Rabu, 3 Jun 2009

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!!!

saudara (www.qareemneedrebel.blogspot.com)berkata:


 

9 komen? agak sukar saya nak menyusun jawapan. ok baiklah.


 

tentang maksud nasionalisma. saya bersetuju dengan maksud saudari.


 

saya mengatakan 'perlembagaan negara kita dibentuk atas konsep Nasionalisma' kerana kandungan perlembagaan itu sendiri yang tertulis salah satunya 'menjaga hak istimewa bumiputra dan hak-hak wajib bagi bukan bumiputra'


 

dari pengisian kandungan perlembagaann itu, menunjukkan keperluan 'istimewa' bumiputra berbanding bukan bumiputra. bukankah itu selaras dengan maksud nasionalsma, iaitu membentuk negara bangsa. dalam kandungan itu, kaum bumiputra diistimewakan haknya berbanding kaum lain. bangsa manakah yang mahu menjadi negara bangsa di negara ini? semestinya Melayu. apakah parti yang 'berkuasa' menulis perlembagaan semasa itu? semstinya UMNO.


 

jika perlembagaan itu ditulis dengan idea 'perjuangan rakyat', bermakna, isi kandungan istimewa itu akan dibuang. sebaliknya, digantikan dengan 'menjaga hak-hak wajib pada setiap bangsa di malaysia'. kerana perjuangan rakyat mendukung 'sama rata sama rasa'


 

saya tertarik dengan hujah history saudari megenai konsep nasionalisma pada era sebelum kemerdekaan.


 

namun, jika saudari lihat balik artikel saya, saya menumpukan penulisan nasionalisma dan perjuangan rakyat untuk situasi masa kini. kadang-kadang seperti banyak percanggahan dalam dalam membandingkan dengan yang dahulu dan sekarang.


 

saya kurang bersetuju dengan penulisan Ramlah Adam yang mengatakan Dato Onn bukan 'future thinker'. Sebab saya telah membaca biografi Dato Onn dan beberapa buku mengenai Dato' Onn yang ditulis oleh sahabat dekat Dato' Onn sendiri. Dato' Onn telah keluar dari PEKEMBAR kerana idea 'sama rata' yang mahu dibawanya ke dalam UMNO, dengan membuka keahlian UMNO kepada bukan bumiputra telah gagal. Padahal, Dato' Onn sebenarnya mahu menyatupadukan kaum Melayu dengan kaum2 lain. Ahli2 UMNO yang rata-rata dari orang melayu yang bersemangat kuat dengan slogan 'hidup melayu' telah menolak Dato Onn walaupun dia adlah pengasas.


 

Yang kelakarnya, setelah menyedari bahawa kemerdekaan Tanah Melayu takkan dapat dicapai jika 'hanya Melayu sorang saja nak merdeka, kaum lain jangan pedulikan'. Barulah, UMNO nak bersekutu dengan MCA dan MIC. Barulah 'mereka' terfikir bahawa idea Dato Onn iaitu 'sama rata' @ membuka keahlian' yang sebenarnya bermaksud 'menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia' itu sebenarnya perlu dalam membawa kemerdekaan.


 

Tunku Abdul Rahman amat bijak. Beliau tak buka keahlian UMNO kepada bukan bumiputra, tapi, menggunakan istilah 'bersekutu' dengan parti kaum2 bukan bumiputra bagi membawa kemerdekaan.


 

bagi saya, idea Dato' Onn itu dah betul, tapi, cuma silap cara. Jika Dato' Onn terlebih dahulu menggunakan idea 'bersekutu'. bukan idea, 'UMNO untuk semua kaum', Dato Onn adalah PM pertama. bukan Tunku. Silap cara, itu saja. bukan 'not future thinker' seperti tulisan Ramlah Adam.


 


 

nasionalisma dan perjuangan rakyat sukar dibezakan pada waktu ini kerana kebanyakkan dari kita seringkali dimanipulasi oleh pelbagai berita tak benar dan khabar angin oleh media massa yang suka mencari populariti dari berita kebenaran. jika anda mahu benar-benar mahu mendapat jawapan mengenai perbezaan diantara nasionalisma dan perjuangan rakyat.


 

saudari boleh membandingkan peristiwa 'nasionalisma nazi, penggulingan dinasti terakhir China, penggulingan Nicolas Tsar 2 di Russia' . semua contoh diatas berkait rapat dengan isu nasionalisma.


 

dengan


 

'revolusi france, zaman pengakhiran samurai jepun, kejatuhan blok komunis di CIS'. contoh ini berkait mengenai perjuangan rakyat.


 


 

Pacal yang hina ini pula menjawab:


 


 

Salam kembali...saya ingin memperbetul salah faham saudara tentang kenyataan saya berkaitan dengan "Ramlah Adam dan Dato Onn Jaafar"...Barangkali saudara melihat bahawa saya menyatakan bahawa Ramlah Adam yang mengatakan bahawa Dato Onn bukanlah "future thinker". Sebenarnya maksud saya yang sebenar ialah Ramlah Adam itulah yang mengatakan bahawa Dato Onn sebagai seorang "future thinker" malah Ramlah Adam juga melihat bahawa Dato Onn merupakan seorang yang mempunyai "kotak pemikiran diluar pemikiran manusia pada zamannya" dan ini juga seperti apa yang berlaku pada Munsyi Abdullah jua. Tapi saya menyangkal kenyataan Ramlah Adam berkaitan dengan isu tersebut. Maaf kerana mengelirukan saudara melalui penulisan saya sebelum ini.


 


 

Kenapa saya katakan bahawa Dato Onn bukanlah "future thinker" dan "manusia yang punya kotak pemikiran diluar kotak pemikiran manusia pada zamannya"?..

Maaf kenyataan ini sememangnya "jauh panggang dari api"..Saya boleh katakan bahawa Dato Onn merupakan orang begitu ketinggalan dalam idea politik dan pelaksanaannya berhubung dengan suasana yang berlaku di Tanah Melayupada ketika itu.


 


 

Kalau saudara mengatakan bahawa Dato Onn

melihat bahawa Tanah Melayu ini hanya dapat mengecapi kemerdekaan apabila semua kaum yang besar (Melayu, Cina dan India)bersatu, maka hakikatnya idea itu telah lama diusulkan malah dipraktikkan oleh pihak kiri melalui gabungan PUTERA-AMCJA. Tahun 46-47 lagi mereka telah melihat hal ini dan mereka juga

turut menyatakan bahawa 'KEMERDEKAAN TAKKAN TERCAPAI TANPA PENYATUAN SEMUA KAUM".


 


 

Kemudian, jika saudara mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan fasal "Hak Keistimewaan Bumiputera" dalam perembagaannya (lihat Perkara 152 &153 yang menyentuh soal bahasa,agama, kedudukan bumiputera dan Raja-Raja Melayu).


 


 

Ingin saya peringatkan saudara bahawa isu yang terpapar di Perlembagaan Persekutuan itu sebenarnya telah dibincangkan oleh pihak PUTERA-AMCJA. Malah perbincangannya dan drafnya telah siap sebelum tahun 1948 lagi.


 


 

Disini saya kongsikan 10 usul yang dipersetujui oleh gabungan PUTERA-AMCJA (dikenali juga "Sepuluh Prinsip Rakyat" (Ten People's Principles) yang mewakili semua bangsa yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu)


 

6 USUL YANG DIKEMUKAKAN OLEH AMCJA YANG MEWAKILI BADAN BUKAN MELAYU:


 

1.Malaya disatukan termasuk juga Singapura


 

2.satu badan perundangan pusat ditubuhkan untuk seluruh Tanah Melayu


 

3.kesama-rataan dalam soal politik diberikan kepada penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah tumpahnya dan akan setia terhadap Tanah Melayu


 

4.Sultan-Sultan Melayu berperanan sebagai raja yang berdaulat dan berfungsi sebagai raja berperlembagaan serta menerima nasihat dari rakyat dan bukannya menjadikan British sebagai penasihat


 

5.hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan hal-ehwal adat-istaiadat orang Melayu diletakkan sepenuhnya dibawah kawalan dan tanggungjawab orang Melayu


 

6.perhatian yang khusus dan istimewa perlu diberikan kepada soal kemajuan orang Melayu.


 

MANAKALA 4 USUL LAGI DIKEMUKAN OLEH PUTERA YANG MEEWAKILI BADAN MELAYU:


 

1.Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi masyarakat Tanah Melayu,


 

2.pertahanan Tanah Melayu dan urusan luar negeri diuruskan oleh Kerajaan Malaya dan Kerajaan Inggeris


 

3.istilah "MELAYU" digunakan sebagai rupa bangsa yakni kewarganegaraan bagi penduduk Tanah Melayu


 

4.bendera kebangsaan hendaklah berwarna merah di atas dan putih di bawah.


 


 

Nah, lihatlah...semua isi kandungan dalam Perlembagaan Rakyat ini...Bagaimana? Bukankah negara cita "Bangsa Melayu" itu sudah punya jalan untuk direalisasikan. Malah kalau saudara teliti dengan penuh cermat, kebanyakan isu yang berkaitan dengan hak bumiputera dan Melayu khususnya telah diusulkan oleh kaum BUKAN MELAYU. Menarik bukan.


 


 


 

Satu persoalan, kenapa pihak penjajah British lebih senang mengadakan sesi perbincangan dengan UMNO dalam soal pembentukan Perlembagaan berbanding dengan pihak PUTERA-AMCJA sedangkan dalam isu Malayan Union ciptaan British dulu, UMNO begitu bersungguh menentang. Kenapa tidak British berbincang sahaja dengan pihak PKMM dan angkatannya yang padaa awalnya menyokong Malayan Union. Pasti ada sebab dan munasababnya.


 


 

Kemudian lihatlah pelbagai dasar negara yang dicipta oleh UMNO.


 

Saya akui,ada terdapat dasar-dasar UMNO yang tidak menganggu gugat kedudukan bumiputera pada suatu ketika dahulu. Dan perkara ini selaras dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan.


 

Antaranya:


 

1. 1967 : Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan berperanan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.


 

2. 1967 : Akta Bahasa Kebangsaan mewartakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam upacara rasmi.


 

3. 1969: Menteri Pelajaran, Datuk Abdul Rahman Yaakob mengumumkan sekolah aliran Inggeris ditukarkan kepada aliran bahasa kebangsaan secara berperingkat.


 


 

4. 1970: Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam darjah satu di sekolah rendah.


 


 

5. 1970: Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1970-1999) untuk menaikkan taraf hidup kaum bumiputera.


 


 

6.1973 : Bank Pembangunan ditubuhkan. Ia mula beroperasi pada tahun 1974 untuk mennggalak penyertaan usahawan bumiputera dalam kegiatan ekonomi negara.


 


 


 

Jujurnya, saya bersetuju malah menyokong dasar yang dicipta oleh UMNO ini. Namun yang pelik, setelah dasar2 ini dibentuk, ada pula usaha-usaha yang mahu meenghapuskan dasar-dasar indah ini pada lewat hari ini. Misalnya, Isu PPSMI...kenapa ini boleh berlaku...adakah para ahli UMNO tiada belajar akan sejarah partinya itu lebih2 lagi yang muda-mudi?.


 


 

Selanjutnya, sekarang ini ada pula usaha-usaha untuk mengembalikan semuala kekebalan kuasa-kuasa Sultan-Sultan Melayu untuk menyelesaikan isu politik yang berlaku lewat hari ini lebih-lebih lagi setelah apa yang berlaku di Perak.


 

Dulu UMNO telah cipta satu undnag-undang baru di bawah pemerintahan Tun Mahathir pada 1993. Ianya berkaitan dengan soal kekebalan Raja-Raja Melayu.


 


 

Isu ini muncul apabila Tun Mahathir berkeras mahu menarik balik kuasa raja-raja Melayu pada 1992. Ini kerana, pada waktu itu, ada kes bilamana Sultan Johor telah mecederakan Douglas Gomes di Istana Johor pada 30 Nov 1992.


 


 


 

Rentetan kejadian itu, pada 10 Disember, 92 Dewan Rakyat telah meluluskan sebulatsuara usul yang dicadangkan oleh Ghabar Baba (TPM) ketika itu berikutan kes yang dikenali dengan "Peristiwa Bukit Serene"


 


 

Sebenarnya sebelum di Bukit Serene lagi, telah banyak peristiwa yang kurang enak didengar yang melibatkan pihak istana.


 

contohnya:


 

1. Julai 1992, Tengku Bendahara Johor dituduh mencederakan dan memukul penjaga gol hoki Perak semasa pertandingan hoki antara Johor dan Perak.


 

2. Peristiwa Prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit yang dikatakan punya kaitan dengan Kesultanan Johor yang sehingga kini tiada keputusan jelas tentang kes tersebut.


 

Maka, Perkara 181 (2) Perlembagaan Malaysia,: pindaan pada tahun 1994 membolehkan Raja-Raja Melayu didakwa di Mahkamah Khas Raja Melayu.


 

Tapi melihatkan apa yang berlaku di Perak, terdapat usaha untuk mengembalikan semula kuasa-kuasa Sultan. Perlu difahami, setakat ini, kuasa orang politik masih mendahului pihak istana.


 

Menurut saya, Sultan ini hanya dipergunakan bila perlu sahaja oleh golongan politikus negara ini.


 

Lagi satu isu tanah di Perak apabila Nizar mahu lanjutkan tempoh pajakan tanah rizab Melayu selama lebih 90 tahun kepada non malay...sejujurnya isu itu telah lama berlaku di

Johor. Sila lihat enakmen kerajaan negeri Johor berhubung isu tanah rizab Melayu yang boleh dipajakan kepada bukan Melayu selama 99 tahun..Jadi apa bezanya...


 

Saya tidak memihak kepada mana-mana belah pihak...Saya hanyalah seorang manusia yang berusaha untuk bersifat objektif dan realis...Saya bukanlah menulis untuk bias kepada mana-mana pihak dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak jua...saya adalah saya...


 


 

*sila lihat orang-orang penting dalam UMNO dari penubuhannya sehingga kini. Kaji latar belakang mereka...Tak silap kebanyakanya dari golonganaristokrat...kurang dari golongan kelas rakyat...


 


 

Love n Peace.


 

-Menulis untuk revolusi bukan fantasi-


 


 

Saudara (qareemneedrebel.blogspot.com) membalas balik:


 

saudari ruhi,

terima kasih atas komen saudari.

saya bersetuju akan penjelasan mengenai 'sepuluh prinsip rakyat' yang di ketengahkan PUTERA-AMCJA itu.

saya sendiri pernah membacanya dan saya akui bahawa tuntutan itu telah diketengah kan awal oleh pihak PUTERA-AMCJA.

cuma di sini saya kan menerangkan persoalan saudari kenapa pihak British tidak memilih PUTERA-AMCJA dan sebaliknya memilih UMNO.

pertama sekali, anda perlu sedar bahawa tanah melayu ini telah terjajh oleh British selama beratus tahun. Hakikatnya, bila sesebuah negara terjajah, suara rakyat dalam negara itu sukar didengar. anda sendiri lihat bagaimana situasi Iraq dan afghanistan bukan?

dan apabila terjajah, untuk mendapatkan kemerdekaan itu bukan lah senang. British takkan mudah2 nak beri kemerdekaan kepada Tanah Melayu begitu saja. British ada kepentingan di Tanah Melayu. Ladang-ladang sawit dan getah yang di usahakan oleh British melalui estet2 seperti sime darby dan guthrie contohnya. itu bernilai berpuluh-puluh juta. dan banyak lagi seperti bijih timah dan sumber2 hutan yang kaya. saya yakin, ketika itu jika British mahu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. British perlu memberi kepada mereka yang boleh menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu.

dan British memilih UMNO. kerana UMNO mempunyai pertalian yang baik dengan british. anda sendiri cakap UMNO datang dari golongan aristokrat. memang kebanyakkan pemimpin OMNo datang dari golongan aristokrat. tapi, bagi saya, itu tiada masalah. kerana mereka punyai satu matlamat juga. iaitu kemerdekaan.

British menolak usul PUTERA-AMCJA sebab saya pernah baca bahawa British menolak mereka kerana hubungan PUTERA-AMCJA dengan komunis. anda perlu sedar , bahawa semasa era sebelum kemerdekaan. United Nations atau PBB baru hendak ditubuhkan bagi mengimbangi kuasa-kuasa dunia selepas perang dunia kedua. semasa itu, terdapat dua kusa blok yang kuat iaitu berikat dan komunis. British adalah datang dari pihak berikat. Jajahan British di nusantara ketika itu cuba dicabar oleh kuasa komunis yang telah mula menubuhkan negara iaitu Indonesia melalui Parti Komunis Indonesia pimpinan Soekarno, presiden pertama Indonesia. British sedaya upaya berusaha agar tanah jajahan nya iaitu Tanah Melayu dan singapura tidak terjatuh kepada pejuang kemerdekaan yang membawa bayangan komunis dibelakangnya.

jajahan tanah melayu itu milik british. british berhak. rakyat tanah melayu ketika itu tidak punyai kuasa apa2. anda lihat contoh di iraq dan afghanistan. Amerika berkuasa. itulah situasi bila terjajah dan peritnya untuk tuntut kemerdekaan. rundingan gagal, tumpahan darah, gencatan senjata, dan macam2 lagi.

lagipun, ketika itu. anda perlu tahu, kuasa raja yang paling kuat ialah kuasa sultan johor yang dipimpin sultan ibrahim. beliau yang mempunyai pertalian rapat dengan kerabat british, adalah faktor penyumbang mengapa British lebih selesa berunding dengan UMNO daripada PUTERA-AMCJA. Lagipun, UMNO tertubuh di istana-nya. Peranan sultan ibrahim ketika itu sangat besar. namun, ada cerita ianya perlu di rahsiakan bagi mengimbangi pemerintahan 'bayangan' dalam sesebuah negara.

tahukah anda mengenai pemerintahan 'bayangan'. di negara kita ini sebenarnya wujud. tapi, kita semua buat tak tahu, atau mungkin kurang tahu. atau ianya dirahsiakan bagi mengelak dari timbul perkara sensitif.


 

satu lagi adalah mengenai 'kehilangan kekebalan kuasa raja-raja'

ada banyak sebab saudari.

anda perlu ingat. raja dan sultan juga adalah manusia. mereka juga boleh hilang pertimbangan bila tidak dapat mengawal kuasa dan nafsu.

peristiwa-peristiwa yang anda beri itu baru sedikit. ada banyak lagi peristiwa jenayah yang di buat oleh kerabat diraja terhadap rakyat yang tak didedahkan. cuma ianya setakat di bualan mulut orang. saya ingatkan lagi, sultan dan raja adalah manusia juga. mereka juga perlu di adili jika mereka melakukan jenayah.

saya menyokong undang-undang yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir itu. kerana ianya bukan dibuat untuk menyekat kuasa raja2. tidak sama sekali. tapi, bagi memberi keadilan kepada mereka yang tak bersalah.

anda tahu tak, sultan johor kini, iaitu sultan iskandar pernah menampar muka bekas imam masjid negara hanya kerana sultan johor telah ditegur oleh imam agar tidak memakai gelang emas sewaktu bersolat.

selepas dari tu, tangan sultan johor bengkak selama satu purnama kerana terkena 'daulah' imam itu.
setelah sultan johor, menemui imam tersebut, barulah tangan sultan johor kembali pulih.

orang melayu penuh dengan dunia mistik. itulah yang sering digeruni oleh kaum-kaum lain.

terutamanya peristiwa 13mei.

saudari, saya mengkagumi hujah dan fakta saudari kerana ianya seratus peratu dari penulisan dan buku.

satu lagi. mengenai kes pajakan tanah kepada bukan bumiputra, bukan 90 tahun ye cik ruhi. tapi, 999 tahun!! sembilan ratus sembilan puluh sembilan. itu benar2 membangkitkan kemarahan orang melayu kepada kerajaan Pakatan rakyat! sila tonton balik rakaman MB Perak sewaktu ditanya mengenai hal tanah pajakan itu. serta muka ngeh kam hoo yang suka meriang.

ok.

namun saudari, dalam memahami konsep pembinaan negara. rujukan buku bukanlah segalanya. ada banyak lagi perkara yang perlu dirujuk terutamanya cerita-cerita dari mereka yang mengalami peristiwa tersebut. mungkin masyarakat ada mendakwa mengatakan itu ialah cerita dongeng atau cerita rekayasa. namun, sebenarnya itu amat penting bagi membandingkan dengan situasi yang berlaku.

adakalanya saudari, kita akan berfikiran silap terhadap apa yang kita rasa tak kena.

sekian.

2 ulasan:

I Am Rebel berkata...

wah.. jadi muka depan.

biar benar?

eswandyasre berkata...

anda alpa sehingga gagal.tahniah