Khamis, 22 Disember 2016

.....







I saw your face
In a crowded place
And I don't know what to do
Cause I'll ..... be with you









.....




Rabu, 30 November 2016

Pandanglah.




Pandanglah,

Pandanglah,

Pandanglah,

Walau hanya sejenak.

Aku bertekuk lutut ini.





Rasa





Bagi haiwan sosial maha dosa seperti ku,
Perjalanan rasa ini sangat ranjau.



Rabu, 16 November 2016

Ku Di Halaman Rindu







Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu


Menjelmalah seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya


Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa




Ahad, 13 November 2016

Nostalgia





2008-2016

Nostalgia

It's me. It's you.

The rest of all is about us.



Selasa, 8 November 2016

Aku dan Tuhan





Hingga ke saat ini pun,
 Aku masih lagi tidak mampu mengenal siapa AKU!,
Justeru, apa mungkin aku bisa mengenal TUHAN?





Isnin, 15 Ogos 2016

Don't Go Away








So don't go away,
Say what you say
Say that you'll stay
Forever and a day
In the time of my life
'cause I need more time,
Yes, I need more time
Just to make things right

Rabu, 6 Julai 2016

Album Raya 2016




Raya 2016




Pertamanya, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin diucapkan. Ya aidilfitri untuk ke-30 kalinya dalam hayat aku. Seperti tahun sebelumnya, tiada yang menarik dalam syawal hidupku.  Hanya rutin tahunan yang diputar-ulang.  Skripnya hampir sama untuk 5 tahun kebelakangan ini. Klise.

Balik kampung dengan Hadi, singgah rumah Cik Na di Setia Alam. Berbuka puasa bersama sepupu sepupu kecil aku. Lepas isyak meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman bersama Faris,Faiz dan Caca. Tiba di kampung sekitar jam 1.00pagi.

Esok harinya seperti lazimnya apabila pulang ke kampung, kami sekeluarga bergotong-royong.  Aku bersama sepupu kecil iaitu Farish,Faiz dan Caca serta adik bongsu aku, Ucop mengambil peran menyapu halaman rumah yang ditutupi dengan pelbagai spesis jenis daun antaranya daun durian, rambutan, tin, nangka dan sebagainya. Kuantiti daun yang perlu disapu dan dibakar agak banyak lantaran bapak aku tebang pokok manggis.  Satu-satunya pokok manggis yang ada di rumah aku.  Dahulunya ada 2 batang pokok manggis. Satunya tumbang secara alami akibat tiupan angin ribut yang kencang. Tinggal yang satu ini.  Dan yang satu ini pun tanpa sebab alami dari Tuhan telah tumbang saat awal pagi aku bersiar jalan di sekeliling halaman rumah. Aku pun tak mengerti, apa salah satu-satunya pokok manggis yang ada di rumah aku ini ditumbangkan oleh bapak aku. Nak kata mandul tak berbuah, setiap tahun berbuah. Malah masa aku menyapu rimbunan daunan pokok ini dan mengangkat belahan batang pokoknya, masih lagi terpapar putik buah manggis ini yang menanti masa untuk berbuah dan akhirnya berubah warna biru kundang untuk dimakan manusia dan haiwan.  Tapi entahlah, kenapa ditebang, aku pun tak tahu. Aku pula malas nak bertanya akan sebabnya pada bapak aku.  Cis, pokok buah yang aku suka makan ditebang.


Kat rumah aku ini, ada banyak juga pokok buah, tapi bukan jenis buah yang aku suka makan. Misalnya, aku suka makan buah cempedak lebih-lebih lagi bila digoreng, tapi yang berlambak kat rumah aku ini pokok buah nangka. Lagi buah pulasan.  Dahulu ada 2 batang pokok yang ditanam Cik Joe. Tapi kini tinggal satu pokok je.  Yang satunya lagi menerima nasib seperti pokok manggis ini iaitu tumbang tanpa sebab alami lantaran ditebang. Buah lain yang aku suka makan adalah pelam. Sebab itu dalam tulisan entri lama aku,aku ada sebut antara benda yang aku nak buat adalah tanam
pokok pelam. Tapi aku tak punya kesempatan untuk tanam pokok pelam kat kampung. Maka atas sebab itu, aku tanam anak pokok pelam kat galeri arkeologi USM masa sekitar bulan 3 hari itu.

Petang keluarga Cik Na sampai. Suasana jadi meriah dengan riang-tawa-nangis sepupu2 kecil. Petang tu juga aku rancang nak pasang pelita. Tapi bila aku tengok kat stor rumah aku, batang-batang buluh pelita yang terdahulu telah pun reput. Agar sepupu2 kecil aku tidak berasa hampa dan kecewa, aku pasang pelita dengan menggunakan batang buluh yang masih boleh digunakan. Hanya 3 batang buluh sahaja yang masih boleh digunakan, makanya untuk malam itu cuma ada 3 pelita sahaja yang
dapat dinyalakan.  Bukan apa, bagi meriah untuk budak-budak ini nak main bunga api dan mercun pada malam harinya.

Isyak kami solat di surau beserta solat terawih. Seperti tradisi selalunya, lepas solat terawih ada moreh atau puluran dalam bahasa Jawanya.  Tapi pelaksanaan tradisi puluran ini tidak seperti masa lalu. Dibuat hanya sekadar cukup syarat.  Suasana meriahnya telah hilang. Zaman berubah barangkali sebagai alasan untuk menutup kegagalan membangkitkan roh tradisi puluran ini.

Balik terawih dan ianya merupakan satu-satunya terawih yang aku lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini. Aku solat terawih ini bukan apa. Nak jaga hati bapak aku dan juga nak bawa sepupu kecil aku merasai suasana solat terawih di kampung .Itu sahaja. Tak lebih dari itu. Tak ada langsung soal untuk mengejar pahala atau alasan berupa keagamaan lain.

Balik Terawih,Ikan call aku. Tanya aku dah balik kampung ke belum.  Silapnya aku jawab secara jujur dengan jawapan yang aku dah kat kampung.  Patutnya aku bagitau dia yang aku tak balik kampung lagi dan mahu menumpangnya. Kalau aku bagi jawapan macam itu, mungkin ikan akan bagi jawapan balas dengan mengatakan: "Sorry Kel, aku dah sampai Batu Pahat, pandai-pandai kau
lah"...Hahaha..tapi aku jawab secara jujur dengan mengatakan aku dah kat kampung.  Jadinya Ikan tak dapat nak kenakan aku. Hahahaha...Sorrylah Ikan sebab itu beberapa tempoh tahun kebelakangan ini,aku sering menyusahkan kau. Tapi yang powernya Ikan ini, dia tetap akan tolong meski dalam nada yang bersungut-sungut dan marah-marah.

Ikan ajak lepak. Aku on. Tapi aku sampai lambat sebab kesesakkan jalan. Sampai2 aku kena marah dengan Ikan. Aku pasrah dan redha je. Sebabnya bukan pertama kali aku buat macam itu. Tapi dah banyak kali. Kenshi tak dapat lepak sebab dok rumah mentua dia. Addin pula baru sampai kampung dari Selangor. Lebih kurang jam 12 lebih, Ikan ajak balik. Sebelum balik, aku masuk ke ekspo Ramdhan Parit Raja. Cari bunga api tambahan untuk sepupu kecil aku.

Esok paginya, sesi bergotong-royong disambung.  Yang perempuan masak2 di dapur. Manakala yang lelaki kemaskan dan bersihkan halaman rumah.  Aku pergi ke kebun untuk cari buluh. Buat tiang untuk disangkutkan dengan pelita.  Tengahari keluarga Cik Joe sampai. Bertambah meriah suasana kampung.

Petang aku ajak Fatin dengan Caca naik motor pergi Senggarang untuk cari air katira. Hari sebelumnya, aku mintak Ucop beli air katira, tapi yang dibelinya air honey dew. Disebabkan tak dapat, aku pergi cari sendiri.  Mujur, masih ada yang jual air katira ini di hari terakhir Ramadhan. Bukan apa, dah lama aku tak minum air katira.  Air katira ini merupakan salah satu trademark khusus negeri Johor.

Masa berbuka puasa, kami makan juadah ngunjung yang diberikan jiran tetangga.  Suatu budaya unik masyarakat Jawa Johor apabila menjelang raya.  Berkongsi dan bertukar-tukar rasa juadah untuk raya pada keesokkannya. Seperti biasa, antara juadah ngunjung itu adalah ketupat, lepat, dodol, kuah lodeh, sambal goreng, rendang dan sebagainya.

Malam harinya, aku melayan sepupu kecil aku main mercun dan bunga api.

Lepas isyak, Ikan call ajak lepak.  Kali ini ada Kenshi dan Addin.  Budak 2 ekor ini dah lama aku tak jumpa. Ada lebih kurang 3 tahun jugak aku tak jumpa, kalau aku tak silap.  Seperti semalam, aku tetap lewat sampai.  Bukan apa.  Mula-mula aku naik motor, tiba-tiba dalam perjalanan, lampu motor terbakar.  Aku patah balik ke rumah. Ingat nak pakai motor bapak aku. Motor dia plak tak ada sebab bapak aku masih di surau.  Sudahnya aku rembat kereta adik aku. Sebab tu yang lambat. Cis, keadaan tak pernah menyebelahi aku bila ada hal yang berhubung dengan Ikan. Bertabahlah.

Sampai di kedai mamak Parit Raja yang merupakan port lazim kami melepak, aku tengok Ikan dan Kesnhi dah ada. Hal aku datang lambat ditutupi dengan rasa ketidakpercayaan aku dengan susuk fizikal Kenshi. Jauh berubah dan berkembang. Makin besar dan bertambah kilogram beratnya. Sebelum ini bukan aku tak tahu yang dia dah gemuk, tapi itu hanya berita yang aku dengar daripada Ikan.  Tapi kali ini, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri secara live. Semua benda yang berubah. Itu yang kau harus terima. Dalam hidup ini, banyak benda boleh berubah.  Macam-macam. Bukan sahaja fizikal boleh berubah, tapi soal keyakinan, pandangan, ideologi, prinsip juga boleh berubah dalam kehidupan ini. Bahkan boleh berubah secara total 360 darjah.

Tak lama kemudian, Addin sampai. Kami bersembang. Ada unsur melankolia zaman silam,ada unsur perkembangan terkini dsb. Sembang cerita zaman sekolah, tentang karkun, tentang Johor, tentang rakan2 lain, tentang kehidupan masingh-masing, tentang isu semasa dan lain-lain.  Sekitar jam 12 lebih, masing-masing berpakat untuk bersurai. Aku relakan dengan hati yang pasrah.

Itu satu perubahan. Kalau dulu, boleh lepak sampai ke Subuh, kali ini tidak lagi. Aku faham sebab masing-masing ada komitmenterutamanya yang dah berkahwin.  Tapi aku masih lagi berasa bertuah dan bersyukur bahkan kesyukuran yang cukup besar sebab dapat betemu secara langsung muka ke muka bersama 3 rakan aku ini lebih-lebih lagi Addin dan Kenshi sebab dah hampir 3 tahun aku langsung tak tahu berita diorg apatah lagi melihat riak wajah mereka.  Setiap tahun kebelakangan ini, aku cuma ada Ikan je untuk berkongsi rasa sayu menjelang syawal. Terima kasih Ikan.

Pagi syawal, sebelum so,lat raya, kami makan berjemaah. Sebelum pergi sembahyang, aku salam mak aku minta maaf.  Bapak aku, aku tak sempat nak salam sebab awal2 lagi lepas makan,dia dah ke surau.  Syawal tahun ini bagi komuniti masyarakat Parit Kemang Darat, barangkali ada perubahan yang agak baru dimana buat pertama kalinya, surau kampung aku menganjurkan sendiri solat aidilfitri untuk kariahnya.  Tidak lagi bersolat di masjid di kawasan baruh. Lepas solat dan khutabh raya,ada bacaan tahlil ringkas dan ucapan hari raya dari jawatankuasa surau.  Dimaklumkan juga bahawa marhabban atau baraan akan bermula pada raya kedua.  Berkenaan marhaban ini,mak aku dah pesan awal2 yang tahun ini aku dengan aadik aku kena pergi marhaban,sebab bapak aku dah tak mahu lagi pergi.  Memang sepatutnya yang pergi marhaban ini anak dewasa setiapisi rumah.  Ketua isi rumah tak selalunya pergi.  Sebelum pulang ke rumah, kami menikmati juadah hidangan yang dibawa oleh ahli jemaah surau.  Pelbagai jenis juadah yang dihidangkan. Ada ketupat, lepat, dodol, roticanani, dadih, mee dan sebagainya.


Tak lama di rumah, aku, bapak aku, Hadi, Ucop dan Jat pergi ke kubur menziarahi pusara al-marhum nyayi (atuk) dan nyaye (nenek) aku. Rasa hiba dan sayu mengenangkan pemergian mereka terutamanya al-marhum nyayi aku. Ditambah pula dengan suasana hawa dingin disebabkan pada pagi syawal kali ini hujan turun. Bapak aku mengepalai bacaan tahlil ringkas.  Melihatkan nisan kayu yang reput itu,aku terbayangkan kedut wajah al-marhum nyayi aku yang mana meski berkedut namun menenangkan dan menyejukkan hati bila memandang wajahnya.

Sepanjang hari ini,masih lagi tiada yang beraya.  Sebab raya pertama lazimnya masing-masing menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.  Aku melayan sepupu kecil aku bermain video game.  Bukan video game ps. Tapi game tape atau catridge game. Aku beli game tape ini masa bulan ramadhan kat penang iaitu di Mydin dengan harga sekitar rm 30.  Aku rasa gembira sebab adik dan sepupu kecil aku teruja main game tape tu.  Sebabnya jenis game ini merupakan jenis game zaman aku membesar,bukan zaman diorg.  Zaman diorg adalah adalah game ps. Tapi meskipun permainan video ini bukan zaman diorg tapi zaman retro aku, mereka masih lagi teruja dan seronok untuk main.  Bahkan sampai- bergaduh-gaduh berebut giliran untuk bermain permainan video tersebut.  Antara permainan yang ada dalam tape video itu adalah game Mario, Galaxian, Duck Hunt,Clay Shot, Olypmpic, Island Adventure dan lain-lain.  Aku gembira sebab diorag gembira main permainan video yang dahulunya agak sukar untuk aku main sebab ianya pada zaman kanak-kanak aku dahulu, merupakan barang permainan yang lazimnya dimiliki oleh anak-anak orang kaya dan boleh dianggap sebagai barang mewah pada zamannya.  Dulu aku terpaksa tumpang main game ini kat rumah kawan aku.  Kena tunggu giliran. Kena main betul2 supaya masa giliran tu dapat main dalam tempoh masa yang lama iaitu jangan sampai mudah mati.  Kalau tak nak tunggu pusingan giliran balik, punyalah lama nak mati oi.  Dan biasanya, pada waktu dahulu itu, mak aku akan membebel sebab dok main game kat rumah jiran.

Setakat tu jelah celoteh aku di raya pertama.

Harapnya malam ni dapat lagi lepak dengan Ikan, Kenshi dan Addin.







Isnin, 4 Julai 2016

30-an.




Selamat menjengah masuk usia 30-an.

Semoga sukses dalam segalanya.

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri.

Maaf zahir dan batin.




Isnin, 20 Jun 2016

A Thousand Years









I have died every day
waiting for you
Darling don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more





Jumaat, 29 April 2016

Filem Pendek Ada Apa Dengan Cinta (2014)










* Filem pendek Ada Apa Dengan Cinta (2014)





Filem Ada Apa Dengan Cinta (2002)








* Aku titipkan filem Ada Apa Dengan Cinta tahun 2002 (14 tahun yang lalu)




FILEM ADA APA DENGAN CINTA 2








Rangga & Chenta



Ada Apa Dengan Cinta 2. Aku baru balik menonton filem ini.  Menonton bersama Megat, Man dan Asang.  Jiwang karat?. Tak!. Kau silap kalau beranggapan begitu!.  Rata-rata yang menonton Ada Apa Dengan Cinta 2(AADC2) ini adalah insan-insan yang membesar dengan Ada Apa Dengan Cinta (AADC) yang ditayangkan pada sekitar 14 tahun yang lalu.  AADC yang 14 tahun yang lalu, bukan hanya berkisarkan pada cinta sahaja.  Ia lebih dari itu.  Jangan dinilai dari tajuknya yang memang secara jelasnya membawa pada konotasi jiwang karat dalam cakap mudah.  Cukup aku katakan karya AKU dari Chairil Anwar yang dipaparkan dalam AADC.  Ia sudah cukup untuk mengatakan bahawa AADC bukan setakat cerita cinta sampah dan murahan.

Walaubagaimanapun, harapan dan anggapan aku pada kemunculan semula AADC 2 ini tidaklah seperti yang aku harapkan sebelum aku duduk di bangku panggung. Kenapa?. Pertamanya aku mengharapkan watak Chenta menerusi lakonan Dian Sastrowodoyo itu dimunculkan buat pertama kalinya di layar panggung dalam keadaan dan situasi yang berkonsepkan "mengejutkan" dan para penonton "ternanti-nantikan kemunculan beliau". Tapi hal itu tidak terjadi. Chenta ditampilkan secara mudah dan ringkas atau literal di awal penceritaan. Sedangkan Chenta itu peran yang dinanti-nantikan setelah 14 tahun watak itu tidak kelihatan. Ah, sayang sekali.

Kedua, dalam AADC2 ini tiada tokoh realiti istimewa yang diangkatkan ataupun dijadikan ikon atau trademark dalam cerita ini.  Tidak seperti AADC yang mengangkat Chairil Anwar menerusi karyanya yang berjudul AKU itu.  Walau Rangga ada menyebut nama seorang pemuisi luar yang aku lupa namanya dan kemunculan seniman bernama Eko Nugroho yang disukai Chenta, namun itu belum 
cukup ampuh untuk menjadikan AADC2 ini setanding dengan AADC.  Hal ini seterusnya barangkali boleh menjerat dan memerangkap AADC2 dalam lingkungan cerita yang hanya berkisarkan sejauhmana pengakhiran misteri cinta Rangga dan Chenta (Dan sememangnya itulah motif filem AADC2).  Mungkin tokoh realis yang ditampilkan untuk AAD2 kali ini lebih merupakan seniman yang bercorak "fine art" dan agak kurang yang bersifat sastera tulisan, maka atas sebab itu tokoh 
realis itu agak kurang menonjol sosoknya dalam AADC2. Tapi aku mengharapkan ada sedikit tokoh berjiwa rebel sebagai selingan dalam AADC2 agar ianya tidak dianggap sebagai hanya kisah cinta Rangga dan Chenta semata yang mana akhirnya akan menjebakkan aku dalam menonton filem cerita yang berkonsepkan cinta semata.  Aku perlukan cukup hanya sedikit elemen yang bersifat "kekeluaran" daripada konteks cinta agar aku tidak dicop atau dilabel sebagai "mamat jiwang karat".  Dan sekali lagi hal itu tidak terjadi.

Ketiga,menurut aku, puisi adalah antara elemen penting yang menguatkan filem AADC yang dahulu.  Terutamanya menerusi watak Rangga.  Hal itu masih cuba dikekalkan dalam AADC2. Tapi yang mengecewakan aku, puisi yang ditampilkan dalam AADC2 ini sifatnya terlalu lurus, linear dan literal.  Kurang metafora dan nuansa dari gaya bahasa, susunan bahasa. Seharusnya bila watak Rangga itu sudah menginjak dewasa malah sudah menjadi penulis dalam sebuah majala di New York, maka sepatutnya puisi yang ditampilkan itu lebih matang, non literal, non linear, penuh metafora dan abstrud sifatnya. Atau dalam kata mudahnya, tidak punya "kick". Tidak seperti dalam AADC, puisi yang ditampilkan menerusi Rangga dan Chenta itu bahkan jauh lebih matang sedangkan dalam AADC itu latar peristiwanya adalah zaman sekolah.  Harusnya puisi AADC2 itu jauh lebih mengancam dan menggetarkan jiwa dari puisi AADC.  Dan itu tidak terjadi sekali lagi.  Bahkan surat puisi yang diberikan Rangga kepada Chenta pada saat akhir pertemuan di Jogjakarta itu juga menghampakan.  Sedangkan penonton seperti aku ini ternanti-nanti apakah isi puisi yang diberikan Rangga kepada Chenta dengan penuh debaran.  Lebih-lebih lagi dengan permintaan Rangga yang menghalang Chenta dari membaca langsung puisi itu disaat pertemuan singkat itu masih berlangsung. Dan debaran itu ternyata menurut aku tidak berbaloi dengan kualiti puisi yang ditampilkan dalam AADC2. Cis, mengecewakan.

Keempat, dari segi dialog.  Dialog juga tidak cukup mantap. Maksudnya, kurang kata dialog yang bersifat falsafah ringkas dan mudah iaitu dialog yang dilontarkan dalam bahasa ringkas dan pendek tapi mengesankan. Mujur bahasa badan dalam konteks bahasa filem antara Rangga dan Chenta itu bagus dan tidak kaku.  Ia bukan suatu masalah bagi Rangga lakonan Nicholas Sapurta dan Chenta lakonan Dian Sastrowodoyo kerana 2 insan ini merupakan pelakon berbakat.Selain itu mujur ada watak Milly yang sedikit sebanyak tidak membosankan penonton dengan soalan-soalan dan jawapan yang bersifat naif sesuai dengan karekternya.

Kelima, sepertimana menurut Megat dan Asang, filem AADC2 ini seolah-olahnya mahu mempromosi Jogjakarta yakni antara latar tempat yang mengambil sebahagian besar dalam pengambaraan filem ini.

Keenam, pengakhiran cerita yang juga tidak cukup "kick" dan kurang mengesankan.  Ianya terlalu mudah disudahkan walhal suatu konflik baru seolah mahu cuba dicetuskan saat Chenta melihat Rangga sedang berpelukan dengan pekerja kedai kopinya di New York setelah Chenta seperti bersusah payah ke New York untuk menemui semula Rangga.  Tapi permulaan konflik itu dibunuh dengan penyelesaian yang cukup mudah dan bersahaja.  Bukankah ini filem epik yang menemukan kembali lagenda Rangga dan Chenta setelah ia dinanti-nantikan penonton untuk tempoh 14 tahun.  Kenapa epik cinta antara 2 lagenda ini bagi remaja yang membesar sekitar tahun 90-an diakhiri dengan penamatan yang mudah sekali!?.

Ketujuh, tiada ost dalam bilangan yang banyak dan mengesankan jiwa sepertimana ost dalam AADC dahulu yang dihasilkan oleh Melly Goeslow.

Kelapan, ini bukan menurut aku tapi menurut mungkin kebanyakan penonton iaitu kenapa adegan Rangga dan Chenta bercumbuan menahan beban rindu perlu dipotong dalam tayangan panggung wayang di Malaysia?. Kalau menurut aku itu, ia bukan isu besar sangat pun dan tak lah mengecewakan aku sangat.  Lainlah pemotongan babak mencium itu melibatkan aksi cium mulut antara Aku dan Dian Sastrowodoyo. Itu sudah pastinya perlu sangat dikecewakan. Kah, Kah, Kah. 


Apapun, walau filem AADC2 ini tidak memenuhi harapan aku sepenuhnya (mungkin tinggi sangat kot harapan aku kat filem AADC2 ini), tapi filem ini masih lagi SANGAT berbaloi untuk ditonton.  Sesuai bagi yang mahu bermelankolia masa remaja lebih-lebih lagi bagi yang pernah menonton AADC pada 14 tahun yang lalu. 

Dan dalam pada masa yang sama, filem ini tidak sesuai untuk mamat-mamat yang jenis pakai baju batik, pakai songkok hitam, pakai tali leher, pakai kasut kulit muncung panjang, pakai baju kemeja masuk dalam seluar slack yang kain licin tu ditambah jenis lelaki yang suka selfie (kau boleh faham benda ini menerusi kata dialog Rangga sewaktu memberikan definisi tentang perbezaan antara mengembara dengan bercuti atau melancong).  Serius lebih baik kau jangan tengok.  Kalau dapat tahu ke si Rangga yang laki-laki jenis ini tengok AADC2, mahu menangis si Rangga dibuatnya.  Seolah-olahnya AADC ini telah tercemar dengan najis kehinaan. Mamat jenis macam ini seperti watak Trian dalam AADC2.


Maka dengan itu, datanglah ke pawagam dan tontonlah filem ini. 





Buku AKU tentang Chairil Anwar. Kaset OST AADC lama yang masih lagi ada dalam simpanan aku. Aku beli kaset ini masa tingkatan 4 di Kedai Kaset Radin dekat bus stesen Batu Pahat.






p/s: Benar kata Rangga tentang Chenta iaitu: "Baru sekali itu aku melihat karya syurga dari mata seorang hawa".

Dan aku dahulunya cukup senang melihat mata si dia yang bulat belolok itu.  Cukup indah mata itu. Dan aku rindu bukan sahaja untuk melihat bebola mata indah itu lagi bahkan jika punya kesempatan yang menurutku agak mustahil, akan aku tenung sedalam-dalamnya sehingga menembusi retina matanya. Ah, itu pun jika punya kesempatan kedua!.






Sabtu, 19 Mac 2016

AYAH : ANDREA HIRATA







Seperti lazimnya, banyak naskhah buku yang aku dah habis baca tapi masih tak diulas lagi.  Tapi kali ini tak boleh. Aku wajib buat satu ulasan walau ringkas sekalipun ke atas novel yang baru sahaja aku khatamkan pembacaannya.  Novel itu berjudul Ayah karya Andrea Hirata.  Aku mulakan pembacaan novel ini pada hari semalam iaitu Jumaat bertarikh 18.3.2016 di PPAG USM.  Lebih kurang sekitar 24 jam sahaja aku dapat khatamkan pembacaan ku ke atas novel yang setebal 396 muka surat ini.  Semalaman aku tak tidur kerana keasyikkan membacanya.  Kau boleh tersenyum sendirian, gelak terbahak-bahak malah menitik air jernih dari kelopak mata tanpa kau sedari saat membacanya.  Mata kau takkan mengantuk meski kau paksakannya tidur.  Jari di tangan kau seolah tak mengizinkan kau berhenti dari tetap terus menyelak helai demi helaian novel tersebut.  Jiwa kau jadi penasaran jika terdetik untuk menangguhkan pembacaannya meski sekejap sahaja. Akhirnya, pada jam 4.56 pm iaitu pada tarikh 19.3.2016 aku mengkhatamkan pembacaan ku.

Aku tak nak ulas panjang-panjang.  Cuma novel ini aku sarankan dibaca oleh para lelaki yang kecundang dalam percintaan.  Hahahaha...Macam lagu sentuhan kecundang pulak yang mana menurut Wandy ia merupakan lagu kegemaran Nik.  Bila aku menung-menungkan balik kata-kata Wandy ini ada jugak kebenarannya sebab aku teringat yang Nik pernah mendendangkan lagu ini masa berkaraoke dulu.

Kalau kau rasa kau manusia gagal, sial dan malang dalam percintaan, percaya dan yakinlah bahawa masih ada lagi yang jauh lebih sial dan malang dalam kisah kehidupan cinta mereka. Macam Sabari misalnya.

Tahukah kalian, hidup ini kadang memang tidak adil. Kejam dalam kata lebih tragisnya.  Tapi dalam masa yang sama ada juga hal yang pelik dan menghairankan dalam hidup ini. Macam Sabari yang ku katakan tadi.  Sabari itu dalam hidupnya hanya punya satu cinta, hanya satu!, tidak dua tiga apatah lagi empat. Hanya satu!. Marlena namanya. Tapi ironinya, bagi Marlena pula, Sabari itulah manusia yang paling dibencinya sekali di dunia ini. Ah, ironi sekali bukan bahkan tragis yang maha kejam. Hidup ini memang dipenuhi orang yang kita inginkan, tetapi tak menginginkan kita. Tapi ajaibnya, Sabari itu tetap sahaja tersenyum.


Hingga hujung akhir hayatnya Sabari, hanya Marlena sahaja cinta hatinya yang dipanggilnya wanita itu sebagai "Purnama Kedua Belas" semenjak di zaman sekolah lagi.  Tulusnya cinta Sabari pada Marlena itu dibawanya sampai mati sehingga di pusaranya turut diukir bait puisi yang pernah dilafazkannya khusus buat Marlena sewaktu Hari Perpisahan Akhir Sekolah SMA. Bait puisi yang terukir di pusara Sabari itu berbunyi: "Biarkan aku mati dalam keharuman cintamu".  Begitulah kisah cinta agong milik sosok yang bernama Sabari.  Setia yang tak tertanggung-tanggung dan berbelah bahagi.  Setia yang jelas, lurus dan nyata.


Usai habis aku khatam novel ini, aku langsung termenung dan terfikir dalam-dalam, macam mana ada manusia di dunia ini yang meninggalkan cinta hatinya pertama dan menikah pula dengan cinta hatinya yang baru sedangkan dalam pada masa yang sama dia tidak bisa dan mampu melupakan cinta hatinya yang pertama.  Bagaimana nurani dan perasaannya menempuh perjalanan hidupnya selepas menikah sehingga akhir hayatnya?. Argh, suatu hal yang sangat abstrak untuk dijawab!.









FEUDAL






Kasta,
Strata,
Hierarki,
Stratifikasi,
Susun Lapis,
Tingkat Sosial,
Ini semua adalah
FEUDALISME