Isnin, 13 November 2017

Memori




Memori

2008 - 2017

Hanya garis kabur dan cahaya malap 





Tahniah











Tahniah Adam untuk Doktor Falsafah (28/10/2017)

Tahniah Shyeh, Syue, Mira , Lin, Ayu untuk Sarjana Penyelidikan (29/10/2017)

Tahniah Wandy untuk pernikahan (28/10/2017)










Khamis, 26 Oktober 2017

PERSETAN SAMA MASA HADAPAN!!!








PERSETAN SAMA MASA HADAPAN!!!


Rindu kawan-kawan yang pernah aku kenali
Sejak dilahirkan hingga aku masih tetap bernafas kini.

Rindu zaman lalu
Ingin kembali ke zaman itu
Bukan untuk mengubah masa lalu
Tapi untuk tetap kekal di situ

Benci dengan usia yang kian berlalu
Pantas dan kejam mengerakkan waktu
Memikul beban tanggungjwab di bahu
Yang tiada seorang pun tahu
Hingga adakalanya ada  hati yang terguris pilu 

Sampai bila harus berpura
Menipu diri dan berkata
Ah, tiada satu pun yang berubah di mata!
Semuanya masih tetap sama!
Dari dulu hingga selamanya.

Tapi itulah harganya
Bagi yang sering tenggelam dengan masa lalunya.

Ah, persetan sama masa hadapan!
Tak perlu meletakkan sebarang harapan,
Kerna puncak harapan adalah kekecewaan.

Sila meninggal wahai kau si masa hadapan!!!.


4.59 PAGI
26 OKTOBER 2017
B10, PPAG USM
PULAU PINANG
PULAU NERAKA







Isnin, 23 Oktober 2017

Usia




USIA

Bosan dengan usia kini.
Bosan, Bosan, Bosan
Benci!

Usia yang membekukan fikiran kau 
Usia yang melemahkan jiwa kau
Usia yang menakutkan kau
Usia yang memenjarakan kebebasan kau
Usia yang meragut harga diri kau

Dan akhirnya 
Usia inilah yang menjadikan kau tidak peduli
Semakin mementingkan diri 
Hingga menjadi hipokrasi

Sudahnya 
Kau terperangkap dalam sangkar usia 
Buatan kau sendiri.


1:32 PAGI
10 OKTOBER 2017
B10, PPAG USM
PULAU PINANG






Isnin, 31 Julai 2017

DIA SEORANG GURU





"DIA SEORANG GURU"






Dia tidak hanya pensyarah,
Juga penyelia.

Dia lebih dari itu,
Lebih dari sekadar itu,
Lebih tinggi, lebih jauh, lebih dalam,
Dia adalah GURU.

Justeru itu,
Bukan peraturan yang menjadi sempadan,
Tidak juga undang-undang yang menjadi batasan,
Tapi kata ADAB lah yang menjadi jambatan perhubungan.

Ada suara sumbang berteriak:
"Dibelakangnya kau bersuara keras kelantangan,
Didepannya menikus ketakutan".

Apa mereka itu tidak mengetahui, memahami, menghayati,
Makna ertinya GURU dan berGURU!.

Kata hormat ini bukanlah didasari atas pangkat, darjat, posesi, kedudukan,
Tidak sama sekali!,
Tapi atas ilmu pengetauhan, pengalaman, kesusahan, kepayahan, kesabaran, ketabahan,
kerendahan hati, ketinggian budi, peranan, jasa, sumbangan,
Yang dicari, ditempuh dikutip, dikumpul, diamal sepanjang perjalanan hayatnya.

Dia dan sahabat-sahabatnya adalah orang-orang yang berjuang,
Orang-orang yang berkorban,
Sedang aku dan kawan-kawan hanyalah budak-budak yang menikmati hasilannya sahaja.


Sosok ini,
Pengingat, pemesan dan penyedar,
Akan peri pentingnya,
Kata bahasa, bangsa dan agama,
Bertuhan dan berfitrah.

Kau yang pernah baik, pernah mesra dan simpati kepadaku.

Terima kasih untuk segalanya,
Untuk setiap detik, saat, waktu, momennya,
Yang tak tersedar sudah 7 tahun waktunya.

Terima kasih untuk ilmunya
Untuk Jahai,
Lanoh
Batek,
Kintak,
Kensiu,
Mendrik,
Temiar,
Semai,
Chewong,
Jah Hut,
Semak Beri,
Mahmeri,
Temuan,
Semelai,
Jakun,
Duano,
Kanak,
Seletar.

Terima kasih untuk momennya
Untuk Gua Musang,
Sungai Kejar,
Tasik Banding,
Air Banun,
Sungai Raba,
Warung Pak Usop,
Air Bah,
Lenggong,
Gunung Ledang,
Kota Tinggi,
Pulau Besar,
Pulau Carey,
Pulau Kalumpang,
Kuala Gandah,
Kuala Mu,
Tanjung Belanja.

Terima kasih untuk ruang dan peluangnya
Untuk Riau,
Kuala Namu,
Pekan Baru,
Siak,
Rantau Berangin,
Muara Takus,
Kampar,
Ujung Batu,
Tambusai,
Kunto Darussalam,
Rokan

Terima kasih jua untuk
Kapal terbang, awan dan langit nan biru.
Rencana Tuhan tiada siapa yang tahu.

Terima kasih tak terucap, tak terkata, tak terhingga
Atas  didikan, bimbingan, tunjuk ajar, sokongan, dorongan, bantuan, pertolongan,
doa, dukungan, pembelaan.

Andailah,
7 petala langit,
7 petala bumi,
Bulan, bintang, matahari,
Dunia dan segala isi,
Di tanganku,
Takkan dapat,
Takkan pernah dapat pun,
Untuk membayar dan membalas segalanya,
Hatta sepatah kata ilmu sekalipun.

Maaf atas salah, silap dan dosanya.

Dari mu,
Tiada apa pun ku pinta, ku harap, ku pohon.

Hanya satu kata,
Kata keramat yang tidak sekadar dilafaz,
Tapi turut ditasdik di hati, qalbi, sanubari,
Itulah kata REDHA,
Redha Tuhanku terletak di tanganmu,
Redha Guru, Redha Tuhan.

Semua ini,
Kelaknya nanti,
Akan menjadi,
Sebuah kisah klasik untuk masa hadapan.


"Duduk tunduk menuntut ilmu,
Mengharap REDHA dari Sang GURU,
Terima kasih atas kebaikanmu,
Mohon maaf atas kejahatanku".

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH,
MAAF, MAAF, MAAF.




Dari anak murid mu Amir Ahmad 
Kepada Guru ku DR. HAMID MOHD ISA.

Puisi ini dikarang khusus untuk GURU 
Pada 28 Julai 2017 M
Bersamaan 4 Zulkaedah 1438 H
Hari Jumaat
Pada jam 3.17 am
Di B10, PPAG USM

Puisi ini dideklamasikan khas untuk GURU
Pada 28 Julai 2017 M
Bersamaan 4 Zulkaedah 1438 H
Hari Jumaat
Pada jam 11.30 am
Di lobi PPAG USM.











Jumaat, 7 Julai 2017

Use Somebody









ISKN







I'm just wanna you to know 
What the hell you are in my eyes

"You're just like an angel,
Your skin makes me cry,
You float like a feather,
In a beautiful world,
I wish I was special,
You're so fucking special".







Rabu, 5 Julai 2017

Hilang






- Masih hidup dalam bayangan silam -





Selasa, 4 Julai 2017

Ahad, 18 Jun 2017

Indeed











Ramadhan







21 Ramadhan 1438 H

16 Jun 2017 M

Jumaat

Hawa iklim yang tenang nan damai






Isnin, 1 Mei 2017

Ingat dan Pegang!







" Ingat dan pegang sampai mati!. Jangan sesekali pijak culture layer (lapisan budaya)!".

- Prof Dato' Dr Mohd Mokhtar Saidin-
24 April 2017
Isnin
Tapak arkeologi Guar Kepah,
Seberang Perai, Pulau Pinang.





Selasa, 18 April 2017

Pertama kali



Pertama kali yang tak terlupakan
17 April 2017
Isnin
Petang
Arc Neo




Isnin, 9 Januari 2017

Merdeka atau Hamba



Islamis
Religis
Athies
Ekonomis
Kapitalis
Sosialis
Komunis


Apa makna semua ini?

Doktrin?
Ideologi?
Pegangan?
Kepercayaan?
Keyakinan?

Apa erti semua ini?

 Alat dogma
menjajah fikrah dan menjarah jiwa?

Ah, Persetan!


Apa guna dilahirkan bebas merdeka
Kalau sendiri yang memilih untuk terpenjara
Dan mengakhiri hayat sebagai hamba


Pilihan di tangan dan tiada paksaan
Merdeka atau Hamba!


B10, PPAG, USM
PULAU PINANG
ISNIN
9 JANUARI 2017
2.27 AM