seventeenth Centry” (The Hague: Martinus Nijhoff, 1981) dan “ A History of Malaysia” (London: MacMillan, 1982).

Penerbitan beliau yang paling terkini pula adalah “The World of Maluku: Eastern Indonesia in the Early Modern Period” (Honolulu: University of Hawaii Press, 1993), edisi semakan (bersama Barbara Watson Andaya) iaitu “A History of Malaysia (London: Palgrave, 2000) dan “Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka (Honolulu: University of Hawaii Press, 2008). Penerbitan yang bakal keluar pula adalah “Cambridge History of Early Modern Southeast Asia, yang mana dalam penghasilan karya ini juga dilakukan bersama Barbara Watson Andaya. Kajian beliau yang terkini pula adalah berkaitan dengan sejarah kelautan di Indonesia Timur pada era moden awal.

1 ulasan:

Unknown berkata...

menarik info ni...singgahla blog Talam..