Isnin, 5 Januari 2009

FRIENDSHIP OVER ETHIC OR ETHIC OVER FRIENDSHIP

Jikalau berbicara mengenai persahabatan dan etika, ramai di kalangan insan akan terjerat mengenainya. Tidak ketauhan mengapa mereka ini bisa menjadi sebegini rupa. Mungkin kalian semua masih nggak bisa untuk mengimbangi atau menstabilkan antara tuntutan persahabatn dan etika. Suatu isu yang biasa kedengaran pada waktu ini adalah mengenai persahabatan menerusi etika atau etika menerusi persahabatan tau dengan bahasa mat sallehnya adalah friendship over ethic atau ethic over friendship. Memang pada saya, tajuk ini suatu tajuk yang agak menarik untuk didiskusikan kerana, perkara ini bisa terjadi kepada kalian semua dalam kehidupan kamu sehari- hari. Sebelum diteruskan karya penulisan ini, diharap kalian semua dapatlah mengekplotasikan kewarasan akal untuk memikirkan dan mempertimbangkan antara pro dan kontranya terhadap isu yang ingin aku tuliskan ini. Ingin aku tanya kepada kalian semua, bagaimanakah kamu menjalinkan persahabatan dengan rakan kamu dalam kehidupan seharian kamu?. Adakah kalian mungkin sanggup untuk membelakangkan etika kamu yang kamu semat selama ini dalam tubuh kamu hanya kerana untuk menjaga situasi hati dan perasaan rakan kamu apabila kamu mengalami permasalahan yang bercanggah dengan etika kamu?. Cubalah kalian semua fikirkan akan permasalahan atau persoalan yang saya timbulkan ini. Pada saya, saya akan mendahului etika saya kerana saya berpendapat bahawa langkah untuk saya menjalinkan persahabatan dengan rakan saya adalah berdasarkan etika. Ini kerana, pada saya ia menunjukkan suatu yang relevan dan wajar serta menunjukkan kita bukanlah seorang yang sentiasa mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh rakan saya tanpa sebarang sebab atau alasan yang munasabah. Bukanlah saya mengatakan bahawa kita terpaksa memutuskan tali persahabatan dengan rakan kita hanya kerana apa yang mereka lakukan itu bercanggah dengan etika kita. Namun, apa yang ingin saya kataka di sini adalah cukuplah anda mempertahankan etika anda terhadap apa yang bercanggah dengan pendirian rakan kalian. Janganlah anda memutuskan tali persahabatan hanya kerana percanggahan atau perselisihan etika. Teruskanlah persahabatan itu terjalin. Biar apa jua yang mereka katakan. Yang penting, anda tahu apa yang anda lakukan. Disinilah sikap toleransi, respect each other dan pro- choice memainkan peranan penting dalam hubungan persahabatan. Saya rasa seorang rakan yang tahu akan erti persahabatan sebenar, mereka perlu mempunyai sikap- sikap ini. Terpulanglah kepada anda …. Namun adakalanya, jikalau kita fikirkan akan positifnya terhadap istilah ethic over friendship, mungkin ada kerelevanannya. Nmaun ia masih lagi bergantung kepada situasi atau keadaan. Jikalau kalian semua membina etika anda berdasarkan persahabatan, anda perlulah melihat, menyiasat dan menyelidiki etika rakan anda tersebut. Sekiranya anda membentuk dan membina etika anda berdasarkan sahabat anda yang mempunyai tahap etika yang positif, maka ia tidaklah menjadi suatu masalah. Apa yang positif dan negatif di sini, saya rasa tidak perlulah saya terangkan kepada kalian semua. Kalau pada saya positif atau negatif itu ditentukan berdasarkan wahyu. Tidak ketauhan bagaimana pula anda menentukan positif dan negatif itu dari sudut apa. Mungkin anda menetukan positif dan negatif itu berdasarkan akal semata- mata atau berpandukan dari segi lain- lain. Terpulanglah pada diri anda sendiri. Berbalik kepada persoalan tadi, apa yang negatifnya mengenai istilah etika melalui persahabatan adalah sekiranya anda memupuk atau membina etika berdasarkan etika rakan anda yang mempunyai etika yang buruk atyau negatif. Nah, disinilah wujudnya permasalahan yang akan merosakkan diri dan kehidupan kalian semua. Oleh itu, kamu fikirkan mana yang buruk dan yang baik, mana yang positif dan mana yang negatif, mana yang mahmudah dan mana yang mazmumah. Ah, terpulanglah pada kaalian semua.

Tiada ulasan: