Ajal
Sampai waktu
Tiada siapa yang mampu menahan
Hatta tuan penguasa dunia sekalipun.
Si algojo itu
Tiada pernah alpa
Melaksana amanah Tuhannya
Menghentikan nafa,
Siapa sahaja yang sudah sampai waktunya.
Menangislah
Meraunglah
Hingga berjejeran air mata darah sekalipun
Tiada akan pernah bisa kembali lagi.
Ajal adalah permulaan hakikat
Datangnya ajal, datanglah hakikat
Yang dahulunya tak pernah diyakini
Meski pernah diketahui.
Rugilah bagi yang hanya menyakini hakikat
Saat ajal menjemputnya.
22 APRIL 2015
USM PULAU PINANG
p/s: Ilham untuk puisi ini hadir selepas secara tiba-tiba sampai berita pemergian ayah kepada salah seorang pelajar arkeologi. Saat berita itu sampai, kami bergelak tawa dan gembira atas suatu perkara yang barangkali sia-sia. Sampainya berita itu, segalanya berubah. Dari suasana gelak tawa bertukar hiba dan suram. Ini lah apa yang dikatakan sementara. Dalam tempoh hanya masa sedetik segalanya boleh berubah. Dari gembira kepada duka. Dari tawa kepada hiba. Itulah sementara. Sampainya ajal, maka barulah roh itu mengerti akan apa itu makna hakikat dan apa itu makna sementara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan